Anda di halaman 1dari 7

1.

PENDAHULUAN

1.1

Konsep Bimbingan Dan kaunseling


Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan

perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan


orang

yang

terlibat

dalam

perbuatan

membimbing

dikenali

sebagai

pembimbing. Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap


bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masingmasing.
Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai
sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana
sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi
maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang
yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan
perkembangan dirinya.
Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960)
Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan
yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang
individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan
hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung
akibatnya sendiri.).
Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan
merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam
sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa
yang lama untuk melihat hasilnya. Huraian secara terperinci mengenai
takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1). Maksud menolong
bermakna membantu seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang
berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan
sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu

memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki. Seterusnya


alam sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di
sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.
Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat.
Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur
nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu
counseling yang bermaksud menolong.
Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan
maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa
kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan
cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama
individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya.
Manakala Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling
adalah satu proses dimana seorang kaunselor akan berinteraksi dengan
individu

untuk

membantu

individu memahami

dirinya

dan dunia

di

sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan


bakat yang ada sepenuhnya. Definisi di atas telah menunjukkan aktiviti yang
dijalankan sepanjang proses bimbingan dan kaunseling adalah interaksi
diantara klien dengan kaunselor ataupun dengan perkataan lain komunikasi.
Maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah keberkesanan sesuatu
proses

bimbingan dan kaunseling adalah bergantung kepada sejauh

manakah keberkesanan komunikasi yang berlaku di antara klien dengan


kaunselor di sepanjang proses. Dalam pengajaran dan pembelajaran pra
sekolah, kaedah kaunseling juga amat bersesuaian diaplikasikan bagi
menyelesaikan masalah yang timbul dikalangan kanak-kanak. Kaedah
kaunseling lebih yang menjurus kepada

unsur kasih sayang lebih

memberikan impak yang berkesan untuk tempoh masa lama


menggunakan kekerasan ataupun hukuman fizikal.

berbanding

1.2 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING


Menurut Prof Datin Dr Aizan (2002) menyatakan antara kemahiran
yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan,
kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran
penstrukturan,
mendengar,

kemahiran
kemahiran

berkomunikasi,

menyoal,

kemahiran

memimpin

secara

kemahiran

melakukan

parafrasa,
langsung,

dorongan

minimA,

kemahiran
kemahiran
kemahiran

membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran


membuat
kemahiran

klarifikasi,
mencabar,

kemahiran
kemahiran

meneroka,
berempati,

kemahiran
kemahiran

pemfokusan,
menghadapi

kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling,


kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau
klien dan kemahiran menyemak persepsi. Kemahiran asas ini perlu dikuasai
oleh seorang kaunselor dengan baik. Bagi guru prasekolah , mereka juga
perlu menguasai kemahiran asas ini sebagai usaha untuk menangani
masalah tingkahlaku mahupun pembelajaran kanak-kanak di prasekolah.

1.3

5 TAHAP PROSES KAUNSELING

1.3.1

Membina Hubungan
Pada tahap ini kaunselor perlu membina hubungan antara klien.Tahap

membina

asas

yang

kukuh

untuk

mewujudkan

satu

perkongsian

bekerjasama. Perhubungan tersebut dapat menanam sifat kepercayaan klien


terhadap kaunselor. 4 tugas utama dalam tahap ini :i)

Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi


Pada mulanya klien tidak yakin pada diri sendiri dan pada kaunselor

Maka, kaunselor perlu:

ii)

mewujudkan suasana rasa selamat, mesra


mendengar dengan intensif dan memberi respon sepenuhnya
mewujudkan perasaan minat dan cuba menghormati perasaan klien.
Menentukan matlamat awal kaunseling.

Pada peringkat awal klien akan mengemukakan pelbagai isu kepada

kaunselor.
Kaunselor dan klien perlu menentukan dan mencapai persetujuan

tentang matlamat yang hendak dicapai


Tujuan: mengurangkan kekeliruan klien

iii)

Menstruktur hubungan

Klien perlu dijelaskan tentang perjalanan atau proses kaunseling.


Perkara yang biasa dinyatakan di dalam penstrukturan: konsep
kaunseling, proses kaunseling, jangka masa sesi dan aspek kerahsiaan.

iv.

1.3.2

Membina Kepercayaan

Seorang kaunselor yang baik dan amanah perlu ;


berpegang kepada etika keprofesional kaunseling.
Memberi penekanan terhadap aspek kerahsiaan klien.
Menyatakan peranan kaunsedor untuk bersama klien membantu isu

yang sedang dihadapi oleh klien.


Mempunyai tata etika kaunselor.
Tahap Penerokaaan

Pada peringkat ini kaunselor perlu

memahami bagaimana klien

mempersepsikan masalahnya yang dihadapinya.

Aspek yang perlu

diberi tumpuan ialah:

Meneroka

penglibatan orang yang signifikan)


Analisis aras kefungsian klien dengan persekitaran (cara klien

berhadapan dengan masalah pada masa lampau)


Analisis corak klien berfikir dan bertindak
Mengenalpasti kekuatan dalaman klien (membantu klien mendapat

skop

masalah

(konteks

dan

persekitaran

masalah,

kesedaran bahawa dia mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi


masalahnya)
1.3.3

Tahap Membuat Keputusan


Manakala peringkat ini merupakan tahap yang memerlukan klien
membentuk satu matlamat untuk klien. Kaunselor dank lien perlu
mempunyai persetujuan bersama tentang perkara berikut.:

Matlamat
Strategi dan pendekatan untuk mencapai matlamat.

Faktor mempengaruhi matlamat dan strategi kaunseling.

1.3.4

Faktor klien jenis masalah, cara klien menghadapi, demografi,

tret personaliti, budaya & latar belakang


Faktor kaunselor pengalaman & pengetahuan, aras kognitif,

aras kemahiran komunikasi, prinsip & pegangan teori


Faktor persekitaran tempat, suasana, keadaan

Tahap Pelaksanaan
Merupakan tahap di mana kaunselor berusaha menurunkan aras
kerisauan

klien,

atau

menyelesaikan

masalahnya.

Menggunakan

pendekatan yang sesuai, memberikan tumpuan kepada kesedaran


klien sama ada dari aspek mental, fizikal, emosi dan rohani.

Faktor yang mempengaruhi keberkesan kaunseling :

Pengaruh orang yang terdekat. Contoh: suami, keluarga.


Sumber bantuan lain.
Contoh: kebajikan masyarakat, bantuan

kepakaran.
Risalah & artikel yang berkaitan. Contoh: maklumat AIDS.
Pengalaman & pengetahuan kaunselor
1.3.5 Tahap Menamatkan sesi Kaunseling
Tahap kelima yang terakhir ini amat penting kerana di sini perlu
ditumpukan kepada tiga perkara yang mesti berjaya dicapai:

Kemajuan selama menjalankan kaunseling salama ini mesti

dirumuskan dan dinilai kesan-kesannya.


Isu-isu lain yangmesti diselesaikan pada masa ini hendaklah

dikemukakan.
Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah

ditamatkan kaunseling
Perasaan klien dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan
terhadap

kaunselornya

mesti

ditangani

dahulu

sebelum

proses

menamatkan kaunseling berlaku. Jelaslah bahawa tidak semua isu dapat


diselesaikan. Harus diingit, klien tidak akan dapat berfungsi sepenuhnya
dalam semua aspek hidupnya. Tetapi, setelah semua matlamat kaunseling
yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien tercapai proses menamatkan
kaunseling bolehlah dimulakan.
Tugas terakhir dalam proses penamatan ini ialah menyediakan satu kaedah
dimana pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan oleh
klien sendiri. Caranya ialah :
Mengadakan pertemuan susulan.
Membentuk satu rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat
latihan bersama bagaimana rancangan ini dipantau sendiri.

Tahap menamatkan kaunseling ini biasanya langkah yang sukar diambil,


namun bila semua tugasan telah diambil pada tahap ini, klien akan
bersedia untuk berhenti. Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu

bahawa hubungan mereka bukannya ditamatkan, tetapi sebenarnya


perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah digalakkan untuk kembali berjumpa
sekiranya dia memerlukan pertolongan

1.4
klien

RUMUSAN
Secara keseluruhannya kaunselor dapat mengendalikan seseorang
itu

berdasarkan

tahap-tahap

yang

telah

dijelaskan.

Untuk

menghasilkan sesi kaunseling yang berjaya , seseorang kaunselor tidak


semestinya mengendalikan klien untuk tempoh yang lama.Terdapat kes-kes
yang mudah dikendalikan dan memberi kesan yang amat memuaskan
terhadap klien. Bagaimanapun adakalanya kaunselor terpaksa berhadapan
dengan klien yang degil dan tidak mahu bekerjasama. Klien yang seperti
inilah biasanya memerlukan masa dan strategi atau pendekatan yang
sesuai untuk didekati dan dikendalikan.Klien seperti inilah yang merupakan
cabaran bagi seseorang keunselor dalam usaha mengasah pengalaman
untuk menjadi seorang kaunselor yang professional.