Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 3

Refleksi
Seperti yang telah diterangkan dalam aktiviti 1 tentang kategori-kategori
kanak-kanak berkeperluan khas yang boleh dimasukkan ke dalam program
inklusif, saya berpendapat bahawa sekolah bersedia untuk melaksanakan
program pendidikan inklusif. Namun begitu pada pendapat saya sekolah saya
masih tidak memenuhhi infrstruktur bagi murid-murid yang mengalami
kecacatan angota atau ketidakupayaan anggota badan yang memerlukan
infrastruktur khas seperti laluan berkerusi roda dan tandas OKU.
Dari aspek kesediaan guru, pada pendapat saya guru-guru perlu lebih
diberi pendedahan tentang keperluan-keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas ini agar guru-guru lebih memahami apa yang diperlukan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak ini. hal ini demikian kerana, mereka ini
mempunyai kelaianan upaya oleh yang demikian cara penyampaian
pengajaran juga lebih berbeza berbanding pengajaran kanak-kanak normal.
Oleh hal yang demikian dengan adanya kursus yang diadakan di peringkat
ini

yang

menggalakkan

guru-guru

menerokai

alam

kanak-kanak

berkeperluan khas ini akan memudahkan pihak sekolah untuk melaksanakan


program pendidikan inklusif.
Sebagai seorang guru, saya yakin saya mampu mengajar murid-murid
berkeperluan khas ini. Hal ini kerana dengan menyiapkan aktiviti 1 dan
aktiviti

sedikit

sebanyak

memberi

gambaran

tentang

murid-murid

berkeperluan khas dan kaedah mengajar mereka. Untuk mengajar muridmurid ini saya perlu mempunyai daya kretiviti yang tinggi bagi menghasilkan
bahan bantu mengajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran saya agar
murid-murid berkeperluan khas dan murid normal dapat mencapai objektif
pengajaran.
Selain itu, sebagai seorang guru yang sanggup menerima cabaran
saya berpendapat bahawa mengajar murid-murid berkeperluan khas ini satu

cabaran yang besar. Tambahan lagi apabila ianya digabungkan dengan murid
normal, ini akan menambah jurang tahap kognitif murid-murid. Oleh yang
demikian, cabaran ini perlu disahut bagi menambah lagi pengalaman kerja
dan mempelbagaikan klien yang dihadapi sepanjang bergelar seorang
pendidik.

Apabila diberi peluang untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas


semestinya perasaan gementar dan bangga ada dalam diri saya. Hal ini
demikian kerana saya gentar jika murid berkeperluan khas ini tidak mampu
untuk mengikuti pengajaran yang dibawa oleh saya. Selain itu, saya juga
berasa gentar kerana tidak pernah didedahkan dengan kanak-kanak ini
apatah lagi untuk mendidik mereka. Seterusnya perasaan bangga wujud
apabila saya diberi peluang untuk berinteraksi dan mendidikan golongan
berkeperluan

khas

ini.

Saya

berasa

bangga

kerana

pihak

sekolah

mempercayai saya untuk mengambil tanggungjawab ini untuk mendidik


mereka.

Anda mungkin juga menyukai