Anda di halaman 1dari 31

USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM

MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :


SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

USAHA YANG DIJALANKAN OLEH MASYARAKAT ORANG ASLI DALAM


MENINGKATKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MEREKA :
SATU KAJIAN DI DAERAH ROMPIN DAN PEKAN, PAHANG

MOHD NUR AL-HAFIZ BIN MOHD NAWI

Laporan projek ini dikemukakan


sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

iii

DEDIKASI

Pengkaji menghulurkan penghargaan yang tidak terhingga,


Dan kasih sayang yang ikhlas dari sanubari buat bonda yang tercinta
Hjh. Aini binti Hj. Ahmad
Kerana berkat doa dan ingatan serta keredaan nya yang berterusan jualah
pengkaji sentiasa diberi pertolongan oleh Allah (s.w.t) menghadapi segala
mehnah dan ujian sepanjang pengajian pengkaji.
Penghargaan dan doa penuh ingatan juga dirakamkan buat
almarhum ayahanda Mohd Nawi bin Hj. Alias yang tercinta
Kerana semasa hayatnya, tidak pernah jemu memberikan sokongan,
mendoakan dan memberikan kata semangat kepada pengkaji untuk
meneruskan pelajaran.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang pengkaji
merakamkan setinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan dan
ketabahan dalam menyiapkan kajian untuk Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan
salam kepada Nabi junjungan penyudah segala nabi serta ahli keluarga dan para
sahabat baginda yang tercinta dan mereka yang menuruti mereka itu dari semasa
hingga ke semasa hingga hari kiamat.

Setinggi-setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Prof. Dr.


Muhammad Rashid bin Hj. Rajuddin selaku penyelia yang banyak memberi tunjuk
ajar, teguran dan bimbingan dengan penuh dedikasi kepada pengkaji sehingga dapat
menyiapkan tulisan ilmiah ini. Semoga segala pengorbanannya yang ikhlas mendapat
ganjaran yang setimpal di sisi Allah (s.w.t). jutaan terima kasih juga ditujukan
kepada para pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang
pernah mengajar dan mendidik saya untuk menjadi insan yang mulia.

Di ruangan terbatas ini juga, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih


kepada seluruh kaki tangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang
terlibat dalam menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan pengkaji sepanjang
pengajian. Biarpun ia merupakan tanggungjawab, kesabaran dan kemesraan tetap
diingati. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengenali pengkaji
sepanjang pengajian. Terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang tidak putusputus daripada kalian. Sesungguhnya suka dan duka cabaran sepanjang pengajian
akan menjadi penguat iltizam sepanjang perjuangan ilmu kita demi kesejahteraan
agama, bangsa dan negara.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan melihat usaha yang dilakukan oleh masyarakat Orang Asli bagi
membangunkan ekonomi mereka. Kajian ini menumpukan penduduk masyarakat
Orang Asli yang berada di sekitar daerah Rompin dan Pekan, Pahang. Objektif kajian
ini ialah untuk mengenal pasti tiga aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli melalui
aktiviti pertanian, mencari hasil hutan dan mengambil upah. Bagi memperoleh data,
kaedah yang digunakan ialah temu duga berstruktur dan kajian perpustakaan. Data
dianalisis menggunakan perisian (SPSS) versi 16.0 dan statistik yang digunakan ialah
frekuensi dan peratus sahaja. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang di kalangan
masyarakat Orang Asli. Dapatan kajian menunjukkan usaha masyarakat Orang Asli
cenderung

kepada

aktiviti

pertanian

dan

mencari

hasil

hutan.

Pengkaji

mencadangkan pihak berwajib seperti majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan
lain perlu mengambil inisiatif dan memberikan perhatian kepada keperluan
masyarakat Orang Asli untuk membantu aktiviti ekonomi mereka yang berdasarkan
alam semula jadi.

vi

ABTRACT

This study aims to look at the efforts of indigenous peoples in developing their social
activities and their economy. This study, focused on the population of indigenous
peoples residing in the district of Rompin and Pekan, Pahang. The objective of the
study is to identified three activities that show their effort in the agricultural, forest
and seek to take wages. Data was obtain through structured-interview and literature
review. Data were analyzed using software (SPSS) version 16.0 and the statistics
used were frequency and percentage only. The sample consisted of 40 people among
the indigenous group. The findings show that of the indigenous peoples tend to look
for agricultural activities and forest products. It is recommended that authorities such
as district council and other local authorities should take the initiative and give
attention to the needs of indigenous peoples to help in their social activities and their
economy based on natural environment.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xii

SENARAI RAJAH

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

viii

PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Skop Kajian

10

1.8 Definisi Istilah

11

1.8.1

Pembangunan

11

1.8.2

Ekonomi

11

1.8.3

Orang Asli

12

1.8.4

Masyarakat

12

ix

II

SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan

13

2.2 Aktiviti Pertanian Sebagai Sumber Ekonomi

14

Orang Asli
2.2.1 Pertanian

2.3 Aktiviti Mencari Hasil Hutan Sebagai

14

16

Sumber Ekonomi Orang Asli


2.3.1 Kegunaan Hutan

17

2.3.2 Hutan Sebagai Habitat Flora Dan

18

Fauna
2.3.3 Hutan Membekalkan Balak Dan Bahan

19

Api
2.3.4 Hutan Sebagai Kawasan Tadahan

20

Hujan
2.3.5 Hutan Sebagai Tempat Rekreasi Dan

20

Pelancongan
2.3.6 Hutan Sebagai Tempat Kajian Dan

21

Sumber Ubatan
2.3.7 Hutan Sebagai Tempat Tinggal

22

Manusia
2.4 Kajian-Kajian Lepas

22

III

IV

METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan

24

3.2 Rekabentuk Kajian

25

3.3 Populasi Dan Sampel

26

3.4 Tempat Kajian

27

3.5 Instrumen Kajian

27

3.6 Prosedur Kajian

29

3.7 Kerangka Operasi

30

3.8 Kesahan Kandungan

31

3.9 Penganalisisan Data

32

3.10 Andaian

33

3.11 Batasan Kajian

34

ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan

35

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang

36

Responden
4.2.1 Jantina

36

4.2.2 Umur

37

4.2.3 Kawasan Penempatan Mengikut Daerah

38

4.2.4 Pendapatan Sebulan

38

4.2.5 Taraf Pendidikan

39

4.3 Bahagian B

40

xi

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

40

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

44

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

47

4.3.4 Rumusan Keseluruhan

51

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN


5.1 Pengenalan

52

5.2 Rumusan Kajian

53

5.3 Perbincangan Latar Belakang Responden

54

5.4 Perbincangan Persoalan Kajian

55

5.4.1 Aktiviti Pertanian

55

5.4.2 Aktiviti Mencari Hasil Hutan

57

5.4.3 Aktiviti Mengambil Upah

58

5.5 Cadangan Dalam Kajian

60

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan

61

5.7 Penutup

62

RUJUKAN

64

LAMPIRAN

67

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL
1.1

TAJUK

MUKA SURAT

Taburan Penduduk Orang Asli

Semenanjung Malaysia (1997-1998)


3.5(a)

Pembahagian Item Bahagian A Mengikut

28

Faktor Demografi
3.5(b)

Taburan Item Soal Selidik

29

3.8(b)

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus

33

4.1

Taburan Responden Mengikut Jantina

36

4.2

Taburan Responden Mengikut Umur

37

4.3

Taburan Responden Mengikut Daerah

38

4.4

Taburan Responden Mengikut

38

Pendapatan Sebulan
4.5

Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

39

4.6

Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam

41

Aktiviti Pertanian
4.7

Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam


Aktiviti Mencari Hasil Hutan

44

xiii

4.8

Taburan Responden Mengikut Usaha Dalam

48

Aktiviti Pekerjaan Mengambil Upah


4.9

Rumusan Peratus Responden Secara Keseluruhan


Dalam Persoalan Kajian

51

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA

SURAT
Rajah 1.1(a)

Masyarakat Peribumi di Malaysia

Rajah 1.1(b)

Kaum Induk Orang Asli

Rajah 3.1

Kerangka Operasi

30

xv

SENARAI SINGKATAN

JHEOA

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

RMK10

Rancangan Malaysia Ke-10

SPSS

Statistical Package for Social Science

RPS

Rancangan Pengumpulan Semula

IKS

Industri Kecil dan Sederhana

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

Borang Soal Selidik

67

Surat Kebenaran Fakulti

72

Kesahan Soal Selidik

75

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Sejak 150,000 tahun yang lalu, hutan hujan Semenanjung Malaysia telah
menjadi laluan utama kaum neolitik yang telah membentuk penempatan-penempatan
secara berkelompok terutama di sepanjang sungai-sungai utama dan sumber hutan
adalah sebagai sumber asas kelangsungan hidup mereka.

Kedudukan kawasan

semenanjung Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa yang beriklim panas


dan lembap sepanjang tahun menjadi kaitan kekayaan khazanah alamnya. Ini telah
diakui oleh ahli-ahli Sejarah bahawa kawasan Semenanjung Malaysia merupakan
kawasan yang paling subur di dunia, selain hutan Borneo dan hutan Amazon (Abdul
Razaq Ahmad dan Zalizan Mohd Jelas, 2009).

Banjaran Titiwangsa merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia


telah membahagikan kawasan Semenanjung kepada dua bahagian iaitu Bahagian
Barat dan Bahagian Timur. Terdapat pelbagai sumber kekayaan alam semula jadi di
seluruh hutan hujan Semenanjung Malaysia yang sekali gus menjadi sumber
kehidupan kaum-kaum nomad dan primitif yang masih mengekalkan kehidupan
tradisional mereka sehingga ke hari ini. Kawasan hutan hujan menjadi kediaman
mereka yang jauh terasing daripada kawasan pembangunan dan pemodenan. Oleh
sebab sikap pemencilan ini selari dengan naluri kehidupan mereka yang rapat dengan
alam sekitar (Abdul Razaq dan Zalizan Mohd Jelas,2009)

Bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan, kerajaan telah


melantik satu badan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)
yang ditubuhkan pada tahun 1953. Walaupun pada dasarnya penubuhan JHEOA
ketika itu adalah untuk mengelakkan masyarakat Orang Asli dipergunakan oleh
Pengganas Komunis dan juga disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan (Hamdan
a/l Yu, 1998).

Namun begitu setelah berlakunya darurat peranan JHEOA telah diubah


kepada jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat ini.
JHEOA menyedari bahawasanya masyarakat Orang Asli harus dibantu dari segi
sosial dan ekonomi agar mereka tidak ketinggalan dari segi pembangunan. Menurut
kenyataan Abdul Khalid Ibrahim dalam Mohd. Adzmi Hj. Tahir (1998), ini selaras
dengan salah satu cabaran wawasan 2020 untuk mewujudkan sebuah masyarakat
yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial.

Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada akhir 50-an,
kerajaan mula memberikan perhatian yang serius untuk melibatkan suku kaum Orang
Asli dalam persada kemajuan dan pembangunan negara, dengan melengkapkan
prasarana perhubungan dan pengangkutan yang boleh sampai terus ke kawasan
penempatan mereka. Langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah
mewujudkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) suku kaum Asli yang

bertebaran di hutan hujan sepanjang Banjaran Titiwangsa agar hidup berkelompok


dan memudahkan agenda pembangunan di salurkan kepada mereka serta
mengintegrasikan kehidupan masyarakat Orang Asli dalam kehidupan yang moden
dengan infrastruktur asas. Peluang pendidikan kepada anak-anak suku kaum Orang
Asli juga dibuka melalui pembinaan sekolah-sekolah rendah di kawasan (RPS)
tersebut untuk mengeluarkan daripada kepompong kemiskinan dan sekurangsekurangnya menguasai kemahiran asas 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira
(Abdul Razaq & Zalizan Mohd Jelas, 2009).

Menurut Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, definisi ialah
mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya
mengikut cara hidup Orang Asli dan mengikut kepercayaan Orang Asli. Orang Asli
atau penduduk asal peribumi tidak mempunyai maksud yang menyeluruh dan
selalunya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat di sesebuah
negara, negeri, daerah ataupun tempat (Abdul Razak, 2009). Rajah 1.1(a)
menunjukkan pecahan kaum peribumi yang terdapat di Malaysia.

NEGRITO
ORANGASLI

SENOI(SEMAN
MELAYU

PERIBUMI
SEMENANJUN
BUMIPUTERA

SABAH
SARAWAK

Rajah 1.1(a): Masyarakat Peribumi di Malaysia

PENAN

Menurut perangkaan yang telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHEOA), jumlah keseluruhan Orang Asli di Semenanjung Malaysia pada tahun
2003 ialah seramai 147,412 orang (Zainal Abidin Ali, 2004) yang dapat
diklasifikasikan kepada tiga kumpulan seperti rajah 1.1(b):

NEGRITO
KATEGORI
ORANG
ASLI

SENOI
MELAYUPROTO

Rajah 1.1(b): Kaum Induk Orang Asli

Di Pahang terdapat beberapa suku kaum Orang Asli yang terdiri daripada
suku Jakun, Temuan, Temiar, Semelai, dan Semoq Beri. Jadual 1 menunjukkan tren
taburan penduduk Orang Asli mengikut negeri dalam tempoh 1957-1998. Tumpuan
utama penempatan Orang Asli ialah di negeri Pahang dan Perak yang mencatatkan
lebih daripada dua pertiga daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pulau Pinang,
Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah tidak mempunyai penduduk
Orang Asli bagi tahun 1998.
Jadual 1.1: Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia (1957-1998)

*termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


(Sumber JHEOA)

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkan oleh Perdana


Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Jun lepas membawa perkhabaran
gembira kepada lebih 150,000 masyarakat Orang Asli di negara ini. Rancangan lima
tahun itu menumpukan pelaksanaan program pembangunan bersepadu dan bantuan
peningkatan keupayaan khusus bagi mengurangkan kemiskinan di kalangan Orang
Asli di Semenanjung Malaysia selain masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan RMK10 itu, sasaran kerajaan adalah untuk mengurangkan


jumlah kemiskinan di kalangan Orang Asli daripada 50 peratus pada 2009 kepada 25
peratus pada 2015. Mengikut perancangan, ianya dilihat mampu membawa kesan
positif, bagaimanapun timbul sedikit kerisauan akan keberkesanan perlaksanaannya.
Umum mengetahui, kerajaan tidak pernah mengabaikan perihal keperluan
masyarakat Orang Asli termasuk pendidikan, ekonomi dan kemudahan infrastruktur.

Namun, peratusan kadar kemiskinan yang masih tinggi sehingga tahun lepas
itu selain kekurangan pemilikan aset, pegangan ekuiti dan perniagaan berskala besar
di kalangan masyarakat Orang Asli mencerminkan perlu ada perubahan dan
perancangan yang lebih teliti dalam pelaksanaan sesuatu program (klpos, Isnin 5
Julai 2010).

Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi tujuan melihat sejauh mana
perkembangan kehidupan Orang Asli melalui aktiviti ekonomi dan pekerjaan yang
mereka lakukan dalam usaha meningkatkan pembangunan ekonomi masyarakat
Orang Asli.

1.2

Latar belakang Masalah

Menurut Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, Majid


Suhut, agensi pelaksanaan program pembangunan perlu melihat kepada tiga
pendekatan iaitu kesesuaian dan asas ekonomi masyarakat Orang Asli di sesuatu
tempat, menaik taraf projek sedia ada dan penyediaan latihan dan peluang pekerjaan.
Beliau berkata, keperluan masyarakat Orang Asli sama ada di kawasan bandar atau
pedalaman adalah berbeza yang sekali gus memerlukan pendekatan berlainan.
Contohnya, jika kebanyakan Orang Asli di sebuah penempatan itu menangkap ikan
sebagai sumber pendapatan, program pembangunan perlulah berdasarkan asas
ekonomi sedia ada seperti penyediaan sangkar yang boleh meningkatkan lagi
pendapatan mereka."Sebaliknya jika kawasan mereka dibangunkan dengan ladang
getah, sudah tentu projek tersebut tidak berjaya kerana mereka tidak mahu menoreh
getah,"(klpos, Isnin 5 Julai 2010)

Dalam usaha mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang


Asli yang mempunyai kira-kira 18 suku kaum di negara ini, pendidikan, kemahiran
dan pemilikan tanah dilihat begitu penting. Menurut Presiden Persatuan Orang Asli
Semenanjung Malaysia, Majid Suhut, ini kerana melalui pendidikan dan kemahiran
masyarakat Orang Asli boleh bersaing dengan kaum lain dan melalui pemilikan
tanah mereka boleh mencari rezeki. Beliau berpendapat untuk menaik taraf
kehidupan Orang Asli yang seramai kira-kira 141,000 orang di negara ini, kerajaan
perlu memberi tumpuan dalam pemberian tanah dan pendidikan terutama kepada
generasi baru Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) (Bernama, 2 Julai 2010).

Dalam titah Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong ke XIII Tuanku
Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah,
bersempena pembukaan sidang dewan Rakyat penggal ke-12 pada 12 April 2008,
menyatakan Pembangunan masyarakat Orang Asli juga akan dipertingkatkan
meliputi bidang pendidikan, ekonomi dan kemudahan asas. Selain itu, pembangunan
ladang getah dan kelapa sawit merupakan strategi utama bagi menambahkan
pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak berwajib bagi membantu menangani
masalah pembangunan masyarakat Orang Asli supaya mereka seiring maju dengan
kaum yang lain.

1.3

Pernyataan Masalah

Pembangunan ekonomi masyarakat Orang asli perlu digerakkan daripada


dalam masyarakat Orang Asli itu sendiri. Ini kerana jika mereka sedar dan ingin
berubah menjadi berdaya saing kepada kaum yang lain, mereka perlu semangat dari
kaum mereka sendiri. Untuk merealisasikannya bukan satu usaha yang mudah kerana
memerlukan kesedaran dan semangat yang tinggi untuk berubah. Bukan erti kata
untuk meninggalkan terus amalan dan adat nenek moyang mereka tetapi untuk
menjadi sebuah masyarakat yang seiring dengan kemajuan dan teknologi pada masa
kini.

Peluang yang disediakan oleh kerajaan kepada kaum bumiputera khusus bagi
masyarakat Orang asli adalah sangat menggalakkan tetapi mengapa mereka masih
berada di takuk yang lama. Dari segi kemudahan perubatan, mereka tidak dikenakan
bayaran dan mendapat layanan baik. Ini mungkin kerana sifat mereka yang masih
ingin mengekalkan ciri-ciri kehidupan asal nenek moyang yang menebal dan
menjalinkan hubungan rapat dengan alam.

Peluang pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah diberi perhatian


menggalakkan oleh kerajaan demi menjamin masa depan masyarakat Orang Asli
supaya tidak terus ketinggalan. Hakikatnya, penolakan mungkin terjadi kerana
mereka tidak ingin berjauhan dengan suku kaum mereka sendiri. Seterusnya tidak
mendapat pendedahan yang baik untuk membangunkan taraf kehidupan mereka.
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti usaha-usaha masyarakat Orang
Asli dalam meningkatkan pembangunan ekonomi mereka.

1.4

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan demi:

i)

Untuk mengenal pasti apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti


pertanian sebagai sumber ekonomi.

ii)

Untuk mengenal pasti apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan
sebagai sumber ekonomi masyarakat Orang Asli.

iii)

Untuk mengenal pasti apakah pekerjaan mengambil upah merupakan sumber


ekonomi masyarakat Orang Asli.

1.5

Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan-persoalan yang dapat dipertimbangkan


adalah seperti berikut:

i)

Apakah masyarakat Orang Asli melakukan aktiviti pertanian sebagai sumber


ekonomi?

ii)

Apakah aktiviti mencari hasil hutan dapat dijadikan sebagai sumber ekonomi
masyarakat Orang Asli?

iii)

Apakah pekerjaan seperti mengambil upah merupakan sumber ekonomi


masyarakat Orang Asli?

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk meninjau aktiviti masyarakat Orang Asli di


sekitar daerah Rompin dan Pekan terhadap usaha mereka dalam meningkatkan
pembangunan ekonomi. Antara kepentingan hasil dapatan kajian ini termasuklah:

i)

Sebagai panduan untuk melihat perkembangan kehidupan masyarakat Orang


Asli

10

ii)

Sebagai panduan kepada pihak berwajib untuk membantu masyarakat Orang


Asli dalam melepaskan kehidupan mereka daripada belenggu kemiskinan.

iii)

Sebagai panduan kepada masyarakat agar menerima masyarakat Orang Asli


hidup bersama dengan masyarakat yang lain dengan peluang yang saksama.

iv)

Sebagai refleksi kepada pihak kerajaan dalam melaksanakan perubahan


kehidupan masyarakat Orang Asli dan menggunakan pendekatan baru bagi
meningkatkan lagi keberkesanan program untuk masyarakat Orang Asli.

1.7

Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di daerah Rompin dan Pekan, di negeri Pahang kerana
negeri Pahang merupakan negeri yang paling besar dan mempunyai jumlah taburan
penduduk Orang Asli yang paling tinggi (JHEOA).

Dalam kajian ini, semua suku kaum Orang Asli yang tinggal di kawasan
Rompin dan Pekan sahaja yang terlibat. Sampel dipilih melalui peringkat umur
dewasa terdiri daripada golongan belia dan orang tua yang melakukan aktiviti
pekerjaan dan menjana pendapatan keluarga mereka.

Antara masalah yang dihadapi dalam kajian ini ialah komunikasi pertuturan,
oleh sebab terdapat istilah dan penggunaan bahasa mereka sendiri di samping
struktur ayat yang sukar difahami. Kebanyakan daripada mereka telah pandai untuk
bertutur dengan bahasa Melayu dengan baik oleh sebab kebanyakan mereka
mendapat pendedahan daripada masyarakat sekeliling dalam urusan harian. Ada juga
di antara mereka langsung tidak tahu membaca dan menulis.

11

Segala data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan Statistical


Package for Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan jumlah kekerapan
dan jumlah peratus.

1.8

Definisi Istilah

Istilah yang digunakan dalam kajian ini akan di jelaskan satu persatu bagi
menjelaskan lagi tajuk kajian ini.

1.8.1

Pembangunan
Pembangunan (development) adalah proses perubahan yang merangkumi

seluruh sistem sosial, seperti politik, ekonomi, infrastruktur, pertahanan,


pendidikan dan teknologi, perlembagaan, dan budaya (Alexander 1994).

1.8.2

Ekonomi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) istilah ekonomi adalah merujuk

kepada ilmu yang berkenaan dengan pengeluaran, pengagihan, pengurusan barangbarang dan perkhidmatan. Oleh itu, ekonomi adalah merujuk kepada satu bidang
sosial yang mengkaji berkenaan individu dan masyarakat di dalam membuat pilihan
dan juga termasuklah di dalam sistem pengendalian sumber kekayaan sesebuah
negara.

12

1.8.3

Orang Asli
Menurut Akta Orang Asli 1954, menyatakan mana-mana orang yang bapanya

ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan
lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan
termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu.

1.8.3

Masyarakat
Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai satu kumpulan

manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti
secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat
perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama
berabad-abad. Dalam konteks kajian ini, penyelidik tertumpu pada masyarakat Orang
Asli yang tinggal di Daerah Rompin dan Pekan, Pahang.