Anda di halaman 1dari 2

Senopsis menuai emas

Kisah bermula apabila Alif teringgat akan ayahnya sewaktu


melihat sawah padi yang sedang menguning. Alif teringat akan
kata-kata ayahnya yang dia akan menuai emas.
Alif bertemu dengan tok ketua ketua yang bermotosikal dan
hampir melanggarnya. Alif bertanya bila jentera menuai padi
akan sampai untuk menuai hasil padi mereka. Tok ketua
berbangga dengan hasil usaha yang dilakukan oleh anak muda
seperti Alif. Alif hanya tersenyum dan mengatakan yang inilah
hasil jika berbudi pada tanah
Alif teringat peristiwa setahun yang lalu apabila tanah petak
sawahnya menjadi konflik. Semua pemilik tanah sawah
bersetuju untuk menjual kepada pemaju kecuali tanah sawah
Alif. Abang man yang bertindak sebagai ketua berusaha untuk
menujuk Alif dan Mak wan untuk menjualkan saja tanah sawah
itu.
Semasa perbincangan di rumah mak wan dan alif telah berlaku
sedikit ketidakpuasan hati apabila Abang Man telah menyentuh
hal peribadi Alif. Abg Man telah menuduh Alif tidak lulus
university. Oleh sebab itulah dia tidak mahu menjualkan tanah
sawah itu. Tuduhan abg man telah menguris hati mak wan. Mak
wan meminta semua yang datang ke rumahnya agar balik
dahulu.
Alif memberitahu ibunya yang dia bukan menolak
pembangunan tetapi mahu mengusahakan sawah melalui
teknologi moden . Mak wan bersetuju dengan Alif. Alif tekad
untuk mempertahankan tanah sawahnya walaupun terpaksa
berdepan dengan abg man. Alif yakin terdapat beberapa orang
tuan tanah yang masih bersikap tunggu dan lihat seperti Pak
Nik,tok ketua dan mak lang munah.

Alif teringat ketika dia berbual dengan pegawai pertanian ,


beberapa kebaikan dari benih padi baru telah di beritahu oleh
pegawai tersebut iaitu kebal dari racun rumpai, menjimatkan
penggunaan air dan dapat mencegah masalah perosak utama
iaitu siput gondang emas. Dengan kaedah moden tuaian padi
tidak seperti dahulu lagi. Proses penuaian dengan jentera tuai
akan mengambil masa yang singkat.
Tindakannya tidak setuju untuk menjualkan sawahnya adalah
bijak. Walaupun dihina, dikutuk dan dimarahi dengan abg man
dan beberapa lagi orang kampong namun dia tetap sabar. Abg
man menuduh Alif telah melakukan sesuatu sehingga pemaju
projek membatalkan hasrat untuk membeli tanah mereka.
Akhirnya apa yang diusahakan Alif membuahkan hasil yang
baik. Alif meminta kebenaran dari semua pemilik tanah sawah
untuk mengusahakan projek estet padi dan ia membuahkan
hasil. Alif teringat kata-kata ayahnya kebaikan berbudi kepada
tanah

Anda mungkin juga menyukai