Anda di halaman 1dari 22

1.

PENDAHULUAN
Menurut Nadzeri Isa (2009), pengajaran bahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat

dengan elemen dan bahan-bahan kesusasteraan. Hal ini adalah kerana kedua-dua bidang ini
saling lengkap melengkapi antara satu dengan lain. Tegasnya, pengajaran kesusasteraan
menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian maklumat, manakala pengajaran bahasa
Melayu pula akan menjadi lebih menarik jika mendapat sentuhan kesusasteraan sebagai bahan
pengajaran. Amalan penggunaan buku teks semata-mata pada abad ini dalam pengajaran
bahasa Melayu sudah tidak sesuai lagi. Sebaliknya, guru perlu mempelbagaikan sumber bahan
supaya pengajaran menjadi lebih berkesan. Dalam hal ini, cerpen, petikan novel, puisi dan
petikan prosa klasik merupakan bahan sastera yang boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran
Bahasa Melayu. Tugasan ini menghurai elemen dan bahan sastera yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Dokumen Kandungan Standard Pembelajaran, analisis
bahan sastera menggunakan kaedah pemahaman teks, dan langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran menggunakan teknik dan bahan sastera yang dianalisis.

2.0

ESEI HURAIAN ELEMEN DAN BAHAN SASTERA YANG TERDAPAT DALAM


SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAN DOKUMEN
KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1

ELEMEN

DAN

BAHAN

SASTERA

YANG

TERDAPAT

DALAM

SUKATAN

PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul
dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran
yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) menyatakan bahawa Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran
bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi
perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu
dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran
Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis.
Selain itu, Kesusasteraan Melayu atau secara ringkasnya, Sastera Melayu merupakan
komponen yang amat penting dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Ia termasuk sebahagian
daripada kemahiran berbahasa. Bak kata pepatah Melayu, bagai aur dengan tebing,
Kesusasteraan Melayu dan kemahiran berbahasa tidak dapat dipisahkan. Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu, elemen dan bahan sastera diterapkan dalam kemahiran berbahasa
dalam bentuk prosa, puisi atau drama. Elemen dan bahan sastera yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dihuraikan dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca dan menulis.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara
yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian
atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan
persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus
2

mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2003). Penerapan elemen dan bahan sastera dapat dilihat
dalam hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu:
1.5

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan


tersirat.

2.1

Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi


yang baik dan jelas.

Rajah 1: Elemen dan Bahan Sastera yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran
Mendengar dan Bertutur
Rajah 1 menunjukkan elemen dan bahan sastera yang terdapat dalam hasil
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur 1.5 dan 2.1. Elemen dan bahan sastera yang
digunakan bagi mencapai hasil pembelajaran ini seperti mengulas maksud tersurat dan tersirat
dalam pantun, sajak, gurindam, syair dan pelbagai lagi. Selain itu, bahan sastera seperti
cerpen, hikayat dan cerita kanak-kanak digunakan untuk melatih murid bercerita menggunakan
kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Berdasarkan hasil
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, jelas membuktikan bahawa penggunaan
elemen dan bahan sastera amat penting dalam membantu mencapai hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
Huraian elemen dan bahan sastera yang seterusnya dapat dilihat di dalam kemahiran
membaca. Menurut Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid (1992), kemahiran
membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan
diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai
teknik membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Elemen dan
bahan sastera yang terdapat di dalam kemahiran membaca ini ditunjukkan pada hasil
pembelajaran kemahiran membaca seperti dalam Rajah 2.

5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

7.2

Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya
bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat
membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3

Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera


yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

Rajah 2: Elemen dan Bahan Sastera yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran
Membaca
Huraian elemen dan bahan sastera yang terakhir terdapat dalam kemahiran menulis.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), menyatakan bahawa kemahiran menulis
merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang
dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang
gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik
hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan
menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat,
menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan. Hasil pembelajaran
kemahiran menulis jelas membuktikan bahawa terdapat elemen dan bahan sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan dan penerapan elemen dan bahan
sastera ini dapat dilihat berdasarkan Rajah 3.

10.0

Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

10.1

Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang


mudah, menarik dan bermakna.

11.0

Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca.

11.1

Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah


karya.

11.2

Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea,


ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

11.3

Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan
persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya
bahasa.

Rajah 3: Elemen dan Bahan Sastera yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran
Kemahiran Menulis
Sebagai kesimpulan, elemen dan bahan sastera yang terdapat dalam kemahiran
bahasa dalam mata pelajaran bahasa Melayu diajar dalam bentuk apresiasi karya sastera
melalui kajian teks. Elemen-elemen sastera yang disentuh melalui kajian teks ini seperti tema
teks sastera, watak dan perwatakan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran yang terdapat dalam
teks sastera tersebut dan pelbagai lagi. Teks sastera atau lebih dikenali sebagai bahan sastera
yang dimaksudkan ini meliputi bidang prosa dan puisi. Bidang prosa dan puisi terbahagi kepada
prosa moden dan prosa tradisional. Ia meliputi genre-genre cerpen, cerita pendek, cerita kanakkanak dan drama. Bidang puisi juga dibahagikan kepada puisi moden dan puisi tradisional.
Dalam puisi moden, murid-murid didedahkan dengan sajak-sajak terpilih. Manakala dalam
bidang puisi tradisional, murid-murid akan mengkaji pantun, syair, gurindam dan seloka. Bagi
mengukuhkan lagi pernyataan bahawa terdapatnya elemen dan bahan sastera dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu, hal ini dapat dilihat pada objektif pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu itu sendiri, iaitu:
iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh
ilmu dan memproses maklumat secara kritis.
ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan
karya

2.2

ELEMEN

DAN

BAHAN

SASTERA

YANG

TERDAPAT

DALAM

DOKUMEN

KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


Mulai tahun 2010, KBSR telah diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah
Rendah) bagi murid-murid tahun 1 dan KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan)
bagi murid prasekolah. Kerajaan telah mengambil inisiatif memperkenalkan kurikulum baru bagi
sekolah rendah dalam sistem pendidikan negara iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) di mana ia dimurnikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
KSSR memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca, menulis, dan
menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi
menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, kurikulum Bahasa Melayu yang
terdiri daripada suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012)
menyatakan elemen dan bahan sastera yang terdapat dalam Dokumen Kandungan Standard
Pembelajaran dinyatakan di dalam Modul Seni Bahasa.
Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa
merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui
pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai
genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga
menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Shamsudin Othman dan
Abdul Rasid Jamian (2012) menyatakan seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk
memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur. Didik hibur merupakan salah satu pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Empat elemen yang terkandung dalam didik hibur ialah
nyanyian, aktiviti bercerita, lakonan dan puisi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), mengkonsepsikan aspek seni bahasa sebagai
keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan
menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti
secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea
melalui penulisan dan lisan. Selain itu, seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan
bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan
menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Tambahan, pembentukan
6

ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat
dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa
Melayu. Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini jelas menunjukkan
bahawa terdapatnya elemen dan bahan sastera dalam Dokumen Standard Kandungan
Pembelajaran serta dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Elemen dan bahan sastera dapat dilihat pada standard kandungan bahagian aspek seni
bahasa. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012), menyatakan standard kandungan pengajaran
dan pembelajaran aspek seni bahasa ini diwujudkan adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
1) Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik
hibur.
2) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif
semasa bercerita secara didik hibur.
3) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
4) Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan
bahasa yang indah secara didik hibur.
Konklusinya, seni bahasa dan didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang saling berkait rapat dan bersifat santai tetapi terkawal
dengan memberikan penekanan dan cara pelaksanaannya terhadap empat komponen bahasa
dan sastera, iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan berpuisi. Oleh itu, keseronokan murid secara
total dalam mempelajari Bahasa Melayu akan dapat direalisasikan secara terancang,
bersistematik dan menyenangkan.

3.0

APLIKASI BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU

3.1

ANALISIS TEKS PUISI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMAHAMAN TEKS


Teks Puisi Moden: Sajak
Tajuk : Lelayang Merah
Angin petang melambai-lambai
Bersama daun, bersama burung
Riang ria bersyair
Riang ria bersiul.
Atas padang rumput di pinggir sawah
Seorang anak lelaki
Melepas lelayang merah menari
Mengikut gendangan angin
Mereka usik-mengusik
Di dewan udara
Hingga terungkai benang pengikat dirinya.
Bersama angin yang asyik
Lelayang merah terus terbang
Jauh, jauh . Hingga
Ke kaki senja yang berdarah.
Esoknya
Ia terdampar di pinggir sawah
Dalam kelesuan
Lelayang merah, wajahnya tiada indah.
Datang anak lelaki
Bersama sebuah lelayang putih
Padanya, ia tiada menoleh.
Lelayang merah
Di pinggir sawah menangis sendiri.
(Sumber: Nor Aini Muhammad dalam Aktiviti Bahasa 1992)

Berdasarkan teks sajak Lelayang Merah, kaedah pemahaman teks yang digunakan
untuk menganalisis sajak ini ialah kaedah mengalami-menghayati. Nadzeri Isa (2009)
menyatakan kaedah mengalami-menghayati ini berasaskan anggapan bahawa setiap individu
mempunyai pengalaman tersendiri dalam hidup mereka. Pada masa yang sama bahan sastera
juga merupakan rakaman pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama, sajak
dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kaedah ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran
sastera. Ini adalah apabila murid-murid boleh menghayati karya dengan cara menyelami
pengalaman penulis.
Di dalam sajak Lelayang Merah, penulis telah menggambarkan suasana ketika bermainmain layang-layang. Peristiwa bermain layang-layang ini amat sinonim dalam hidup kanakkanak. Sehubungan dengan ini, sewaktu membaca sajak Lelayang Merah ini, kanak-kanak
dapat membayangkan pengalaman mereka sewaktu bermain layang-layang. Justeru,
pengalaman ini memudahkan mereka memahami dan menghayati maksud sajak. Sajak
lelayang merah ini juga menggambar bagaimana cara untuk bermain layang-layang. Hal ini
dapat dilihat pada rangkap 2, baris 1 hingga 5.
Seorang anak lelaki
Melepas lelayang merah menari
Mengikut gendangan angin
Mereka usik-mengusik
Di dewan udara
Rangkap 2 ini membawa maksud apabila kita hendak bermain layang-layang, kita perlu
melepaskan lelayang ke udara. Lelayang yang dilepaskan juga perlu mengikut arah angin
bergerak supaya mudah terbang naik ke udara. Bagi memastikan lelayang terus kekal terbang
di udara, benang yang terikat pada lelayang perlu ditarik secara perlahan-perlahan dengan
berulang-ulang kali dari arah yang bertentangan.
Jika diteliti maksud sajak ini secara keseluruhannya, mesej yang disampaikan dalam
sajak ini begitu dekat dengan kehidupan manusia jika kita selami bait-bait baris perkataan yang
terdapat dalam sajak ini. Mesej yang disampaikan di dalam sajak ini ialah menjadi lumrah
dalam kehidupan manusia apabila kita berada di atas, kita disanjung tinggi. Tetapi, apabila kita
jatuh rebah ke bumi, tiada insan yang sudi menoleh dan bersama dengan kita. Cukup
mendalam maksud sajak Lelayang Merah ini. Mesej ini digambarkan pada rangkap 3 hingga 6.
Penulis menggunakan simbol lelayang merah bagi menggambar keadaan manusia.

3.2

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA


Teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu

menggunakan bahan sastera ini ialah teknik drama iaitu teknik Dekon. Menurut John Pollock
dalam Wardrip-Fruin, Noah & Montfort, Nick (2003), teknik drama merupakan satu pertunjukan
yang berlaku penyatuan antara lakonan atau peniruan watak-watak. Teknik drama melibatkan
pergerakan tubuh badan, selain berkait dengan segala bentuk perlakuan yang meliputi semua
kegiatan tentang kehidupan manusia. Teknik ini dilakonkan oleh watak-watak tertentu sebagai
usaha mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang
berlaku dalam masyarakat.
Teknik Dekon merupakan salah satu teknik yang terdapat dalam teknik drama. Adenan
Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) menyatakan perkataan Dekon adalah ringkasan
kepada perkataan deklamasi dan lakonan. Teknik Dekon ialah teknik mendeklamasi sajak
diiringi dengan lakonan berdasarkan isi sajak tersebut. Cara melaksanakan teknik dekon ini
melibatkan seorang murid mendeklamasikan sajak, manakala seorang atau beberapa orang
murid yang lain melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak supaya murid-murid lebih
mudah memahami, menghayati dan mengingati sajak yang disampaikan. Teknik ini dijalankan
dalam kumpulan antara dua hingga tiga orang murid.

10

3.3

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN UNTUK SATU AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN BAHAN SASTERA

Nama Guru
Mata Pelajaran
Hari
Tarikh
Masa
Tahun
Bilangan Murid

: Afiq Rafeal Bin Afiq Yusri


: Bahasa Melayu
: Jumaat
: 18 September 2011
: 60 minit
: 6 Uranus
: 30 orang

Tema
Tajuk

: Kesusasteraan (Prosa Moden)


: Sajak Lelayang Merah

Hasil Pembelajaran:
Fokus Utama
5.2

Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i.

Fokus Sampingan

11.1

Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi

yang betul.
ii.
Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya
Aras 3
i.

Merumuskan maklumat yang menarik dalam sesebuah


karya secara kritis.

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat:


1) Mendeklamasikan sajak Lelayang Merah dengan sebutan dan
intonasi yang betul, jelas dan lancar.
2) Melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak Lelayang
Merah.
3) Mencatat rumusan yang telah dibuat secara kritis tentang mesej
yang terkandung dalam sajak Lelayang Merah.

Penggabungjalinan

Kemahiran Membaca

Membaca, memahami dan menghayati sajak

: Kemahiran

Kemahiran Menulis

Membuat kesimpulan dan mencatat rumusan

Bahasa
Sistem Bahasa

Tatabahasa

Perkataan yang terdapat di dalam sajak Lelayang


Merah terdiri daripada pelbagai golongan kata
seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan
11

kata tugas.

Pengisian

Ilmu

Sastera

Kurikulum

Nilai

Bekerjasama dan menghargai

Peraturan

Laras bahasa

Sosiobudaya
Kemahiran Bernilai

1) Kemahiran Berfikir
2) Kemahiran Teknologi

Tambah

Maklumat

Dan

Komunikasi
3) Kecerdasan Pelbagai
4) Pembelajaran Kontekstual
Pengetahuan Sedia

Murid telah didedahkan dengan pengetahuan tentang sajak.

Ada
Bahan Bantu

Video Upin Ipin membuat layang-layang, slaid teks sajak Lelayang

Belajar

Merah, prop lakonan: lelayang merah, lelayang putih, angin, anak lelaki

Strategi

Kemahiran Berfikir
Teori
Kecerdasan

Menjana idea
Verbal-Linguistik,

Pelbagai
Pembelajaran

Kinestatik, Visual
Menghubungkaitkan

Kaedah

Kontekstual
Mengalami-

pengalaman sedia ada.


Menerapkan pengalaman sebenar.

Teknik

Menghayati
Dekon

Mendeklamasi sajak diiringi dengan lakonan.

12

Interpersonal,
isi

Intrapersonal,

pelajaran

dengan

LANGKA

ISI PELAJARAN

H / MASA
SET

Mencungkil pengalaman

INDUKSI

lampau murid-murid

(5 MINIT)

tentang permainan layanglayang

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
1) Guru menunjukkan video permainan
layang-layang kepada murid-murid.
2) Guru bersoal jawab dengan murid
tentang pengalaman mereka
bermain layang-layang.
Contoh soalan:
1) Siapakah di antara kamu
pernah bermain layang-

CATATAN
ABM:
Video UpinIpin bermain
layang-layang
TEKNIK:
Soal jawab

layang?
2) Kamu tahu cara bermain
layang-layang?
3) Seronok atau tidak bermain
layang-layang?
4) Kamu tahu cara membuat
LANGKA Membaca dan menyebut
H1
(5 MINIT)

perkataan dengan
sebutan yang betul dan
jelas.
Bacaan kuat teks Sajak
Lelayang Merah
dijalankan supaya murid
mendapat gambaran

layang-layang?
1) Guru menayangkan slaid teks
lelayang merah kepada muridmurid.
2) Murid juga diedarkan teks sajak

ABM:
Teks sajak
Lelayang
Merah

Lelayang Merah.
3) Murid-murid diminta membaca sajak
tersebut secara kuat dengan
sebutan yang betul dan jelas.

awal tentang sajak


tersebut.
LANGKA Membaca, memahami dan
H2
(20 MINIT)

menghayati maksud

1) Murid dibahagikan kepada 6


kumpulan. Setiap kumpulan terdiri

ABM:
Teks sajak

daripada 5 orang ahli.


sajak Lelayang Merah.
Lelayang
2)
Di dalam kumpulan, murid-murid
Watak-watak yang terdapat
Merah
dikehendaki
membaca,
memahami
Prop lakonan:
dalam sajak Lelayang
dan menghayati sajak Lelayang
Merah:
lelayang
1. Anak lelaki
Merah.
merah,
2. Lelayang merah
3) Murid-murid juga perlu mengenal
lelayang
3. Lelayang putih
pasti watak-watak yang terdapat
4. Angin
putih,
Mendeklamasi sajak
dalam sajak tersebut.
gambar
Lelayang Merah dengan 4) Kemudian, secara berkumpulan,
13

penuh perasaan supaya

murid-murid diminta

angin, kain

timbul penghayatan.

mendeklamasikan sajak Lelayang

pelekat

Merah sambil melakonkan aksi yang


sesuai dengan teks sajak.
5) Seorang murid akan
mendeklamasikan sajak. Manakala
beberapa orang murid yang lain
akan melakonkan aksi yang sesuai
berdasarkan watak yang terdapat

TEKNIK:
Teknik Dekon

mendeklamas
i sajak sambil
berlakon

dalam sajak Lelayang Merah.


6) Murid diberi masa selama 3 minit
untuk membuat latihan.
7) Setelah selesai membuat latihan,
guru meminta beberapa kumpulan
tampil ke hadapan untuk
mendeklamasikan sajak tersebut
dengan penuh perasaan sambil
melakonkan aksi dengan penuh
LANGKA

Isi sajak Lelayang Merah:

penghayatan.
1) Di dalam kumpulan, murid-murid

ABM:

H3

Seorang kanak-kanak

diminta membincangkan mesej

Kertas

(10 MINIT)

lelaki bermain layang-

yang terkandung di dalam sajak

mahjong, pen

layang merah pada waktu


petang. Sedang asyik
bermain, layang-layangnya
putus dibawa angin dan
terbang jauh. Lalu lelayang
merahnya jatuh terdampar
di pinggir sawah. Lelayang

Lelayang Merah.
2) Ketua bagi setiap kumpulan
dikehendaki mencatat rumusan
perbincangan bagi kumpulan
masing-masing.
3) Guru membimbing dan membantu
murid-murid sekiranya timbul
masalah atau persoalan.

merah musnah dan tidak


boleh digunakan lagi.
Keesokan harinya anak
lelaki itu datang bermain di
tempat yang sama
bersama dengan lelayang
14

marker hitam.
TEKNIK:
Perbincangan

baru iaitu lelayang putih.


Lelayang merah berasa
sedih kerana dirinya sudah
digantikan dengan lelayang
LANGKA
H4
(10 MINIT)

yang baru.
Penilaian:
Rumusan sajak Lelayang
Merah berdasarkan
pemahaman murid.

1) Ketua-ketua kumpulan diminta

ABM:

mengemukakan rumusan

Kertas

perbincangan mereka.
2) Murid-murid lain diberi peluang

mahjong, pen
marker hitam.

untuk memberi ulasan atau


LANGKA
H5
(5 MINIT)

Mesej yang terkandung


dalam sajak Lelayang
Merah:

pendapat masing-masing.
1) Guru membuat kesimpulan
daripada rumusan-rumusan yang
dikemukakan oleh murid-murid.
2) Murid-murid diminta menyalin
rumusan yang dicatatkan oleh guru
di papan hitam.
1) Guru mengucapkan tahniah kepada

PENUTUP

Pengayaan:

(5 MINIT)

Murid menghasilkan sajak

murid kerana telah berjaya

bebas berdasarkan tajuk

mendeklamasikan sajak dengan

yang diberi iaitu Ibu.

baik serta bekerjasama dengan ahli


kumpulan.
2) Murid diminta menghasilkan sajak
yang bertajuk Ibu.

15

Kemahiran
Menulis:
Menyalin
rumusan.

4.0

REFLEKSI

4.1

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
Terdapat banyak sebab mengapa penggunaan bahan sastera penting dan perlu dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Menurut Abd. Rahman Shaari
(1994), bahan kesusasteraan mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu karya sastera
mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat murid-murid untuk terus membaca,
kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.
Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa yang
boleh dipelajari dan didedahkan kepada murid-murid. Misalnya, bentuk perbualan yang terdapat
dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah dalam
pengajaran bahan. Murid-murid juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dan gaya
bahasa yang terdapat dalam karya sastera.
Kamarudin Hj. Husin (1998) melihat keperluan dan kepentingan ini dari aspek intelek dn
emosi, kerana bahan-bahan kesusasteraan memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam
pelbagai perkara. Pada masa yang sama, ia penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh
memantapkan

aspek

emosi

murid-murid.

Di

samping

itu,

pengajaran

bahasa

dan

kesusasteraan sama-sama menggunakan medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya


boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang sama, sama ada secara lisan atau bertulis.
Seterusnya, keperluan dan kepentingan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah adalah sebagai medium untuk menyampaikan nasihat dan
pengajaran kepada generasi muda. Elemen nasihat dan pengajaran ini wujud dalam pelbagai
bentuk prosa dan puisi seperti sajak, cerpen, novel dan drama. Di mana unsur-unsur nasihat
dan pengajaran yang diselitkan dalam prosa dan puisi itu biasanya bersifat lembut demi untuk
menjaga hati individu dan pada masa yang sama memberi kesedaran serta mendatangkan
kesan yang mendalam.
Contoh unsur nasihat dan pengajaran dapat dilihat dalam gaya bahasa penulisan
cerpen, novel dan drama di mana genre-genre ini ada menyelitkan penggunaan peribahasa,
kiasan dan ibarat. Misalnya peribahasa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Erti
peribahasa ini ialah jika kita membuat sesuatu pekerjaan yang baik biarlah berbatas janganlah
berlebih-lebihan pada yang bukan tempatnya, tetapi jika perbuatan jahat usahlah sekali-kali
16

dibuat. Manakala peribahasa malang tidak dapat ditolak, mujur tak dapat diraih. Merupakan
falsafah yang harus dijadikan pedoman oleh kita semua. Ia menjelaskan bahawa semua
perkara yang menimpa kita merupakan takdir Tuhan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai
manusia beriman, kita haruslah sentiasa bersabar dan bersyukur.
Penggunaan bahan sastera ini juga amat diperlukan bagi melahirkan generasi pembaca.
Kesusasteraan Melayu telah menjadi komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran
(P&P) Bahasa Melayu di semua sekolah menengah (aliran sastera, sains, teknik, agama dan
vokasional) di negara ini. Para pelajar diwajibkan membaca dan mendalami buku-buku sastera
Melayu tersebut. Sehubungan itu, bidang ini dipelajari dan diteliti oleh pelajar-pelajar tersebut.
Hal ini secara langsung dapat melahirkan golongan pembaca dan penganalisis bidang sastera.
Kenyataan ini disokong oleh Othman Puteh dan Ramli Sin (2003), yang menyatakan dengan
memasukkan cerpen sebagai mata pelajaran, bidang ini dipelajari dan diteliti oleh calon-calon
yang mengambil peperiksaan tersebut. Ini secara langsung telah menambahkan lagi khalayak
dan peneliti bidang cerpen ini.
Sesungguhnya hasil kesusasteraan ini memberi satu gambaran kasar tentang persoalan
hidup masyarakat pada masa lampau. Menurut Othman Puteh dan Ramli Sin (2003), bahasa
sastera seperti cerpen dapat menyatakan segala peristiwa yang terjadi pada tahun 1950-an
atau tahun sebelumnya. Contoh peristiwa tersebut seperti kekejaman pemerintahan Jepun dan
Bintang Tiga di Tanah Melayu, keganasan komunis terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa
dan sebagainya. Sastera dapat menjadikan pembaca memahami kehidupan dengan lebih
berfalsafah, iaitu dapat menerima keperihalan tentang manusia dan masyarakat yang
kadangkala sukar untuk di mengertikan oleh fikiran rasional. Sememangnya kehidupan manusia
ini penuh dengan kemungkinan yang tidak terduga dan sastera mampu menjelaskannya.
Bahan sastera amat diperlukan dalam aspek perkembangan bahasa dan komunikasi
murid-murid. Guru-guru menggunakan bahan sastera sebagai instrumen dalam pengajaran
kemahiran berbahasa murid. Hal tersebut dilaksanakan ketika aktiviti bacaan secara kuat.
Contohnya, guru membaca sebuah sajak dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan
intonasi yang betul, menyatakan idea atau pendapat melalui perbincangan dan menyatakan
maksud tersirat sajak yang disampaikan serta mendeklamasikan semula sajak yang
disampaikan oleh guru.
Di samping itu, melalui drama, murid-murid dapat merasakan bahawa diri mereka telah
diberikan kepercayaan dalam memegang sesuatu watak dan berusaha untuk menjalankan
17

tanggungjawab yang diberikan. Mereka akan berusaha memberi kerjasama kepada rakanrakan mereka untuk berlakon bersama dengan lebih baik. Hal ini dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi dan interpersonal murid-murid secara berkesan. Selain itu, mereka
dapat membina keyakinan diri di samping menerima penghargaan kendiri yang positif dalam diri
mereka.
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa Melayu penting kerana dapat
melahirkan generasi muda yang kreatif dan kritis dalam menulis bahan sastera seperti cerpen,
novel, sajak dan drama dalam kalangan murid-murid. Murid-murid yang minat dalam menulis
hasil karya akan melontarkan idea kreatif mereka dalam bidang penulisan ini. Hal ini terjadi
apabila murid-murid mula berjinak-jinak dengan penulisan sastera. Murid-murid akan mendapat
idea dan menjadikan bahan-bahan sastera yang dibaca sebagai panduan untuk menulis cerpen
atau novel tersendiri. Hal ini menjadikan pembelajaran kesusasteraan sebagai salah satu aktiviti
yang dapat mencungkil bakal murid-murid.
Akhir sekali, semangat patriotisme dan generasi muda pada masa kini semakin
berkurang. Jadi, dengan menerapkan penggunaan bahan sastera ini dapat memupuk semangat
patriotisme dan jati diri dalam diri murid-murid. Contohnya, melalui novel-novel Biografi tokohtokoh pembangun negara Malaysia memberikan inspirasi kepada mereka. Di samping itu,
mereka juga akan menjadi cerita-cerita tokoh yang diceritakan sebagai idola mereka untuk
berjaya dalam kehidupan. Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa bahan satera menjadi
pendorong utama penggerak motivasi murid-murid untuk berjaya. Di samping itu, pemupukan
unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen
individu terhadap bangsa dan negara.

18

5.0

PENUTUP
Berdasarkan perbincangan yang diutarakan di atas, dapat kita simpulkan bahawa

penggunaan unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mampu
meninggalkan kesan yang positif dalam kalangan murid-murid. Kesan ini tidak hanya mampu
kita lihat dalam aspek perkembangan psikomotor murid-murid tersebut tetapi mampu juga
meninggalkan kesan yang positif dalam perkembangan kognitif pelajar tersebut.
Di samping itu, penggunaan kaedah dan teknik pengajaran sastera yang bersesuaian
juga mampu mengungkapkan pengalaman seseorang itu ke dalam bentuk yang lebih kreatif
dan imaginatif untuk dihayati oleh murid-murid. Oleh yang demikian, hal ini akan mampu
membina modal insan yang seimbang dalam semua aspek tidak kira jasmani, rohani, emosi
mahupun inteleknya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Secara keseluruhannya, penggunaan dan penerapan bahan sastera serta aplikasi
kaedah dan teknik pengajaran sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sememangnya meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-murid terutamanya dalam
melahirkan modal insan yang mampu meneruskan kesinambungan tampuk pemerintahan
negara pada masa akan datang.

19

6.0

RUJUKAN

A.Aziz Deraman. (2006). Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Dalam Menghadapi Wawasan
2020 dalam Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A.Wahab Ali. (2009). Kesusasteraan Melayu Dalam Bandingan Dan Pendidikan. Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abd. Rahman Shaari. (1994). Sastera Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Strategi Pendidikan
Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Aminuddin Mansor. (2011). Subjek Sastera Membina Insan. Diakses Pada 31 Januari 2015
daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0515&sec=Sastera&pg=sa_02.htm
Daud Bin Md Saman dan Muhaiyuddin Bin Mohamed Azizi (2010). Literasi Bahasa Khusus
Untuk Institut Pendidikan Guru, Prasekolah Dan Kelas Pemulihan. Selangor: Pecan Ilmu
Publications Sdn. Bhd.
Hadijah Rahmat. (2006). Peranan Dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hamzah Hamdani. (2006). Sastera Kebangsaan Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Harun Jaafar (2010). HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
John Pollock in Wardrip-Fruin, Noah & Montfort, Nick. (2003). Teaching Drama. USA: The MIT
Press.
Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa
20

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.


Kamaruddin Hj. Husin. (1999). Kemahiran Mendengar Dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1999). Siri Pendidikan Perguruan Pengajian
Melayu 5 Dan 6 Pemulihan Dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya Dan
Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Kurikulum Seni Bahasa Dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Aktiviti Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Jilid 7 Aktiviti Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Jilid 6 Aktiviti Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Jilid 3 Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah SK Tahun 6 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kepentingan Sastera Dalam Masyarakat 1 Malaysia. (2011). Diakses pada 31 Januari 2015
21

Daripadahttp://www.theborneopost.com/2011/06/22/kepentingan-sastera-dalammasyarakat-1malaysia/
Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan Sastera Kanak-Kanak Di Malaysia. Shah Alam:
Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Mohd. Kassim Ismail. (1996). Pengajaran Bahasa Dalam Sastera Dan Pengajaran Sastera
Dalam Bahasa. Kertas Kerja Yang Dibentang Dalam Seminar Pengajaran
Kesusasteraan KBSM, Pada 9 10 Mac 1996, Di Universiti Sains Malaysia.
N.S. Rajendran. (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi. Kertas Kerja Yang Dibentang Dalam Seminar Penyelidikan dan Pembangunan
dalam pendidikan, Pada 34 Oktober 2000, Di Malaysian Airlines Academy, Kelana
Jaya. Diakses pada 31 Januari 2015 daripada
http://nsrajendran.tripod.com/Papers/sasteraHOTskills.pdf
Nadzeri Isa. (2009). HBML3103 Pengajaran Kesusasteraan Melayu Dan Kemahiran
Berbahasa. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Shamsudin Othman Dan Abdul Rasid Jamian. (2012). Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Dipetik daripada http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7
Didik-hibur.pdf. Diakses Pada 31 Januari 2015.
Shamsudin Othman. (2004). Seni Bahasa: Belajar Sambil Berhibur Atau Didik Hibur? Dlm.
Kalam Bahasa. Kuala Lumpur: Sekolah Alam Shah. Ogos:10-14.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Video Upin Ipin Membuat Layang-Layang. Diakses pada 31 Januari 2015 daripada
https://www.youtube.com/watch?v=f6XTcvp6eFI

22