Butter Chicken

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 1

BUTTER CHICKEN

Bahan-Bahan:

400 gram isi ayam, bahagian dada

1 sudu besar plain yoghurt

1 sudu kecil rempah garam masala

2 sudu kecil serbuk cili

sedikit garam

3 sudu besar butter

setangkai daun kari

1/2 cawan susu cair

segenggam gajus, tumbuk dan bancuh dengan air menjadi pekat

Bahan tumbuk halus:

2 ulas bawang putih

1 inci halia

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan ayam, potong dadu dan gaulkan bersama plain yoghurt, rempah garam
masala, serbuk cili, dan bahan tumbuk halus. Perap selama sejam. Boleh juga diperap
semalaman. Lagi lama di perap lagi sedap.
2. Panaskan butter dalam kuali, goreng daun kari sehingga garing dan angkat.
3. Goreng pula perapan ayam di dalam minyak butter tadi. Jangan terlalu cepat untuk
membalikkan ayam kerana nanti ayam susah nak masak di bahagian luar.
4. Masukkan pula susu cair dan pes bancuhan pekat gajus.
5. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kuah mendidih. Tambahkan sedikit
air jika kukah terlalu pekat.
6. Taburkan dengan daun kari tadi, dan hidang.

Anda mungkin juga menyukai