Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING 1, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI PERTAMA


BIL

: 01/ 2016

TARIKH

: 5 JAN 2016

MASA

: 1.30 TENGAHARI

TEMPAT

: BILIK GERAKAN

KEHADIRAN :
1. Pn Zaleha Bt Yusoh
2. Pn Anita Bt Johor
3. Pn Nor Atika Binti Harun
4. Cik Junaidah Bt Abu Bakar
5. Pn Suziyana Bt Mohamed
6. Pn Nor Suria Bt Bad. Latif
7. Pn. Zawani Bt. Husin
8. En Muhammad Taufiq b. azhar
9. En Mahadi b. Ibrahim
10. Pn Santhanadevi a/p Munusamy
Tidak hadir

GPK kokurikulum
Ketua Panitia BM

: tiada

1. En Mohd Faizul B. Zawawi

1.0

UCAPAN GPK 1 (Pn. Zaleha bt. Yusoh)


1.1
Pn Zaleha memulakan majlis dengan bacaan surah Al- Fatihah.
Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat menghadiri
mesyuarat Panitia Bahasa Melayu untuk kali pertama.

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1
Minit mesyuarat bil 1/2016 dicadangkan pengesahannya oleh En.
Mahadi b. Ibrahim dan disokong sebulat suara oleh semua ahli.

3.0

PERKARA BERBANGKIT
3.1
Pengerusi bertanyakan sama ada penyediaan soalan bagu Ujian
Dalaman ditentukan kemudian atau dalam mesyuarat kali ini. Puan
Anita selaku ketua panitia akan memaklumkan semula nama guru
yang ditugaskan untuk membuat kertas ujian dalam masa terdekat.

4.0
4.1

AGENDA
HEADCOUNT DAN PROGRAM KEMERLANGAN 2016

Puan anita menyatakan keputusan UPSR 2015 bagi Pemahaman


telah mencapai target yang telah sekolah tetapkan tetapi keputusan
Penulisan agak merosot.
Puan Anita mencadangkan beberapa program kecemerlangan upsr
perlu dijalankan untuk membantu murid. Antaranya bengkel teknik
menjawab soalan pemahaman dan penulisan dan program menyalin
karangan.
Tindakan : semua guru tahun 6
RANCANGAN PENGAJARAN
Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan rancangan pelajaran
tahunan (RPT), rancangan pelajaran harian (RPH) dan huraian
sukatan pelajaran (HSP) hendaklah disediakan dengan lengkap dan
mengikut format yang sedia ada. Bagi tahun 1, 2 dan 3, format KSSR
perlu digunakan manakala tahun 4, 5 dan 6 menggunakan format
KBSR. Pengerusi memberitahu bahawa HSP boleh dimuat naik melalui
laman web www.moe.gov/bpk. Pengerusi juga mengingatkan bahawa
semua dokumen perlu disediakan secepat mungkin untuk pemantauan

Tindakan : semua guru


4.2

LINUS
Pn Atika Selaku Penyelaras Linus meminta semua guru Tahap 1
bersedia menjalankan linus sepanjang tahun ini. Beliau berharap tahun
ini peratus linus akan semakin berkurang.
Tindakan : semua guru tahap 1

4.3

PENCERAPAN HASIL KERJA MURID


Pengerusi meminta semua guru mengadakan pencerapan kerja murid
setiap minggu. Pengerusi juga meminta semua guru memberi latihan
yang lebih terutama kepada murid-murid tahun 6.
Tindakan : semua guru

4.4

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pengerusi meminta semua guru merancang kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid. Pengerusi menjelaskan
bahawa penggunaan buku teks dan buku aktiviti perlu digunakan
semaksimum mungkin. Pengerusi juga menjelaskan penggunaan ICT
dalam P&P digalakkan bagi menarik minat murid.
Tindakan : semua guru

4.5

SUDUT PANITIA
Pengerusi berharap guru-guru bahasa melayu dapat menampal dan
menghias sudut bahasa melayu di kelas yang diajar dengan bahan-

bahan terbaru. Sementara, papan kenyataan adalah tangungjawab


ketua panitia dan beberapa orang guru yang akan ditugaskan
bersama.
4.6

5.0

ITHINK dan KBAT


Pengerusi berharap ithink dank bat diutamakan dalam pdp yang
dijalankan sebagaimana yang dijelaskan dalam LDP dan kursuskursus anjuran jabatan.

Hal-hal lain
Pengerusi berharap guru-guru yang memerlukan alat bantu mengajar dan
buku-buku agar memalkumkan den gan segera supaya bahan-bahan tersebut
dapat disediakan secepat mungkin.

Penutup
Ucapan penanguhan oleh Pn Anita selaku ketua Panitia. Beliau dan barisan
pentadbir akan mengambil berat permasalahan dan perkembangan panitia
Bahasa Melayu demi kemajuan murid sekolah ini. Mesyuarat ditangguhkan
pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

( NOR ATIKA BINTI HARUN )

(ZALEHA BINTI YUSOH )

Setiausaha Panitia Bahasa


Melayu,

Guru Penolong Kanan 1,

Sk Petaling 1

Sk Petaling 1

Anda mungkin juga menyukai