Anda di halaman 1dari 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PARAS 7, BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR

Tel : 03-2586900
Fax : 03-2535150
Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVII (3)


22 Mac 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/2001 :


Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998
Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan
Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi
Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.
Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Menteri Pendidikan telah
mengarahkan supaya tarikh larangan menerima murid baru di bawah umur, di Para 2
Pekeliling Ikhtisas 10/1998 diubah daripada 1.1.1998 kepada 1.1.2000. Oleh itu perenggan
berkenaan hendaklah dibaca seperti berikut :Mulai 1.1.2000, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah
Swasta dillarang menerima murid baru di bawah umur, sama ada didaftar atau
menumpang tanpa didaftarkan. Murid yang diterima belajar di sekolah rendah
hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1
Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun
2000 hendaklah dilahirkan antara 2.1.1993 hingga 1.1.1994. Ini bermakna bahawa
murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang berkenaan tidak
perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.
3.
Oleh itu, semua murid di bawah umur yang sudah berada dan sedang belajar di
sekolah rendah, sekolah menengah Kerajaan dan Swasta pada tahun persekolahan 1999
dibenarkan untuk naik ke Tahun/Tingkatan seterusnya pada tahun 2000 dan tahun-tahun
berikutnya.
4.
Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah
pentadbiran Y.Bhg. Dato/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ABDUL RAFIE BIN MAHAT


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k

1.

Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad


Menteri Pelajaran Malaysia

2.

Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Dato Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir


Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5.

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha


Kementerian Pendidikan Malaysia

7.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

8.

Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia

10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia


11. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
12. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Anda mungkin juga menyukai