Anda di halaman 1dari 10

MODUL SISTEM

RANGKAIAN
DAN DUNIA
INTERNET
3.0 MENGENAL
INTERNET

Apa itu laman web?


Laman web adalah satu laman
di Internet yang kebiasaannya
dikendalikan oleh individu
atau organisasi tertentu yang
memaparkan penulisan,
gambar, audio, video dan
sebagainya.

JENIS-JENIS LAMAN WEB

Komersial

Laman web yang menjual atau menawarkan sesuatu


barangan samada dalam bentuk produk atau
perkhidmatan.

Peribadi

Laman web yang mengandungi maklumat atau

pengalaman peribadi seseorang.

Organisasi
Laman web mengandungi maklumat tentang sesebuah
organisasi, persatuan atau kelab.

Informasi /berita
Laman web yang memberikan maklumat dan berita.

Hiburan
Laman web yang berorientasikan hiburan seperti
permainan video, filem, lagu, artis dan sebagainya.

Blog
Laman web yang pada kebiasaannya dijadikan
sebuah catatan peribadi/diari dan kerap dikemaskini.

KEBAIKAN
Maklumat- mudah didapati dan mudah berkongsi
maklumat.
Komunikasi - dapat berhubung dengan sesiapa
sahaja tanpa mengira jarak,masa dan tempat.
Promosi- dapat membantu individu atau organisasi
utuk mempromosikan produk dan perkhidmatan.
Pendidikan atas talian cara pantas, selamat
dan menyeronokkan dalam memberi pendidikan
kepada pelajar.

KEBURUKAN
Maklumat tidak tepat ramai pengguna internet
menyebarkan maklumat tidak tepat kepada
pengguna lain melalui laman sosial/peribadi.
Keselamatan data/maklumat- pengguna boleh
terdedah dengan isu keselamatan data atau
maklumat peribadi di internet jika tidak berhatihati.
Melalaikan- penggunaan laman sosial yang
berlebihan dan tidak terkawal boleh memberikan
kesan buruk terutamanya kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai