Anda di halaman 1dari 3

SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6

PEMAHAMAN
1.Bilangan murid yang mendapat gred A dalam subjek Bahasa Melayu Penulisan pada kali ini
meningkat _________________ 40 orang.
A ke
B pada
C dalam
D kepada

2. Batang kayu yang hendak dijadikan tiang pondok itu sudah ________________ kerana terlalu lama
terdedah kepada hujan dan panas.
A buruk
B lapuk
C kecut
D luput

3. Akhirnya pencuri yang ___________________ itu dapat juga diberkas oleh pihak polis dengan
bantuan penduduk kampung.
A liat
B liar
C licik
D lincah

4. Kami __________________ sepanjang malam untuk meronda sekitar kampong kerana kejadian pecah
rumah begitu menjadi-jadi sekarang.
A menjaga
B penjaga
C berjaga
D terjaga

5. Pisang muda memang berasa _____________________ kecuali jika dimakan buah yang masak.
A tawar
B pedas
C pahit
D kelat

6. Tulis ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberi.


Ayat Tanya :
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Jawapan : Oh,sekarang ibu saya sudah sembuh sepenuhnya daripada demam yang dialaminya.

7. Tulis jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberi.


Soalan : Benarkah kamu yang menutup suis lampu dan kipas sebelum pulang petang semalam ?
Jawapan : _________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Soalan Penulisan

8. Kelab Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Pertandingan Bercerita Peringkat Sekolah.
Kamu diminta menulis catatan tentang pertandingan tersebut.
Tulis catatan kamu itu selengkapnya.

9. Kamu dimintamenyampaikan ucapan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan dalam perhimpunan rasmi
di sekolah .Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan pada hari tersebut adalah Cara-cara Menabung.
Tulis teks ucapan kamu itu selengkapnya.

10.

Wira negara
Digelar tentera pengaman negara
Juga sedia membantu mangsa banjir
Siap siaga memasak dan mencuci
Berkorban demi masyarakat.

Berdasarkan pernyataan di atas, ceritakan bantuan yang kamu terima semasa banjir di kampung
kamu.Akhiri karangan kamu dengan :
.. Haziq serta rakan-rakannya bersalamsalaman dengan pasukan keselamatan yang banyak berjasa kepada kampung mereka.Mereka berasa
sungguh bangga akan pengorbanan wira negara.

Anda mungkin juga menyukai