Anda di halaman 1dari 2

Rajah di bawah menunjukkan punca-punca kemalangan jalan raya.

Huraikan
pendapat anda tentang punca-punca kemalangan jalan raya. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PENDAHULUAN 5 Ayat
[AR] Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan jalan raya saban tahun
semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari sama ada di kaca-kaca
televisyen, di dada-dada akhbar mahupun di corong-corong radio pasti ada
sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya yang meragut nyawa manusia. [ARA.Tanya] Murah sangatkah nyawa manusia sehingga banyak jiwa yang terkorban
di jalan raya? Jika hal ini dibiarkan berterusan, sudah tentu merugikan sesebuah
negara. [AA] Oleh itu,punca-punca kemalangan jalan raya perlu dikenal pasti
segera sebelum isu ini menjadi lebih parah lagi. [80 pp]
Perenggan Isi 1 : Sikap Pemandu Itu Sendiri 5 Ayat
[AP] Punca yang paling signifikan penyebab berlakunya kemalangan jalan raya
ialah sikap pemandu itu sendiri. [AH-Mengapa?] Hal ini disebabkan pemandu
bersikap mementingkan diri, tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak
mematuhi peraturan jalan raya. [AC] Sebagai contoh, pemandu kenderaan
memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. [AHKesan?] Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa
sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain. [AP] Oleh itu, sikap berhatihati di jalan raya dan Biar Lambat Asal Selamat akan dapat menghindarkan
kemalangan maut daripada berlaku. [78 pp]
Perenggan Isi 2 : Keadaan Struktur Jalan Raya 5 Ayat
[AP] Punca seterusnya penyebab berlakunya kemalangan jalan raya ialah
Keadaan struktur jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan jalan raya yang berlubanglubang, sempit dan rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna
jalan raya. [AC] Sebagai contoh, jalan raya yang bengkang-bengkok, selekoh
tajam akan memudahkan pemandu yang tidak biasa jalan tersebut terbabas dan
terlibat dalam kemalangan jalan raya. [AH-Bagaimana?] Oleh itu, pihak kerajaan
perlu mengambil inisiatif segera memperbaiki struktur jalan raya yang
membahayakan nyawa pengguna jalan raya.. [AP] Tegasnya sebelum Nasi
Menjadi Bubur, struktur jalan raya perlu diberi keutamaan terlebih dahulu agar
keselamatan pengguna-pengguna jalan raya terjamin. [86 pp]
Perenggan Isi 3 : Keadaan Kenderaan 5 Ayat
[AP] Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik juga menjadi
punca berlakunya kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Keadaan kenderaan
yang tidak diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan boleh
mengundang malapetaka kepada pemandunya. [AC] Sebagai contoh, brek
kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik akan menyebabkan pemandu sukar
mengawal kenderaan ketika saat-saat kecemasan. [AH-Kesan?] Impaknya,
pemandu akan mudah tersasar dan berlakunya kemalangan jalan raya ketika
ingin menghentikan kenderaan secara kecemasan. [AP] Jelaslah, kenderaan
hendaklah diselenggara dengan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh
kerana Malang Tidak Berbau. [76 pp]
Perenggan Isi 4 : Undang-undang 5 Ayat

[AP] Penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga merupakan salah satu


punca berlaku kemalangan jalan raya. [AH-Mengapa?] Dendaan dan kompaun
sebanyak RM300 bagi kesalahan berat seperti memandu melebihi had laju,
melanggar lampu isyarat merah tidak berkesan kerana pemandu mampu bayar.
[AC] Selain itu, Ops Sikap dan sekatan jalan raya hanya giat dijalankan ketika
musim-musim perayaan. [AH-Kesan?] Impaknya, pemandu tidak gentar
melakukan kesalahan di jalan raya kerana mereka mampu membayar denda
yang dikenakan dan beranggapan operasi hanya dilakukan pada waktu-waktu
tertentu sahaja. [AP] Jadi, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas dan
pemantauan di kawasan berbahaya hendaklah diambil untuk mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan maut. [93 pp]

Kesimpulan.
[Rumusan] Semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi
menangani isu kemalangan jalan raya ini. [Cadangan] Segala usaha yang
dilaksanakan hendaklah berterusan dan istiqomah bukannya sekadar hangathangat tahi ayam ataupun sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja.
[Pendapat] Jangan sampai sudah terhantuk, baru nak terngadah, barulah inisiatif
dirangka untuk mengatasi kemalangan jalan raya. Isu kemalangan ini tidak boleh
dipandang sebelah mata sahaja kerana impaknya sangat besar kepada negara
terutamanya kerugian sumber tenaga yang produktif. [Harapan] Slogan Pandu
Cermat Jiwa Selamat hendaklah dijadikan pedoman bagi semua pengguna jalan
raya agar nyawa mereka terselamat. Ingat, jangan jadikan lebuh raya sebagai
gelanggang perlumbaan mahupun pusara kerana nyawa manusia merupakan
satu anugerah yang perlu dihargai. [80 pp]

Anda mungkin juga menyukai