Anda di halaman 1dari 13

CIRI-CIRI PEDAGOGI MASA KINI

KOMUNIKASI DAN KOLABORASI

Erma Veronika Hariyono


PISMP SAINS SK AMB. JUN
2015

ELEMEN KEMAHIRAN
BERKOMUNIKASI

1. kemahiran berkomunikasi yang berkesan-Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


dalam konteks lain.

2. kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh


keyakinan, secara lisan dan bertulis.
3. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum
balas.
4. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar.
5. Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
6. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
7. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya
berlainan.
8. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.

Kemahiran-kemahiran ini penting bagi


membentuk perhubungan di kalangan
pelajar. Melalui kemahiran komunikasi
ini, pertukaran pemikiran dan idea
menerusi lisan dan tulisan akan
berlaku sebelum perkongsian idea
PERANAN
GURU
JUGA
BOLEH
berlaku untuk kepentingan bersama.
MENJADIKAN ICT SEBAGAI ALAT
PEMUDAH
KOMUNIKASI
ANTARA
GURU
DENGAN
PELAJAR
DAN
ANTARA SESAMA PELAJAR SUPAYA

Peranan guru juga boleh menjadikan ICT sebagai alat


pemudah komunikasi antara guru dengan pelajar dan
antara sesama pelajar supaya proses komunikasi mereka
dapat dijalankan dengan baik
ICT dikatakan alat pemudah komunikasi antara guru dan
pelajar walau dimana mereka berada.
Antara peranan guru ialah mendedahkan pelajar dengan
teks, grafik, audio, video dan kombonasi pelbagai program.
Satu daripada model pembelajaran terkini yang
mengambil peluang daripada keupayaan ICT sebagai alat
komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif.

Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT


membolehkan pelajar bertukar maklumat berhubung budaya, dan
geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan
membuat perbandingan dengan pengalaman mereka.
Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya
membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan bermakna.
Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak pelajar mereka
memberikan perhatian sepenuhnya kepada apa yang mereka sampaikan.
Perbuatan pelajar bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama
mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.
Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki pelajar menguasai
kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahiran yang
berupaya meningkatkan keyakinan pelajar terhadap diri mereka dan
seterusnya membantu pembelajaran.

KOLABORATIF
Pembelajaran
kolaboratif adalah
situasi dua atau lebih
manusia belajar
bersama-sama (Bruffee,
1993).
Kolaboratif melibatkan
perkongsian maklumat
kemahiran dan idea
untuk kemajuan
bersama (Dillenbourgh,
1999).

JENIS KOLABORATIF
Kolaboratif guru dengan murid dalam
pembelajaran
Berkongsi pendapat
\menentukan aktiviti
Membuat keputusan

Kolaboratif murid dengan murid dalam


pembelajaran
Bantu membantu
Belajar bersama-sama

Kolaboratif dengan murid di tempat lain


atau dengan orang lain seperti
perbincangan, berkongsi maklumat atau
meminta bantuan kepakaran secara dalam
talian (ICT)
Perbincangan
Perkongsian maklumat
Bantuan pakar

http://
dplisejarahums.blogspot.my/2012/11/kemahiran-abad-ke-21_21.htm
l
http://
cikguzairol.blogspot.my/2010/04/pedagogi-satu-pandangan.html
http://
www.sdbl.edu.my/sdbl_edu_my/media/File/2015/BAHAN%20LDP/1
/KELAS%20ABAD%20KE-21.pdf
http://
ppdmuar.my/ikh/abad21/Ciri_pembelajaran_abad_ke21_PPD_Muar.p
df

Anda mungkin juga menyukai