Anda di halaman 1dari 2

Sebagai pemimpin sekolah, kita hendaklah sentiasa peka serta mencari ruang dan

peluang untuk melakukan penambahbaikan agar prestasi pencapaian murid terus


meningkat sama ada daripada segi kuantiti mahu pun kualiti. Sebarang kelemahan
atau kekurangan yang dikenal pasti perlu ditangani segera melalui tindakan-tindakan
penambahbaikan yang kreatif dan inovatif. Tindakan-tindakan penambahbaikan
berkenaan perlu dirancang dengan rapi serta diterima dengan baik oleh semua
warga dalam organisasi.
Arahan kepada peserta:
Tuan/puan dikehendaki untuk menyediakan satu program/projek penambahbaikan
sekolah yang panjangnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan dengan
menggunakan font Arial atau Times New Roman bersaiz 12 dalam bentuk esei.
Program/projek tersebut mestilah mengandungi 4 perkara berikut:
1. Pendahuluan
Huraikan latar belakang yang membawa kepada masalah.
-Keputusan UPSR
2. Masalah yang dikenal pasti
Huraikan apakah yang menjadi punca kepada masalah tersebut dan bagaimana
punca masalah dikenal pasti.
3. Cadangan penyelesaian
Huraikan apakah strategi yang diambil untuk menangani punca masalah berkenaan,
serta bagaimana dan mengapa strategi tersebut dipilih? Cadangan penyelesaian
hendaklah mengandungi ciri-ciri kreatif dan inovatif.
4. Implikasi
(i) Huraikan implikasi sama ada daripada segi kos atau sumber manusia untuk
melaksanakan strategi yang dipilih.
(ii) Nyatakan pengurusan perubahan untuk melaksanakan program/projek
tersebut.
5. Rumusan
Tuliskan rumusan menyeluruh mengenai program/projek tersebut.

PENGUMUMAN PENTING:
1. Panduan Pemarkahan:

Markah akan diberi berdasarkan perkara-perkara berikut (wajib ada):

Kreativiti dan Inovasi


Proses penyelesaian masalah

Proses membuat keputusan

Proses membuat penambahbaikan

Proses mengurus perubahan.

2. Tuan/puan diingatkan supaya tidak mengambil bulat-bulat daripada


program/projek yang telah dijalankan di sekolah tuan/puan (termasuk program
sandaran) secara cut & paste atau menghantar kertas kerja program berkenaan
tanpa sebarang modifikasi.
3. Tuan/puan dibenarkan menghantar 1 fail dalam bentuk Word atau PDF sebelum
tarikh tutup. Tuan/puan juga boleh membuat penambahbaikan kepada jawapan
sebelum tarikh berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai