Anda di halaman 1dari 101

HISTOGRAFI

1. Tajuk Buku : Kerajaan Campa


Penulis : P.B Lafont, George Coedes, P.Stern, P. Mus, Po Dharma
Penyusun : Ecole Francaise Dextreme-orient

Pada akhir abad yang lalu, melalui penemuan-penemuan arkeologi dan bahan prasastiprasasti mendorong ahli sejarah untuk berusaha menggarap sejarah berkaitan Campa. Percubaan
ini dirintis oleh A. Bergaigne pada tahun 1888 dengan sebuah artikel bertajuk Kerajaan Campa
Lama di Indochina berdasarkan Prasati, dan oleh E. Aymonier sebuah artikel yang
melengkapinya dengan judul Penelitian Pertama Prasasti-prasasti Cam. Manakala P. Pelliot
memperbaiki dan menyempurnakan penulisan sejarah tersebut dengan dua artikel panjang yang
dimuatkan dalam BEFEO: Dokumen-dokumen Cina tentang Panduranga pada tahun 1903 dan
Dua Perjalanan dari Tiongkok ke India pada Akhir Abad VIII. Karya ini diikuti dengan
penciptaan karya pada tahun 1910 hingga 1913 dengan tajuk Kerajaan Campa hasil tulisan
G.Maspero yag dimuatkan dalam Toung Pao.
G.Coedes yang pertama sekali merumuskan tentang sejarah Campa dalam sebuah buku
yang bertajuk Kerjaan-kerajaan Hindu di Indochina dan Indonesia yang pertama terbit pada
tahun 1944 dan telah menghuraikan tentang Kerajaan Campa sejajar dengan Kerajaan-kerajaan
Hindu yang lain di Asia Tenggara. Tiga tahun kemudian buku tersebut disusuli dengan
penerbitan sebuah lagi buku yang lebih tebal bertajuk Lin-Yi hasil penulisan R.Stein. Buku ini
membahaskan tentang peranan kerajaan Lin-Yi dengan penubuhan kerajaan Campa.

Buku terakhir tersebut telah dilengkapi oleh dua lagi buku yang ditulis oleh Wang Gungwu pada
tahun 1958 dan O.W Wolters bertajuk Perdagangan Indonesia Awal : Penelitian Asal Sriwijaya
yang telah ditulis dalam bahasa Inggeris pada tahun 1967. Buku tersebut menjelaskan tentang
kajian perdaganagn Kerajaan Lin-Yi dan Campa awal.
Sejarah tentang kerajaan Campa daro awal sampai kejatuhan Kota Vijaya pada tahun
1471 telah diketahui dengan jelas, namun berkaitan kemunculan atau kebangkitan semula
kerajaan tersebut pada abad ke-15 sehingga runtuh dan musnah secara kekal pada akhir abad ke19, kurang diketahui oleh umum.Walaupun beberapa pengkaji dan penulis sejarah telah
mengungkapkannya, namun ternyata hanya segelintir yang dapat menghuraikan berkaitan
hubungan kerajaan Campa atau orang Cam dengan orang asing. Sebagai contoh, C.R. Boxer, A.
Cabaton, dan P-Y. Manguin telah menghuraikan tentang hubungan orang Cam dengan orang
Portugis dan Sepanyol manakala N.Peri menyatakan hubungan orang Cam dengan orang Jepun
dan banyak lagi ahli sejarawan yang mengaitkan orang Cam dengan orang asing yang lain.
Sebagaimana yang didapati, penulisan tentang kerajaan Campa khususnya dan orang
Cam secara amnya, boleh dikatakan tidak terlalu banyak. Walaupun secara keseluruhannya,
didapati sebanyak 800 buah, namun terdapat diantaranya hanya mengandungi beberapa isi sahaja
yang berkaitan tentang kerajaan dan bangsa Campa, malah didapati buku-buku tersebut
mengandungi pengulangan fakta berkaitan kerajaan Campa. Oleh itu, kita terpaksa merujuk
kepada beberapa buku sahaja yang dianggap mengandungi fakta dan bukti yang jelas berkaitan
kerajaan tersebut.

2.NEGARA MELAYU CHAMPA : Kerajaan Melayu Terawal (192M 1832M)


2

Oleh : Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali bin Wan Ahmad Hakim
Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang
ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang
keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla]
iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu
kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang
terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke
semenanjung Arab.

Di Sumatera pula pada abad ke-7 terdiri kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7 hingga ke12) yang berpusat di Palembang sebagai kuasa Melayu yang agak berbeza daripada Champa dan
Langkasuka kerana kekuatannya bukan dari segi peranannya sebagai pusat dagangan, tetapi
sebagai kerajaan Melayu pertama yang mementingkan kuasa ketenteraan daripada perdagangan.
Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di
dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan MelayuIslam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan
dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah
pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu).
Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai
Patani Darus- Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai
ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan
abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam.

Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa ini berterusan apabila kerajaan Hindu
Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14) muncul sebagai kekuatan yang baru dan
akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh Majapahit. Dalam kesebokan Majapahit
dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada
awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15
hingga ke-16). Sesuai dengan panggilannya oleh pedagang-pedagang Arab dengan nama
Mulaqat yang bermakna Tempat Berhimpun Pedagang-pedagang, Melaka termasyhur sebagai
pusat dagangan terbesar di dunia ketika itu, sehinnga pernah dilapurkan sebagai mempunyai
simpanan emas terbsesar di dunia. Dengan kejayaan yang dicapai oleh Melaka, ianya tidak sunyi
daripada gangguan Majapahit. Akan tetapi seperti mana dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah,
pahlawan Majapahit yang termasyhur, Adi Taming Sari telah dikalahkan oleh Hang Tuah dalam
satu pertarungan sehingga keris keramatnya yang terkenal dengan segala kesaktian telah dapat
dirampas oleh Pahlawan Melaka itu. Dengan itu lenyaplah ambisi Majapahit ke atas Melaka.
Majapahit jatuh pada 1478 dan terdiri pula kerajaan Islam di Demak. Melaka pula jatuh ke
tangan penjajah Portugis, pada 1511.

Ketahanan Champa sebagai sebuah kerajaan melampaui satu ruang masa yang lama
meskipun ianya tidak sunyi daripada serangan-serangan dari negara-negara jirannya. Berbeza
dengan kerajaankerajaan Melayu lain yang terus hancur apabila dikalahkan, Champa terus wujud
sebagai kerajaan meskipun keluasan kawasan pemerintahannya semakin mengecut dari masa ke
masa. Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tidak
banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan
dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di
4

kayangan atau pun ianya hanya negara khayalan sasterawan dahulu kala. Sejarah Champa
penting dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan
Wan, Nik, Long dan Tuan.

3. CHAMPA : RUNTUHNYA SEBUAH KERAJAAN MELAYU


Oleh : Mohamad Zain Musa

Kajian sejarawan tempatan mengenai Kerajaan Campa dan perkembangan masyarakatnya


ternyata sangat kurang dilakukan. Hanya sejak tahun 1975 setelah orang-orang Cam mula datang
ke Semenanjung Tanah Melayu, barulah sebilangan kecil penulis tempatan memberi perhatian
kepada sejarah Kerajaan Campa dan orang-orang Cam yang serumpun dengan bangsa Melayu.
Penulis-penulis tersebut antaranya ialah seperti Dato Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, Abdul
Rahman Al-Ahmadi, Abdullah bin Mohamed (Nakula) dan Dato Prof. Wan Hasyim Wan Teh.
Belakangan ini, terdapat juga beberapa kajian ilmiah yang dijalankan oleh mahasiswa universityuniversiti tempatan mengenai orang Melayu-Cam yang telah bermastautin di Semenanjung
Tanah Melayu. Disamping beberapa orang penulis seperti Rosmah Majid, Ahmad Jaafar, Azman
Abdul Hamid, Zainor Said dan ramai lai telah menghasilkan penulisan mereka dalam bentuk
makalah yang telah disiarkan dalam akhbar harian tempatan.

Sebenarnya, terdapat banyak inskiripsi dalam bahasa Sanskrit dan Cam yang ditemui di
bahagian tengah wilayah Vietnam serta dokumen-dokumen dalam bahasa Cina mahupun Khmer
dan Vietnam yang memberi keterangan tentag sejarah Kerajaan Campa sehingga tahun 1471.
Pada tahun tersebut, sempadan selatan negeri Dai Viet terletak di utara Phu Yen yang juga
5

menjadi menjadi sempadan sebelah utara Kerajaan Campa yang terbentuk hanya dari dua buah
negeri iaitu Kauthara dan Panduranga. Walau bagaimanapun, beberapa orang sarjana yang telah
menjalankan penyelidikan mengenai sejarah Campa menyatakan tarikh tersebut sebagai tarikh
berakhirnya kerajaan Campa. Kenyataan ini didasarkan kepada catatan-catatan yang terdapat
dalam manuskrip-maniskrip Cam tanpa merujuk kepada sumber-sumber lain seperti Khmer dan
Vietnam, yang dikatakan sebagai cerita dongeng dan seterusnya dipercayai pula oleh penyelidikpenyelidik tersebut.

Penyelidikan ke atas wilayah Campa telah terhenti buat seketika apabila generasi
penyelidik selepas Perang Dunia Pertama kurang berminat untuk meneliti perkembangan
sejarah-politik Campa. Dengan itu, pendapat-pendapat serta hipotesis-hipotesis mengenai apa
yang telah dikahji berkaitan dengan Kerajaan Campa yang telah disiarkan sebelumnya tidak
tercabar. Sehinggalah pada tahun 1960an kegiatan penyelidikan baru mengenai Campa telah
disambung semula.

Hasil penyelidikan, telah ditemui oleh sarjana-sarjana Perancis melalui manuskripmanuskrip Cam yang terdapat di perpustakaan-perpustakaan di Paris telah memperlihatkan
bahawa sejarah Campa dan garis-garis perkembangan masyarakat dan agamanya ternyata masih
wujud lagi. Kenyataan ini membuktikan bahawa Kerajaan Camoa tidak lenyap dan hapus sama
sekali sejak kejatuhan Vijaya pada tahun 1471, seperti yang dipercayai oleh beberapa penyelidik
yang terdahulu. Pemerian buku ini cuba menjelaskan kesinambungan perjuangan rakyat Campa
serta memperlihatkan hal yang berlaku di Campa setelah kejatuhan Vijaya. Dalam hubungan ini

pergolakan politik Campa dan Vietnam antara tahun 1771 hingga 1835 dihuraikan dengan lebih
mendalam.

4. Tajuk Buku: Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Selepas Pengaruh
Islam.
Penulis: Abdul Rahman Haji Abdullah.

Di dalam buku ini terrdapat banyak negara-negara di Aia Tenggara diceritakan sebelum
dan selepas kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Antara yang akan difokuskan ialah Campa.
Buku ini lebih menceritakan pengaruh Islam di dalam kerajaan ini. Menurut penulis Arab,
Dimasyqi (1327), sejarah Islam di Campa bermula dengan kedatangan golongan Syiah
Alawiyyah yang telah melarikan diri dari al-Hajjaj bin Yusuf al-Yusuf al-Thawafi. Yang mana
beliau menyebut kerajaan Champa sebagai nama Sanf. Sumber China pula menyatakan pada
abad ke -10 semamngnya terdapat pedagang-pedagang Islam di Campa. Pedagang islam itu telah
dilantik sebagai Duta ke China pada Dinasti Chou (951-959) dan Dinasti Sung (960-959) oleh
pemerintah Campa agar perdagangan Campa maju.

Dua buah Inskripsi yang bertarikh 1035 dan 1039 yang ditemui di Panduranga
merupakan bukti tempatan yang terpenting tentang kedatangan Islam di Campa. Inskiripsi ini
merupakan batu nissan milik Naqib Amr, Sultan Mahmud dan Abu Kamil.Kemungkinan mereka
adalah pelarian Syiah pada abad ke-8 itu. Pada abad ke-9 hingga ke-12, aliran Syiah menjadi
dominan di Asia Barat. Terdapat juga teori lain yang mengatakan bahawa Islam berkembang
pada tahun 1471 melalui peranan orang Cam seberang.
7

Pada peringkat awal agama Islam tidak mempengaruhi Campa kerana sebelum
kedatangan Islam, agama Hindu telah mempelopori di Champa. Hanya selepas Raja-raja
Champa memeluk Islam barulah Islam menjadi agama negara bagi kerajaan Champa. Tidak
dapat dinafikan pada abad ke-17 Campa merupakan kerajaan Muslim. Iaitu Campa telah
diperintah oleh raja-raja yang beragama Islam. Islam telah berkembang di Campa sama ada
melalui perdagangan, perkahwinan dan pendakwah. Kenyataan kedatangan Islam ke Campa
diperkukuhkan oleh paderi asing iaitu paderi Escalona O.F.M. Yang mana beliau menyatakan
kapalnya telah diserang oleh penduduk yang beragama Isla. Paderi yang ingin menyebarkan
agama Kristian semasa melalui kawasan Campa iaitu M.Haingues juga menyatakan telah
mendapati terdaapt ramai penduduk Campa yang beragama Islam.

Dalam warkah Raja Campa kepada Gabenor Jeneral di Batavia, menyatakan raja Campa
telah mengutus surat menggunakan gelaran Paduka Sri Sultan. Yang mana menunjukkan
penerimaan Islam di dalam kerajaan Campa. Semasa Campa jatuh secara keseluruhannya di
tangan Vietnam pada tahun 1835, telah timbul gerakan islah Islam yang dipimpin oleh Katib
Sumat. Selain berlaku juga pemberontakan Islam yang dipimpin oleh Katip Ja Thak Va. Hal ini
menunjukkan walaupun Campa terus menerus ditekan oleh kerajaan Vietnam, namun Campa
tetap berjuang mempertahankan adat resam dan identitinya.

5. Tajuk buku: Dunia Melayu Dunia Indochina.


Editor: Ismail Hussein, PB Lafont, PO Dharma.

Buku Sejarah Dunia Melayu dan Dunia Indochina ini mempunyai penulisan yang agak
mendalam dan jelas mengenai kerajaan Champa. Hal ini demikian kerana, buku ini telah ditulis
oleh orang-orang yang menguasai tentang kerajaan Champa. Dapat kita lihat dari penulis
utamanya itu sendiri iaitu P-B.Lafont yang mana merupakan seorang pengarah pusat Sejarah dan
Tamadun Indochina di Perancis. Selain itu, Dr.Prof Dharma pula adalah Ketua Pusat
Penyelidikan Timur Jauh Perancis. Sebagaimana yang akan dinyatakan di dalam penulisan
selepas ini, Champa akhirnya jatuh pada tangan Vietnam pada abad ke-17.
Dalam buku Dunia Melayu Dunia Indochina, Kerajaan Champa banyak diceritakan di
dalam bab 8 hingga bab 15 iaitu bab terakhir dalam buku ini. Setiap bab di dalam buku ini
dituliskan oleh orang yang berlainan yang menguasai dan memahami setiap peristiwa yang
berlaku dalam kerajaan ini. Sebagai contohnya dapat dilihat dalam bab 8 yang mana
mengisahkan tentang Campa dan kajian tentang Asia Tenggara telah ditulis oleh Eric Crystal
manakala, di dalam bab 9 mengenai peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Champa pula
telah ditulis oleh Pierrre-Bernard Lafont.dalam bab 10 pula yang ditulis oleh Michael JacqHergoualc'h menulis tentang tentera Campa pada abad ke-13. Bab seterusnya tentang keruntuhan
kerajaan Campa oleh PO Dharma. Selanjutnya tentang hubungan Campa dan Asia Tenggara oleh
Pierre-Bernard. Bab 13 pula tentang catatan hubungan sejarah dan sastera antara Dunia Melayu
dan Campa oleh Cambert-Loir. Manakala bab ke 14, Abdul Rahman Al-Ahmadi menyentuh
tentang Campa dan Kesusasteraan Melayu. Akhir sekali, G.Moussay menceritakan tentang
Akayet Inra Patra.
9

Secara imbasannya, buku ini lebih banyak menyentuh tentang kegemilangan kerajaan
Campa pada suatu masa dulu. Contohnya dapat dilihat dalam bab 9 dan 10 yang mana penulis
banyak menyentuh tentang prasasti yang dijumpai di Campa pada 1173M dan 875M. Yang mana
menceritakan tentang dinasti raja yang wujud pada masa lampau dalam kerajaan ini.Walau
bagaimanapun, prasasti ini tidak boleh diterima sebagai nilai sejarah kerana ianya
menghubungkan kisah raja dan mitos-mitosnya. Selain itu, kegemilangan Campa dapat dilihat
juga melalui tentera Campa yang menawan Angkor pada tahun 1177. Keadaan tentera-tentera
Campa ini dapat dilihat melalui lukisan-lukisan yang trdapat di dua buah kuil Khmer. Yang mana
dibina pada pemerintahan Jayavarman VII.

Selain dari kegemilangan kerajaan Campa, kejatuhan kerajaan Campa juga dapat dilihat
melalui bab yang ditulis oleh PO.Dharma. Yang mana ianya berlaku selepas keruntuhan kerajaan
Vijaya. Selepas kejatuhan kerajaan ini, Utara Campa telah dirampas oleh Dai Viet. Sehinggakan
Campa menjadi sebuah negeri yang kecil terdiri dari dua wilayah iaitu Kauthara dan
Panduranga.Dai Viet yang berjaya menakhluki Vijaya terus menerus mendesa untuk menguasai
Campa juga sehinggakan Campa terpaksa memindahkan ibu kotanya ke selatan. Selepas abad
ke-15, Campa terus menerus diserang oleh Dai Viet sehingga akhirnya jatuh ke tangan Vietnam.
PO.Dharma menulis tentang kejatuhan Campa ini dengan Begitu terperinci buktinya beliau
menceritakan dari satu kisah ke satu kisah yang membawa kepada kehancuran Campa akhirnya.

10

6.Buku

: Semenanjung Indocina Satu Pengenalan.

Editor

: PO.Dharma.

Penterjemah : Ahmad Zainmuha

Penulis menjelaskan di dalam buku ini dengan membahagikan subtopik kepada subtopik.
Yang mana terdiri dari keadaan fizikal, kependudukan, ekonomi, sejarah, kebudayaan, bahasa ,
tulisan dan kesenian serta Pasca Campa. Dalam subtopik fizikal, penulis menjelaskan tentang
keluasan kerajaan Campa yang merngkumi banjaran Annam serta daratan tinggi merupakan satu
kawasan yang luas. Berdasarkan bukti bukti arkeologi, epigrafi, teks-teks pelbagai bahasa, dan
kajian etnologi. Kawasan tanah tinggi Campa adalah terdiri daripada gunung -ganang di selatan
Col Des Nuages menghala ke Subgai Mekong. Kawasan Campa juga dinyatakan sebagai
kawasan yang mengelami cuaca yang panas dan lembap. Walau bagaimanapun, suhunya berbeza
dengan di antara kawasan tanah tinggi dan tepi pantai.

Subtopik kependudukan pula menerangkan tentang wilayah Campa yang tidak


mempunyai bilangan rakyat yang ramai. Hal ini disebabkan Campa merupakan kawasan daratan
yang sempit dan hanya boleh menampung penduduk yang terhad. Maklumat tentang penduduk
di Campa diambil penulis melalui teks Cina iaitu dinyatakan sebagai orang barbarian yang
berbahasa Astronesian. Penulis juga menjelaskan tentang penduduk Campa yang mana seakanakan memunyai hak dan tugas yang sama. Masyarakat Campa jelas diceritakan oleh penulis
kerana beliau berdasarkan temuan teks-teks huruf Cam. Seterusnua di dalam topik ekonomi,
penulis menjelaskan bahawa masyarakat Campa mengamalkan pertanian dan maritim. Yang
mana pertanoan adalah aktiviti utama yang dilkukan oleh masyarakat ini. Padi merupakan
11

pertanian diutama yang diamalkan oleh masyarakat Campa. Sselain tanaman penulis turut
mejelaskan penduduk Campa yang menjalankan kegiatan memburu binatang besar, penangkapan
ikan dan perdagangan maritim.

Dalam bahagian sejarah Campa penulis membahagikan Campa kepada dua bahagian iaitu
zaman Campa dipengaruhi Hindu dan juga zaman Campa pribumi. Menurut sejarah asal usul
Campa adalah yerletak di Porte d'Annam dan Col des Nuages yang mana di dalam teks Cina
disebut sebagai Lin Yi. Bahagian kebudayaan pula, penulis menjelaskan kita boleh mendapatkan
maklumat melaui sumber arkeologi, ikonografi, epigrafi, serta manuskrip. Penulis menjelaskan
juga, masyarakat Campa yang mengamalkan agama Hindu sebelum diserang Dai Viet dan
menganuti agama Islam berkemuncak pada abad ke-17. Masyarakat Campa dinyatakan fasih
berbahasa Sanskrit atai dikenali sebagai bahasa Cam lama.

Melalui kesenian, penulis menjelaskan tentang seni monumen iaitu bangunan dan seni
patung yang berinskripsi agama. Berdasarkan teks Cina, Campa adalah pakar dalam bidang
penggunaan batu-bata dan pengukiran. Tapak arkeolgi boleh ditemui dari utara ke selatan daerah
Quang-nam sekarang. Subtopik akhir sekali, iaitu Pasca Campa menyatakan Campa secara rasmi
ditakhluk oleh Vietnam pada tahun 1832. walau bagaimanapun pada 1833, Campa cuba
membebaskan diri dari Vietnam melalui pemberontakan dan meletus perang pembebasan pada
tahun 1834. pemberontakan ini menyebabkan orang Vietnam menjalankan penindasan yang
kejam terhadap masyarakat Cam.

12

7. Tajuk Buku : Blood and Soil:A World History of Genocide and Extermination from
Sparta to Darfur
Penulis: Ben Kiernan
Buku bertajuk Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from
Sparta to Darfur karya Ben Kiernan menghuraikan tentang kemusnahan beberapa bangsa di
dunia yang disebabkan oleh imperialisme dan penaklukan. Penulis merupakan profesor
pengajian antarabangsa dan wilayah, dan pengarah Genocide Studies Program di Universiti Yale.
Dalam bab 3 yang bertajuk, Senjata dan Pembunuhan Seluruh Kaum di Asia Timur 1400-1600,
penulis telah menghuraikan tentang kemusnahan Champa akibat serangan daripada Vietnam.
Dalam bab ini dinyatakan, kesan daripada serangan Vietnam ke atas Champa yang
mengakibatkan Vijaya berjaya ditawan pada tahun 1471 dan Tra-Toan ditangkap bersama dengan
50 orang kerabat diraja. Peperangan tersebut mengorbankan tidak kurang 60 000 nyawa dan 30
000 orang telah menjadi tawanan. Tra-Toan merupakan pemerintah terakhir dinasti ke-14 di
Champa dan selepas peristiwa tersebut, Champa terus hanyut sehinggalah sekarang.
Selama tiga puluh tahun penulis telah terlibat dalam kajian pembunuhan dan jenayah
terhadap kemanusiaan. Penulis telah mencari dokumentasi dari kekejaman yang dilakukan oleh
Khmer Merah. Tulisan-tulisannya telah mengubah pemahaman kita tidak hanya dari abad kedua
puluh di Kemboja, tetapi juga daripada fenomena sejarah pembunuhan. Buku ini merupakan
salah satu daripada buku-buku beliau yang memperkatakan tentang pembunuhan dan
kemusnahan sesebuah kaum. Buku-buku lain ialah How Pol Pot Came to Power: Colonialism,
Nationalism, and Communism in Cambodia, 19301975 dan The Pol Pot Regime: Race, Power,
and Genocide in Cambodia under the Khmer Rouge, 1975-1979.

13

Dalam buku ini telah diterangkan tentang keganasan di seluruh dunia dan penjajah abad
ke-kajian kes, khususnya pembunuhan Armenia, Holocaust, pembunuhan rakyat Stalin,
pembunuhan di Kemboja dan pembunuhan beramai-ramai di Rwanda. Buku ini telah
menghuraikan dengan sebaiknya kemusnahan Champa pada abad ke-15. Justeru, kemusnahan
Champa diterangkan agak menyeluruh sepertimana dalam buku-buku seperti buku Sejarah Asia
Tenggara karya D.G.E. Hall.

8. Tajuk buku: Champa and The Archaeology of M Sn (Vietnam)


Penulis: Pierre Baptiste, Hoang Dao Kinh, Patrizia Zolese, Michael Vickery, Nguyen Dinh
Dau
Editor: Andrew Hardy, Mauro Cucarzi, Patrizia Zolese
Buku ini menghuraikan tentang kajian arkeologi di Vietnam. Raja-raja Champa, telah
membina kuil suci di lembah melingkar lebih daripada 1500 tahun yang lalu. Monumen, yang
sekarang dikenali dengan nama Vietnam My So'n, ditemui oleh penjajah pada abad kesembilan
belas dan pertama kali diselidiki oleh arkitek Perancis iaitu Henri Parmentier. Walau
bagaimanapun, ianya telah dibom semasa Perang Vietnam, Monumen ini disenaraikan sebagai
Warisan Budaya Dunia oleh UNESCO pada tahun 1999. Satu pasukan dari Itali telah bekerja di
tapak untuk sepuluh tahun terakhir dengan melakukan kajian dan restorasi arkeologi dengan
bekerjasama dengan pakar Vietnam. Bahagian pembukaan buku ini terdiri daripada sejarah,
antropologi dan pengajian seni bina tamadun Champa.
Dalam buku ini, pada bahagian satu menerangkan tentang Champa melalui penulisan
Michael Vickery yang bertajuk Sejarah Ringkas Champa. Tajuk ini menghuraikan tentang
14

sejarah Champa yang merangkumi tentang sejarah awal, pertengahan, sejarah lewat kerajaan
Champa dan kejatuhan kerajaan Champa. Secara keseluruhannya, bab ini menghuraikan tentang
sejarah kerajaan Champa dengan agak jelas terutamanya tentang sejarah awalnya. Buku ini,
merupakan hasil bersama kumpulan daripada Itali dan Vietnam yang bekerja di My
Son(Vietnam) dan tentang Champa pada umumnya. Buku ini dibahagi kepada tiga bahagian
utama iaitu, latar belakang dan sejarah kajian arkeologi di Champa. Bahagian kedua meliputi
sejarah Champa dan antropologi dari orang-orang Cham, sementara bahagian akhir khusus
tentang penemuan baru dalam 10 tahun ini.
Buku ini menghuraikan sejarah awal Champa dengan agak panjang lebar berbanding
dengan buku-buku lain. Tetapi bahagian tentang sejarah pertengahan dan sejarah lewat kerajaan
Champa tidaklah sejelas seperti dalam buku Sejarah Asia Tenggara karya D.G.E. Hall. Buku ini
menjelaskan sejarah Champa sehinggalah Kauthara jatuh ke tangan Dai-Viet pada tahun 1653,
dan diikuti oleh Panduranga pada tahun 1835.
9.Tajuk

: The Indianized States Of Southern Asia

Penulis

: G.Coedes

Editor

: Walter F. Vella

Terjemahan

: Susan Brown Cowing

Melalui buku ini, telah dipaparkan kerajaan-kerajaan awal yang pernah wujud di Asia
Tenggara misalnya seperti, Kerajaan Champa, Funan, dan Mataram. Dalam buku ini secara
khususnya membincangkan tentang proses pengindiaan yang berlaku terhadap kerajaan-kerajaan
ini. Dalam kerajaan Funan misalnya, proses pengindiaan ada berlaku pada abad ketujuh melalui
perkahwinan seorang Brahmin dengan puteri Raja Isanavarman I. Buku ini juga membincangkan
15

penubuhan kerajaan-kerajaan awal ini. Merujuk kepada kerajaan Champa, di dalam buku ini
telah membincangkan tentangnya sejak dari permulaan kerajaan ini sehinggalah kepada
kemerosotannya pada abad ke-13. Diketahui bahawa Lin-yi merupakan ibu kota yang pertama
bagi kerajaan Champa yang muncul dalam sejarah hanya dalam abad kedua. Lin-yi sebelumnya
telah dianggap sebagai kerajaan Lin yang merupakan gelaran kepada Hsiang-lin yi,ibu negeri
Hsiang lin. Namun begitu para cendikiawan berpendapat bahawa ianya merupakan nama bagi
sesebuh etnik. Kita akan dapat melihat, bahawa Champa satu ketika akan terbahagi kepada
beberapa wilayah. Di Lin-yi, anak lelaki Fan Wen, yang digelar Fan Fo oleh segilintir sejarawan
China telah meneruskan tradisi mengembangkan kuasa pemerintahan sehingga ke utara.
Berikutan ekspedisi yang tidak berjaya pada tahun 351 dan 359 telah menyebabkan
beliau hanya menempatkan duta pada tahun 372 M dan 377 M. Fan Fo telah diganti oleh Fan
Hu-ta yang merupakan samada anak atau pun cucunya. Fan Hu-ta lebih dikenali sebagai
Bhadravarman, suatu nama Sanskrit yang diketahui maklumat tentangnya melalui inskripsi yang
ditinggalkan oleh beliau sendiri di Quang Nam dan Phu-yen. Ibu negeri pemerintahan
Bhadravarman diketahui di timur Mi-son, dan kini tempat tersebut dikenali sebagai Tra-kieu.
Melalui buku ini, memang jelas terdapat banyak maklumat yang dapat diperolehi berkenaan
Champa. Penyusunan isi kandungan memudahkan pembaca untuk menyelami dan menyelusuri
perjalanan kerajaan-kerajaan ini. Maklumat tentang kerajaan Champa telah

diolah dengan

pembahagian subtopik kepada abad demi abad. Hal ini memudahkan pencarian maklumat yang
dilakukan. Dapat diketahui bahawa pemerintah yang memerintah abad pada tertentu, konflik
yang berlaku serta dapat melihat perkembangan serta kemerosotan kerajaan itu sendiri.

16

10.Tajuk
Penulis

: Southeast Asia: Past and Present


: D.R. Sardesai

Di dalam buku ini membincangkan secara menyeluruh tentang pentadbiran, perdagangan


, pertanian dan berkaitan budaya kerajaan yang terdapat dalam Asia Tenggara. Melalui buku ini
dapat diketahui bahawa beberapa factor yang bertanggungjawab kepada kebangkitan kepada
undang-undang dan kerajaan di Asia Tenggara adalah pertanian dan perdagangan. Pertanian
berkembang pesat contohnya di wilayah Tasik Ton Le Sap di Kemboja. Perkaitan antara
kekayaan sumber pertanian dan kebangkitan atau perkembangan sesuatu kerajaan memang selalu
diperkatakan.
Selain itu, perdagangan merupakan suatu kepentingan kepada sesuatu kwasan yang tidak
dikurniakan tanah yang subur untuk pertanian seperti kawasan Sumatera dan Tanah Melayu.
Namun kelebihan mereka adalah kedudukan mereka yang strategic dalam laluan perdagangan
antara India dan China. Kelebihan daripada kedudukan yang strtegik ini adalah dapat menarik
minat untuk perdagangan yang lebih pesat. Acheh dan Sumatera juga merupakan kawasan yang
berpotensi membawa kepada perkembangan perdagangan.
Dalam buku ini menyatakan bahawa Champa merupakan sebuah kerajaan Hindu. Turut
dinyatakan bahawa Champa dipunyai oleh bangsa Melayu dan menggunakan bahasa Indonesia
asli. Champa, atau Lin-yi merujuk kepada rekod China adalah nama Sanskrit bagi sebuah
kerajaan yang sebaya dengan Funan. Berdasarkan rekod awal China yang merujuk kepada
pemberontakan yang telah berlaku pada tahun 192 M oleh seorang pegawai tempatan, Kiu-lien
yang telah meninggalkan pentadbiran China. Beliau telah mendirikan suatu kerajaan yang bebas
iaitu kerajaan Lin-yi. Sementara itu, dinasti Han di Vietnam semakin lemah dan mempengaruhi
17

wilayahnya seperti Chiao-chih atau Tongking. Mengambil peluang daripada keadaan ini,
kerajaan baru Champa ini telah meluaskan pengaruhnya sehingga ke Tongking. Walaupun
Champa menerima tekanan melalui serangan daripada Annam dan kerajaan Khmer, namun
Champa telah memiliki Quang Nam, Quang Tinh, Binh Dinh, Nha Thrang, Pan Rang dan Binh
Tuan sebagai wilayahnya.
Melalui buku ini, diketahui bahawa Champa telah menerima pengaruh India lambat
daripada Funan iaitu di sekitar pertengahan abad keempat apabila wilayah Funan iaitu
Pandurangga (modern Phan Rang) menjadi sebahagian daripada wilayah Champa. Menara tinggi
di Phan Rang, Nha Thrang, Qui Nhon, Quang Tri dan Da Nang di selatan Vietnam merupakan
peninggalan lambang kehebatan kerajaan Champa. Prasasti Sanskrit yang pertama yang
membicarakan berkenaan Champa dijumpai di kawasan ini dan bertaarikh abad keempat.
Perluasan kuasa Champa ke kawasasan yang dahulunya dikuasai oleh Funan telah mendedahkan
Champa kepada budaya India. Raja Champa memilih gaya Pallava, iaitu nama mereka akan
berakhir dengan varman, seperti Bhadravarman. Bhadravarman merupakn individu pertama yang
membina kuil pertama untuk Tuhan Hindu,Siva.
Walaupun hakikatnya kerajaan Champa telah terpisah kepada beberapa kawasan di
selatan Vietnam, terbahagi oleh gunung-ganang, ianya telah menghadapi berkali-kali ancaman
daripada China, Vietnam, Khmer dan juga Mongol. Pada 1471, Champa terpaksa berdepan
masalah kekalahan yang sangat serius terhadap ancaman Vietnam yang mendesak mereka ke
kawasan kecil di utara Cap Varella berdekatan Nan Trang. Pada tahun 1970 akhirnya bahagian
ini diterima oleh Vietnam.

18

Buku ini turut mengupas masyarakat Champa yang mengamalkan penekanan nasab
sebelah ibu yang bermaksud anak perempuan yang akan menguasai harta pusaka. Berdasarkan
budaya Hindu, masyarakat Champa akan membakar mayat mereka, abu dikimpul dan
kemudiannya akan dibuang ke dalam air. Cara hidup masyarakat Champa menyerupai
masyarakat Funan. Organisasi sosial, perkahwinan dan undang-undang perwarisan mereka tidak
banyak berubah sehinggalah kedatangan Islam.
11. Tajuk
Penulis

: The Coastal States of Champa


: William A. Southworth

Melalui buku ini, kajian-kajian yang dilakukan adalah berdasarkan bukti-bukti melalui
ekskavasi yang dijalankan. Misalnya, hubungan perdagangan Kerajaan Champa dengan kerajaan
China dibuktikan melalui ekskavasi yang dijalankan di Lembah Thu Bon Yang terletak di Quang
Nam. Di sini telah ditemukan bekas tembikar yang hampir serupa dengan yang terdapat di China.
Bersama-sama jumpaan ini ditemukan kendi-kendi yang sering digunakan dalam budaya Oc
Ceo, di Delta Mekong yang berasal dari India. Dalam buku ini menyatakan bahawa abad ketiga
merupakan terdapatnya aktiviti perdagangan. Dinasti Ikshvaku telah mengawal delta Krishna dan
Godavari dan Andra Pradesh wujud untuk mengawal hubungan perdagangan dengan Asia
Tenggara.
Bertentangan dengan perdagangan aktif yang berlaku pada akhir abad ketiga, pada abad
keempat merupakan satu detik yang mengecewakan bagi perdagangan maritim perairan di Asia
Tenggara . Jumlah cukai yang tinggi dan penyelewengan yang berlaku telah menyebabkan
kemusnahan industri perdagangan dengan pelabuhan di selatan China dan Linyi telah menjadi

19

tawanan para lanun. Para lanun ini telah menyerang sempadan selatan kerajaan Jin dan persisiran
pantai utara Vietnam.
Pada abad kelima iaitu pada tahun 446M, melalui ekspedisi oleh China telah membawa
suatu perubahan terhadap perkembangan politik dan ekonomi kerajaan Champa ini. Kerajaan
Linyi telah diasakan oleh bekas Komander Rinan dan muncul untuk mewarisi perdagangan
eksportnya. Kawasan geografinya sangat terhad untuk merentasi pantaia antara Ngang dan Hai
Van. Selepas kemusnahan pada 446 M, keadaan telah berubah dan ekonomi serta politik sudah
mulai merentasi hingga kes selatan,khususnya lembah Thu Bon di Quang Nam.
Semasa pertengahan abad ketujuh, terdapat masalah telah melanda Dinasti yang
memerintah. Anak lelaki dan merupakan calon bagi kenaikan takhta selepas Kandarpadharma ,
iaitu Prabhasadharma telah meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Hal ini menyebabkan
anak saudaranya yang menaiki takhta. Namun raja ini telah dibunuh oleh ketua menterinya pada
645M yang turut disertai oleh saudara-saudara lelakinya. Hal ini menunjukkan masalah dalaman
yang serius kerana boleh menyebabkan kejatuhan Champa. Namun begitu hal ini dapat ditangani
melalui perkahwinan yang dijalankan antara anak-anak ketua negara.
Pada pertengahan abad kelapan, aktiviti perdagangan dengan Dinasti Tang di China tidak
dapat dipertahan. Pada tahun 755M, bandar di utara iaitu Changan dan Luoyang telah jatuh ke
tangan pemberontak An Lushan. Perdagangan Laut China Selatan ke Guangzhou telah dilimpahi
dengan penyelewengan dan pelabuhan ini sererusnya telah ditawan pedagang Parsi pada 758M.
Selepas tarikh ini, nama Linyi tidak lagi digunakan kerana telah digantikan dengan Huanwang
dalam rekod China, mungkin penafsiran China bagi bahasa Sanskrit iaitu Dharmaraja.

20

Seterusnya, pencerobohan Vietnam pada 892, dan serangan ketenteraan pada abad
kesebelas telah mempengaruhi politik di Champa . Kerajaan baru, Vijaya telah wujud di wilayah
Binh Dinh dan berjaya mengawal kedua-dua maritim dan perdagangan Quang Nam di utara dan
Nha Trang di selatan. Melalui hal ini, pada abad ke-12 peperangan dengan Kemboja telah
menyebabkan Kerajaan Champa telah menyebabkan kejatuhan Angkor. Namun semuanya tidak
bertahan lama dengan serangan dan segala permasalahan yang telah wujud dalam kerajaan
Champa itu sendiri sehinggalah abad ke-20

12. Tajuk buku : Sejarah Asia Tenggara


Pengarang : D.G.E Hall
Buku hasil penulisan D.G.E Hall ini menceritakan tentang satu pengenalan kepada Asia
Tenggara yang ditujukan khas untuk pembaca-pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan
khas dalam perkara ini dan juga kepada pelajar-pelajar yang mempelajari berkaitan Asia tenggara
, kerana ia dikemukakan seberapa bolehnya dengan tidak menggunakan catitan-catitan atau nota
kaki yang terlalu banyak.
Bab-bab awal dibuku ini banyak didasarkan kepada buku George Coedes, Les Estats
hindouises dIndochine et dIndonesie. Di dalam buku ini terdapat 4 bahagian yang dibahagikan
untuk tujuan memudahkan pembaca memahami kronologi perkembangan Asia Tenggara. Pada
bahagian I, penceritaan berkaitan Asia Tenggara hinggalah permulaan abad ke-16. di dalam
bahagian ini lah, terdapat penceritaan berkaitan sejarah Kerajaan Champa. Pada awalnya,
diceritakan bagaimana Champa dan Lin yi itu adalah satu jenis kerajaan yang sama. Hanya
semenjak abad ke-7 barulah nama Champa terdapat pada prasasti tetapi sebagai nama kerajaan
orang Champa ia barangkali sudah ada lama disitu. Terdapat hubungan antara Champa dengan
21

kerajaan awal seperti Funan, Jawa dan China. Champa itu muncul dalam sejarah berdasarkan
bukti-bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pusat kuasa pemerintahannya terletak arah ke
selatan sedikit daripada daerah Hue, iaitu di daerah Quang nam, Annam sekarang.

Seterusnya sejarah berkaitan Champa diceritakan lagi di dalam tajuk kecil Kerajaan
Champa. Di sini, kerajaan Champa itu diceritakan mengikut kronologi abad dan dinasti
pemerintahan. Bermula pada abad ke-7, iaitu pada dinasti yang ke-4, menyebutkan berkaitan
perkembangan kesenian yang di alami Champa tetapi tidak secara mendalam. Hanya
menceritakan tentang kewujudan monume-monumen di Mison. Selain itu dinyatakan raja-raja
yang memerintah pada abad itu iaitu Vikrantavarman dan Vikrantavarman II. Seterusnya
bergerak kepada abad yang ke-8 dimana pada abad ini Champa telah diserang oleh Jawa dan
pada tahun 774 candi Po Nagar di Nha tang telah di musnahkan mereka tetapi berjaya di dirikan
kembali oleh Indrawarman. Pada abad ke-9 pula, pemerintahan Champa telah beralih ke
Indrapura. Penceritaan ini berterusan mengikut dinasti dan abad sehinggalah pada abad terakhir
wujudnya kerajaan Champa iaitu pada tahun 1720. Annam dapat memiliki seluruh Champa
sehingga ke Cap Varella. Jauh ke selatan sebuah negeri Champa yang kecil terus kekal selama
beberapa abad kemudian. Sebuah istana Champa didapati berada dikawasan itu sehingga 1720,
bila raja-rajanya yang terakhir lari bersama-sama dengan sebilangan besar daripada rakyatnya
masuk ke kawasan Kemboja oleh kerana tekanan orang Annam.
Seterusnya bahagian I ini juga menceritakan berkaitan kerajaan awal yang lain seperti
empayar-empayar kepulauan, orang-orang khmer dan Angkor,Burma dan Arakan, Orang Thai
dan kerajaan Ayutia, Annam dan Tongkin, Melaka dan penyibaran islam dan kedatangan orang
22

Eropah. Bahagian II pula berkaitan Asia Tenggara pada peringkat awal perluasan kuasa eropah,
bahagian III pula berkaitan zaman perluasan kawasan kuasa-kuasa eropah dan bahagian yang
terakhir ialah bahagian IV yang berkaitan tentang nasionalisme dan cabaran terhadap penguasaan
eropah. Kerajaan Champa adalah satu kerajaan awal yang unik kerana ianya di pengaruhi oleh
India dalam masa yang sama sentiasa berkaitan dengan China. Ketahanan kerajaan ini bertahan
dalam masa yang lama membuktikan kekuatan mereka walaupun dalam masa yang sama
kerajaan mereka sentiasa jatuh dan bangun.

13. Tajuk buku : Early Cultures of mainland Southeast Asia


Pengarang : Charles Higham

Buku yang ditulis oleh Charles Higham ini adalah lebih berkaitan kepada aktivitiaktiviti
arkeologi yang dilakukan di Asia tenggara. Buku setebal 345 muka surat ini sangat menarik
kerana dilengkapi dengan gambar-gambar hasil arkeologi dan gambar-gambar prasati
lama,bangunan, monumen serta peta-peta negara-negara di Asia Tenggara. Arkeologi yang
dijumpai ini adalah hasil daripada penyelidikan Charles Higham dan rakan-rakanya serta
kerjasama daripada Universiti of Otago. Terdapat 8 bab semuanya. Pada bab 1 berkaitan tentang
personality Asia Tenggara merangkumi definisi Asia Tenggara, geografi Asia Tenggara dan
perubahan ahli kaji purba kepada ahli arkeologi. Bab 2 pula menceritakan tentang aktiviti
kehidupan yang dilakukan oleh masyarkat awal Asia Tenggara berdasarkan jumpaan arkeologi.
Jumpaan cara hidup masyarakat Hoabinh dan lain-lain lagi. Pada bab 3 pula, Charles Higham
menggarap berkaitan kawasan-kawasan Neolitik di Asia Tenggara seperti di Lembah
Mekong,Chao Praya, Khok Cahorean dan Ban kao. Bab ke 4 pula berkaitan zaman gangsa.

23

Manakala bab 5 pula adalah bab zaman besi. Pada bab ke 6, menceritakan tentang pembangunan
negara. Pembangunan negara ialah perkembangan kerajaan awal Asia Tenggara seperti Champa.
Kerajaan Champa, wujud kebudayaan Sa hyunh yang terletak dikawasan dimana terbukti
Cham sebagai bahasa vernacular. Kedudukan kerajaan Champa adalah sepanjang pesisiran pantai
di Vietnam pada zaman sekarang. Corak wilayah berdasarkan nama telah termasuk sebahagian
daripada Champa yang asal hasil analisis Finot daripada inskripsi dari Po Nagar, telah disimpan
oleh Raja Jaya Harivarmadeva pada 1160M. terdapat arkeologi-arkeologi yang dijumpa di
menunjukkan kebudayaan Champa. Gaya rekaan bangunan bercirikan keagamaan telah
dimulakan pada abad ke-7, apabila Vikrantavarman membina bangunan utama di Mi son. Kuilkuil itu dijumpai dibina menggunakan batu, dan di permukaan perhiasan ialah patung tidak
berbaju, pintu yang telah terjatuh dan ceruk tingkap. Sejarah dinasti Lin yi telah diceritakan pada
bab ini. Pada tahun 192M, ada sempadan lanjut mengenai rusuhan dan pada kesempatan ini,
orang China merujuk kepada pemimpin pemberontakan sebagai Zhulia, yang merebut bahagian
Selatan Rinan dan mengisytiharkan diri sebagai raja. Ini adalah berkaitan dengan dinasti pertama
Lin yi. Seterusnya juga diceritakan pemerintahan kerajaan Champa pada abad ke 4,5,6,7, dan 9.
Tidak kesemua dinasti dan abad kerajaan Champa diceritakan di dalam buku ini. Ianya lebih
kepada hasil jumpaan patung,arca dan prasati budaya Cham.

24

14. Tajuk Buku: The Eunuchs in the Ming


Penulis: Shih-shan Henry Tsai

Buku yang bertajuk The Eunuchs in the Ming karya Shih-shan Henry Tsai juga ada
menghuraikan tentang Champa pada zaman dinasti Ming. Buku ini memberi gambaran yang
komprehensif tentang peranan sida pada Dinasti Ming, 1368-1644. Diekstrak daripada pelbagai
sumber primer dan sekunder, penulis memberikan maklumat penting dan menarik tentang
mahkamah politik, perisikan dan keselamatan dalaman, tentera dan luar negeri, cukai dan
pengumpulan ufti dan banyak lagi. Para sida terbukti tidak hanya sebagai tambahan bagi
kerajaan pegawai negeri dan pegawai tentera, tetapi berkembang sepenuhnya, cawangan ketiga
daripada pentadbiran Ming yang mengambil bahagian dalam semua hal-hal yang paling penting
daripada dinasti.

Walaupun buku ini mengkususkan tentang peranan sida pada Dinasti Ming, namun dalam
bahagian pengenalan dibawah tajuk perdagangan dengan Asia Tenggara, telah dihuraikan kaitan
antara Champa dengan Dinasti Ming di China khususnya dari aspek perdagangan. Melalui
huraian dalam bahagian ini, jelas menunjukkan terdapat hubungan andara Champa dengan
Dinasti Ming. Dalam buku ini juga, ada dinyatakan tentang kerjasama antara tentera dinasti
Ming dengan tentera Champa menawan Hanoi pada tahun 1406.

25

15. Tajuk buku : Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.


Pengarang : Ahmad Jelani Halimi
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang bahagian pertama yang
mengandungi sejarah dan tamadn bangsa Melayu sejak prasejarah hinggalah sampai ia
dipengaruhi oleh budaya dan kepercayaan dari India. Dalam bahagian ini juga dijelaskan tentang
perkembangan perdagangan di kawasan Nusantara serta pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal
serta kerajaan-kerajaan yang dipengaruhi budaya Hindu-Buddha. Dalam bahagian kedua
dibincangkan tentang penyebaran agama Islam di kawasan ini serta pengaruhnya dalam kalangan
bangsa Melayu. Bahagian dua juga menerangkan tentang perkembangan dan keruntuhan
kerajaan-kerajaan itu. Dicatatkan juga tentang kesan serta pengaruh agama Islam dalam kalangan
masyarakat Melayu.

Kerajaan Champa yang dibincangkan dalam buku ini meliputi keseluruhan abad.
Bermula daripada peringkat awal penubuhan Lin yi. Dimana Lin yi sering sahaja menyerang dan
mengganggu wilayah-wilayah kekuasaan China di bahagian selatan. Antara serangan-serangan
yang dilakukan adalah pada tahun 248M dan 270M. pada ahun 270M itu Lin yi telah dibantu
oleh Funan menyerang wilayah Kiu-sou. Perdamaian hanya tercapai sekitar tahun 280M apabila
satu perjanjian damai ditandatangani antara kedua-dua belah pihak. seterusnya bergerak kepada
abad ke-5, dibawah naungan Yang Mah, sekali lagi menganggu wilayah-wilayah China. Tetapi
China telah menyerang kembali wilayah Champa dan menghabiskan semua harta menjadi hara
rampasan mereka. Seterusnya islam telah mula bertapak di Champa sejak abad ke 7/8 M lagi.
Mengikut al-Dimaskhi, pada abad ke-7M ramai orang Arab penyokong Ali (Aliwiyah) telah
26

melarikan diri dari Timur Tengah akibat penindasan daripada pihak Umaiyah. Mereka telah
menetap di sekitar Phanrang (pandurangga).

27

Pengenalan
Kerajaan awal yang diasaskan oleh Orang Champa di Indo-China dikenali sebagai Kerajaan
Champa. Kerajaan Champa yang dikenali sebagai Cham Pa dalam bahasa Vietnam 1 atau Chiem
Thanh dalam rekod Han Viet. 2 Merupakan kerajaan yang mengawal selatan dan tengah bahagian
kiri Vietnam antara abad ke-7 hingga abad ke-19. Namun, sebelum wujudnya nama Champa,
kerajaan tersebut dikenali sebagai Lin-Yi yang mempunyai ibu kota berpusat di Hue.3 Dari segi
sejarahnya melalui penemuan teks-teks China, nama Lin-Yi muncul sekitar tahun 192 Masihi
yang diasaskan oleh Chu-Lien dan diikuti oleh cucunya yang bernama Fan Hsiung, kemudian
Fan Yi dan Fan Wen. Selepas Fan Wen, beliau digantikan oleh anaknya, iaitu Fan Fo, serta
cucunya, Fan Hu-ta.4
Namun, melalui penemuan prasasti Sanskrit di Selatan Vietnam sekarang, didapati istilah
Champa wujud buat kali pertama pada tahun 658 Masihi iaitu pertengahan abad ke-7.

Keadaan ini menunjukkan terdapat dua teori yang dikemukakan oleh ahli sejarah berkaitan tarikh
sebenar kemunculan Kerajaan Champa. Oleh yang demikian, menurut Po Dharma dalam kajian
beliau berkaitan Semenanjung Indochina, merumuskan bahawa sejarah Kerajaan Champa boleh
dibahagikan kepada dua zaman. Zaman pertama ialah dari tahun-tahun terakhir abad ke-2
Masihi hingga abad ke-15 iaitu tahun 1471 Masihi yang ketika itu dipercayai orang Champa

Ismail Hussein, P-B. Lafont, Po Dharma. (1995). Dunia Melayu dan Dunia Indochina. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.150-151
2
D.R. Sardesai. (1988). Vietnam, Trials and Tribulations of a Nation. hlm.33-34. Diperolehi
dari: http://id.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Champa.(19 Januari 2010)
3
Abdullah Abdul Rahman. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, (Bab 5 Proses
Pengindiaan). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutions.hlm.71.
4
Ibid.
5
Eric Cristal. (1995). Campa dan Kajian Tentang Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.hlm.150.151

28

menganuti agama Hindu. Kemudian, zaman kedua pula adalah dari tahun 1471 hingga 1832 6
iaitu pertengahan abad ke-19 yang juga dipercayai dominan terhadap agama Islam.
Secara keseluruhan, jika diterima pendapat yang mengatakan bahawa Lin-Yi ialah
peringkat permulaan Champa, maka kita dapat merumuskan bahawa sejarah Champa bermula
sejak kemunculan Lin-Yi lagi. Tetapi jika diteliti berkaitan nama Champa itu sendiri, bukti yang
menunjukkan kemunculannya adalah pada tahun 658 dalam prasasti di selatan Vietnam Tengah
sekarang. Malah menurut ahli sejarawan, nama Champa juga disebut dalam prasasti Sanskrit di
Kemboja sejak tahun 668.7
Walaubagaimanapun, perkara sebenar yang harus diutarakan dalam menjawab persoalan
yang

dikemukakan,

ialah

bagaimana

perkembangan

Kerajaan

Champa

pada

masa

kemunculannnya itu serta pengulasan berkaitan faktor-faktor yang membawa kepada


kemerosotan atau kejatuhan kerajaan tersebut. Oleh itu, permasalahan berkaitan bila
kemunculannya menjadi persolaan kedua walaupun didapati turut berperanan dalam
perkembangan dan kemerosotan Kerajaan Champa.
Kedudukan Champa sebagai sebuah kerajaan yang sering diancam dan diserang oleh
pihak luar khususnya China, Khmer (Kemboja) dan Dai Viet(Vietnam) merupakan faktor utama
yang membawa kepada berkembang atau merosotnya kerajaan ini. Keadaan inilah yang akan
dibincangkan sekaligus dijelaskan dalam sub-subtopik yang akan mengandungi peristiwaperistiwa yang bermula pada abad ke-2 hingga abad ke-19 yang memperlihatkan bagaimana

Po Dharma. (1995). Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan (Kerajaan Champa).Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.139
7
Abdullah Abdul Rahman. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, (Bab 5 Proses
Pengindiaan). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutions.hlm.71.

29

Champa boleh mencapai kegemilangannya seterusnya mengalami kejatuhan secara mutlak pada
tahun 1835 dan akhirnya hilang kedudukannya dalam peta kerajaan di Indo-china.

1.0Perkembangan dan Kemerosotan Kerajaan Awal yang Diasaskan oleh


Orang Champa di Indochina
NAMA

: LASMI BINTI LUKITO

NO. MATRIK : D20091035527


ISI PERTAMA : KERAJAAN CHAMPA ABAD KE-2 HINGGA ABAD KE-4
Pada bahagian pengenalan telah dijelaskan secara ringkas tentang kemunculan Kerajaan
Champa yang pada awalnya dikenali sebagai Lin-Yi. Oleh itu, dalam bab ini, akan diterangkan
lebih lanjut tentang sejarah pembentukkan Champa, perkembangannya dalam tempoh dua abad
tersebut iaitu merangkumi zaman Dinasti I sehingga Dinasti II serta perkara-perkara penting
yang berlaku dalam tempoh masa yang digariskan.
Menurut Wan Abdul Rahim Kamil dalam penulisan beliau bertajuk Negara Melayu
Champa mengatakan dengan jelas bahawa, Negara Champa (chm-p) sering dikaitkan
terutamanya dengan sejarah-sejarah kedatangan Islam ke Patani, Malaysia, Jawa, Sulawesi dan
Sumatera. Akan tetapi banyak tanda-tanya dan kekeliruan yang timbul tentang Champa
disebabkan terlampau sedikit maklumat yang terdapat tentang kerajaannya dan orang-orang
Cham. Ada yang berpendapat bahawa Cham itu sebuah Negara. Qaul-qaul8 yang lain pula
berpendapat bahawa Champa adalah sebuah negeri yang ditubuhkan oleh sekumpulan orang
Patani bersama dengan mubaligh-mubaligh dari Yaman dan Parsi, di suatu kawasan yang hampir
dengan Siam dan Kemboja. Ramai juga yang menyangka bahawa Champa adalah Kemboja atau
8

Qaul bermaksud puak.

30

Cambodia, dan malahan ada yang berpendapat bahawa ianya sebuah negeri di India. Sir
Stamford Raffles, dalam History of Java yang dikarangnya pada 1817 berpendapat bahawa
Champa merupakan sebuah tempat yang terletak di Acheh, yang dikenali dengan nama Jeumpa.9
Wan Abdul Rahim menyatakan hal sedemikian berikutan kekeliruan yang ditunjukkan oleh
sebilangan besar ahli sejarah berkaitan dengan sejarah sebenar tentang kemunculan kerajaan
Champa.
Kekeliruan ini juga timbul dalam mencari tarikh sebenar kemunculan Kerajaan Champa
di Indo-china. Buktinya, seperti yang dinyatakan sebelum ini terdapat dua pendapat yang berbeza
tentang tarikh sebenar kewujudan Kerajaan Champa. Hal ini dapat dijernihkan lagi sekiranya kita
melihat bukti yang dikemukakan oleh George Coedes dalam buku beliau yang bertajuk Sejarah
Campa, dari Awal Sampai Tahun 1471. Coedes menjelaskan bahawa, di dalam Sejarah Dinasti
Tsin, pada bab biografi Tao Houang, iairu seorang Gabenor Cina di Tongkin, mengutarakan
bahawa terdapat laporan yang mengandungi keluhannya mengenai penyerbuan-penyerbuan
Kerajaan Lin-Yi sekitar tahun 280.10 Melalui bukti yang dikemukan ini, secara tidak langsung,
teori yang mengatakan Kerajaan Champa wujud sejak abad ke-2 lagi boleh diterima. Namun
tidak dinafikan bahawa kemunculan ataupun lebih sesuai jika dikatakan kebangkitan semula
Kerajaan Champa dalam kurun ke-7 juga merupakan teori yang benar. Namun, ramai sejarawan
mengatakan bahawa kewujudan Kerajaan Champa pada tempoh masa tersebut merupakan
gelombang kedua munculnya kerajaannya dan terus berakhir pada kurun ke-19. Walau
bagaimanapun, yang dikatakan dengan kebangkitan semula ini akan diterangkan dengan lanjut
dalam subtopik yang seterusnya. Oleh itu, pandangan yang dikemukakan oleh Po Dharma
sebelum ini, ada kebenarannya.
9

Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali. (2004).Negara Melayu Champa: Kerajaan
Melayu Terawal (192-1832).hlm.4
10
George Coedes. (1981). Kerajaan Campa. Ecole Francaise DExtreme-Orient. Jakarta: PN
Balai Pustaka.hlm.32.

31

Berbalik kepada kemunculan Kerajaan Champa yang lebih dikenali Lin-Yi pada abad ke2, keadaan ini boleh dijelaskan bermula dengan peristiwa seorang pegawai peribumi atau
tempatan yang bernama Kiu-Lien yang mengambil kesempatan ekoran kemerosotan kuasa
Dinasti Han Akhir dengan membentuk wilayahnya dari sebahagian wilayah militer Cina. 11
Seterusnya mengiktiraf dirinya sebagai raja di Sianglin, iaitu wilayah yang paling selatan
Vietnam pada hari ini. Selain itu, terdapat juga pendapat ahli sejarah yang mengatakan bahawa
pembentukan Kerajaan Lin-Yi pada tahun 192 didahului setengah abad sebelumnya iaitu pada
tahun 137, buktinya, melalui tindakan penyerbuan pertama terhadap Siang-Lin oleh
segerombolan orang barbar berjumlah kira-kira seribu orang datang dari luar perbatasan Je-nan.
12

Melalui kenyataan fakta tersebut, jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Champa atau Lin-Yi

sememangnya telah wujud pada abad ke-2 lagi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk
menceritakan tentang sejarah Lin-Yi walaupun sedikit agar sejarah penubuhan atau kemunculan
Champa dapat difahami.

Menurut R.Stein, kewujudan negeri Lin-Yi sebenarnya masih kabur kerana ahli sejarah
cuba membentuk sejarah Champa zaman demi zaman dengan hanya menggunakan teks-teks
Cina yang berat sebelah. Lebih malang lagi, teks-teks Cina yang paling tua tidak dapat diperolehi
dan sejarawan cuma mengetahui adanya teks-teks tersebut melalui hasil karya yang ditulis
disamping tarikh penulisannya ini masih boleh dipertikaikan. Namun, teks-teks yang dikaji oleh
R.Stein menunjukkan bahawa Lin-Yi kuno wujud pada sekitar tahun 192 Masihi, di bahagian

11

Ibid.hlm.32.
George Coedes. (1981). Awal Permulaan Champa : Kerajaan Lin-yi. Ecole Francaise
DExtreme-Orient. Jakarta : PN Balai Pustaka.hlm.32.
12

32

selatan pos panglima (commandry) 13 di Je-nan. Selain itu, R.Stein juga mempunyai pendapat
yang sama dengan pendapat Coedes iaitu, Lin-yi kuno sebenarnya terletak di wilayah Siang-lin
setelah berlaku pembunuhan seorang gabenor Cina oleh seorang rakyat tempatan.Pembunuhan
ini dipercayai berlaku pada tahun-tahun akhir abad kedua yang memperlihatkan kelemahan pusat
pemerintahan negara China. Kenyataan dan bukti yang dikemukakan ini sedikit sebanyak telah
memberi gambaran kepada kita bahawa Kerajaan Lin-yi sememangnya mempunyai kaitan
dengan Kerajaan Champa dan ramai pengkaji sejarah bersetuju mengatakan bahawa Lin-yi
merupakan asas kepada penubuhan Champa.

Secara ringkasnya,kita telah mengetahui dengan jelas bahawa pertalian Lin-yi dengan
Champa dan bagaiman kewujudan kerajaan tersebut seperti mana yang ditunjukkan dengan jelas
oleh R.stein dan Coedes. Oleh itu, dengan mengambil persetujuan pakar epigrafi tentang tarikh
yang boleh diterima untuk membuktikan penubuhan Champa dengan tarikh penubuhan Lin-yi,
maka secara kesimpulannya kerajaan ini telah wujud sekitar tahun 192 Masihi atau pada abad
kedua lagi.

Setelah menghurai secara ringkas berkaitan sejarah penubuhan atau kemunculan


Kerajaan Champa, seterusnya penghuraian dan penjelasan berkaitan perkembangannya serta
kemerosotan kerajaan tersebut dengan mengambil jeda masa abad kedua hingga abad keempat.

13

Commandry pada zaman tersebut terletak di antara genting melintang yang semulajadi
iaitu Porte dAnnam yang dikenali sebagai Hoanh-son dalam bahasa Vietnam, dengan
genting Nuages.

33

Dalam tempoh masa yang digariskan ini, terdapat dua dinasti 14 yang memerintah Kerajaan Lin-yi
(dalam tempoh ini Kerajaan Champa dikenali sebagai Kerajaan Lin-yi).

Menurut Wan Abdul Rahim Kamil, sejarah perkembangan Kerajaan Lin-yi bermula abad
kedua sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara dalam pemerintahan Dinasti
I. Permulaan pemerintahan ini sebenarnya berlaku di Funan15 selari dengan kenyataan yang
terkandung dalam prasasti-prasasti awal. Namun, fakta yang ditemui oleh ahli sejarah lain seperti
La font dan Po Dharma mengatakan bahawa rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan
oleh kaum Cham, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil
Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi.
Rekod berkenaan adalah keterangan tentang kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa Kerajaan
Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi.16

Kekeliruan mungkin timbul apabila sejarah Champa dikaitkan pula dengan Kerajaan
Funan. Namun, mengikut prasasti yang ditemui di Vu-Kanh dalam daerah Nha-trang yang
sekarang terletak di selatan Annam yang berada dalam kerajaan Champa suatu masa dahulu.
14

Kerajaan Champa yang dibahagikan kepada dua zaman iaitu Zaman Pertama merangkumi
abad kedua hingga tahun 1471,memperlihatkan pemerintahan Dinasti I hingga Dinasti XIV.
Manakala pada zaman kedua merangkumi abad ke-15 hingga ke-17. Seterusnya berada
dibawah kekuasaan Vietnam selepas tahun 1822 sehingga jatuh secara mutlak pada tahun
1835. Diperolehi daripada : Jurnal Wan Abdul Rahim Kamil Bin Wan Mohamed Ali. Negara
Melayu Champa.
15
Rekod-rekod Cina menyebutkan kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan
telah disedari seawal abad pertama Masehi. Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China
sekitar 221-280 Masehi dan hilang pada abab ke-7 Masehi. Mengikut Briggs
(L.P.Briggs;1999:12) ada kemungkinan Funan hilang dari sejarah sekitar tahun 627 Masehi
atau tidak lama selepas itu. Kewujudan kerajaan purba ini cuma dikesan melalui sumbersumber Cina dan sejumlah prasasti-prasasti yang ditinggalkan. Di samping menggunakan
nama-nama Sanskrit,raja-raja negeri ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Sailenraja
atau 'Raja Gunung'. Dalam bahasa tempatan ia digelar 'kurung bnam' yang juga bermaksud
'raja gunung'. Bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu (D.G.E Hall;1979:34)
16
Diperolehi dari: Wikipedia Bahasa Melayu, Ensklopedia Bebas. Pada : 19 Januari 2010.
Champa.

34

Huraian ini dibuktikan melalui pendapat yang dikemukakan oleh Coedes yang mengatakan
bahawa Raja Sri Rama sebenarnya ialah Fan Shih-man 17 yang memerintah pada tahun 192
Masihi. Menurut Orang China, Fan Shih-man meninggal dunia semasa mengetuai satu angkatan
tentera menyerang kawasan bernama Chin-lim atau Sempadan Emas. Tempat tersebut
dianggap sama dengan Survanabhumi atau Tanah Emas Yang dikatakan terletak di
Semenanjung Tanah Melayu.18

Dalam prasasti tersebut, telah menunjukkan bahawa beliau seorang penaung agama
Buddha dan menggunakan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi di istananya. Menurut Fanot,
istana Raja Sri Mara tersebut merupakan sebuah negeri yang berada dalam lindungan Funan.
Oleh itu, amat sukar untuk menentukan tarikh yang tepat tentang pemerintahan seseorang raja
atau sesuatu peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah awal Funan. Walau bagaimanapun, tidak
banyak yang diketahui mengenai pemerintahan Raja Sri Mara yang dikatakan menjadi pengasas
kepada Kerajaan Champa. Kebanyakan peristiwa yang dirakamkan dalam awal pemerintahan
kerajaan ini adalah bermula pada abad ke-3 iaitu selepas kemangkatan baginda. Dalam tempoh
masa pemerintahan pengganti Fan Shih-man (Raja Sri Mara), anak saudaranya iaitu Fan Chan
telah menjalinkan perhubungan dengan India dan China. Berikutan hal tersebut, maka mudah
untuk mengesan tarikh peristiwa yang berlaku pada zaman Dinasti I kerajaan Champa( dibawah
lindungan Funan pada waktu tersebut). Fan Chan memerintah selama 225 hingga 250 Masihi
setelah membunuh bakal raja yang memerintah lalu merampas takhta kerajaan ayah
saudaranya.19

17

D.G.E Hall. 1979. Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.36
18
Ibid.
19
Ibid.

35

Semasa pemerintahan Fan Chan, beliau telah mejalinkan hubungan diplomatik dengan
kerajaan India dan China. Buktinya, pada tahun 240 Masihi, beliau telah menghantar utusan ke
India di Istana raja Murundas.20 Sementara itu, menurut Sejarah Tiga Buah Kerajaan, Fan Chan
telah menghantar satu utusan ke China pada tahun 243 dengan membawa hadiah-hadiah yang
terdiri daripada ahli muzik dan barangan keluaran negerinya.21 Selain itu, menurut Pierre Bernard
Lafont dalam penulisannya yang bertajuk Hubungan antara Campa dengan Asia Tenggara telah
mengemukakan pandangan bahawa Lin Yi-Campa sering disebut oleh ahli-ahli sejarah Cina
sejak abad ketiga. Hal ini kerana pada permulaan abad tersebut hubungan Campa dengan China
adalah lebih kerap. Hubungan ini terjadi dalam pelbagai bentuk merangkumi peperangan,
diplomatik yang memperlihatkan penghantaran utusan pertama ke China di sebelah selatan pada
tahun 220 hingga 230 Masihi, hubungan ekonomi dengan cara Campa menghantar hasil buminya
ke China dan memawa balik barangan siap dari China, dan hubungan keagaman iaitu agama
Buddha.22 Keadaan ini menjelaskan bahawa pada abad ketiga, Kerajaan Champa telah mula
mengalami perkembangan samada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

Perkembangan sesebuah kerajaan pada masa tersebut sebenarnya lebih dominan jika
dilihat dalam aspek ketenterannya dan siri peperangan yang dijalankan. Hal ini demikian
kerana, bagi kerajaan awal, untuk bertahan dan mampu mempertahankan kerajaan adalah
dengan cara menguasai kerajaan lain melalui peperangan dan taklukan. Keadaan yang sama
turut berlaku bagi kerjaan Champa, untuk mempertahankan kerajaannya khususnya pada abad
ke-2 hingga ke-4, mereka sering terlibat dalam beberapa siri peperangan dengan China
20

D.G.E Hall. (1979). Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.37.
21
Ibid.
22
Pierre- Bernard Lafont.(1995). Hubungan antara Campa dengan Asia Tenggara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.206.

36

walaupun pada dasarnya mereka menjalinkan hubungan persahabatan dengan kerajaan


tersebut.

Keadaan ini dapat dijelaskan melalui sumber sejarah yang mengatakan bahawa, dalam
tahun 284 Masehi, Raja Champa bernama Pan-Yi (Wan-Yi) menghantar duta rasmi kepada
maharaja China. Manakala seorang menteri Champa bernama Win pernah belayar ke negeri
China dalam tahun 313 dan 316 Masehi untuk mempelajari ilmu bangunan istana Maharaja Cina,
mempelajari cara-cara membina pelabuhan, perancangan bandar dan lain-lain.23

Perhubungan antara China dan Champa berjalan baik pada akhir kurun ke-3 Masehi dan
awal kurun ke-4 Masehi. Malah saudagar-saudagar Melayu Champa memegang peranan penting
perniagaan di Tongking. Pada tahun 336 Masehi, seorang menteri Champa yang bernama Win ini
telah merampas kuasa dan mewujudkan Dinasti ke-2 pemerintah Champa. Baginda bercita-cita
untuk menjadikan Champa sebuah empayar.
Pada permulaanya, baginda telah mengalahkan beberapa negara vassal24 Funan di
sebelah barat dan selatan Champa. Baginda juga turut menyerang Pantai Timur Semenanjung
Tanah Melayu yang ketika itu terletak di bawah taklukan Funan. Menurut seorang ahli sejarah
Barat, Paul Whitley serta sejarawan China, kerajaan yang diserang adalah Tan-Tan atau Primula

23

Diperolehi dari : http://pergh.com/forum/index.php,sejarahchampa.Dimuat turun pada 21


Januari 2010.
24
A Vassal in the terminology that preceded and accompanied the feudalism of medieval
Europe, is one who enters into mutual obligations with a monarch, usually of military support
and mutual protection, in exchange for certain guarantees, which came to include the
terrain held as a fief. By analogy it is applied to similar systems in other feudal societies. It
was always distinct from fidelitas, sworn loyalty of subject to king, and the honour, the
respect and consideration that accrued to the vassal, unlike the delegated power of a comes
or count, was not expressed in expectations of related public duty. Diperolehi daripada
Wikipedia, The Free Encyclopedia. Dimuat turun pada 02 Februari 2010.

37

dan juga Chu-Tu-Chin atau Chu-Tu-Kun atau Tu-kun yang telah ditakluk Funan pada awal kurun
ke-3 Masehi iaitu kira-kira pada tahun 205 Masihi.25

Ketika baginda sedang meluaskan kekuasaanya di selatan dan barat, baginda mengambil
polisi berbaik-baik dengan menghantar perutusannya ke China sekitar tahun 340-345 Masihi.
Tetapi setelah berjaya dalam misi penaklukannya, baginda mara dengan bala tenteranya lalu
menyerang Empayar China dengan menakluk kembali Jawana pada tahun 347 Masehi.
Serangan ke atas Jawana ini merupakan permulaan dari suatu peperangan yang sengit dengan
China dan berlanjutan sehingga 14 tahun lamanya. Pan-Win (Wan-Win) mangkat pada tahun
349 Masihi. Tempat baginda diganti oleh anaknya, Pan-Pu (Wan-Pu) dan seterusnya mengetuai
bala tentera Champa berperang dengan China selama 12 tahun lagi.

Setelah berperang selama 12 tahun dengan tidak mendapat hasil yang memuaskan
akhirnya pada tahun 361 Masihi, baginda telah menyerahkan kembali kepada China daerahdaerah yang telah ditakluki oleh mendiang ayahnya dan kemudian memakai polisi berbaik-baik
dengan China untuk menghidupkan kembali persahabatan dan perdagangan diantara kedua-dua
negara. Pan-Pu (Wan-Pu) memerintah sehingga 377 Masihi dan kemudiannya digantikan oleh
Bahadara Warman 1.Raja ini menghantar perutusan ke China dalam tahun 380 Masihi. 26
Kenyataan ini mempunyai persamaan dengan pandangan yang dikemukakan oleh D.G. E Hall
dan Coedes walaupun terdapat perbezaan daripada nama-nama raja yang memerintah. Perkara ini
mungkin disebabkan pemahaman berkaitan prasasti-prasasti yang ditemui dalam Kerajaan
Champa.
25

Diperolehi dari : http://pergh.com/forum/index.php,sejarahchampa. Dimuat turun pada 21


Januari 2010.
26
Ibid.

38

Menurut D.G.E.Hall dalam penulisannya yang menyentuh tentang Sejarah China,


mendapati bahawa, Sejarah China ada menyebutkan beberapa utusan yang dihantar oleh Fan Yi
(pengganti Fan Chan) pada tahun 284 Masihi.27. Fan Yi yang dikatakan memerintah selama lima
puluh tahun telah digantikan oleh menterinya yang bernama Wen28 dan menjadi raja Lin-yi
bergelar Fan Wen pada tahun 336 Masihi. Selepas empat tahun Wen menjadi raja, Maharaja
China enggan mengiktiraf sempadan utaranya di Porte dAnnam menyebabkan beliau merampas
kawasan tersebut seteruanys meluaskan kawasannya lebih jauh ke utara sebelum meninggal
dunia pada tahun 349 Masihi.

Seterusnya, sejarah perkembangan Lin-yi (Champa) diteruskan lagi apabila Fan Fo, iaitu
putera Fan Wen meneruskan politik ekspansi tradisional ke Utara. Namun, serangan yang
dilakukannya pada tahun 351 dan 359 menemui kegagalan. Akibatnya, beliau terpaksa
mengembalikan Je-nan kepada China pada tahun 372 dan 377 Masihi. Ketika inilah muncul
Bhadavarman yang dikenali dalam catatan Cina sebagai Fan Hao-ta, putera Fan Fo pada tahun
400 Masihi dan dipersetujui oleh ahli sejarah Barat iaitu A.Bergaigne dan L.Finot.29

27

D.G.E Hall. (1979). Sejarah Awal Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.39.
28
George Coedes. (1981).Sejarah Campa, Dari Awal Sampai Tahun 1471.Jakarta : PN Balai
Pustaka.hlm.34.
29
Ibid.

39

Bhadravarman I30 adalah antara raja Lin-yi dalam Dinasti II serta memerintah pada akhir
abad keempat sehingga digantikan oleh puteranya yang memerintah pada abad ke-5. Menurut
prasasti Sanskrit, Bhadravarman merupakan raja yang mendirikan candi pertama yang
dibangunkan di lembah Mi-son untuk dipersembahkan kepada Siva Bhadresvara. 31 Pembinaan
monument ini menunjukkan kepada kita bahawa kerajaan Lin-yi pada zaman pertama
kemunculannya sememangnya berpegang kepada agama Buddha. Pemerintahan seterusnya akan
dibincangkan dalam subtopik yang berikutnya.

Sebelum itu, terdapat sedikit huraian berkaitan penyatuan wilayah-wilayah kerajaan


Champa pada abad ke-5 menerusi catatan yang dikemukakan oleh ahli sejarah barat. Penyatuan
ini di lakukan di bawah pemerintahan Raja Bhadvarman I yang telah menyatukan lima wilayah
Champ iaitu, Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam), Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha
Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa. 32 Pada abad inilah dikatakan nama
kerajaan Lin-yi ditukar kepada Kerajaan Champa (walaupun terdapat perbezaan pendapat
berkenaan penukaran nama Lin Yi-Champa).

30

Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana kehebatannya) ialah
Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain ialah
terdapat lima raja sebelumnya iaitu Sri Mara (192M), Fan Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M). Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I
dan beberapa orang bernama Fan lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh
beberapa lagi termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I & II
(653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M, menyerang Vietnam Utara
1068M), Jaya Simhavarman I (898M), II (1030-1044M), III (meninggal 1307M dan dikenali
sebagai Che Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M),
Che Bong Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya
Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mangkat pada 1400),Pan-Lo TouTsiuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja
Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir
keluar dari Vijaya)
31
George Coedes. 1981.Sejarah Campa, Dari Awal Sampai Tahun 1471.Jakarta : PN Balai
Pustaka.hlm.34.
32
Jurnal : Wan Abdul Rahim Kamil bin Wan Mohamed Ali. Negara Melayu Champa: Kerajaan
Melayu Terawal (192-1832).(Garisan Zaman Champa).

40

Secara keseluruhannya, mengikut penelitian dan pemahaman saya berdasarkan kajian dan
pembacaan yang dilakukan, saya mendapati tidak banyak yang dapat diketengahkan berkaitan
zaman kegemilangan Champa pada abad kedua hingga keempat ini. Hal ini demikian kerana,
pada awal kemunculannya, setipa raja yang bangun memerintah masih lagi berada dalam
penguasaan Funan dan dalam masa yang sama tertakluk dengan hubungan dengan China serta
masih mengalami kekurangan tentera dan alat peperangan. Oleh itu, agak sukar untuk
meletakkan dimana atau bila gemilangnya kerajaan ini dalam tempoh masa tersebut selain
beberapa kemenangan kecil dalam siri peperangan yang disertai. Penghuraian tentang
kegemilanngannya lebih jelas apabila Champa bangkit semula pada zaman kedua dengan berjaya
menakluk beberapa wilayah Dai-Viet antara abad ke-16 hingga abad ke-17.

Seterusnya, dalam membincangkan konsep penggantian raja yang diamalkan dalam


dinasti Kerajaan Champa, perkara ini dapat dilihat secara tidak langsung melalui huraian dan
perbincangan berkaitan perluasan kuasa oleh pemerintah Champa sebelum ini. Oleh itu, didapati
konsep penggantian yang diamalkan oleh Champa pada abad kedua hingga abad keempat
(Dinasti I hinnga Dinasti II) adalah berdasarkan warisan atau keturunan. Keadaan ini jelas dilihat
apabila seorang raja yang memerintah pada suatu masa akan mewariskan tampuk
pemerintahnnya kepada putera baginda. Walaupun terdapat peristiwa yang dilihat menunjukkan
bahawa raja digantikan oleh menterinya, namun sistem warisan masih berterusan apabila menteri
tersebut meninggal dunia dengan mewariskan takhta kerajaan kepada zuriatnya. Terdapat juga
suatu peristiwa rampasan takhta dalam keluarga raja yang berlaku pada awal kemunculan Lin-yi
namun secara biologinya, pengganti tersebut masih berketurunan daripada darah yang sama.
41

Dalam menyentuh soal kemerosotan kerajan Champa pada tempoh masa ini pula, boleh
dikatakan kerajaan ini tidak mengalami kemerosotan yang memberi impak yang besar terhadap
sistem pentadbirannya. Hal ini kerana, walaupun dikalahkan (diertikan sebagai merosot) namun
Champa masih boleh membangunkan semula kerajaan yang diserang sehinggalah terpaksa
menyerahkan beberapa wilayahnya kepada Cina pada akhir abad keempat. Walau bagaimanpun,
kerajaan ini kembali bangkit pada abad seterusnya dan akan berdepan dengan kemerosotan pada
akhir abad ke-13 sebelum bangkit semula zaman kebangkitan kedua.

Secara kesimpulannya, melalui subtopik yang dibincangkan dalam tempoh masa ini,
dapat dirumuskan bahawa Kerajaan Champa yang pada awalnya dikenali sebagai Lin-yi
sebenarnya berdepan dengan pelbagai pandangan berkaitan kemunculannya. Namun,
berdasarkan beberapa bahan bukti yang ditemui dapatlah dikatakan bahawa kerajaan ini
sememangnya wujud pada suatu ketika dahulu dan lebih dominan jika dikatakan muncul di
kawasan Indochina.33

Seterusnya, kerajaan ini mengalami perkembangan dan adakalanya

33

Indochina, adalah sebuah kawasan di Asia Tenggara di sebelah timur India dan di belah
Selatan negeri China. Kawasan ini mempunyai pengaruh budaya peradaban India dan
peradaban China, dan hakikat ini membawa kepada penamaan Indochina bagi kawasan
ini.Vietnam lebih dipengaruhi pengaruh China sementara Kemboja, Laos dan Thailand lebih
mirip kepada pengaruh India. Diperolei dari : Wikipedia Bahasa Melayu, Ensklopedia Bebas.
Indochina. Dimuat turun pada 02 Februari 2010.
Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari
utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara kerajaan Campa
yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina berlaku pada tahun 982M.
Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit
sempadannya ditolak ke selatan. Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang
dikenali Nam-tien iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa terpaksa
berpindah buat kali pertama pada tahun 1069. Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah
lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke
kedudukan baru iaitu apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai
sebilangan pengkaji sebagai tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini
dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000
orang Cham telah terkorban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet. Diperolehi dari :
Alteri Terahsia Bangsa Melayu Bab 1 hingga 8. hlm.4.

42

berdepan dengan kejatuhan atau kemerosotan seiring dengan penggantian raja-raja yang
memerintah. Keadaan ini akan diterangkan dengan lebih jelas pada subtopik seterusnya.

NAMA

: AINON JAHIRAH BINTI MOHD JARKASI

NO MATRIK: D20091035559
ISI KEDUA

: CHAMPA DI ABAD KE 5 HINGGA 8

Kerajaan Champa dikatakan bermula pada abad ke-734 iaitu pada tahun 658M, dijumpai
buat pertama kalinya di dalam Prasati Sanskrit yang dijumpai di Selatan Vitenam Tengah
sekarang.35 Di katakana nama Champa tidak wujud pada awal penubuhan kerajaan dan ia
dikenali sebagai Lin- Yi. Lin-yi telah wujud pada sekitar tahun 192 masihi setelah diambil kira
semua penyelidikan, epigrafi-epigrafi dan perpindahan kawasan ibu kota Lin-yi serta hubungan
bahasa Campa dan Lin-yi. 36 Penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa dari rumpun Austronesia.
Sempadan utara Lin Yi terletak di Gate of Annam (Hoanh Son). Menurut G.Coedes kerjaan Linyi merupakan inti pertama negeri Campa yang masuk sejarah pada akhir abad ke-2 ini terbukti
dalam naskah-naskah Cina tahun 192.37
Oleh itu, Lin-yi dan Champa ini merupakan satu kerajaan yang sama. Ianya berlainan
nama kerana Lin yi adalah nama China, dimana pada awal peluasannya ia meluaskan jajahannya
34

D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm.38.
35
Abdullah Abd.Rahman (2000).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd.hlm.72
36
Pierre- Bernard Lafont. (1995). Dunia Melayu dan Dunia Indochina : peristiwa-peristiiwa
penting dalam sejarah Campa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.152-156.
37
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.
Hlm.32

43

ke dalam kawasan China arah ke utara 38. .Jadi sejak abad kedua hingga suku pertama abad ke-19,
wujud sebuah kerajaan yang dikenali sebagai Campa 39. Pusat kerajaannya meliputi kawasan
daro Porte d Annam (Hoanh Son) hingga ke Col Des Nuages. Kemudian pada abad keempat
wilayahnya terus berkembang ke selatan hingga meliputi kawasan Donnai40.
Perkara yang ingin dibincangkan disini ialah kerajaan Champa pada abad ke-5 hingga
abad ke-8. Perbincangan akan membincangkan tentang perkembangan Champa pada abad ke-5
dan abad ke-8 dan pergolakan yang berlaku iaitu jatuh bangun Champa pada abad ke-5 dan ke-8
yang membawa kepada rentetan terus kepada penghujung kewujudan Kerajaan Champa.
Sebelum masuk pada abad ke-4, awal abad ketiga, kerajaan Champa yang dikenali
sebagai Lin Yi, merupakan negeri yang tunduk kepada China dan membayar ufti kepadanya.
Mereka telah mencuba untuk memperluaskan wilayahnya ke utara Gate of Annam tetapi tidak
berjaya41. Pada abad keempat, didapati bahawa penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa Cam,
satu bahasa dari rumpun Austronesia42. Pada penghujung abad keempat dan awal abad kelima,
Shivaisme merupakan agama dominan yang diamalkan di istana kerana antara tiga dewa Hindu
iaitu Siva, Visnu dan Brahma yang paling banyak prasasti ditemui ialah Siva iaitu sebanyak 92
berbanding Visnu sebanyak 3, 5 Brahma, dan 7 Buddha.43 Selepas itu abad ke-7 hingga abad ke-

38

D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.38
39
Po Dharma.(1996) Senenanjung Indocina satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad Zainmuha,
Pusat Sejarah dan Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.hlm 139
40
Po Dharma.(1996) Senenanjung Indocina satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad Zainmuha,
Pusat Sejarah dan Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm 139
41
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
.hlm.38
42
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka
Hlm.35
43
Ibid, hlm.129

44

12 agama Hindu mula memuncak anutannya, namun begitu agama itu menjadi lemah kerana
keruntuhan bahasa Sanskrit yang menjadi tampungan agama Hindu.44
Mengenai pemerintahan pada abad ke-5, susur galur pemerintahannya dimulakan pada
akhir abad ke-4 sampai pertengahan abad ke-6 iaitu 52945. Ini kerana daripada tahun itu, Lin-Yi
diperintah oleh pemerintah yang bersusur galur yang sama. Disini akan meceritakan perluasan
kuasa oleh Lin-yi dan peperangannya dengan kerajaan China dalam masa sama penggantian
dinasti baru berlaku.
Dinasti pertama kerajaan Lin yi di perintah oleh Fan Yi. Seterusnya kemangkatan Fan Yi
digantikan oleh Fan Wen yang menjadi pengasas dinasti ke dua dalam sejarah Lin yi (Champa).
Setelah kematian Fan Wen46 yang menjadi raja pada tahun 336 hingga 349, pemerintahannya
digantikan oleh anaknya Fan Fo47. Dinasti kedua Lin yi (Champa) diteruskan oleh Fan Fo (349399) dan Fan Hou Ta.48 Fan Fo yang dikenali nama sanskritnya sebagai Bhadravarman 49 telah
memulangkan kembali semua kawasan yang telah ditakluki oleh ayahnya iaitu Jenan 50 kepada
44

Po Dharma.(1996) Senenanjung Indocina satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad Zainmuha,


Pusat Sejarah dan Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm.148
45
Ecole Francaise Dextreme- Orient. (1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka
.hlm.38.
46
Fan Wen adalah penasihat kepada Fan Yi. Fan Wen dikatakan berbangsa Cina yang berasal
dari Kota Yang-tcheo di wilayah Kiang-sou dan menetap di Lin-yi tetapi dikatakan dia adalah
orang pribumi yang sudah terpengaruh dengan Cina. Fan Wen pergi ke Cina dan menuntut di
sana pada 313 dan 316. disebabkan kemahirannya tentang ilmu teknik ketenteraan cina,
Fan-yi mendapat pelbagai faedah disebabkan kemhairannya itu. Oleh itu, pengaruh Fan Wen
terhadap Fan yi adalah sangat besar sehinnga berjaya mempengaruhi raja itu untuk
melantiknya menjadi Panglima Besar dan menyingkirkan semua pewaris takhta kerajaan
dan apabila Fan yi meninggal pada tahun 336, Fan Wen telah menggantikannya menjadi
raja. Sila rujuk Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Hlm.274
47
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.40
48
Charles Higham.(2002).Early Cultures of Mainland Southeast Asia.Bangkok :River
Book.hlm 274
49
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka
Hlm. 35
50
Wilayah yang dikuasai fan Wen ialah daerah Hue. Fan Wen telah berjaya mendamaikan
suku-suku liar dan disebabkan itu telah memohon kepada Kaisar Tsin dengan menghantar

45

China pada tahun 372. Ini terbukti apabila orang Cina ada mencatitkan tentang utusan-utusan
yang dihantarnya ke China dalam tahun 372 dan 37751.
Pemerintahan kerajaan Lin yi pada abad ke-5 dimulakan oleh Fan Hou Ta yang bermula
pada akhir abad ke-4. Setelah Fan Fo meninggal keturunannya iaitu Fan Hou Ta (399-413) telah
menjadi penggantinya. Fan Hou Ta telah mengambil pendekatan yang berlainan dengan Fan Fo.
Dimana dia telah menyerang kembali kawasan yang diserahkan kembali kepada China iaitu
Jenan. Serangan itu berani dilakukan disebabkan kekacauan yang dialami oleh Dinasti Tsin di
China yang merupakan tanda-tanda kejatuhan Dinasti Tsin. Serangan dilakukan pada tahun 405
dan 407, namun begitu pada tahun 413, Fan Hou Ta melakukan lagi ekspidisi ke dalam wilayah
Jenan tetapi Fan Hou Ta telah gugur ketika disana. Anak Fan Hou Ta, iaitu Ti Tchen telah
menggantikannya. Namun begitu Ti Tchen ini dikatakan telah turun takhta demi anak saudaranya
iaitu Manorathavarman dan telah pergi ke India.
Pada Dinasti ke-3 yang terbentuk pada tahun 421, muncul raja yang kurang jelas asalnya
yang menamakan dirinya Fan Yang Mai , berdasarkan transkripsi China oleh bahasa Cham ia
juga dikenali sebagai Yang Mah iaitu putera emas. Fan Yang Mai telah menyerang tongking
dan meminta pengukuhannya sebagai raja kepada China pada tahun 421. Namun begitu, pada
tahun yang sama dia Fan Yang Mai telah menemui ajal. Seterusnya, pemerintahannya telah
digantikan oleh anaknya yang baru berumur 19 tahun dan menggunakan nama yang sama. 52
Penyerangan keatas wilayah tongkin telah diteruskannya. Pada awal abad ke-5 kejatuhan Dinasti
utusan untuk meluaskan kawasan perbatasan utranya ke G.hoanhson iaitu wilayah subur Jenan. namun tiada tindak balas menyebabkan Fan Wen merebutnya pada tahun 347 dan
menetapkan sendiri sempadan-sempadan negaranya. Ibid. hlm.34
51
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm.40
52
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.
hlm.38

46

Cin menyebabkan orang-orang Champa bertalu-talu menyerang Tongkin. Pada tahun 431, Fan
Yang Mai telah mengarahkan lebih kurang 100 buah kapal menyerang pesisir pantai Jenan. 53
Orang Cina membalas balik serangan itu dengan mengepung Kiu sou tetapi berjaya di
patahkan.54 Oleh sebab serangan orang China inilah, Fan Yang Mai cuba mendapatkan bantuan
daripada Funan untuk menyerang Tongkin tetapi permintaan itu tidak mendapat layanan. 55
Serangan yang bertalu-talu daripada orang Champa atau Lin yi menyebabkan Tongkin tidak
berdiam diri. Pada tahun 446, seorang Gabenor Tongkin yang baru bernama Tan Hochu membuat
keputusan untuk membalas balik perbuatan orang Lin-Yi itu56. Dia menyerang ibu kota mereka
yang terletak di daerah Hue dan merampas Kiou sou yang direbutkan 57. Menurut Charles
Higham, mreka merampas emas,perak, dan segala barang-barang yang berharga juga penduduk
yang berumur lebih 15 tahun di pancung.58 Segala barang yang dirampas itu dianggarkan
berjumlah 48000 kg emas dimana jumlahnya adalah sebahagian daripada harta kekayaan yang
telah dikumpul kerajaan Lin Yi.59 Fan Yang Mai telah meninggal dunia dalam keadaan yang
sangat menyedihkan disebabkan serangan China itu.
Pemerintah yang berikutnya Fan Chen-tcheng (Dewanika) telah berdamai dengan China
dan mengirim tiga utusan menghadap Maharaja China, iaitu pada tahun 456,458,472 M. Sekitar
tahun 484 M, nampaknya pemerintahan Lin yi (Champa) telah diambil alih oleh seorang putera
pelarian dari Funan yang dikenali sebagai Fa Tang-ken-tchouen (Fan Tang). Jayawarman,
53

Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.


hlm.38
54
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm.46
55
Ibid. hlm.46
56
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai
Pustaka.hlm.39
57
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.
46
58
Charles Higham.(2002).Early Cultures of Mainland Southeast Asia. Bangkok :River
Book.hlm.275
59
Ibid.hlm.275

47

pemerintah Funan ketika itu meminta bantuan China untuk menundukkan Fan Tang-kentchouen yang berkemungkinan anaknya sendiri. Akan tetapi permintaan itu tidak diperkenankan
oleh Maharaja China.
Pada tahun 492 M, nampaknya telah berlaku satu rampasan kuasa dalam istana
Champa60. Fan Tang-ken-tchouen telah digulingkan oleh seorang yang bernama Tchou Nong
daripada keturunan Yang Mah. Tchou Nong dikatakan telah karam di laut sekitar tahun 498 M
dan baginda telah digantikan oleh Fan Wen-kouan kemudian Fan Tien-kai dan Pi-ts ouei-pamo(Vijayawarman)61. Vijayawarman telah mangkat sekitar tahun 529M, meninggalkan takhta
Champa tanpa waris. Oleh itu penduduk Champa telah mengangkat seorang keturunan Brahmin
yang mengahwini salah seorang puteri Champa daripada keturunan raja-raja yang terdahulu
sebagai pemerintah Champa. Baginda dikenali sebagai Rudrawarman62.

Pemerintahan abad ke-6 sehinggalah abad ke-7 adalah di dalam satu dinasti yang sama,
bermula pada tahun 529 merupakan satu pemulaan dinasti baru iaitu dinasti yang ke-4 dalam
sejarah Campa. Dinasti yang ke-4 ini raja-rajanya terdiri daripada Raja Rudravarman iaitu raja
yang pertama, Raja Sambhuvarman, Raja Kandarpharma, Raja Prhabhasadarma, Raja
Bhadresvaravarman, Raja Vikrantavarman, dan Raja Vikrantavarman II. Dalam dinasti ini juga
berlaku peperangan antara kerajaan Campa dengan Wilayah takluk China. Kerajaan Campa yang
memulakan peperangan kerana niat untuk menakluki wilayah yang diserang dan mengambil
60

Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd. hlm.75
61
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.
hlm.39
62
Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd. hlm.76

48

kesempatan keatas kejatuhan dinasti di China, namu begitu penyerangan ini dibalas kembali oleh
China.
Pemerintahan pertama pada dinasti ke-4 dalam pertengahan abad ke-6 ialah Raja
Rudravarman. Raja ini mendapat pengukuhan kuasa daripada China pada tahun 530. 63 Menurut
DGE Hall Raja Rudravarman telah mendapat bintang kepujian daripada Maharaja China
manakala pada tahun 534 dia telah menghantar utusan kepada China. 64 Sembilan tahun kemudian
iaitu pada tahun 543, dia telah menghantar satu pasukam menyerang ke Tongkin. Pada ketika itu
pemberontakan Vietnam telah berlaku keatas China iaitu Li bon yang cuba menuntut
kemerdekaan daripada China. Raja Rudravarman telah mengambil kesempatan dalam keadaan
kacau bilau itu tetapi pasukannya telah dikalahkan panglima Li bon yang bernama Phaum Tu.
Dalam tahu 547 pemberontakan Li Bon itu berjaya dipatahkan pihak China sendiri 65. Tiada
sumber yang menceritakan tentang kematian Raja Rudravarman. Penggantinya ialah Raja
Sambhuvarman yang meninggal dunia pada tahun 629. Raja Sambhuvarman telah mengambil
kesempatan daripada kelemahan dinasti Chen selatan (557-589) dengan melakukan serangan ke
atasnya. Namun begitu serangan-serangan itu hanya lah sekejap sahaja kerana apabila Yang
Chien pengasas dinasti Swei melakukan penaklukan-penaklukan di kawasan itu, menyebabkan
Raja Sambhuvarman terpaksa mengubah dasarnya lalu menghantar ufti ke China pada tahun 595.
ketika pemerintahan Sambhuvarman, dia menjadi mangsa yang tidak disengajakan atas ekspidisi
penaklukan China di bawah pimpinan Jeneral Liu Fang.

63

Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.


hlm.40
64
D.G.E Hall.(1979). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm.46
65
Ibid.hlm.46

49

Pada awal abad ke-7, iaitu pada tahun 605, tentera China telah menyerang Champa dan
menawan ibu kotanya Tra-kieu. Akibatnya orang Cam mengasaskan ibu kotanya di Indrapura 66.
Justeru itu Shambhuwarman terpaksa menyembah Maharaja Yang Kien untuk meminta maaf 67.
Liu fang yang baru sahaja berjaya merebut Tongkin, telah di arahkan Maharaja China untuk
membuat serangan-serangan keatas jiran-jiran tetangganya termasuklah Champa. Champa telah
diserang, ibu kotanya ditawan iaitu Tra kieu, tentera China berjaya menduduki Kiu sou sekali
lagi, dan tentera Liu fang telah memperoleh banyak harta-harta rampasan. Setelah tentera China
mengundurkan diri, Sambhuvarman kembali ke negaranya dan meminta maaf kepada maharaja.
Menurut Charless Higham, Liu fang melangkah lebih jauh dengan menakluk Cham dan
membahagi-bahagikan wilayah menjadi empat markas baru, mengalami kesulitan dalam meneliti
tanah yang baru dan masalah-masalah pengangkutan, mengesampingkan tatacara yang kekal dan
Sambhuvarman mampu menduduki semula negerinya dan memulakan semula dan perkara yang
bijaksana dibuatnya, dia telah menghantar misi ufti secara teratur68.
Oleh itu Sambhuvarman terpaksa tunduk kepada China dan sebagai satu tanda pemulihan
kuasa, Sambhuvarman telah membayar ufti kepada China. Namun demikian menurut Ecole
Francaise, Sambhuvarman tidak mengambil peduli sangat berkaitan pembayaran ufti itu69.
Keadaan menjadi berubah apabila Dinasti Tang naik takhta kerajaan pada tahun 618, setidaktidaknya tiga kali mengirimkan utusan, iaitu pada tahun 623,625 dan 628. Utusan-utusan itu di
hantar ke Istana Maharaja China di Changan dan dengan itu terhentilah pemberontakan orang

66

Abdullah Abd.Rahman (2000).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd.hlm.73
67
Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd.hlm.76
68
Charles Higham.(2002).Early Cultures of Mainland Southeast Asia.Bangkok :River
Book.hlm276
69
Ecole
Francaise
DextremeOrient.(1981).Penyusun.Kerajaan
Campa.Jakarta:Balai
Pustaka .hlm.40

50

Champa buat beberapa lama70. Menurut G.Coedes, Pada tahun 629 masihi, Shambuvarman telah
membina kembali candi Siva-Bhadrevara (candi pertama di campa) yang telah terbakar dalam
zaman ayahandanya Rudravarman. Candi baru ini dinamakannya Sambhubhadresvara sempena
namanya71
Selepas Sambhuvarman, dia digantikan oleh anaknya yang bernama Kandarpadharma
yang menurut sumber-sumber China

bernama Fan teou li. Ketika pemerintahannyannya,

Champa dalam keadaan damai, dan menjalin hubungan yang baik terhadap China. Ini terbukti
dengan pengiriman hadiah yang serba mewah pada 630 dan 631 M, kepada Maharaja Tai Tsong
dari Dinasti Tang. Seterusnya, tampuk pemerintahan digantikan oleh anaknya iaitu
Prabhasadharma menurut sumber China bernama Fan Tchen- long 72. Pemerintahannya tidak
diketahui bila tarikh penggantiannya dan yang diketahui ialah dia pernah menghantar dua utusan
pada tahun 640 dan 64273. Raja ini telah mati dibunuh oleh ketua menterinya sendiri pada 645
Masihi.
Menurut Peter Bellwood

pemerintahan Prabhasadharma telah digantikan oleh anak

saudaranya iaitu Bhadresvaravarman kerana tidak mempunyai waris lelaki 74. Bhadresvarvarman
ialah anak Brahman Satyakausikasvamin dengan adik perempuan Prabhasadharma75.
Pemerintahan Bhadresvaravarman tidak lama. Ia digantikan oleh pewaris takhta yang lebih sah
iaitu adik perempuan Prabhasadharma yang lain iaitu anak perempuan isteri pertama

70

D.G.E Hall.1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.47
Ecole Francaise Dextreme- Orient.1981.Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai
Pustaka.hlm.40
72
Ibid. hlm.41
73
Ibid.
74
Peter Bellwood &Ian Glover.2006. Southeast Asia : From Perhistory to History. New York:
Routledge Curzon.hlm.224
75
G.Coedes,Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah.1968.The Indianized
States Of Southeast Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press. hlm 71.
71

51

Kandarpadharma76. Jadi kerajaan Champa pernah diperintah oleh pemaisuri. Menurut prasasti
lama Dinasti Tang telah menceritakan perihal puteri yang menaiki takhta kerajaan tetapi tidak
pada inskripsi China yang hanya menceritakan tentang asal-usul pengganti puteri ini iaitu Raja
Vikrantavarman. Di dalam inskripsi China itu mengatakan yang puteri itu mempunyai cucu
bernama Jagaddharma, dimana Jagaddharma telah pergi ke Kemboja dan telah berkahwin
dengan Puteri Sarvani, anak Raja Isanavarman. Maka daripada perkahwinan itu telah lahir
seorang anak lelaki bernama Prakacadharma. Prakachadarma telah menaiki takhta pada tahun
653 menggunakan nama Virkrantavarman77.
Dapat

dilihat

disini

perkembangan

kerajaan

Champa

ketika

pemerintahan

Virkrantavarman I. Vikantavarman I telah memerintah Champa dalam masa yang agak lama dan
pemerintahannya juga aman. Raja ini telah membina banyak bangunan suci di Lembah Mi son,
di Tra kieu dan di beberapa tempat lain di daerah Quang Nam. Bentuk-bentuk monumen itu
adalah mengikut gaya India78 yang berciri untuk dipersembahkan kepada pemujaan Visnu.
Mazhab Visnu pertama kali muncul di Champa ketika pemerintahannya 79. Pemujaan Visnu itu
lebih bersifat kesasteraan berbanding bersifat keagamaan80. Terdapat sebuah prasati pada gua
yang ditemui di wilayah Khanh-hoa di utara Nha-trang yang membuktikan kekuasaanya sampai
jauh ke selatan. Penggantinya iaitu Vikrantavarman II (686-731) yang diketahui telah mengirim
kira-kira lima belas utusan ke China.

76

Ibid. hlm.71
G.Coedes,Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah.1968.The Indianized
States Of Southeast Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.71
78
D.G.E Hall.1979. Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
hlm.228
79
Ibid.hlm.228
80
Ecole Francaise Dextreme- Orient.(1981).Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai
Pustaka.hlm. 41
77

52

Dalam masa pemerintahan Vikrantawarman I dan II ini Campa berada dalam keadaan
aman. Baginda telah mengirimkan beberapa utusan ke China iaitu pada tahun 653,657,669,670
masihi. Tahun 687 dan 731 masihi itu dikirimkan oleh Vikrantawarman II. 81 Kegemilangan
Dinasti ini diteruskan sehingga berakhirnya dinasti ini iaitu pada 758 M, dan pemerintah yang
terakhir ialah Rudravarman II. Butir berkaitan Rudravarman kurang jelas dan hanya diketahui
namanya kerana terdapat utusannya ke negeri China pada tahun itu82.
Satu perubahan besar telah berlaku di Champa sekitar abad ke-8 masihi. Tumpuan
pemerintahnnya telah beralih ke selatan. Kalau sebelum ini pusat pemerintahannya di Thua-thein
dan kemudian di Quang-nam di utara, kini ia beralih ke Pandurangga (Phanrang) di selatan 83. Di
sini sebuah ibu kota telah dibina yang dikenali sebagai Wirapura. Sumber China tidak lagi
memanggilnya Lin yi tetapi Houan-wang84. Pada abad ini, satu dinasti baru muncul, iaitu dinasti
yang kelima mengikut perkiraan Georges Maspero85Dari abad kelapan, wilayah kerajaan Campa
ada pada keluasan yang terbesar. Ia terletak dari Gate of Annam di utara hingga ke lembah
Sungai Donnai di selatan. Kerajaan Campa terbentuk dari lima buah daerah, yang mirip dengan
negeri-negeri pada masa sekarang. Lima buah negeri, dari utara ke selatan ialah Indrapura,
Amarawati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga. Kalau dahulu terletak di Tua-thien dan beralih ke
Quang nam di utara kemudian ia telah berpindah ke Pandurangga. Di Pandurangga telah dibina
sebuah kota yang dipanggil Wirapura86. Dinasti ke-5 ini memerintah daripada tahun 758M
81

Ahmad Jelani Halimi.2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd. hlm.76
82
Ecole Francaise Dextreme- Orient.1981.Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai
Pustaka .hlm.42
83
Ahmad Jelani Halimi.2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd.hlm.77
84
D.G.E Hall.1979. Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur
Hlm.228
85
Ibid. hlm.229
86
Ahmad Jelani Halimi.2008.Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd. hlm.76

53

sehingga tahun 859M.87 Setiap negeri diperintah oleh pentadbirannya sendiri dan ada sebuah
pemerintahan di peringkat pusat iaitu di istana diraja Campa. Dengan itu Campa merupakan
sebuah federasi dan bukannya sebuah kerajaan unitarian.
Perkembangan agama Visnu semakin diperkuatkan. Mereka mula menggunakan namanama raja yang sudah meninggal untuk menamakan dewa-dewa yang desekutui oleh raja-raja
yang sudah mati itu. Mereka melakukan pemujaan dewa Visnu. Ia telah mengatasi pemujaanpemujaan batu tegak yang merupakan pemujaan dewa tanah yang dilakukan oleh rakyat
tempatan secara turun temurun88. Pemujaan tradisi telah dimasukkan sekali kedalam pemujaan
Visnu ini bagi meluaskan lagi asas agama rasmi negeri itu.
Mengenai hubungan diplomatik, kerajaan Campa menjalin hubungan baik dengan jiranjirannya, iaitu China di utara, Kampuchea di barat dan Nusantara di selatan. Campa secara
teratur menghantar utusan-utusan dan uftinya serta mengadakan hubungan ekonomi dan
keagamaan dengan China. Dipercayai bahawa ajaran Buddha Mahayana sampai ke Campa
melalui sami yang datang dari China. Agama ini berkembang dengan pesat pada abad kelapan
dan kesembilan dengan terbina sebuah kompleks biara yang termasyhur di Dong Duong.
Hubungan dengan Kampuchea juga diadakan secara berterusan. Pada peringkat awal
hubungannya akrab tetapi menjelang abad kesembilan ia menjadi renggang. Mengenai
hubungannya dengan jiran di bahagian selatan, ia bermula dengan rompakan secara besarbesaran oleh orang Jawa pada penghujung abad kelapan.

87

D.G.E Hall.1979.Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur. hlm.
229
88
Ibid. hlm.229

54

Di bahagian selatan ini walaupun ia tidak lagi diganggu oleh China tetapi pada tahun 774
masihi Jawa telah menyerang semasa pemerintahan Satyawarman 89. Namun begitu, dia telah
dapat mematahkan serangan itu dan membina kembali candi Po Nagar pada tahun 784 masihi 90.
Pada tahun 787 masihi, sekali lagi Jawa menyerang Champa. Ketika itu ia diperintah oleh
Indrawarman adik Satyawarman. Dalam serangan kedua ini orang Jawa telah merosakkan pula
sebuah candi lagi,iaitu candi Bhadradhipaticwara berhampiran Wirapura. Serangan ini juga dapat
dikalahkan oleh pihak Champa91. Indrawarman telah menghantar utusan ke China pada tahun
793 dan pada tahun 799 dia telah membangunkan kembali candi yang telah dihancurkan dan
terus memerintah sehingga tahun 80192.
Kesimpulannya, dapat dilihat perkembangan kerajaan Lin yi pada mulanya yang bertukar
kepada kerajaan Champa. Sepanjang abad ke-5 sehinggalah abad ke-8, dapat dilihat bagaimanan
Champa boleh melakukan penyerangan terhadap China dan Jawa. Memang dalam sejarahnya
Champa juga bertindak sebagai penyerang tetapi nampaknya tidaklah begitu berkesan. Apa yang
penting kedudukan Champa sebagai mangsa serangan sepanjang sejarahnya yang membawa
kehancuran kepada Champa secara berperingkat-peringkat.93

89

Ecole Francaise Dextreme- Orient.1981.Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai


Pustaka.hlm.42
90
D.G.E Hall.1979. Sejarah Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
hlm.229
91
Ahmad Jelani Halimi.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Cheras: Utusan
Publication & Dstributor Sdn. Bhd. hlm.76
92
Ecole Francaise Dextreme- Orient.1981.Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai
Pustaka.hlm 43
93
Abdullah Abd.Rahman (2000).Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm.72-73.

55

NAMA

: NUR SYAHIRAH BINTI MOHD SULEHAN

NO. MATRIK: D20091035545


ISI KETIGA : KERAJAAN CAMPA ABAD KE 9 HINGGA 11.

Seperti yang diketahui kerajaan Champa dikatakan wujud pada hujung abad kedua
hingga suku pertama abad ke-19. Pada peringkat awal penubuhannya, kerajaan ini hanya
meliputi kawasan dari Porte dAnnam (Hoanh-son) hingga Col des Nuages. Namun demikian,
sejak abad ke -10, sempadan utara kerajaan Champa ini terpaksa berpindah sedikit demi sedikit
ke selatan disebabkan tekanan dari Vietnam. 94Champa atau Lin-yi dalam rekod China
,merupakan kepada nama Sanskrit bagi sebuah kerajaan yang penting di Asia Tenggara,dan
sezaman dengan kerajaan Funan.95

Kerajaan Campa pada abad ke-9


Seperti yang diketahui, tempoh lapan abad pertama kewujudannya, kerajaan Champa
berpengaruh Hindu ini banyak melakukan serangan terhadap jirannya di utara dan di
selatan.Pada peringkat ini, kerajaan Champa berusaha untuk mengukuhkan kerajaannya. Namun
begitu, pada abad ke-11 merupakan detik sejarah kemunduran Champa berpengaruh Hindu
akibat kemaraan Vietnam. Pada tahun 1069M, Champa terpaksa memindahkan sempadannya ke
kawasan Lao-Boa. Kemudian pada tahun 1306M, Raja Jaya Simhavarnam III meningalkan
kawasan antara Lao-Boa dan Cal des Nuages kepada orang Vietnam. 96 Pada pertengahan abad
94

PO Dharma (ed).1996.Semenanjung IndoChina Suatu Pengenalan.Ahmad Zain Muha.Penterjemah.Kuala


Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 139.
95
D.R. Sardesai. 1981.Southeast Asia:Past and Present.India:Vikas Publishing House Pvt Ltd. hlm.23.
96
PO Dharma (ed).1996.Semenanjung IndoChina Suatu Pengenalan. Ahmad Zain Muha. Penterjemah.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.146-147.

56

ke-8, Champa telah dikuasai oleh bangsa Sailendra di lautan selatan dan dalam tempoh waktu ini
merupakan waktu yang sukar untuk Champa. Pemerintahan pada ketika ini diketuai oleh
Rudravarnam II. Tampuk pemerintahan kemudiannya berubah kepada Satyavarnan (Icvaraloka),
yang merupakan anak saudara perempuannya, yang harus menghadapi serangan dari Jawa pada
tahun 774. Pengganti seterusnya juga iaitu Indravarman turut mengalami serangan daripada
pihak Jawa. Berdasarkan hal ini, pemerintahan Champa pada pertengahan abab kelapan dilihat
dikecam hebat oleh serangan pihak Jawa. Namun begitu, Indravarman dapat mengekalkan
pemerintahannya sehingga awal abad ke-9 iaitu pada tahun 801. 97 Tetapi bahaya dari orang Jawa
itu telah berlalu dan pada awal abad ke-9, Champa pula melakukan beberapa serangan. Sekitar
tahun 802M,Harivarman I telah menggantikan iparnya, Indravarman I.
Mulai tahun 803M, beliau telah melancarkan ekspedisi-ekspedisi yang berkesan ke
wilayah-wilayah China. Ekspedisi seterusnya yang dilancarkan pada tahun 809M bagaimanapun
membawa kesan yang kurang baik.98 Ketika pemerintahan Harivarman I, ia memperbaharui
serangan-serangannya ke atas wilayah-wilayah China di sebelah utara, dengan beroleh beberapa
kejayaan.99Selain itu, pada awal abad kesembilan, dua serangan besar dilakukan oleh Huanwang
terhadap Tang selatan sempadan di utara-tengah Vietnam, tapi yang terakhir ini berakhir dengan
masalah apabila 59 orang puteri telah ditangkap. Perjalanan dua rakyat cina baik jalan darat dan
laut ke Huanwang juga bertahan dan menunjukkan bahawa kerajaan ini berpusat di Quang nam
dan menguasai sebahagian besar wilayah yang sama seperti Kerajaan Linyi .100 Hal ini
menunjukkan bahawa keadaan politik di kerajaan Champa tidak konsisten dan sentiasa berlaku
kekacauan yang seterusnya menyebabkannya goyah dan tidak stabil.
97

Ecole Francaise dExtreme-Orient. 1981.Penyusun.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka. hlm .43.


Ibid.hlm.43.
99
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.230.
100
William A. Southworth. 2004.The Coastal States Of Champa.New York:RoutledgeCurzon.hlm.226.
98

57

Dinasti Indrapura
Di bawah pemerintahan Indravarman II (854-93) sekali lagi daerah sebelah utara menjadi
pusat kerajaan itu; beliau mendirikan sebuah ibu kota baru, Indrapura di daerah Quang Nam. 101
Nama sebenar Indravarman II ialah Lakshmindra Bhumicvara Gramasvamin yang dikatakan
memperoleh kekuasaan sebagai Raja Champa berkat nasib untung semata-mata dan berkat
pahala yang diperolehnya selama kehidupannya sebelum kehidupan ini dan bukanlah
memperoleh gelaran raja disebabkan keturunan datuk atau bapanya. Namun menurut Jean
Boisselier, Indravarman II telah mengasaskan dinasti Indrapura (Dong Duang berhampiran Da
Nang di Vietnam moden) pada tahun 875 M.
Beliau mendakwa bahawa dirinya merupakan dari keturunan nenek moyang iaitu Bhrigu
dalam Mahabrata. Turut dinyatakan bahawa Indrapura ditubuhkan oleh Bhrigu yang sama pada
masa lampau.102 Bermula tahun 877 M dan seterusnya, China mengenali Champa sebagai Cheng
Cheng dan menghentikan penggunaan perkataan Huan-Wang.103Pemerintahan beliau
dijalankan dengan aman damai dan ditandai pada tahun 877M dengan pengiriman utusan ke
China.104 Beliau memulihkan semula hubungan baik dengan China. Semasa pemerintahannya,
sejarawan bangsa
tcheng106 yang

China mula memberi nama yang ketiga kepada Champa 105 iaitu Tchanbermakna

Kota Can,

atau dalam

bahasa Sanskritnya

Campapura.

Pemerintahannya aman, dan adalah menarik kerana pembinaan sebuah biara Buddha yang
tapaknya dijumpai di Dong Duang, di bahagian Tenggara Mison. Hal ini adalah bukti yang
pertama tentang adanya agam Buddha Mahayana di Champa. Dalam sejarah Champa,
101

D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.230.
Jean Boisselier.1963.La Statuaire du Champa.Perancis: Ecole Francaise dExtreme-Orient.hlm.90.
103
Walter E.J.Penterjemah.2002.The Champa Kingdom:The History of an Extinct Vietnamese
Culture.Bangkok:White Lotus Press.hlm.47.
104
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.43.
105
D.G.E. Hall.1979. Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.230.
106
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun. 1981. Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.42.
102

58

Indravarman telah mengasaskan dinasti yang keenam. Golongan raja daripada keturunan beliau
menunjukkan kecenderungan terhadap aspek agama

kerajaan Champa. Selain mendirikan

rumah-rumah berhala yang baharu, mereka juga turut melindungi rumah tersebut daripada
ancaman perompak dan mengganti barang sekiranya kecurian berlaku.107
Indravarman II waktu wafat diberi nama anumerta Pramabuddhaloka dan digantikan
oleh anak saudaranya, Jaya Simhavarman I, yang hanya dikenal dengan dua angka tahun, 898M
dan 903M, yang tercantum di dalam prasasti-prasasti mengenai candi-candi arca kedewaan yang
didirikan waktu pemerintahannya. Sekitar masa itu pula seorang kerabat Ratu Tribhuvanadevi,
iaitu Po Klung Pilih Rajadvara yang tetap akan memegang jabatan-jabatan tinggi di bawah ketiga
raja berikutnya,pergi ke Jawa (Yavadvipapura) hendak berziarah (siddhayatra). Dari situlah
mungkin datangnya pengaruh Jawa atas kesenian Cam yang kelihatan pada masa itu di Khuongmy dan di Mison.108
Pada abad kesepuluh beberapa peristiwa yang penting bagi masa hadapan Champa
berlaku di luar sempadannya di sebelah utara. Pada tahun 907M Dinasti Tang di China telah
jatuh dan orang Annam mengambil kesempatan untuk memperjuangkan kemerdekaan mereka,
dan ini membawa kepada terbentuknya negeri Dai-co-viet (Annam dan Tongking) pada tahun
939M. Hal ini berlaku semasa pemerintahan Indravarman III(918-59). Pada mulanya perubahan
ini nampaknya tidak membawa apa-apa kesan ke atas Champa melainkan perhubungan baik
yang diadakan oleh pengganti Indravarman III, Jaya Indravarman I ,dengan maharaja Sung yang
pertama dianggap sebagai menandakan kemungkinan berlakunya perselisihan di antara Champa
dengan negeri baru itu.109 Tetapi sebenarnya perselisihan berlaku semasa pemerintahan
107

D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.230.


Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.43.
109
D.G.E. Hall. 1976.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.231.
108

59

penggantinya, iaitu Paramesvaravarman yang menaiki takhta pada tahun 972M. 110 Ketika ini
Dinasti Dinh yang berkuasa di Kerajaan Dai Co Viet,kerajaan ini telah berhasil membebaskan
diri dari penguasaan China.111 Pada tahun 979M seorang pelarian Annam112 dari Dinasti Ngo
telah meminta bantuan Paramesvaravarman untuk menuntut takhta keluarganya yang telah
dirampas oleh Dinasti Dinh apabila pengasas dinasti tersebut telah dibunuh. 113Oleh itu,satu
angkatan tentera laut telah dihantar untuk menyerang Hoa-Lu yang merupakan ibukota dinasti
Dinh. Malangnya, angkatan ini telah ditimpa ribut yang besar.
Pada tahun berikutnya,di Annam telah tertubuhnya Dinasti Le Awal yang menggulingkan
Dinasti Dinh yang dipimpin oleh Le Hoan. Perhubungan antara Kerajaan Champa dan Annam
yang pada mulanya terjalin baik telah terjejas disebabkan oleh tindakan Paramesvaravarman
yang memenjarakan utusan yang dihantar oleh Le Hoan untuk memaklumkan tentang
penguasaannya. Pada tahun 982M,114 Le Hoan telah mengarahkan Annam melancarkan serangan
terhadap Champa yang menyebabkan kebinasaan Indrapura yang merupakan ibukota kerajaan
dan membunuh Raja Champa itu.115
Walaupun kekalahan ini sememangnya suatu malapetaka yang menimpa bahagian utara
Kerajaan Champa ,namun kalau dinilai dari sudut jangka panjang kebanyakan wilayah yang
diduduki telah kembali kepada Kerajaan Champa pada penghujung abad ke-10.116 Seterusnya,
pengganti Paramesvaravarman,yang bernama Indravarman IV berdasarkan penyataan Cina telah

110

Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun. 1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka. hlm.45.


Ibid.
112
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.231.
113
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun. 1981.Kerajaan Camp.Jakarta:Balai Pustaka. hlm.45.
114
Ibid.
115
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.231.
116
William A. Southworth. 2004.The Coastal States Of Champa.New York:RoutledgeCurzon.hlm.229.
111

60

melarikan diri ke selatan kerajaannya dan telah meminta bantuan China pada tahun 985M namun
ternyata sia-sia.117
Sementara itu, di bahagian utara negeri itu seorang Vietnam bernama Luu Ke Tong telah
merebut kekuasaan . Pada tahun 983M, perebutan kuasanya dari Le Hoan telah berjaya. Apabila
Indravarman IV meninggal dunia, Luu Ke Tong telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai
Raja Champa. Pada tahun 986M beliau telah memaklumkan hal tersebut kepada pihak
China.Apabila tampuk pemerintahan dikuasai oleh orang asing maka penduduk telah mengambil
keputusan untuk berhijrah dan

sebahagian besar daripada mereka memilih untuk mencari

perlindungan di Hainan dan Kwangchou.118


Pada tahun 988M satu barisan penentangan Campa ditubuhkan di bawah pimpinan
seorang ketua Campa, yang diisytiharkan sebagai raja di Vijaya (Binh-dinh). Tugasnya menjadi
lebih ringan bila Luu Ke-Tong meninggal. 119 Selepas kematian Luu Ke-Tong pada
989M,pemerintah baru ini telah diiktiraf sebagai raja dan dinamakan sebagai Harivarman II

120

dan menjadi pengasas dinasti yang ketujuh dalam sejarah Champa. 121 Tugas pemerintah Champa
baru ini menjadi lebih mudah dengan kematian Luu Ke-Tong, namun beliau terpaksa
mengalahkan serangan baru dari pihak Vietnam 122 di utara iaitu Annam123 yang berlaku pada
tahun 990M.124 Masa damai yang pendek pada tahun 991M ditandai dengan pembinaan sebuah

117

G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.125.
118
G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.125.
119
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.231.
120
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.46.
121
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.232.
122
G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.125.
123
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.231.
124
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.46.

61

Icanabhadrecvara di Mi Son pada tahun 992M dan dengan pertukaran hadiah dengan pemerintah
China.125
Selepas mengalami keamanan beberapa tahun dalam masa yang sama mendapat
pengiktirafan daripada China dan memindahkan ibukotanya ke Indrapura semula, beliau
melancarkan beberapa serangan balas ke atas Annam. Hal ini menyebabkan satu peperangan
yang berpanjangan dan berakhir dengan kejatuhan kerajaan Champa. Desakan Annam ke atas
wilayah-wilayah Champa utara begitu hebat sehingga pada tahun 1000M, pengganti Harivarman
II, yang sekarang dikenali dengan nama yang tidak penuh iaitu Yang Pu Ku Vijaya Sari telah
terpaksa meninggalkan Indrapura dan memindahkan ibukotanya ke Vijaya yang lebih selamat.126
Dapat dilihat di sini bahawa, pada abad kesepuluh atau lebih dikenali dengan Dinasti
Indrapura ini terdapat banyak pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Champa. Tidak
ketinggalan dengan beberapa siri peperangan yang terjadi misalnya pada tahun 982 antara
Annam dan Kerajaan Champa. Pemerintah yang saling silih berganti kerana serangan dan
ancaman yang dilancarkan oleh pihak musuh terhadap kerajaan Champa menghalang seseorang
pemerintah untuk bertahan lebih lama menguasai takhta. Hal ini secara tidak langsung membawa
kepada kemerosotan kerajaan Champa kerana pemerintahan yang seketika cuma menghalang
sebarang kemajuan yang berterusan dapat dilakukan oleh pemerintah.

Kerajaan Campa pada abad ke-11

125

G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.125.
126
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.232.

62

Tahun-tahun penghujung abad ke-10 menandakan pengunduran Champa secara


berperingkat-peringkat disebabkan desakan demografi Vietnam.127 Abad kesebelas ini juga
dikatakan sebagai abad yang malang bagi orang Champa. Wilayah-wilayah mereka di sebelah
utara dikuasai oleh Annam. Mereka kerap kali menghantar utusan ke China. Pada 1030M mereka
telah membuat perikatan dengan Raja Angkor, Suryavarman I. Tapi semua harapan untuk
mendapatkan bantuan dari pihak tersebut tidak berjaya. Pada 1044M Annam telah melancarkan
serangan berturut-turut dan menyebabkan kekalahan besar terhadap pihak Champa. Ibukotanya,
Vijaya ditawan dan Raja Jayasimhavarman II dipancung kepalanya. Satu dinasti baru,iaitu
dinasti yang kelapan,diasaskan oleh seorang pemimpin perang daripada suatu keluarga
bangsawan.
Beliau mengambil gelaran Jaya Paramesvaravarman I dan berusaha untuk memulihkan
semula kerajaan Champa. Beliau berjaya menghapuskan pemberontakan yang berlaku di
wilayah-wilayah sebelah selatan dan mencuba dengan seboleh-bolehnya mengadakan
perhubungan baik dengan dengan Annam dan China dengan menghantar seberapa banyak utusan
muhibah.128 Oleh kerana beliau sangat berkeiginan untuk memelihara hubungan baiknya dengan
negara jiran di sebelah utara, beliau telah menghantar tiga kali utusan ke negeri China antara
tahun 1050M dan 1056M,dan lima kali ke Dai Viet antara tahun 1047M dan 1060M. 129 Tetapi
Rudravarman III, yang menaiki takhta kerajaan pada tahun 1061M, sementara mencuba
menghapuskan perasaan curiga orang Annam dengan tidak berhenti-henti menghantar utusan,
meneruskan persediaan-persediaan untuk menyerang musuh-musuh ketatnya itu.130
127

Tan Sri Ismail Husin. Prof. P.B.Lafont dan Dr. PO Dharma . 1995.Dunia Melayu dan Dunia Indochina.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.157.
128
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.232.
129
G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.140.
130
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.232.

63

Beliau telah menghantar utusan ke China pada tahun 1062M, dan tiga kali ke Dai Viet
pada tahun 1063M, 1065M dan 1068M. Melalui persediaan awal untuk melawan Dai
Viet,seterusnya serangan telah dilancarkan pada tahun 1068M.131 Beliau telah menemui
kegagalan. Tindakan beliau itu telah menyebabkan serangan balas yang dijangkakan dari pihak
Annam pada tahun 1069M. Raja Li Thanh-Ton telah berjaya menawan bukan sahaja ibu kota
malahan Rudravarman dalam sekelip mata setelah mengejarnya sehingga ke Kemboja.
Rudravarman III, seterusnya telah dibawa ke Tongking dan hanya dibebaskan setelah
menyerahkan secara rasmi tiga buah wilayah di sebelah utara, iaitu daerah-daerah Quang-binh
dan Quang-tri sekarang. Apabila beliau pulang ke negerinya, beliau tidak mampu lagi
memulihkan kuasanya dan dengan kematiannya pada tahun 1074M, maka berakhirlah dinasti
yang memerintah sekejap sahaja itu. 132 Pada abad ini dapat dilihat bahawa kekalahan teruk telah
dihadapi oleh Kerajaan Champa terhadap kerajaan Annam. Rudravarman III telah tersilap
membuat perhitungan.

Akhir abad ke-11 hingga abad ke-12


Seorang putera diraja bernama Thang telah mengasaskan dinasti yang kesembilan 133 pada
tahun 1074M dengan nama Harivarman IV.134 Beliau telah giat memperbaiki kerosakan yang
yang disebabkan oleh serangan daripada pihak Annam dan memulihkan semula kedudukan
negerinya, yang telah menjadi lemah kerana kehilangan wilayah-wilayahnya di sebelah utara itu.
Campha nampaknya pulih semula dengan pesatnya, kerana Harivarman bukan sahaja dapat
mengundurkan satu serangan Annam tapi juga menewaskan satu serangan dari pihak Khmer dan
131

Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.47.


D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.232-233.
133
Ibid.hlm.233.
134
G.Coedes.Walter F.Fella (ed). Susan Brown Cowing. Penterjemah. 1968.The Indianized States Of Southeast
Asia.Kuala Lumpur:University Of Malaya Press.hlm.154.
132

64

mengikuti kekalahan musuhnya dengan memghantar tenteranya masuk ke kawasan Kemboja


sehingga sejauh Sambor di tebing Sungai Mekong di mana tenteranya telah membinasakan
segala rumah-rumah berhala di sana.
Dasar Harivarman IV ialah hendak mengadakan perhubungan yang lebih baik dengan
Annam. Oleh yang demikian, pada tahun 1076M beliau dengan berat hati telah menyertai
pakatan yamng dianjurkan oleh China untuk menyerang Annam. Apabila serangan ini gagal dia
cuba menjauhkan kemarahan Annam terhadap dirinya dengan menghantarkan beberapa hadiah
untuk memujuk Annam. Selepas itu, ufti dihantar secara tetap kepada Annam sehinggalah akhir
abad ke -11.135 Sebahagian besar pemerintahannya diperuntukkan oleh Harivarman IV untuk
memulihkan kemuliaan Champa seperti dahulu kala.Pada tahun 1080M, anaknya yang berusia 9
tahun, Pangeran Vak telah diiktiraf sebagai raja dengan nama Jaya Indravarman II. Pada tahun
berikutnya, Harivarman IV telah meninggal dunia ketika bertapa.136
Pada tahun 1103M, anaknya Jaya Indravarman II telah dipujuk oleh seorang pelarian
Annam supaya mencuba mendapatkan semula tiga buah wilayahnya di sebelah utara itu, tapi
percubaannya tidak membuahkan hasil. Selain daripada peristiwa ini Champa mempunyai
perhubungan yang baik dengan Annam yang berlanjutan sehingga pertengahan abad ketiga belas.
Hal ini tidaklah bermakna bahawa Champa sudah melupakan kehilangan wilayah-wilayah yang
direbutkan itu, tetapi sebaliknya mereka terpaksa menumpukan tenaga mereka untuk
mempertahankan kemerdekaan mereka daripada pencerobohan oleh orang Khmer. Peperangan
yang baru meletus ini berlaku disebabkan oleh sikap Suryavarman II, iaitu Raja Angkor, yang
telah mencuba dengan nekadnya untuk menguasai Champa. Cita-citanya hendak menjadi
penakluk seluruh dunia adalah sesuai dengan keadaan di sekelilingnya pada masa itu. Oleh
135
136

D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.233.
Ecole Francaise dExtreme-Orient.Penyusun.1981.Kerajaan Campa.Jakarta:Balai Pustaka.hlm.49.

65

kerana persengketaan yang berlaku di antara dinasti Sung dengan dinasti Kin, China tidak dapat
menahan orang-orang gasar di sebelah selatan itu. Annam juga kerana Li Auh-Ton masih budak
lagi, lemah disebabkan oleh persengketaan yang berlaku antara orang-orang besarnya.

137

Pada

tahun 1132M, Suryavarman telah memaksa Jaya Indravarman III melancarkan serangan
bersama-sama dengannya namun gagal, sebaliknya beliau telah membuat perdamaian dengan
Annam. Kecewa dengan tindakan Jaya Indravarman III menyebabkan Suryavarman menyerang
Champa dan menawan ibu kotanya, Vijaya dan mengiktiraf dirinya sebagai yang dipertuan
negeri. Jaya Indravarman III terus lenyap, namun muncul dari bahagian selatan Champa,
Pandurangga seorang pemerintah baru iaitu Jaya Harivarman I pada tahun 1147M. Jika dilihat
daripada rentetan peristiwa pada abad ini terdapat berlakunya beberapa siri peperangan yang
telah berlaku bermula dari tahun1147M sehinggalah tahun 1190M.
Sebahagian besar peperangan menemui kegagalan yang menjejaskan lagi penguasaan
kerajaan Champa. Namun begitu, terdapat juga peperangan yang dimenangi oleh Kerajaan
Champa. Misalnya ketika pemerintahan Jaya Harivarman I, yang menguasai Pandurangga telah
memenangi peperangan pada tahun 1160M.138 Walaupun berdepan dengan pelbagai kekacauan,
Jaya Harivarman I sangat konsisten dalam usahanya untuk memulihkan kerajaannya selepas
bertalu-talu menerima ancaman perang. Hal ini dapat dilihat apabila beliau menghantar utusanutusan ke China dan menjaga perhubungannya dengan Annam melalui penghantaran ufti. 139 Pada
tahun 1167M, Jaya Indravarman IV naik takhta di Champa 140 selepas kematian Jaya Harivarman

137

D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.234.
Ibid.
139
D.G.E. Hall. 1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.235.
140
Ngo Van Doanh.2005.My Son Relics.Hanoi:The Gioi Publishers.hlm.87.
138

66

I.141Beliau digambarkan sebagai seorang yang berani, berpengalaman dalam senjata dan
berpengetahuan falsafah ,teori dan Mahayana Dharmasutra.142
Selepas menjalinkan perdamaian dengan Dai Viet pada 1170M, Jaya Indravarman telah
menjalankan serangan terhadap Kemboja namun hasil peperangan tidak diketahui. Pada 1177M,
pasukan tentera telah melancarkan serangan mengejut terhadap ibu kota Khmer, Yasodharapura
melalui kapal perang yang dimudiki dari Sungai Mekong ke Tasik Ton Le Sap 143 di Kemboja.
Mereka telah menyerbu ibu kota dan membunuh raja Khmer serta merampas harta rampasan
perang yang banyak.144 Peperangan dengan Kemboja pada abad ke-12 ini telah memacu ke arah
kejatuhan kerajaan Angkor oleh seorang pemerintah Champa yang memerintah di Vijaya. Namun
begitu ia juga merupakan suatu timbal balik apabila seterusnya Vijaya pula yang jatuh ke tangan
Jayavarman VII Yang merupakan pembina Angkor Thom145 pada tahun 1191M.146 Tindakan Jaya
Indravarman IV sesungguhnya telah membangkitkan kehadiran bakal raja Jayavarman VII dalam
arena politik Khmer yang mengambil tindakan pada saat awalnya membebaskan negerinya,
memulihkan semula pasukan tenteranya dan kemudian menyerang dan merampas Champa pada
tahun 1203M.147

NAMA

: MUHAMAD HARIS BIN SAWALLUDIN.

NO. MATRIK : D20091035533.


ISI KEEMPAT : KERAJAAN CAHMPA ABAD KE-12 HINGGA ABAD KE-16

141

D.G.E. Hall.1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 235.


Ngo Van Doanh.2005.My Son Relics.Hanoi:The Gioi Publishers.hlm.87.
143
Tan Sri Ismail Husin. Prof. P.B.Lafont dan Dr. PO Dharma . 1995.Dunia Melayu dan Dunia Indochina.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.207.
144
Ibid.hlm.89.
145
D.G.E. Hall.1979.Sejarah Asia Tenggara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 235.
146
William A.Southworth.2004.The Coastal States of Champa.New York:Routledge Curzon.hlm.230.
147
Tan Sri Ismail Husin. Prof. P.B.Lafont dan Dr. PO Dharma . 1995.Dunia Melayu dan Dunia Indochina.Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.169.
142

67

Dinasti ke-11
Sepanjang abad ke-13 hingga abad ke-16, menyaksikan perjalanan empat buah dinasti di
Champa iaitu, dinasti ke-11, yang mana telah wujud pada penghujung abad ke-12, dinasti ke-12,
dinasti ke-13, dan dinasti ke-14. Bahagian ini akan membincangkan tentang dinasti ke-11 hingga
dinasti ke-16 di Champa. Pada penghujung abad ke-12 menyaksikan Jayavarman VII yang
merupakan pemerintah Kemboja, telah melancarkan serangan yang besar ke atas Champa dengan
diketuai oleh seorang putera Champa iaitu Sri Vidyaandana yang telah dididik di Angkor.
Akhirnya sekali lagi Champa jatuh ke dalam tangan tentera Kemboja. Jaya Indravarman IV yang
merupakan pemerintah Champa yang merampas takhta daripada Jaya Harivarman II, dihantar ke
Angkor sebagai orang tawanan dan anak Jayavarman VII iaitu Putra In diangkat menjadi raja di
Vijaya. Sri Vidyanandana pula menjadi raja di Pandurangga dengan gelaran Suryavarman.148
Jelaslah di sini bahawa, Kemboja telah membahagikan wilayah Champa kepada 2
bahagian dan ditadbir oleh seorang raja di setiap bahagian. Takhta Jaya Harivarman II yang
menjadi pemerintah terakhir dinasti ke-11 telah dirampas oleh Jaya Indravarman IV dalam satu
rampasan kuasa dalaman. Tidak berapa lama kemudian Kemboja pula menyerang dan akhirnya
menakluk Vijaya. Hal ini menyaksikan Champa dijajah oleh Kemboja. Konsep peralihan tampuk
pemerintahan Champa pada masa tersebut adalah melalui rampasan kuasa dan peperangan.
Walau

bagaimanapun,

pemperontakan

telah

meletus

akibat

perubahan

kuasa

pemerintahan di Vijaya. Natijahnya, Putra In telah diusir dari Vijaya pada tahun 1191 oleh
seorang pemimpin Champa yang akhirnya mengisytiharkan dirinya sebagai raja dengan memakai
gelaran Jaya Indravarman V. Jayavarman VII menghantar Jaya Indravarman IV, yang merampas
148

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.
235

68

kuasa daripada pemerintah ke-3 bagi dinasti ke-11, menjadi orang tawanan bersama-sama
dengan satu angkatan tentera ke Vijaya untuk mendapatkan wilayahnya. Jaya Indravarman IV
mendapatkan bantuan daripada Suryavarman lalu beliau memimpin angkatan perang ke Vijaya.
Vijaya dapat dirampas kembali, dan Jaya Indravarman V berjaya dibunuh. Selepas itu,
Suryavarman pula membunuh Jaya Indravarman IV dan bala tenteranya.149
Hal ini membuktikan bahawa Suryavarman bercita-cita untuk menyatukan kembali
kerajaan Champa yang telah terpecah kepada dua selepas dikuasi oleh Kemboja dan berpaling
daripada menumpahkan taat setia kepada kerajaan Kemboja. Beliau belot terhadap Kemboja dan
natijahnya beliau kerap diserang oleh tentera Khmer.
Menurut Nicholas Tarling, pada tahun 1203, tentera Khmer berjaya mengusir
Suryavarman. Dalam jangka masa antara tahun 1203 hingga tahun 1220 pula, Champa diduduki
oleh tentera Khmer. Tanpa sebab yang jelas, tentera Khmer akhirnya meninggalkan Champa.

150

Menurut Maspero, tekanan Thai ke atas empayar Khmer yang semakin hebat menyebabkan
Angkor terpaksa melepaskan Champa sebagai jajahan takluknya. Seorang putera dari Champa
iaitu Putera Angcaraja dari Turai-vijaya menjadi pemerintah Champa dengan gelaran Jaya
Paramesvaravarman II selepas pengunduran tentera Khmer dari Champa.151 Dibawah
pemerintahannya, kesenian Khmer masih terus berpengaruh ke atas kesenian Cam di Binhdinh.152 Hal ini tidak mustahil kerana beliau pernah dibesarkan di istana raja Kemboja. Beliau
149

Abd Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm. 66
150

Nicholas Tarling. 1999. The Cambridge History of Southeast Asia.: From Early Times
To C. 1800. Cambridge: Cambridge University Press. hlm. 162
151
Coedes George . 1966. The Making of South East Asia. California: University of California
Press hlm 12
152
Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa. Jakarta: Balai
Pustaka. hlm. 54

69

juga merupakan cucu kepada raja Jaya Harivarman I yang merupakan pemerintah ke-2 bagi
dinasti ke-11 di Champa. Beliau pada asasnya menyambung legasi pemerintahan dinasti ke-11 di
Champa.
Peperangan telah berlaku semula semasa pemerintahan Jaya Paramesvaravarman II.
Berdasarkan Sejarah Annam, Champa mengambil peluang semasa kelemahan dinasti Li untuk
melancarkan serangan dan rompakan ke atas daerah-daerah Dai-Viet di tepi pantai. Apabila
dinasti Tran menggantikan dinasti Li, satu utusan telah dihantar untuk mendakwa Champa
kerana tidak menghantar ufti dengan tetap. Jaya Paramesvaravarman II menjawab dengan
menuntut agar wilayah-wilayahnya di sebelah utara dikembalikan. Natijahnya, Dai-Viet
melakukan serangan ke atas Champa dengan diketuai oleh Raja Tran Thai Ton sendiri yang
mengakibatkan Jaya Paramesvaravarman II terbunuh dan baginda digantikan oleh adiknya iaitu
Jaya Indravarman VI yang tidak sukakan peperangan. 153
Peperangan antara Dai-Viet dengan Champa dapat dihentikan kerana Dai-Viet sendiri
diancam oleh China.154 Hal ini kerana dinasti Yuan berjaya ditegakkan oleh orang Mongol di
China setelah mereka berjaya menumbangkan dinasti Song. Inilah buat pertama kalinya orang
Cina yang majoritinya berbangsa Han diperintah oleh bangsa asing. Pemimpin Mongol iaitu
Kublai Khan agak agresif dalam usaha meluaskan wilayahnya. Hal inilah yang telah
mengalihkan tumpuan Dai-Viet daripada menyerang Champa.
Jaya Indravarman VI telah dibunuh pada tahun 1257 oleh anak saudaranya, Haridera.
Haridera menaiki takhta kerajaan Champa dengan gelaran Jaya Simhavarman. Tetapi beliau
153

Ibid.
D.G.E. Hall. 1979 . Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.
237
154

70

mengubahnya menjadi Indravarman V155. Hal ini kerana, bagi memelihara hubungan baik
dengan Dai Viet. Tambahan lagi, baginda mengirimkan tidak kurang dari empat utusan ke DaiViet antara tahun 1266 hingga 1270.156 Langkah ini perlu bagi mengelakkan serangan daripada
Dai-Viet selain berharap agar kerajaan Dai-Viet dapat melindunginya daripada serangan China
yang semakin agrasif meluaskan kuasa pada masa tersebut. Hal ini membuktikan bahawa Raja
Indravarman V kelihatan lebih suka berdiplomasi daripada berperang.
Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, Champa telah diserang oleh orang
Mongol. Kublai Khan menuntut raja Champa supaya menghadapnya, namun pelbagai alasan
dilakukan bagi melengahkan perkara tersebut seperti menghantar utusan dan hadiah kepada
China. Pada tahun 1281, Kublai Khan tidak dapat menahan sabar lalu menghantar Marshal
Sogatou untuk menawan Champa. Namun, Indravarman V Berjaya mengundurkan diri ke
pergunungan. Tentera mongol tidak dapat memasuki ke kawasan pergunungan tersebut. Pada
tahun 1285, anak lelaki Kublai Khan, Togan dihantar untuk membantu menawan Champa, tetapi
telah disekat dan ditewaskan oleh Dai-Viet tatkala mereka melalui Tongking. Pada akhir abad ke13, tentera Mongol dibawah pimpinan Kublai Khan telah menjajah Champa untuk selama lima
tahun, sehinggalah mereka dikalahkan oleh Dai-Viet pada tahun 1287.157

Bagi mengukuhkan kedudukannya, Indravarman V telah menghantar utusan membawa


ufti dan telah diterima oleh Kublai Khan. Pada masa yang sama Kublai terpaksa melupakan
hasratnya menawan Champa bagi menangani masalah-masalah yang lebih penting. 158 Pada masa
155

Coedes, Georges. 1968. The Indianized States of Southeast Asia. Honolulu: East-West
Center Press. hlm. 192
156
Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa. hlm. 56
157
D.G.E. Hall. 1979 . Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm
237-238
158
Ibid., hlm. 238

71

yang sama, dinasti Yuan menghadapi banyak penentangan terutamanya dari dalam negeri dan hal
ini menyebabkannya mereka tidak sanggup melancarkan serangan ke atas Champa. Hal ini
penting bagi memperkukuhkan dinasti Yuan di China. Umum mengetahui bahawa orang Mongol
merupakan bangsa yang berasal daripada utara negara China yang berjaya menumbangkan
dinasti Song di China. Dinasti Yuan memerintah dengan kejam dan ini membangkitkan
kemarahan dan penentangan bangsa Han yang merupakan bangsa terbesar di China.

KERAJAAN CAMPA ABAD KE-14.


Anak Indravarman V iaitu Putera Harijit menggantikan ayahandanya dan bergelar Jaya
Sinhavarman III. Baginda amat berhati-hati terhadap setiap tindak-tanduk China. Baginda lebih
berminat untuk membuat hubungan dengan Dai-Viet. Persahabatan dengan negara jiran amat
penting demi keselamatan Champa sendiri. Pada tahun 1301, baginda dilawati oleh mantan
pemerintah Dia-Viet iaitu Tran Nhon-Ton yang telah menurunkan takhtanya kepada anaknya.
Baginda berhasrat untuk memberikan seorang daripada anakanak perempuannya kepada raja
Champa.
Dalam rundingan yang berikutnya, hubungan ini membawa kepada satu perikatan
perkahwinan pada tahun 1306, dan baginda dipujuk untuk menyerahkan dua buah wilayah
Champa di sebelah utara Col des Nuages sebagai hantaran perkahwinannya dengan saudara
perempuan Tran Anh-Ton.159 Baginda telah mangkat pada tahun 1307 dan anaknya, Che Chi
menggantikannya dengan gelaran Jaya Sinhavarman IV. Baginda terpaksa menerima impak
daripada tindakan ayahandanya yang telah menyerahkan sebahagian wilayah Champa kepada
159

Nicholas Tarling. 1999. The Cambridge History of Southeast Asia.: From Early Times To C.
1800. hlm. 155

72

kerajaan Dai-Viet. Wilayah-wilayah tersebut telah dinamakan semula oleh Dai-Viet sebagai
Thuan-Cau dan Hocau.160 Walau bagaimanapun, kedua-dua wilayah tersebut bangun
memberontak dan menyebabkan kerajaan Champa dituduh oleh Dai-Viet kerana memberikan
bantuan kepada para pemberontak tersebut. Hal ini mengakibatkan ketegangan telah meletus
kembali antara dua buah kerajaan tersebut. Jaya Sinhavarman IV terpaksa menghadapi serangan
daripada Dai-Viet.
Dai-Viet melancarkan serangan ke atas Champa pada tahun 1312. Champa akhirnya
dapat dikuasai oleh Dai-Viet. Mereka menurunkan Jaya Sinhavarman IV dan menggantikannya
dengan adik lelakinya, Ce Nang. Pada masa ini, Champa menjadi sebahagian daripada wilayah
Dai-Viet. Rajanya iaitu, Ce Nang diberi jawatan sebagai putera feudal pangkat ke-2. Walau
bagaimanapun, Ce Nang tetap tidak mahu tunduk kepada Dai-Viet. Pada tahun 1314, beliau
memberontak dan cuba mendapatkan semula kedua-dua wilayah yang telah diserahkan bapanya
kepada Dai-Viet tetapi, beliau mengalami kekalahan lalu melarikan diri ke Jawa. 161 Dengan
demikian tamatlah pemerintahan dinasti ke-11 kerajaan Champa. Konsep penamatan dinasti ke11 adalah melalui peperangan dengan Dai-Viet. Sepanjang pemerintahan dinasti ke-11 ini,
pemerintah Champa terpaksa menghadapi serangan daripada Kembija, Monggol dan Dai-Viet.
Antara ketiga-tiga kuasa tersebut, Dai-Viet dilihat lebih agresif menyerang Champa.
Dinasti ke-12
Pemerintah tentera Dai-Viet telah menabalkan seorang wizurai iaitu, Che Anan sebagai
pemerintah bagi dinasti baru yang ke-12 di Champa. Walau bagaimanapun, pada tahun 1323,
160

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.
239
161
Coedes, Georges. 1968. The Indianized States of Southeast Asia. Honolulu: East-West
Center Press. hlm. 229

73

baginda sendiri menyingkirkan taat setianya terhadap Dai-Viet. Baginda berjaya menumpaskan
semua percubaan Dai-Viet untuk menjatuhkan takhtanya. Baginda meninggal dunia pada tahun
1342.162 Sepanjang pemerintahannya, Champa dapat membangun dengan agak baik. Hal ini
dibuktikan dengan kedatangan seorang pengembara Perancis iaitu, Odoric yang merupakan
seorang paderi. Beliau memcatatkan bahawa raja Champa mempunyai tidak kurang daripada
200 orang anak dan negeri ini sangat indah dengan kawasan-kawasan perikanan yang kaya di
kawasan pantainya. Ini membuktikan bahawa keadaan politik di Champa pada masa tersebut
agak stabil.
Pada tahun 1323, baginda mangkat dan digantikan dengan Tra Hoa. Raja Tra Hoa telah
berusaha untuk mendapatkan semula wilayah-wilayah Champa daripada Dai-Viet, namun gagal.
Pada tahun 1360, Che Bong Nga telah menaiki takhta dinasti ke-12 dan merupakan raja terakhir
bagi dinasti ke-12. Baginda merupakan seorang pemimpin tentera yang handal. 163 Che Bong Nga
mula melancarkan perluasan kuasa semasa dinasti Ming mula berkuasa di China. Baginda telah
melakukan beberapa serangan ke atas Dai-Viet dan akhirnya berjaya menawan Hanoi pada tahun
1371. Baginda akhirnya terbunuh dalam satu pertempuran di laut pada tahun 1390.164 Dengan
demikian, tamatlah penguasaan dinasti ke-12 di Champa. Dai-Viet menjadi lemah sewaktu
kegemilangan Champa di bawah pemerintahan Che Bong Nga. Baginda berjaya memimpin
tenteranya dengan baik. Selepas kematian Che Bong Nga, barulah Dai-Viet berjaya mendapatkan
semula wilayah-wilayahnya. Dinasti ke-12 di Champa tumbang selepas kematian Che Bong Nga.
Anak beliau tidak dapat mewarisi pemerintahan dinasti ke-12 kerana telah disingkirkan oleh
seorang jeneral.
162

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 239


Michael Vickery. 2009. A Short History of Champa. Dalam Champa and the archaeology of
M Sn (Vietnam), Andrew Hardy et. al. (ed), Singapura: Nasional University Singapore Press .
hlm. 56
164
Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa. hlm. 59
163

74

KERAJAAN CAMPA ABAD KE-15 DAN ABAD KE-16


Dinasti ke-13 dan ke-14
Menurut sumber-sumber Vietnam, salah seorang jeneral Che Bong Nga yang dinamakan
La Khai dan menurut prasasti Cam di Binh-dinh, dinamakan Jaya Simhavarman, menggantikan
anak Che Bong Nga yang disingkirkannya. Beliau terpaksa melepaskan kepada Dai-Viet seluruh
wilayah yang terletak di utara Col des Nuages dan yang sekarang ini dikenali sebagai wilayah
Quang-binh, Quang-tri dan Thua-thien. Beliau meninggal dunia pada tahun 1400 dan digantikan
oleh anaknya sebagai pemerintah dinasti ke-14 yang bernama Ngauk Klaung Vijaya dengan
gelaran Jaya Sinhavarman V. 165
Diawal pemerintahannya, beliau menghadapi serangan daripada Dai-Viet dan terpaksa
menyerahkan wilayah Indrapura yang terletak di utara negeri Amaravati pada tahun 1402 dan
mungkin terpaksa menyerahkan lebih banyak wilayah kepada Dai-Viet sekiranya China yang
pada masa itu diperintah oleh Dinasti Ming tidak campur tangan. 166 Pada masa kini, kawasan
tersebut dinamakan sebagai Quang-nam. Walau bagaimanapun, wilayah tersebut dapat dirampas
kembali pada tahun 1407. Apabila Dai-Viet tidak dapat mengancam kedudukan Champa, maka
raja Champa menyerang Kemboja yang diperintah oleh Ponhea Yat. Beliau merupakan raja
Angkor yang terakhir. Hubungan antara Champa dengan Dai-Viet dapat dipulihkan dengan
penabalan Le Loi iaitu pemimpin kebangsaan Dai-Viet yang berjaya menyingkirkan orang China

165

Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa hlm. 60


Shih-shan Henry Tsai. 1996. The Eunuchs in the Ming Dynasty. New York: State University
of New York. hlm. 147
166

75

pada tahun 1428. Beliau telah membuat perubungan yang baik dengan kerajaan Champa. 167
Selepas Jaya Sinhavarman V mangkat pada tahun 1441, Champa menjadi kacau-bilau kerana
perang saudara kerana masalah perebutan takhta di Champa
Dalam tempoh 30 tahun, lima orang raja beturut-turut menaiki takhta di tengah-tengah
perang saudara dan serangan Dai-Viet oleh raja dinasti Le iaitu Nhon-ton dan Thanh-ton. Selepas
kemangkatan Jaya Sinhavarman V, baginda telah digantikan oleh pemerintah-pemerintah yang
lain seperti Maija Vijaya, Moho Kouei-Lai, dan pemerintah terakhir dinasti ke-13 ialah Moho
Kouei-Yeou. Pada tahun 1446, Dai Viet di bawah kepimpinan Trinh Kha melancarkan serangan
ke atas Champa. Serangan itu berjaya dan Vijaya jatuh kepada Dai-Viet tetapi orang Champa
dapat merampas kembali Vijaya.168 Konsep peralihan daripada dinasti ke-13 kepada dinasti ke14 di Champa adalah melalui perang saudara. Keadaan politik yang tidak stabil ini telah
menjejaskan keamanan di Champa. Dinasti ke-14 ini nanti menjadi dinasti yang terakhir di
Champa yang berpusat di Vijaya.
Dinasti ke-13 diganti oleh dinasti ke-14 yang diperintah oleh, Moho P'an-Lo-Yue.
Selepas beliau mangkat, beliau diganti oleh Tra-Toan. Pada tahun 1470, Dai Viet, yang dipimpin
oleh Maharaja Le Thanh Tong, melakukan serangan ke atas Champa. Maharaja Le Thanh Tong
merupakan seorang pentadbir dan pemimpin yang luar biasa. Beliau dapat membentuk tentera
Dai Viet menjadi sangat kuat dan teratur. Sebaliknya tentera Cham tidak teratur dan lemah dan
ini mengakibatkan Vijaya berjaya ditawan pada tahun 1471. Tra-Toan ditangkap bersama dengan
50 orang kerabat diraja. Peperangan tersebut mengorbankan tidak kurang 60 000 nyawa dan 30
000 orang telah menjadi tawanan. Tra-Toan merupakan pemerintah terakhir dinasti ke-14 di
167

D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm.241
168
Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa. hlm. 60

76

Champa.169 Dai-Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasan
jajahan baru tersebut sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon. Apabila Le Thanh
Tong menakluki Vijaya, beliau memusnahkan apa sahaja yang bersifat kebudayaan Champa.

170

Hal ini ini menandakan kejayaan besar orang-orang berpengaruh Cina ke atas masyarakat
berpengaruh Hindu yang telah berkuasa sejak abad ke-4 di bahagian timur Indochina.

Dai-Viet telah melenyapkan Vijaya yang merupakan nadi bagi kerajaan Champa yang
berpengaruh Hindu. Di bahagian utara inilah terletaknya banyak monumen yang mempunyai seni
bina Hindu dan Buddha Mahayana serta pusat penyebaran Hindu. 171 Tentera Dai-Viet telah
memusnahkan beberapa kuil seperti Kuil Thap Mam semasa penaklukan tersebut. 172. Walaupun
penaklukan terhadap Vijaya merupakan faktor tunggal kejatuhan tamadun Hindu di Indochina,
namun tamadun ini telah lama runtuh kerana kemunduran budaya Sanskrit, iaitu asas agama
Hindu dan Buddha Mahayana.hal ini disebabkan penyebaran Islam yang berlaku pada
penghujung abad ke-12 di India, yang secara tidak langsung telah memisahkan India daripada
negeri-negeri di Indochina. Selain itu, kekalahan Champa sendiri sepanjang abad ke-13, telah
melemahkan kepercayaan orang Champa.173 Agama Hindu menjadi lemah kerana keruntuhan
bahasa dan kebudayaan Sanskrit yang menjadi tonggak agama Hindu. Ini menyebabkan
169

Ben Kiernan. (2007). Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from
Sparta to Darfur. New
Heaven: Yale University Press. hlm. 109-110
170
Po Dharma. 1996 . Kerajaan Champa. Dalam Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan.
P. B. Lafont (ed).
Terjemahan Mohd. Zain Musa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.
143
171
Ibid. hlm 147
172
William A. Southworth. 2004. The Coastal States Of Champa, dalam Southeast Asia
From Prehistory to History,
Ketua Editor, Ian Glover et. al. New York: RautledgeCurzon. hlm. 230
173
Pierre-Bernard Lafont . 1995. Peristiwa-Peristiwa Penting dalam Sejarah Campa, dalam
Dunia Melayu dan
Dunia Indochina, Ketua Editor Tan Sri Ismail Hussein et. al. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka. hlm. 158

77

kemerosotan upacara penyembahan Siva dan Visnu sewaktu kekalahan Champa pada tahun
1471.
Pada ketika ini juga, pembesar-pembesar kerajaan di selatan mengamalkan satu
persenyawaan agama yang mengutamakan beberapa pemujaan chthonic yang merupakan amalan
masyarakat biasa. Kesemua peringkat masyarakat Champa selepas kejatuhan Vijaya
mengamalkan kepercayaan yang berasaskan pemujaan nenek moyang. 174 Walaupun, semasa
pemerintahan Che Beng Nga, Champa agak cemerlang, ia hanyalah selingan bagi menutup
kelemahan Champa buat sementara. Tahun 1471 merupakan kejatuhannya secara muktamad
sebagai kerajaan bertamadun Hindu di Indochina.

Selepas jatuhnya dinasti ke-14 di Champa, Dai-Viet telah menjadikannya sebagai


wilayahnya sehingga ke Cap Varella. Walau bagaimanapun, bahagian selatan Champa belum
dirampas oleh Dai-Viet. Rakyat Champa di selatan inilah yang telah mempertahankan sisa-sisa
kerajaan Champa. Menurut teks Cina, semasa penaklukan Vijaya, seorang pembesar tentera di
ibu kota telah melarikan diri ke selatan Champa dan mengishtiharkan menjadi raja. Champa
sepertimana menurut

G. Maspero merupakan sebuah negeri tanpa askar dan sumber

kekayaan.175 Walau bagaimanapun, pada abad ke-16, penulis Portugis mencatatkan bahawa ikan
yang ditangkap oleh penduduk di Champa, telah dikeringkan untuk dieksport ke luar negeri. 176
Walaupun, Champa hanyalah sebuah wilayah yang kecil pada abad tersebut, namun aktiviti
perikanan dan perdagangan masih merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi penduduk
174

Po Dharma. 1996 . Kerajaan Champa. Dalam Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan.


hlm. 148
175

Pierre-Bernard Lafont . 1995. Peristiwa-Peristiwa Penting dalam Sejarah Campa, dalam


Dunia Melayu dan
Dunia Indochina. hlm. 159
176
Po Dharma. 1996 . Kerajaan Champa. Dalam Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan.
hlm. 145

78

Champa. Hal ini kerana kedudukan Champa itu sendiri bersebelahan dengan laut yang terletak di
bawah laluan monsoon. Justeru, sebahagian kecil masyarakat Champa menjadi nelayan dan
pedagang. Jelaslah disini bahawa Dai-Viet telah memainkan peranan yang penting dalam
kemerosotan kerajaan Champa. Pemerintah Dai-Viet kerap melancarkan serangan ke atas
Champa.
Dari aspek kesenian, pada abad ke-13 sehingga abad ke-16, banyak candi telah dibina
oleh para pemerintah Champa. antaranya ialah, candi Gading dan candi Yang Prong yang dibina
awal abad ke-13, candi Gangsa dan Emas serta candi Po Klong Garai pada akhir abad ke-13.

177

Fungsi candi-candi ini adalah sebagai pusat bagi semua pemujaan raja. Setiap candi tersebut
diperbuat daripada batu-bata dan dihiasi dengan gambar dalam pelbagai rupa. Hal ini jelas
menunjukkan keunggulan tamadun Hindu di kawasan timur Indochina.
Beberapa abad kemudian, negeri Champa yang kecil terus kekal selama beberapa abad
kemudian. Raja-raja yang memerintah diiktiraf oleh China sehingga tahun 1543. 178 Dengan
kehancuran Vijaya, Champa mendirikan semula kerajaannya pada akhir abad ke-5 di selatan,
iaitu di Kauthara dan Panduranga. Walau bagaimanapun, Kauthara juga jatuh ke tangan Dai-Viet
pada tahun 1653, dan diikuti oleh Panduranga pada tahun 1835. Dengan kejatuhan Pandurangga
inilah lenyapnya nama Champa dalam lipatan sejarah.179 Secara keseluruhannya, kemerosotan
kerajaan Champa berpunca daripada serangan-serangan daripada luar seperti Kemboja, Monggol

177

Po Dharma. 1996 . Kerajaan Champa. Dalam Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan.


hlm. 151-152
178
D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. hlm. 241
179
Abd Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan
Pustaka.hlm. 73-74

79

dan akhir sekali Dai-Viet. Walau bagaimanapun, perang saudara yang berlaku pada pertengahan
abad ke-15 merupakan petanda kemerosotan kerajaan Champa.

80

Nama

: Norfarhana Bte Aziz.

No.Matrik

: D20091035561

ISI KELIMA: KERAJAAN CAMPA ABAD KE-17 HINGGA ABAD KE-19

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam abad-abad yang lain sebelum ini, Champa
telah mengalami kejatuhan semasa abad ke-15 iaitu secara mutlaknya semasa kejatuhan Vijaya
pada tahun 1471.180 Kejatuhan kerajaan Vijaya ini telah menyebabkan kawasan kerajaan Campa
semakin mengecil dan terdiri dari dua wilayah iaitu Kauthara dan Pandurangga. 181 Kerajaan
Pandarungga juga dikenali sebagai Pra*Dara* oleh orang berbangsa Cam. 182Seterusnya pada
abad ke-17 hingga ke abad 20, kita akan dapat lihat bahawa Campa semakin lama semakin
lenyap dek kekejaman orang Vietnam yang daripada awal ingin merampas tanah Campa dan
memvietnamkan Campa.

Campa abad ke-17

Pada abad ke-17, Dai Viet terbahagi kepada dua bahagian yang bertentangan. Yang mana
di sebelah utara adalah dari keluarga Trinh yang saling berganti rajanya dan di sebelah selatan
adalah keluarga Nguyen. Dinasti Nguyen telah dinobatkan sebagai pemimpin sejak tahun

180

PO Dharma (ed ). 1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 189.
181
Ibid, hlm. 189.
182
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992, 3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf.
( 23 Februari 2010 )

1533.183 Keluarga Nguyen ini sentiasa berusaha untuk meluasakan kawasannya sehinnga
merugikan jirannya di selatan.184 Pada tahun 1672, perang saudara telah meletus yang memakan
masa selama 50 tahun. Kedua-dua pihak memiliki kekuatan tentera yang kuat. Keluarga Nguyen
juga telah mendapat suatu pasukan meriam dengan bantuan orang Portugis. Sebelum peperangan
ini berlaku secara terbuka, raja-raja Nguyen telah menghantar askarnya yang ramai untuk
menyerang Campa bagi dijadikan sebagai daerah Phu Yen. Akhirnya, setelah seabad berlalu rajaraja Trinh dan Nguyen memutuskan untuk berdamai kerana sepanjang peperangan saudara ini
berlaku tidak ada mana-mana pihak pun yang menang ataupun kalah.185

Di dalam babad-babad186 Vietnam telah menyebut bahawa pada tahun 1692M raja Viet
telah merampas Campa kesan dari kemenangannya dalam pertempuran. Pada tahun ini juga
didapati, pemerintah Campa dengan kekuatan tenteranya cuba mendapatkan kembali wilayah
Nha Thrang yang telah ditakhluki oleh dinasti Nguyen selama 39 tahun.187 Kemudian turut
disebut pada tahun 1693, Campa dijadikan sebagai sebahagian dari wilayah Dai Viet. Pada tahun
1653, sebuah kawasan yang nyata milki Campa iaitu Kauthara telah ditakhluki oleh Dai Viet. 188
Hal ini menyebabkan kerajaan Campa menjadi semakin kecil. Walau bagaimanapun, pada tahun
183

Bernard Philippe Groslier. 2007. Indocina:Persilangan Kebudayaan. Terjemahan Ida


Sundari Hussen. Jakarta:
Perpustakaan Popular Gramedia. hlm. 287.
184
Po Dharma (ed).1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 189.
185
Po Dharma (ed).1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 199.
186
Babad ialah hal yang berkaitan dengan sejarah , tambo dan riwayat. Iaitu merupakan
dalam kosa kata bahasa
Jawa.
187
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
188
William A. Southworth. 2004.The Coastal States Of Champa.New
York:RoutledgeCurzon.hlm.230.

1694, penubuhan Campa sebagai wilayah Dai Viet dibantah oleh pihak istana Hue lalu kerajaan
Campa dibentuk kembali.189 Istana Hue membantah adalah disebabkan pemberontakan yang
berlaku oleh rakyat Panduranga yang mana menuntut kemerdekaan daripada raja-raja Nguyen
yang memerintah pada masa itu ialah Nguyen Phuoc Chu. 190 Phuoc Chu bersetuju mengiktiraf
kembali kedaulatan Campa.191 Walau bagaimanapun, kesan dari pembentukan kembali kerajaan
Campa ini telah menyebabkan ramai orang Vietnam berpindah menduduki di tanah Campa 192
iaitu di Panduranga di bawah perlindungan kerajaan Vietnam.

Malangnya sekitar akhir tahun 1694, telah didapati Istana Hue mencampuri hal-hal dalam
kerajaan Campa. Sebagai contohnya, Istana Hue telah mengutip cukai untuk kepentingannya
sendiri sebagai sifat petuanannya terhadap Campa.193 Walaupun keadaan ini berlaku lagi, namun
adalah tidak tepat sekiranya mengatakan Campa telah lenyap pada tahun 1692/1693M. Hal ini
demikian kerana, babad-babad dalam bahasa Cam moden mengesahkan Campa masih wujud
selepas dari tahun tersebut.194 Tedapat juga pakar-pakar Vietnam tetap menyatakan Campa telah
lenyap pada tahun 1692/1693M. Walau bagaimanapun pendapat mereka tidak boleh diterima
kerana mereka bukanlah berminat dengan sejarah Campa. Oleh itu, mereka membuat keputusan
tentang kelenyapan Campa ini tanpa menganalisis sepenuhnya tentang kelenyapan Campa ini.
189

Po Dharma (ed).1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm.163
190
Ibid, hlm. 195.
191
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
192
Po Dharma (ed).1996. Senenanjung Indocina satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad
Zainmuha. Pusat Sejarah
dan Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. hlm. 147.
193
Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 163.
194
Ibid, hlm. 163.

Tindakan Istan Hue ini juga telah menyebabkan Campa terputus hubungan dengan duni luar.
Disebabkan pelabuhan-pelabuhan penting Campa telah dirampas oleh Viet. Selain itu, jalan darat
juga dirampas oleh Viet yang kian taksub ingin mengambil wilayah Campa. Perampasan jalan
penting di Campa ini menyebabkan aktiviti perdagangan tidak boleh dilakukan Campa dengan
negara luar.195

Selanjutnya, setelah pendudukan beramai-ramai orang Vietnam di Panduranga, raja Viet


telah membentuk wilayah Ban-Thuen pada tahun 1697. Penubuhan wilayah ini bukanlah
menunjukkan istana Hue merampas kerajaan Campa tetapi adalah boleh disamakan erti dengan
mewujudkan sistem yang sama dengan orang barat iaitu sistem penyerahan atau dikenalai
sebagai sistem Capitulations.196 Akhiranya menyebabkan Panduranga tidak lagi menjadi unit
politik dan ekonomi sendiri, tetapi adalah senagai kerajaan yang terdiri dari enklaf-enklaf 197 Viet
yang tidak mematuhi undang-undang Campa.198 Penubuhan wilayah ini juga adalah di bawah
naungan raja-raja Nguyen yang mana dikenali sebagai wilayah asingan. Penduduk di dalam
wilayah ini memandang rendah kepada rakyat Campa. Mereka juga menindas anak-anak negeri
Campa dengan melakukan rampasan tanah sebagai akibat anak-anak negeri yang tidak mampu
membayar hutangmya.Yang mana faedahnya adalah tinggi sekitar 100% atau lebih dari 150%. 199
195

Ibid, hlm. 198.


Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.hlm.164.
197
Enklaf adalah sebahagian daripada wilayah sesebuah negara yang dikelilingi seluruhnya
oleh wilayah negara
asing, mengikut perspektif orang yang di lar wilayah tersebut ataupun dikenali
juga sebagai sekumpulan orang
yang berbeza dari sudut budaya, sosial dan intelektual daripada orang yang
disekelilingnya.
198
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
199
Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 196.
196

Penubuhan wilayah asingan ini telah dijadikan sebagai alat kepada istana Nguyen untuk
meluaskan wilayahnya dan merugikan pihak Campa.Walaupun selepas penubuhan wilayah BanThuen ini, Campa masih boleh digelar sebagai negara yang merdeka sehinggalah pada akhir abad
ke-18.

Sungguhpun pada abad ke-17 ini menyaksikan kerajaan Campa yang telah dicerobohi
oleh negara Vietnam, namun pada abad ini juga dikatakan Campa sebagai kerajaan Muslim.
Yang mana kewujudannya sebagai sebuah kerajaan Muslim pada abad ini tidak boleh
dipertikaikan. Hal ini demikian kerana terdapat banyak bukti yang menunjukkan kerajaan Campa
merupakan sebuah kerajaan Muslim. Sejarah kedatangan Islam di Campa adalah bermula pada
abad pertama lagi. Iaitu pada zaman Uthman bin Affan. Yang mana menurut riwayat yang
masyur, kedatangan Islam bermula selepas pelarian golongan Syiah yang melarikan diri daripada
Bani Umayyah ( 661-750 ). Pendapat ini telah diketengahkan pada tahun 1327 oleh penulis Arab,
Dimasyqi. Beliau menyebut Campa dengan nama Sanf.200 Oleh sebab pelarian itu adalah terdiri
dari puak Syiah, maka Islam di Campa adalah bermazhab Hanafi. 201 Dikatakan semenjak abad
yang ke-14, Campa telah diperintah oleh raja-raja yang beragama Islam. Sebagai contohnya,
pada tahun 1637-1684, Campa adalah diperintah oleh Po Ibrahim atau dikenali sebagai Po Ntrop.
Akibat dari esakan yang kuat dari kerajaan Vietnam, ramai penduduk Campa terasuklah Sultan
Ibrahim melarikan diri ke Kelantan pada tahun 1684. walau bagaimanapun, beliau terpaksa
menghadapi kembali orang Vietnam demi mempertahankan wilayahnya. Kemudiannya beliau
200

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam,
Perpustakaan Negara Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb. Bhd,
2000, hlm. 307.
201
Prof, Dr.Slamet Muljana, Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara
Islam di Nusantara,
Indonesia: PT.LKIS Pelangi Aksara, 2005, hlm. 170.

digantikan oleh anaknaya iaitu Wan Muhammad yang digelar Po Jatumah (1684-1686).
Seterusnya diganti oleh adiknya Wan Daim ataupun disebut sebagai Bo Tranh pada tahun 16861682.202

Kenyataan tentang kerajaan Campa yang telah pun menganuti agama Islam
diperkukuhkan oleh paderi-paderi asing sendiri. Sebagai contohnya, paderi Escalona O.F.M
menyatakan, semasa beliau melalui pantai Campa pada tahun 1640 kapalnya telah diserang oleh
penduduk Campa yang beragama Islam. Selain itu, menurut paderi lain juga iatu M.Haingues
yana mana telah datang ke Campa bagi menyebarkan agamanya beliau mendapati penduduk
Campa telah pun menganuti agama Islam. Walau bagaimanapun beliau menyatakan penganutpenganut agama Islam itu kurang mengamalkan ajaran Islam iaitu agak jahil tentang Islam.hal ini
demikian kerana, beliau menyatakan sepanjang pekan-pekan di Campa yang dilaluinya, tidak
kelihatan pun sebuah masjid. Hal ini membuktikan kejahilan mereka tentang agama Islam yang
mereka anuti.203

Catatan yang agak menarik juga oleh M.Mahot M.E.P iaitu seorang mubaligh Kristian
yang diutuskan ke Campa pada 1676. Yang mana beliau telah tinggal di Campa selama 2 tahun
dan beliau mendapati sebahagian penduduk Campa adalah beragama Islam dan sebahagian
adalah beragama Pagan. Beliau juga mengesahkan bahawa raja Campa pada masa itu turut
202

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam,
Perpustakaan Negara Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb. Bhd,
2000, hlm. 309-310.
203
Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara
Malaysia: Utusan
Publications and Distributors Sdb. Bhd, 2008, hlm. 216.

menganuti agama Islam. Keislaman kerajaan Campa ini turut diperkukuhkan kebenarannya oleh
sumber Belanda. Yang mana, dalam surat Raja Campa yamg diutuskan kepada Gabenor Jeneral
Batavia, beliau telah menguna pakai gelaran sebagai Paduka Sri Sultan. Gelaran ini
menunjukkan bahawa rajanya telah menerima Islam. Sumber-sumber berkenaan turut
menjelasakan Raja Campa yang beragama Islam adalah pada tahun 1676-1685.204

Namun terdapat juga seorang raja Campa yang terkenal tidak memeluk agama Islam iaitu
PO Ramo (1627-1651). berdasarkan riwayat beliau, beliau telah berjaya menyatukan antara
rakyatnya yang terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Baginda dikatakan berjaya
menjemput Cam Bani iaini penganut Islam menghadiri upacara Hindu dan sami-sami Hindu ke
masjid semasa perayaan Ramadhan. Walau bagaimanaupun, adalah menjadi tanda tanya sama
ada beliau telah memeluk Islam sebelum kemangkatnnya ataupun masih beragama lain.
Kemudian selepas kemangkatan beliau, beliau digantikan oleh Sultan Ibrahim atau dikenali
sebagai Po.Ntrop yang mana telah pun menganuti agama Islam. 205 Yang mana telah dinyatakan
tahun pemerintahnnya sebelum ini.

Walau bagaimanapun agama Islam yang dianuti oleh golngan Bani yang disebutkan tadi
bukanlah agama Islam yang tulen. Hal ini demikian kerana, kepercayaan Cam Bani ini adalah
menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka juga dikenali sebagai indigenized Islam
204

Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh Islam,
Perpustakaan Negara Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb. Bhd,
2000, hlm.310.
205
Ahmad Jelani Halimi. 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Perpustakaan Negara
Malaysia: Utusan
Publications and Distributors Sdb. Bhd. hlm.217.

iaitu Islam yang dipengaruhi oleh unsur-unsur tempatan. Buktinya, mereka telah mensyirikkan
Islam iaitu, selain menyembah Allah atau disebut sebagai Po Alwah, mereka juga menyembah
Hyang iaitu roh nenek moyang mereka. Lebih dasyat lagi penyembahn ini dilakukan pada 27
Syaaban, bulan Islam iani 3 hari sebelum bulan Ramadhan atau disebut sebagai
Ramuwan.206Penyembahan ini dilakukan di kubur-kubur nenek moyang mereka bertujuan untuk
menyeru roh si mati.

Pada abad ini juga Campa masih lagi menruskan perdagangannya dengan negara luar.
Buktinya, teks-teks dalam bahasa Belanda menyebut adanya perhubungan perdaganagan
dilakukan Campa dengan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1607.207 pada 1622, seorang
Mubaligh Katolik telah menulis tentang terdapatnya sekelompok bangsa Cam di Ayudhya antara
tahun 1675 hingga 1685. selain beliau turut menulis terdapat anak saudara lelaki Raja Campa di
Istana Siam sektar 1686 hingga 1687.208 Hal ini menunjukkan bahawa pada penghujung abad ini,
Campa masih lagi melakukan perhubungan luar dengan negara Siam dan kerajaan Ayutiya.

Campa pada abad ke-18.

Kerajaan Campa mula menurun pada abad ini terutama apabila wilayah pemerintahannya
terlibat dalam perang saudara Viet yang berlaku pada 1771 hingaa tahun 1802.Peperangan ini
lebih dikenalai sebagai pemberontakan Tyson yang menentang pentadbiran Nguyen.
206

Ibid, 217.
Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. Hlm. 214.
208
Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur.hlm.215.
207

Pemberontakan ini telah diketuai oleh tiga orang adik bersaudara 209 yang terdiri dari Nguyen Van
Nac, Nguyen Van Lu dan Nguyen Van Hue. 210 Pemberontakan ini turut dikenali sebagai perang
saudara Viet.211 Pemberontakan ini mengambil nama mereka sebagai pemberontakan Tyson
sempena nama kampung mereka sendiri iaitu Tay-Son. Disebabkan pertempuran antara kedua
pihak ini, Panduranga ibu negara Campa yang terkena tempiasnya. Hal ini demikian kerana,
Panduranga terletak di tengah-tengah antara kedua belah pihak yang berperang

ini. Iaitu,

masing-masing menduduki kawasan di sebelah utara dan selatan. Oleh itu, untuk bertempur
mereka akan melintasi kawasan Campa lantaran menagkibatkan kerosakan dan malapetaka
terhadap Pandurangga. Penduduk Panduranga dikecam dan dihukum dengan kejam oleh setiap
penyerang Viet tersebut kerana dituduh menyebelahi pihak lawan dengan tidak menghalang
pihak lawan memasuki kawasan mereka.212

Sepanjang peperangan saudara ini berlaku, tiada pun di antara kedua belah pihak yang
mengambil berat tentang kewujudan kerajaan Campa walaupun mereka berulang-alik bertempur
di Campa dan mendudukinya. Pemberontakan ini telah memakan masa selama 30 tahun dan
telah menyaksikan Tayson dan Nguyen saling bergilir mencerobohi dan menduduki Campa. 213
209

Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
210
Walaupun nama pangkal mereka ialah Nguyen, namun mereka bukan berasal dari
keluarga diraja Nguyen.
Sebaliknya nama Nguyen diambil kerana nama itu termasyur di selatan iaitu
kawasan yang diperintah oleh
Nguyen.
211
Po Dharma.1996. Senenanjung Indocina Satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad Zainmuha,
Pusat Sejarah dan
Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 147.
212
Ecole Francaise d'Extreme( ed ). 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 74.
213
Po Dharma. 1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. hlm 201.

Situasi genting ini amat memberi kesan yang buruk kepada Campa kerana disebabkan
pertempuran anatara dua kuasa besar ini sempadan Campa iaini Panduranga telah terhapus dan
penduduknya dihukum oleh pihak yang menang.contohnya pada tahun 1773 apabila puak Tyson
berjaya merampas Bhin Thuan dari tangan Nguyen, penduduk Canmpa dihukum kerana
dianggap menyokong Nguyen.begitu juga sebaliknya apabila Nguyen berjaya merampas kembali
Bhin Thuan, mereka turut menghukum rakyat Campa yang dituduh membelot. Akibatnya rakyat
Campa terbahagi kepada dua iaitu yang menyokong Nguyen dan yang menyokong Tyson. 214
Keadaan ini menyebabkan pembesar-pembesar Campa dan rakyat terpaksa patuh kepada Tyson
atau Nguyen.215

Kedua-dua pihak yang berperang menggabungkan Campa ke dalam peperangan ini.


Akibatnya menunjukkan seolah-olah politik Campa telah dipegang oleh pihak yang menang.
Lantaran menyebabkan pihak yang kalah tidak berpuas hati membuat serangan kembali bagi
menentang pemerintahan pihak yang menang. Sepanjang peperangan ini pihak Viet turut
meminta rakyat di Panduranga untuk membayar cukai kepada mereka. 216 Rakyat Panduranga
tidak mempunyai pilihan lain kerana mereka berada dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan
perlindungan dari pihak yang menang.Cukai yang perlu dibayar oleh rakyat Pandarungga ialah
dalam bentuk barangan bagi memenuhi keperluan tentera Vietnam.

214

Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf.
( 23 Februari 2010 )
215
Po Dharma (ed) 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur. hlm. 202.
216
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf.
( 23 Februari 2010 )

Akhir sekali Tyson berjaya dikalahkan pada tahun 1802 secara keseluruhannya. 217 Selapas
Nguyen berjaya mengalahkan Tyson, kerajaan Campa telah ditubuhkan kembali dengan haya
sebagai satu zon autonami si dalam negeri Vietnam. 218 Terdapat juga penulisan yang menyatakan
selepas daripada peristiwa ini, Campa telah dipadamkan dari peta dunia oleh kedua-dua pihak
yang berperang219 itu bagi menutupi kekejaman yang mereka lakukan ke atas Campa sepanjang
pertempuran tersebut.secara rasminya pada penghujung abad ke-18, Panduranga dibubarkan
pada tahun 1832.220

Campa pada abad ke-19

Pada abad ini, kita akan dapat menyaksikan kerajaan Campa yang berada pada situasi
yang sangat genting. Iaitu menuju ke ambang kejatuhan dek desakan yang berterusan oleh Dai
Viet. Hal ini demikian kerana sejak permulaan kejatuhan kerajaan Vijaya, kerajaan Campa
217

Po Dharma (ed).1996. Senenanjung Indocina satu Pengenalan. Terjemahan Ahmad


Zainmuha, Pusat Sejarah dan
Tamadun Semenanjung Indocina, Perancis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 147.
218
Ibid, hlm.147.
219
Po Dharma (ed). 1995. Dunia Melayu Dunia Indocina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm 202.
220
William A. Southworth. 2004.The Coastal States Of Champa.New York:
RoutledgeCurzon.hlm.230.

sedikit demi sedikit diduki Vietnam dan akhir sekali selepas suku abad pertama ke-19, Campa
telah kehilangan autonominya sebagai sebuah kerajaan yang merdeka. 221 Walau bagaimanapun,
Nguyen Anh iaitu bakal Maharaj Gia Long telah menghidupkan kembali kerajaan Campa apabila
beliau melantik keluarga diraja Pandarungga sebagai pemimpin Campa pada athun 1802. Hal ini
kemungkinan sebagai tanda penghargaan beliau kepada putera tersebut kerana sejak awal putera
Pandarungga telah membantu Nguyen Anh di dalam perjuangan-perjuangannya.

Namun, perlantikan putera Pandarungga ini sebagai pemimpin Campa masih boleh
dipertikaikan kerana beliau hanya boleh mendapat gelaran sebagai Chuong Co sahaja. Selain itu,
kewujudannya juga sangat bergantung kepada kehendak maharaja Viet. Beliau juga tidak
dibenarkan mengutip cukai di dalam kerajaannya. Sebaliknya beliau perlu menuntut hasil
kerajaannya daripada Viet. Seolah-olah kerajaan Campa adalah berada di bawah kerajaan Viet
dan putera itu seperti tidak mempunyai hak selaku pemerintah Campa pada abad ini. Selain itu,
sewaktu Vietnam mengadakan upacara-upacara rasmi, pemerintah Campa tidak ditempatkan di
tempat yang sepatutnya tetapi ditempatkan bersama-sama wakil kerajaan Kemboja dan Laos. 222
Oleh itu, persoalnnya di sini tujuan di sebalik perlantikan putera Campa itu sebagai ketua
kerajaan Campa dan agendas yang tersembunyi di sebalik perlantikannya.walu bagaimanapun,
maharaja Gia Long tetap melakukan tindakan-tindakan yang baik apabila beliau dilihat sebagai
seorang pemerintah yang bersungguh-sungguh ingin membangunkan kawasan Pandarungga yag
telah musnah disebabkan peperangan saudara selama 30 tahun itu. Beliau juga mengizinkan
pemimpin Campa memiliki tenteranya senditi bagi melawan sebarang pemberontakan dan musuh
221

Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm.
235.
222
Ibid, hlm.166.

di kawasannya.223 Hal ini menunjukkan bahawa beliau juga punyai sikap timbang rasa jika nak
dibandingkan dengan pemerintah setrusnya iaitu Minh Menh.

Pada tahun 1828, sekali lagi Pandarungga diperalatkan oleh kedua pemerintah asing
apabila pemerintahan Minh Menh yang mengakui sebagai pemilik mutlak

dibantah oleh

mandarinnya, seorang wizurai iaitu Le Van Duyet di Gia Dhinh Thanh. Le Van Duyet telah
menentang Minh Menh kerana beliau ingin memiliki Pandarungga sebagai penampan kepada
wilyah pemerintahnnya iaitu Gia Dhinh Thanh. Hal ini telah menimbulkan perasaan tidak puas
hati oleh Minh Menh kerana impiannya untuk menyatukan wilayah-wilayah Vietnam diganggu
oleh mandarinya sendiri. Walau bagaimanapun beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana
ternyata Le Van Duyet memiliki kekuatan tentera yang kuat di samping di sokong oleh
mandarin-mandarin lain.224

Keadaan keamanan politik di Pandarungga tidak berterusan kerana pada tahun 1832,
akibat sakit tua Le Van Duyet telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hal ini menjadikan
Maharaja Minh Menh menjadi semakin galak terutama apabila veliau sekarang adalah
pemerintah tunggal Vietnam setelah kematian Van Duyet yang mana merupakan rakan
seperjuangan maharaja Gia Long sebelum ini. Setelah Minh Menh menjadi pemerintah tunggal
beliau tanpa belas kasihannya menghukum rakyat Pandarungga dengan alasan sebagai hukuman
menyokong pemerintahan Van Duyet. Rakyat Campa dilayan dengan buruk sekali oleh beliau
223

Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf.
( 23 Februari 2010 )
224
Ibid.

contohnya beliau telah membunh perempuan dan kanak-kanak Campa dan membunag negeri
pembesar-pembesar Campa serta kaum lelaki di Campa. Beliau juga secara agresifnya membakar
kampung halaman Campa dan tempat-tempat suci Campa selain merampas tanah-tanah di
Campa.situasi ini ternyata telah memadamkan Campa di dalam peta Indocina.225

Pada tahun 1832, kerajaan Vietnam telah melenyapkan terus kerajaan Campa. Walaupun
kerajaan Campa telah dilenyapkan, namun masyarakat Campa masih tetap wujud yang mana ada
terdapat di Vietnam, Kemboja, Thailand dan di Malaysia. 226 Di sinilah kita dapat lihat kesan
peghapusan wilayah Campa oleh Vietnam menyebabkan masyarakat Campa telah berkembang
ke serata negara di dalam Kepulauan Melayu. Pada tahun 1834 pula, telah berlakunya tahun
menghapuskan negeri Campa di bawah pemerintahan Minh Menh. Pemerintahan Min Menh ini
ternyata lebih agresif dan kejam terutamanya terhadap penduduk Campa. Beliau dengan
bersungguh-sungguhnya ingin memvietnamkan penduduk Campa. Dapat dilihat apabila
masyarakat Campa dipaksa mengamalkan kebudayaan Campa. Sebagai contohnya dengan
berpakaian seperti pakaian orang Vietnam selain menggunakan bahasa ibunda Vietnam sebagai
bahasa pertuturan. Masyarakat Campa juga seolah-olah dicabuli adatnya apabila nama-nama
mereka mesti menggunakan nama dari Vietnam, merayakan upacara Vietnama walaupun
berlainan agama dan mematuhi undang-undang yang Minh Menh tetapkan.227

225

Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
226
Abdul Rahman Haji Abdullah, Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah
Pengaruh
Islam.Perpustakaan Negara Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb.
Bhd, 2000, hlm.307.
227
Ecole Francaise d'Extreme( ed ). 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 74.

Maharaja Minh Menh juga telah menghapuskan sosiapolitik negeri Campa dengan
menawan rakyatnya di bawah undang-undang Vietnam serta membahagikan wilayah-wilayah
Campa di bawah pemimipin-pemimpin Vietnam. 228 Selain itu, beliau juga telah memaksa rakyat
Campa untuk menjalankan kerja kerahan yang berat iaitu membekalkan emas, perak dan kayu
serta kekayaan lain kepada istana Hue.229 Kekejaman ke atas wilayah Campa dan rakyatnya di
bawah Minh Menh ini menimbulkan gerakan islah Islam yang dipimpin oleh Katib Sumat di
Panduranga pada 1834.beliau merupakan seorang pemimpin Islam yang telah menggunakan
konsep jihad dalam Islam bagi membantah tindakan Minh Menh. Malangnya, hal ini telah
membangkitkan kemarahan Minh Menh lalu beliau menjalankan dasar bumi hangus terhadap
Campa.230

Seterusnya berlaku pula pemberontakan Islam yang dipimpin oleh Katib Ja Thak Va231
dengan menamakannya sebagai barisan pembebasan Ja Thak Va. 232 Beliau telah berjaya
menawan kawasan tinggi di Pandurangga lalu mendirikan kerajaan sementara yang dikepalai
oleh Putera Bangsawan Cru.penubuhan kerajaan sementara ini telah menyebabkan sekali lagi
Minh Menh melancarkan serangan yang dasyat ke atas barisan pembebasn ini. Walau
bagaimanapun beliau tidak berjaya menghapuskan barisan ini secara kekerasan kerana barisan
228

Po Dharma (ed). 1995.Dunia Melayu Dunia Indocina. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. hlm. 167.
229
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
230
Ibid.
231
Abdul Rahman Haji Abdullah.2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan
Sesudah Pengaruh Islam.
Perpustakaan Negara Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb. Bhd,
Ibid, hlm.311.
232
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )

ini telah berpindah ke kwasan pedalaman. Lantaran Minh Menh menggunakan tektik yang lain
pula iaitu melalui tindakan ke atas ekonomi Campa. Beliau telah mengadakan halangan terhadap
rakyat Campa dengan tidak mebenarkan mereka menanam padi selain beliau turut menghalang
aktiviti nelayan di pantai. Tindakan ini telah menyebabkan keseluruhan Campa akhirnya secara
mulak jatuh ke tangan Minh Menh pada tahun 1835. 233 Hal ini menunjukkan kesungguhan Minh
Menh ingin menghapuskan sama sekali Campa dan menjadikan Vietnam sebagai wilayah yang
hebat lagi dikagumi walaupun menggunakan tindaka-tindakan yang kejam pun.

Pengganti Minh Menh iaitu anaknya sendiri Thieu Tri ternyata lebih diplomasi
berbanding ayahnya. Kemungkinan disebabkan pemberontakan-pemberontakan yang dilakukan
masyarakat Campa ke atas peraturan Minh Menh yang sangat kejam itu. Demi memulihkan
keadaan di wilayah Binh-Thuan, Thieu tri mengakuinya bahawa orang-orang Cam adalah
sebagai suku minoriti di dalam negara Vietnam. Beliau juga turut menugaskan secara rasminya
seorang menteri daripada suku Cam bagi menyelesaikan segala permasalahan masyarakat
Campa. PenyerapanCampa sebagai kaum minoriti di Vietnam dijalankan secara berterusan oleh
Thieu Tri sehingga berlakunya penjajahan Perancis ke atas Vietnam.

234

Sepanjang penjajahan

Perancis ke atas Vietnam ini, penduduk Campa boleh menarik nafas lega apabila mereka boleh
memulihkan budayanya yang telah hilang sebelum ini. Campa juga telah berusaha agar desadesa Cam dilindungi daripada Vietnam selain beliau mengharapkan bahasa dan tulisan Cam

233

Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.
http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf. (
23 Februari 2010 )
234
Ecole Francaise d'Extreme( ed ). 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 74.

dapat diajarkan diguna pakai kembali dalam pemerintahan. 235 Kemungkinan selepas penggunaan
bahasa dan tulisan Cam kembali telah menghidupkan semangat penulisan di dalam masyarakat
Cam seterusnya mereka boleh menulis

tentang keadaan dan sejarah negaranya di bawah

pemerintahan Vietnam dan sehingga sekarang digunakan sebagai rujukan para pengkaji yang
berminat tentang kerajaan Campa.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya tidak dapat dinafikan lagi kerajaan Campa telah lenyap sama sekali pada
penghujung abad ke-19. Pada abad ke-20 pula kita hanya dapat menyaksikan kerajaan Campa
yang tidak lagi dianggap sebagai sebuah negara sebaliknya hanya dianggap sebagai wilayah
asingan ataupun kaum minoriti di Indocina. Walaupun pada suatau masa dahulu Campa adalah
sebuah kerajaan yang kuat. Sekitar abad ke-20 ini tidak banyak lagi tentang kerajaan Campa
diceritakan oleh para penulis dan pengkaji. Kemungkinan semasa abad ini disebabkan tindakan
Vietnam selaku penjajah di Indocina. Cuma sekitar selepas Vienam mendapat kemerdekaan
daripada Perancis, kerajaan Republik Vitnam Selatan telah ditubuhkan oleh iaitu oleh Ngo Dinh
Diem telah megembalikan Campa sebagai keadaan yang teruk kembali. Dinh Diem semasa
pentadbirannya telah cuba menghidupkan kembali sistem pemerintahan seperti Minh Menh iaitu
cubaan memvietnamkan kembali semua minoriti yang berada di wilayahnya 236. Beliau telah
membahagi-bahagikan desa-desa Cam menjadi beberapa kampung yang bergabung dengan
kampung Vietnam lain. Hal ini telah menimbulkan tentangan dari cendiakawan Cam. Seterusnya
bagi mendapatkan sokongan rakyat Cam, beliau telah cuba menerapkan kembali sistem
235
236

Ecole Francaise d'Extreme( ed ). 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka. Hlm. 74.
Ibid hlm.75

pemerintahan ala Thieu Tri. Iaitu, beliau telah menetapkan seorang pemimpin dari Cam untuk
mengamankan kembali penduduk Cam.237
Walau bagaimanapun beliau telah digulingkan oleh pemerintah militer pada tahun 1963.
Semasa Vietnam berada di bawah pemerintahan militer ini, masyarakat Cam tidak dapat melihat
kesungguhan pemerintahnya untuk memperbaiki nasib masyarakat Cam. Seterusnya, ramailah
orang Cam mengadakan perhubungan baik dengan suku-suku asing di pergunungan Vietnam
untuk bergabung tenaga. Mereka bergabung bagi mendirikan barisan Persatuan Membebaskan
Bangsa-Bangsa Tertindas (FULRO).238 Keadaan ini telah menyebabkan pihak militer melakukan
rundingan dengan pemerintah Saigon bagi mengakui Cam sebagai suku terasing di Vietnam
sehingga kejatuhan kerajaan Vietnam Selatan pada tahun 1975 menjadi sebuah negara sosialis.
Dalam pada itu, masyarakat Cam juga turut dikenali sebagai Khmer Islam di dalam Indocina
sehingga mereka menjadi mangsa penindasan oleh orang Khmer Merah yang menganuti agama
lain daripada masyarakat Cam yang kebanyaknnya adalah beragama Islam.

237
238

Ibid. hlm.75.
Ecole Francaise d'Extreme( ed ). 1981. Kerajaan Campa. Jakarta: Balai Pustaka. hlm.75.

Bibliografi
Abd Rahman Abdullah. 2000. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Jelani Halimi, 2008. Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Perpustakaan Negara
Malaysia: Utusan Publications and Distributors Sdb. Bhd.
Ben Kiernan. 2007. Blood and Soil: A World History of Genocide and Extermination from
Sparta to Darfur. New Heaven: Yale University Press.
B.P

Groslier. 2007. Indocina:Persilangan Kebudayaan. Terjemahan Ida Sundari Hussen.


Jakarta: Perpustakaan Popular Gramedia.

Coedes, Georges. 1968. The Indianized States of Southeast Asia. Honolulu: East-West Center
Press.
D.G.E. Hall. 1979. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ecole Francaise D'extreme-Orient (Penyusun),1981, Kerajaan Campa,, Jakarta: Balai Pustaka.
Michael Vickery. 2009. A Short History of Champa. Dalam Champa and the archaeology of M
Sn (Vietnam), Andrew Hardy et. al. (ed), Singapura: Nasional University Singapore
Press .
Nicholas Tarling.1999. The Cambridge History of Southeast Asia.: From Early Times To C.
1800. Cambridge: Cambridge University Press.
Pierre-Bernard Lafont . 1995. Peristiwa-Peristiwa Penting dalam Sejarah Campa, dalam Dunia
Melayu dan Dunia Indochina, Ketua Editor, Tan Sri Ismail Hussein et. al. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Po Dharma. 1996 . Kerajaan Champa, dalam Semenanjung Indochina: Suatu Pengenalan. P.
B. Lafont (ed). Terjemahan Mohd. Zain Musa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Shih-shan Henry Tsai. 1996. The Eunuchs in the Ming Dynasty. New York: State University of
New York.

99

Slamet Muljana. 2005. Runtuhnya Kerajaan Hindu-Jawa dan Timbulnya Negara-Negara Islam
di Nusantara,Indonesia: PT.LKIS Pelangi Aksara.
William A. Southworth. 2004. The Coastal States Of Champa, dalam Southeast Asia From
Prehistory to History. Ian Glover dan Peter Bellwood. New York: RautledgeCurzon.
Rujukan Internet:
Mohamad Zain Musa.Campa: Runtuhnya Sebuah Tamadun Melayu. Jebat 20, 1992,3-18.

http://pkukmweb.ukm.my/jebat/images/upload/Mohamad%20Zain%20Musa.pdf.

( 23 Februari 2010 )

100

101