Anda di halaman 1dari 18

KOMUNIKASI KHALAYAK

(Kumpulan 1)
KPLI-SR BI(SK) JAN 2011
Nur Hafizah binti Ramly
Suziana binti Abu Bakar
Khariani binti Omar

KONSEP KOMUNIKASI
KHALAYAK
Memahami khalayak sangat penting bagi
kejayaan sesuatu proses komunikasi.
Ucapan yang berjaya ialah ucapan yang boleh
membangkitkan tindak balas yang diingini
daripada khalayak.
Oleh itu, sebelum kita memulakan sesuatu proses
komunikasi, adalah disarankan supaya kita
menyelidik terlebih dahulu siapa di khalayak kita.
Dalam konteks komunikasi awam pula, penerima
sesuatu utusan itu dikenali sebagai khalayak
kerana penerima sesuatu utusan itu dikenali
sebagai khalayak kerana penerima utusan terdiri
jumlah individu yang ramai.

KONSEP KOMUNIKASI
KHALAYAK
Penyampai: Individu atau sesuatu yang

menjadi punca sesuatu komunikasi bermula.


Khalayak : Khalayak terdiri daripada individu
yang memilih untuk mendedahkan diri
kepada sesuatu utusan yang disampaikan
oleh sesuatu sumber komunikasi.
Mesej : Sesuatu yang ingin disampaikan
dalam bentuk perasaan,fikiran,pendapat
atau fakta.

JENIS KHALAYAK

MATLAMAT KOMUNIKASI
KHALAYAK

MENGANALISIS KHALAYAK
UNTUK KEMUDAHAN
KOMUNIKASI

KOMUNIKASI
KHALAYAK
TEKNIK
PENYAMPAIAN

1.
PERMULAA
N

2.
PENYUSUN
AN IDEA

3.
GAYA
PENYAMPAI
AN

4.
PENUTUPA
N

TEKNIK PENYAMPAIAN
1.PERMULAAN
MEMBUAT PERSIAPAN TAJUK
a.Memahami tajuk/topik yang
disampaikan
b.Menggunakan bahasa yang
mudah difahami
c.Memberi contoh-contoh yang
berkaitan
d.Setiap isi mempunyai pertalian
e.Dihuraikan fakta dan isi dengan
jelas
f.Menggunakan alat bantu seperti
gambar dan rajah
g.Mengemukakan pendapat tokoh
atau sumber rujukan.

MEMBUAT PERSIAPAN DIRI


a.Berpakaian kemas,bersih dan
sesuai dengan situasi
b.Air muka sentiasa menunjukkan
keyakinan dan bersedia
c.Melangkah dengan tenang dan
sopan
d.Sentiasa membuat latihan
berucap
e.Bersedia menggunakan alat
bantu
f.Sentiasa muhasabah diri
g.Tidak cepat panik.

CONTOH UCAPAN
Terima kasih tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Datin Hajah Rokaiyah
binti Bujang, selaku pengarah Pelajaran negeri Sarawak. Yang Berusaha Dato
Jessie Limbang, Yang dihormati, Cikgu Barbara, guru besar SK Methodis,
serta hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya Datin Hajah Nuur Aisyah bt. Haji Jas wakil dari Bahagian Pendidikan
Guru akan menyampaikan sebuah taklimat yang bertajuk Penerapan Nilai
Murni di Sekolah. Baiklah saudara dan saudari sekalian. Matlamat dan
tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seseorang ditentukan oleh nilai. Ini
kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan
anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan. Menurut Clyde Kluckhohn,
nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam
pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem
perlakuan. Beliau juga menakrifkan nilai sebagai sesuatu yang lebih disukai,
baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat- matlamat
serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai murni masih belum dapat diterapkan
dengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah berasaskan masalah
disiplin yang dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan.
Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan
yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk
sahsiah murid.

Dalam pendidikan, penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak
langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana
nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan
satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan
atau penghafalan. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi
pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan.
Contohnya, fakta- fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera
umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara
langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat
tertentu.

PENYUSUNAN IDEA
Susunan idea mestilah tertib dan
teratur dan mengikut keutamaan
idea.
Isi di dalam komunikasi khalayak
mestilah logik.
Gambarajah atau data-data boleh
digunakan bagi menyokong
komunikasi tersebut.

Kelancaran

Gaya
penyampaian

GAYA
PENYAMPA
IAN

Kecekapan
berbahasa

Nada dan
intonasi

KELANCARAN
Keyakinan terhadap diri
Pandang tepat ke arah audien
Tidak kerap merujuk nota
pause
Kawalan masa
Elakkan gangguan wacana
Tempo yang sederhana

NADA DAN INTONASI


Nada tinggi dan bersemangat
Nada perlahan
Nada tinggi dan suara lantang
Jangan menjerit

KECEKAPAN BERBAHASA
Pemilihan perkataan yang tepat
dan bahasa yang gramatis
Aras bahasa yang sesuai
dengan audien
Menyelitkan unsur keindahan
bahasa-pantun, peribahasa
Bahasa yang bertatasusila dan
beradap

GAYA PENYAMPAIAN
Gerak tangan, mata, dan badan
Jangan kaku dan beraksi
berlebihan
Mimik muka mengikut
penekanan suara
Wujudkan kontak mata yang
sesuai dengan audien
Pakaian yang kemas dan
bersesuaian

PENUTUPAN
Kata-kata yang membayangkan penyampaian akan
diakhiri dan merumuskan segala isi yang disampaikan.
Contoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Sebagai penutup, marilah kita sama-sama menghayati
dan mengamalkan kata- kata mantan Perdana Menteri
kita, Tun Abdullah sempena Majlis Pelancaran Kempen
Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat
Kebangsaan yang berbunyi: "Pembangunan modal
manusia menjadi sangat penting kepada negara pada
masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti
bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran, tetapi
juga dari segi nilai moral yang tinggi,
bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai
murni dalam kehidupan" "Negara akan menjadi agung
jika warganya terdiri daripada insan-insan yang
mengamalkan budaya murni."

Anda mungkin juga menyukai