Anda di halaman 1dari 4

Kesalahan tatabahasa PT3

(Oleh: Cikgu Rashid Lewan)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan


tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut
dan tulis jawapannya pada ruang jawapan yang
disediakan.
Disertakan jawapan
Latihan 1
1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya
masak daripada
pagi tadi. -dari
2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam
yang
mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah
kebajikan
kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris
yang
boleh menjaga mereka. - kedua-dua
3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu
diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih
prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan
dorm
mereka. -bergantungan
4. Kita sesama manusia perlu saling hormatmenghormati

antara satu dengan yang lain. - saling menghormati


5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah
tersebut
diberikan hadiah di atas kejayaan mereka
mengharumkan
nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta
itu. atas
6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan
pakej
yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan
sempena cuti sekolah. - para pelanggan
7. Pelancong dari negara Taiwan itu
sangat sukakan buahbuahan tempatan seperti durian dan manggis.- suka
akan
8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku
berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada muridmuridnya. - saya
9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki
diserang
penyakit selesema burung pihak berkuasa
musnahkan.
- dimusnahkan oleh pihak berkuasa
10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan

Eropah terpikat kepada keindahan Pulau Tioman


ketika
kali pertama berkunjung ke pulau itu. - oleh
Kesalahan Ejaan
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan
ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat
sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan
Ramadan. - beriani
2. Golongan yang bertaqwa dan beriman
sememangnya
dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada
orang
ramai. - bertakwa
3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak
menjelang
musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga
yang
menangguk di air keruh. - telur
4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu
merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan
tahunan dan acara merentas desa. - Februari
5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes

kemasukan
pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi
menjaga
imej negara. - memastikan
6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa
para
pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara
kaum. - bersatu padu
7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak
semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati
itu.
8. Hujah para pembahas dalam pertandingan
perbahasan
itu amat mengkagumkan para panel juri yang
mengadili
acara berkenaan. - komedi
9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha
memajukan
barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan
barangan berjenama dari luar negara.
- mengehadkan
10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan
banyak
urusan pentadbiran dan pengurusan. - pelaksanaan