Anda di halaman 1dari 1

Laporan Kerja Amal

Tajuk: Menceriakan kawasan sekolah(Alam Sekitar)


Tarikh: 5 September 2013
Masa: 8 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Blok Dino
SMK Tinggi st David

Penglibatan dan Peranan Saya :


1.

Sebelum aktiviti.

Sebagai seorang warga sekolah yang bertanggungjawab sebelum aktiviti menceriakan kawasan
sekolah dijalankan, meluangkan masa berbincang dan menyumbangkan idea kepada rakan-rakan
saya tentang teknik dan langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk menceriakan kawasan
sekolah. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan tugas masing-masing
dan setiap pelajar sememangnya prihatin terhadap kerja-kerja yang diberikan; maksudnya
mereka sedar akan tanggungjawab yang diberikan dan cuba sediakan alat-alat yang diperlukan
dan buat yang terbaik.

2.

Semasa aktiviti.

Semasa aktiviti menceriakan kawasan sekolah dijalankan, saya mengetuai kumpulan saya untuk
menanam pokok. Sebagai ketua kumpulan, saya menunjukkan kepimpinan saya dengan
mengumpulkan ahli-ahli kumpulan saya dan memberikan arahan kepada mereka tentang tugastugas yang sepatutnya dibuat supaya kerja-kerja dapat diselesaikan dalam tempoh masa yag
ditetapkan

Anda mungkin juga menyukai