Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
INTERAKSI
3
1.1 Sinopsis
Tajuk ini meliputi peranan guru Pendidikan Seni Visual sebagai pengurus, pembimbing,
pemudah cara, motivator dan inisiator. Pada peringkat ini, anda juga akan diperkenalkan
dengan peranan guru dalam bidang kepanitiaan dan Surat Pekeliling Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh
menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang
peranan guru PSV dengan merujuk kepada buku-buku, Surat Pekeliling KPM dan
pengalaman tokoh-tokoh guru.
1.2.1
1.2.2
PERANAN GURU
PSV
PENGURUS
PEMBIMBING
PEMUDAHCARA
Kepanitiaan
dan Surat
Pekeliling KPM
1.4 Kandungan
1
MOTIVATOR
INISIATOR
PENGURUS
PEMBIMBING
PEMUDAHCARA
MOTIVATOR
INISIATOR
1.5 Situasi
Sejak seminggu yang lalu, kelihatan Saci asyik tidur sahaja ketika Cikgu Jacko
mengajar Pendidikan Seni Visual di kelas Lima Perdana. Hari ini, Devi, salah seorang
rakan sekelas menyiku Saci yang sedang tidur sambil berdengkur. Saci terjaga dalam
keadaan terkejut, lalu memarahi Devi. Belum sempat Cikgu Lim mengambil sebarang
tindakan, Saci spontan keluar dari bilik darjah. Rakan-rakan sekelas pula bersorak
sambil menepuk tangan lalu ketawa.
Cuba anda senaraikan sebab-sebab mengapa keadaan ini berlaku. Sila bandingkan
keadaan ini dengan keadaan di sekolah anda. Catatkan bagaimana anda akan
menghadapi keadaan seperti ini.
Aktiviti 1
Menurut Mc Ewan (2001), terdapat 10 ciri-ciri guru yang efektif. Ciri-ciri ini boleh
dikategorikan kepada tiga kumpulan besar: peribadi, berunsurkan pengajaran, dan
intelektual.
Manakala Goh (2005) menggunakan akronim 3P bagi mewakili ciri-ciri guru yang
berkesan, iaitu: Positif, Proaktif dan Bersifat Pencegahan.
Positif. Guru yang mempunyai sikap yang positif percaya murid-murid akan
belajar. Oleh demikian, guru tersebut akan berusaha dengan sedaya upaya
untuk membantu mereka belajar. Sikap sedemikian menyeai keyakinan dalam
diri murid bahawa mereka boleh berjaya. Selain itu, guru yang bersikap positif
biasanya menunjukkan minat terhadap murid-murid dalam semua aspek, sama
ada di dalam ataupun di luar bilik darjah;
Proaktif. Bagi membolehkan sesi pengajaran berjalan dengan lancar, guru tidak
boleh hanya masuk ke dalam bilik darjah lalu mula mengajar apa yang
dirancang. Sebaliknya, guru perlu memberi pertimbangan kepada isu seperti;
Adakah murid-murid saya pembelajar yang pintar, sederhana, lemah, ataupun
campuran ketiga-tiga jenis tersebut? Adakah wujud perbezaan dari segi
jantina? Berpandukan maklumat yang diperoleh, anda akan fikirkan cara yang
paling sesuai untuk menyusun tempat duduk murid-murid, iaitu sama ada
mengikut kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang sama, mengikut
jantina yang sama, dan sebagainya. Merujuk contoh tadi, boleh disimpulkan
bahawa guru yang bersifat proaktif akan menyediakan satu pelan tindakan
secara mental sebelum masuk ke dalam bilik darjah;
Pencegahan. Bermaksud guru akan berusaha untuk mencegah agar tidak timbul
tingkahlaku bermasalah dalam bilik darjah. Mencegah lebih baik daripada
merawat. Untuk tujuan itu, mungkin anda akan tentukan peraturan-peraturan
bilik darjah bersama murid-murid serta sediakan garis panduan tertentu. Jika
pada kali pertama anda masuk ke dalam bilik darjah sudah ada satu set
peraturan, ini menunjukkan anda seorang guru yang proaktif dan bersifat
mencegah (Choong, 2009).
(i) kualiti peribadi, (ii) kompetensi pengajaran dan pembelajaran, dan (iii) penghayatan
dan amalan nilai.
Kualiti Peribadi. Ciri-ciri guru yang efektif boleh dilihat dari segi kualiti peribadi.
Sumber bahan yang berlainan mengandungi perkataan yang berbeza
berhubung dengan kualiti peribadi guru. Antaranya termasuk: berkemahiran
komunikasi, terurus, berilmu, mudah didampingi, ceria, bersemangat, bersifat
kecindan, berupaya menyesuaikan diri, bersikap positif, bermotivasi, peka,
mempunyai kesedaran, jelas, fasih, bersistematik, berempati, tegas, adil, luwes,
dan melayan murid-murid sebagai individu. Berani menghadapi cabaran,
menegakkan prinsip dan keadilan sosial; ketabahan hati untuk terus berusaha
sehingga mencapai kejayaan; kepercayaan bahawa anda boleh membawa
perubahan kepada kehidupan murid; rasa rendah diri; sifat keterbukaan
terhadap maklum balas; komitmen untuk mengilhamkan murid ke arah
pencapaian yang cemerlang; dan keazaman untuk mengatasi masalah
pembelajaran dalam kalangan murid.
Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran. Biasakah anda dengar bahawa guru
masa kini bukan lagi seorang bijaksana atas pentas tetapi pembimbing di sisi
murid? Ya, sejak kebelakangan ini guru diminta menyahut seruan orang awam
agar mengajar demi pembelajaran yang berkualiti. Untuk tujuan itu, guru perlu
menyemak semula gaya dan strategi pengajaran yang digunakan sehingga
bertujuan memaksimumkan kebolehan murid-murid menimba ilmu baru. Selaras
dengan peranan guru hari ini iaitu Fasilitator berbanding penyampai maklumat.
Seperti mana yang dijelaskan di atas perubahan kepada persekitaran
pembelajaran baru-baru ini mengubah matlamat pengajaran menjadi
pemindahan ilmu kepada situasi kehidupan seharian. Untuk itu, guru disyorkan
agar menggunakan penyoalan berbentuk Socratik di mana murid-murid belajar
membina ilmu tersendiri; Perekabentuk kebolehan murid-murid. Dengan
berpandukan pengalaman lalu, guru berupaya merancang peluang dan
pengalaman pendidikan yang wajar bagi memupuk aras pemikiran yang tinggi,
pemindahan pembelajaran, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
pemikiran reflektif, dan sebagainya.
Penghayatan Dan Amalan Nilai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa nilai
merupakan asas kepada pembentukan sikap, persepsi, motivasi dan personaliti
seseorang (INTAN,1993). Dalam konteks guru-guru di negara ini, nilai-nilai
murni merupakan tenaga asas yang menggerakkan guru melaksanakan tugasan
dengan cemerlang. Dengan kata lain, penghayatan nilai-nilai murni dapat
membimbing mereka membentuk akhlak yang mulia untuk meningkatkan
keupayaan dan kualiti pengurusan murid. Di samping itu, juga boleh
menentukan pelaksanaan dasar dan program sekolah berjalan dengan
sempurna. Atas hakikat ini, penerapan nilai-nilai yang murni bukan sahaja diberi
penekanan dalam urusan peribadi guru malahan juga dalam tugas-tugas
professional mereka. Bagi memudahkan penghayatan, amalan dan penerapan
nilai-nilai tersebut maka kini terdapat panduan yang telah disediakan sebagai
rujukan penting. Antaranya termasuk termasuk Nilai dan Etika Dalam
Perkhidmatan Awam dan pengiringnya, Tonggak Dua Belas.
Rumusan:
5
Peranan guru Pendidikan Seni Visual amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah. Keterampilan, kewibawaan dan komitmen
guru merancang, mengurus, melaksana, menilai dan membuat penambaikan dalam
keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah
kecemerlangan.
2.5 Latihan A
(i)
Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri seorang guru Pendidikan Seni Visual
yang cemerlang.
(iv) Cuba membuat analisis masalah yang berkaitan dengan peranan guru Pendidikan
Seni Visual dan berikan contoh berdasarkan pengalaman anda di sekolah:
Peranan Guru
Pengurus
Pembimbing
Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Pemudahcara
Contoh situasi:
6
Analisis:
Peranan Guru:
Motivator
Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
Inisiator
Contoh situasi:
Analisis:
Peranan Guru:
(v) Baca petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 di bawah dan sempurnakan
tugasan yang diberikan.
Kejayaan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap
sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan
kekesanan guru mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting
dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah
tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru-guru yang terlibat atau mengajar
sesuatu mata pelajaran yang sama mengembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan
aktiviti-aktiviti dan/atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus
mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman
serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan
demikian, guru-guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama
dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu.
Dengan
wujudnya badan iktisas seumpama ini, guru-guru yang menganggotainya juga berpeluang
untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah bukan sahaja dalam bidang
7
pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat
belajar pelajar-pelajar.
Anda dikehendaki mendapatkan salinan penuh Surat Pekeliling Iktisas tersebut. Dapatkan
maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan Panitia Pendidikan Seni Visual di sekolah
anda dari mula hingga tahun semasa. Carta Organisasi Panitia Pendidikan Seni Visual
pada tahun semasa perlu disertakan.
Seterusnya, mari kita selesaikan masalah di bawah ini. Anda boleh berbincang dengan
rakan anda dan menggunakan pengalaman anda di sekolah dalam menyelesaikan
permasalahan berikut.
Sebagai seorang guru Pendidikan Seni Visual anda terlibat secara langsung dalam proses
menjayakan kurikulum Pendidikan Seni Visual, jadi masalahnya sekarang ialah adakah
anda pada masa ini ada mempunyai kawalan yang
pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah. Adakah anda mempunyai kawalan yang
cukup ke atas teknik pengajaran yang dijalankan di dalam kelas ?
Bagaimanakah kuasa yang sepatutnya perlu ada pada seseorang guru Pendidikan Seni
Visual dalam menentukan isi pelajaran dan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku dalam bilik darjah serta bagaimana pula Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual
memainkan peranannya dalam penyelesaian masalah ini?
Seterusnya, Sejauhmanakah pengetahuan amali dan kemahiran amali guru Pendidikan
Seni Visual digunakan sebagai input kepada proses menjayakan kurikulum Pendidikan
Seni Visual. Akhir sekali adakah faktor-faktor berikut merupakan penghalang kepada anda
untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses menjayakan kurikulum Pendidikan Seni
Visual.
a) masa yang terhad ( mengikut jadual waktu kelas )
b) Bilangan murid yang besar dalam sebuah kelas
c) Alat dan bahan yang terhad
d) Tanggungjawab yang berbagai di sekolah
E-melkan dapatan, hujahan, pandangan, kritikan dan idea anda kepada pensyarah
dalam tempoh dua minggu selepas anda menerima modul ini.
PENGURUSAN
SUMBER DAN
BAHAN BANTU
MENGAJAR
Rekabentuk dan
proses menyediakan
Bahan Sumber
Pengajaran dan
Pembelajaran
Prosedur mengguna
dan menyimpan alat
dan
Bahan
Penyimpanan dan
rekod stok
Panduan
Keselamatan
Etika dan
tanggungjawab
2.4 KANDUNGAN
Rekabentuk dan proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan
pembelajaran
Berdasarkan gambar di bawah, cuba anda senaraikan alat dan bahan bantu yang
ada didalamnya.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
Alat :
Bahan Bantu:
10
Cuba anda senaraikan beberapa alat dan bahan bantu yang anda tahu. Kemudian cuba
anda fikirkan hal yang menarik minat anda tentang alat dan bahan bantu tersebut dan
apakah perkara yang boleh anda tambahbaikkan.
a) Bahan bantu mengajar semua bahan yang digunakan oleh guru dalam
menyampaikan maklumat/ilmu kepada murid.
b) Bahan bantu belajar semua bahan yang digunakan oleh murid secara
kumpulan ataupun individu untuk tujuan pembelajaran.
http://images.ask.com/pictures
Berikut adalah antara tujuan bahan bantu. Mari kita amati dan membuat penaakulan
kepada butiran di bawah.
11
Apakah fungsi pelbagai bahan bantu secara bersesuaian di langkah pelajaran yang
berlainan seperti di bawah: Cuba anda bincangkan dan huraikan hal ini bersama
rakan-rakan anda.
Set induksi:
Input utama:
Pengayaan:
Pemulihan:
i)
Kemasan
ii)
Setelah anda memahami dan menghayati prosedur penyediaan bahan bantu dan
penggunaan bahan bantu. Cuba lakukan latihan ini.
Cuba anda fikirkan dan catatkan aspek-aspek yang perlu dititikberatkan semasa membuat
pemilihan bahan bantu.
1
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, berbagai jenis alat dan bahan digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis pertama adalah alat dan bahan yang
digunakan untuk penghasilan. Jenis kedua adalah alat dan bahan bantu untuk tujuan diatas
untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis itu pula boleh dibahagi
kepada beberapa subkategori seperti berikut:
A) Alat dan bahan untuk penghasilan
Peralatan lain: palet, bekas air, kain lap, kertas surat khabar sebagai alas meja..
Sila anda senaraikan alat dan bahan selengkapnya untuk menghasilkan kraf
tradisional Batik. Bincang bersama rakan anda. Anda boleh rujuk daripada
buku atau layari website.
(ii)
Alat dan bahan bantu yang ada dalam kehidupan seharian murid dan
pengalaman sedia ada murid. Contohnya :
Alat dan bahan bantu yang direka khas untuk menjelaskan konsep dan secara
langsungnya tidak ada dalam kehidupan seharian murid. Contohnya:
(iii) Alat dan bahan media teknologi dan lain-lain jenis yang seumpama dengannya.
14
Koleksi Khas
Cuba anda perhatikan gambar di bawah dan perkaitannya dengan koleksi-koleksi yang
boleh dipilih sebagai koleksi khas.
http://images.ask.com/pictures
15
http://images.ask.com/pictures
2 Dimensi
3 Dimensi
Seterusnya, berdasarkan gambar di atas, cuba anda membuat kapsyen sebagai langkah
mengkatelogkan bahan bantu sebelum disimpan.
Nama Pengkarya :
Tajuk
Media
Teknik
Tahun
Koleksi bahan bantu boleh dikumpul melalui beberapa pendekatan antaranya ialah seperti
berikut:1. Hasil kerja murid yang baik boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas seni reka,
Organisasi rekaan dan pemahaman dan penghargaan. Bahan tersebut boleh
disimpan di dalam folio.
2. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang dan
kayu hanyut boleh dijadikan kajian dan analisis asas seni reka.
3. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan
carta untuk digunakan dalam perbincangan dan kajian.
16
4. Koleksi gambar slaid yang meliputi pelbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk
salinan karya pelukis-pelukis terkenal temapatan dan antarabangsa boleh digunakan
bagi tujuan meransang dan menimbulkan perasaan ingintahu murid.
5. Koleksi lutsinar OHP / Power Piont boleh diusahakan oleh ahli panitia PSV bag
memudahkan penyampaian pelajaran mereka.
6. Buku-buku rujukan dan risalah berkenaan PSV boleh diperolehi dari pembekal untuk
dijadikan rujukan dan panduan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dan
disimpan samada di Bilik Seni Visual atau Pusat Sumber Sekolah.
7. Koleksi muzik perlu disediakan bagi menghidupkan suasana semasa aktiviti P&P
dijalankan. Pemain kaset / CD / DVD perlu disediakan.
Berikut adalah gambar-gambar contoh bahan bantu boleh disimpan.
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
17
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
http://images.ask.com/fr?q=art+studio&desturi
18
Dua buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat dan bahan
kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat dan bahan habis guna. Setiap jenis
alat dan bahan yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan.
Dengan demikian, ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.
Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan
atau kecurian alat dan bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.
19
Setiap satu item alat dan bahan samada peralatan kekal atau tidak kekal hendaklah
dicatatkan dalam satu-satu borang sahaja. Jika terdapat penambahan stok pada item
berkenaan boleh diisi ke dalam borang berkenaan sahaja. Umpamanya , kertas lukisan (1
imperior) ingin ditambah dalam stok perlulah diisi ke dalam borang item kertas lukisan (1
imperior ) sahaja.
Membuat rekod keluar masuk alat dan bahan serta dokumen langkah
keselamatan adalah penting. Beri komen anda dengan hujah yang relevan.
Peralatan kekal
Contoh Borang untuk penyimpanan stok
Borang stok untuk peralatan kekal
Bil
Item
( Peralatan Kekal )
1.
2.
Jumlah
Item
Bil. Unit
Tarikh masuk
Tarikh lupus
Meja guru
13/09/2009
15/10/2010
Meja guru
13/09/2010
Catatan
Item
( Peralatan tidak Kekal)
Bil. Unit
20
Tarikh
masuk
Tarikh lupus
1.
2.
Jumlah
Kertas lukisan
( 1 imperior )
200 dozen
Kertas lukisan
( 1 imperior )
100 dozen
22/09/2009
10/10/2010
Catatan
Item
Minyak
turpentine
Cat air
kertas
lukisan
pisau NT
kain linen
batik
fabric dye
kertas
warna
Carta PSV
berus
lukisan
pisau ukir
cecair
tinner
tanah liat
Pemantauan tajam oleh guru semasa murid menjalankan aktiviti mampu mengelakkan
sebarang kemalangan yang tidak diingini. Anda dan rakan-rakan anda cuba berbincang
dan membuat analisis, langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan
sebarang kemalangan daripada berlaku.
Bil
Kenyataan
21
Murid menjalankan
aktiviti menghasilkan
ukiran kayu
Filem dan gambar slaid seni boleh membantu murid dalam dalam pengkajian pemahaman
dan penghargaan perlu didedahkan pepada murid.
Cuba anda membuat analisis, etika dan tanggungjawab yang perlu diamalkan
oleh guru Pendidikan Seni Visual selain huraian yang terdapat di atas dalam
mempertabatkan profesion perguruan.
Rumusan:
Dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, mengetahui dan memahami rekabentuk dan
proses menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna
dan menyimpan alat dan bahan serta penyimpanan dan rekod stok. Adalah menjadi
tanggungjawab guru matapelajaran Pendidikan Seni Visual untuk memastikan keselamatan
dalam studio sebelum,semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran diutamakan.
Terdapat berbagai jenis alat dan bahan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
umpamanya seperti alat dan bahan yang digunakan untuk penghasilan, alat dan bahan
bantu untuk tujuan di atas untuk membantu pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua jenis
itu pula boleh dibahagi kepada beberapa subkategori seperti Pengendalian alat dan bahan
merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
menjadi tanggungjawab Ketua Panitia dan ahli panitia Pendidikan Seni Visual untuk
menguruskannya dengan sempurna.
Aktiviti 2.1
Huraikan tiga perkara yang membezakan antara rekabentuk dan proses menyediakan
bahan, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan dengan penyimpanan dan
rekod stok.
Alat dan bahan
bantu
rekabentuk dan
proses
menyediakan
bahan
prosedur
mengguna dan
menyimpan alat
dan bahan
Carta organisasi
panitia
Pendidikan Seni
Visual
Salinan karya
agung di dalam
23
penyimpanan dan
rekod stok
Contoh-contoh
kraf tradisional
Kertas lukisan
dan warna air
Alat-alat membuat
ukiran
Mesin pembakar
seramik
Rak-rak kayu
Aktiviti 2.2
Hasilkan beberapa bahan bantu (sekurang-kurangnya 4 item) bertujuan sebagai membantu
pengajaran dan pembelajaran. Bidang yang hendak diajar adalah membuat corak dan
rekaan. Tajuk yang dipilih ialah corak terancang dengan menggunakan teknik kolaj dan
capan.
24
3.2.1
Menganalisis susun atur bilik PSV serta menyenarai dan menjelaskan pelan bilik
PSV yang kondusif mengambilkira aspek susun atur, panduan keselamatan,etika
dan tanggungjawab, inventori dan penyimpanan.
Pengurusan
Bilik dan Hasil
Kerja Murid
Panduan
Keselamatan
Etika dan
tanggungjawab
3.4 Kandungan
25
Inventori
Penyimpanan
26
Gambar 1: Susun atur perabut yang baik akan menjadikan suasana menarik
Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan
sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia
berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang
pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru
dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid
supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan
peralatan,
mengurus
pergerakan
pelajar
didalam
kelas,
mengurus
bahan-bahan
pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal
disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan
dengan lancar.
yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan
sumber,penyusun
persekitaran
kelas
yang
efisyen,penyelia
prestasi
murid
serta
suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid
bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.
27
Meja
6
Pintu
2
Meja
5
Sudut
Buku
Rujuka
n
Meja
3
Meja
4
Tingkap
Alat
Pemadam
Kebakaran
Tingkap
Peti Kecemasan
Sinki
Dapur Gas
Pusat
Akses
Meja
1
Meja
2
Sudut
ICT
LCD
Pintu
1
Stor
Meja
Guru /
Deksto
p
Papan Info
Papan Putih
skrin
Sudut Pameran
Hasil Kraf
Tangan
28
Berdasarkan pelan di atas, cuba anda renungkan apakah perlu anda lakukan untuk
menambahbaikkan lagi pengurusan bilik seni visual.
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah
memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa
berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang
sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya
penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada
seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba
mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk
dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun
mengikut jenisnya.
Cuba anda kumpulkan maklumat tentang bilik atau studio seni dan buat presentasi
dalam bentuk folio.
Ambil gambar-gambar berikut:
1.1 Bilik atau studio seni dari pelbagai sudut
1.2 Sudut-sudut pameran berkaitan
1.3 Zon-zon kerja tertentu
1.4 Stor dan bilik-bilik khas yang berkaitan
1.5 Ruang-ruang lain yang berkaitan
1.6 Carta-carta berkaitan dengan bilik seni
29
Pengetahuan asas bagaimana untuk menyusun dan merekaletak alatan dan bahan
pameran perlu dimiliki oleh guru seni visual kerana selain daripada tanggungjawab
mengajar, biasanya guru pendidikan seni juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga bilik
dan studio seni. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi guru dalam
mengurus bilik seni dan studio seni di sekolah ialah warna dinding, papan bulletin,
pencahayaan, bahan pameran khas, zon kerja dan stor penyimpanan.
Marjorie Schiller (1995) menerangkan bahawa bilik dan studio seni melambangkan
cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberikan makna kepada kehidupan kita.
Justeru, kaedah penyusunan dan kebersihan bilik darjah dan studio perlu menitikberatkan
unsur estetika untuk memberi pengalaman estetik yang bermakna. Persekitaran yang
merangsang deria memberikan tenaga kepada minda untuk belajar (Koster, 2001).
Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah
sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan.
Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai
tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan
warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat terhadap
apa yang pamerkan. Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan
warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya.
Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu
kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran
pencahayaan semula jadi dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak
cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni.
Gambar 4 : adalah juga contoh hasil kerja murid yang boleh dipamerkan
30
Selain
mempamerkan
hasil
karya
pelajar,
guru-guru
seni
visual
boleh
memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh
membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah
untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria
murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk melihat dan menyentuh objek
tersebut. Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja
mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya
perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni
seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang
digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan
jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan
bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan. Kedudukan rak-rak simpanan
ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk
diambil.
31
32
Bagaimanakah cara terbaik bagi seseorang guru PSV menguruskan bilik PSV
dan hasil kerja murid?
3.5 Situasi
Pada awal tahun, Cikgu Anand telah membentuk jawatankuasa papan pamer bagi
kelas Pendidikan Seni Visual yang beliau ajar. Jawatankuasa tersebut diberikan
tanggungjawab menyediakan bahan-bahan untuk dipaparkan sepanjang tahun
berdasarkan empat kegiatan bidang KBSR PSV. Hari ini, jawatankuasa papan pamer
Tahun 6 Merdeka bersedia untuk membentangkan
idea mereka dalam kelas. Cikgu Anand mengingatkan murid-murid bahawa mereka
dibenarkan mengundi sekali sahaja. Fong tampil ke depan kelas lalu berkata, Saya
bercadang kita sediakan peta minda untuk keempat-empat kegiatan berserta contoh.
Jali bentangkan idea kedua, Saya syorkan kita sediakan carta proses bagi keempat empat kegiatan dan contoh hasil kerja yang terbaik. Idea ketiga dikemukakan oleh
Yatie, saya fikir adalah menarik jika kita sediakan pelbagai jenis pekerjaan yang
berkaitan dengan bidang Seni Visual. Setelah murid-murid diberikan penjelasan lanjut
oleh ketiga-tiga murid tadi, satu undian pun berlangsung. Peta minda berserta contoh
didapati paling popular menang dengan 30 undi, diikuti dengan carta proses dan
contoh terbaik sebanyak 12 undi. Manakala kerjaya dalam bidang Seni Visual
memperolehi tiga undi sahaja. Ekoran itu, jawatankuasa papan pamer mengadakan
perjumpaan selepas tamat persekolahan pada hari tersebut untuk
mengagihkan tugas berkaitan.
Pernahkah anda fikirkan manfaat yang diperolehi dengan membaca bahan-bahan yang
dipamerkan? Apakah pandangan anda mengenai papan pamer? Apakah perkara yang
anda fikirkan penting dalam mewujudkan papan pamer bagi mata pelajaran PSV?
Bagaimanakah papan pamer menyumbangkan kepada persekitaran bilik darjah yang
kondusif? Catatkan pandangan anda terhadap kepentingan papan pamer;
33
Menurut Steele (1973), persekitaran fizikal mempunyai enam fungsi iaitu keselamatan
dan perlindungan; kontek sosial, identifikasi simbolik, penyempurnaan tugas;
keseronokan dan pertumbuhan serta perkembangan.
Rumusan:
Pengurusan Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual
hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah
sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru PSV yang lain untuk mewujudkan suasana kondusif
dalam bilik Pendidikan Seni Visual bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran.
3.6 Latihan B
34
(i)
(iii)
forum
(iv) Berdasarkan analisa yang anda perolehi, buat rumusan tentang kualiti pengurusan
bilik seni dengan berpandukan buku Standard kualiti pendidikan Malaysia.
Sekolah: Pernyataan standard. Jemaah Nazir Sekolah. (2004). KL:Kementerian
Pelajaran Malaysia.
No.
Item
Item
Skor
3
4
Pur
109
5.3
0.92
110
11.1 1.35
111
21
11.1 0.74
11
24.5 1.55
35
112
kemas kini
113
16
25.5 1.66
114
2.9
0.55
* Pur = purata
(v)
Buat penjelasan tentang suasana bilik Pendidikan Seni yang kondusif dengan
menyediakan sebuah pelan lantai cadangan. Anda juga boleh kaitkan cadangan
tersebut berpandukan senario di sekolah anda atau sekolah lain yang mempunyai bilik
PSV. Sertakan gambar-gambar yang berkaitan.
36