Anda di halaman 1dari 51

PENGENALAN

Burma merupakan sebuah negeri yang bersempadanan dengan negeri Thai, China, dan
Bangladesh dan menjadi tanah jajahan Inggeris pada tahun 1886. Ibu negara Burma dikenali
sebagai Yangoon dan terkenal sebagai negera pengeluar beras utama di Asia Tenggara. Dari
segi fizikal, Burma merupakan sebuah negera yang menarik kerana mempunyai ciri-ciri seperti
banjaran gunung serta sistem sungai yang membujur dari utara ke selatan, kawasan tanah pamah
yang luas, kolam air panas, gunung berapi, batu-batan, taburan pulau yang indah seperti
kepulauan Mergui dan sebagainya.
Terdapat tiga empayar utama di Burma pada abad ke 9 hingga 18 iaitu dimulai oleh
empayar Pagan pada tahun (849-1287) dan Anawrahta adalah raja yang telah membangunkan
Pagan dan memerintah selama hampir 35 tahun(1044-1077). Empayar yang seterusnya tubuh
selepas keruntuhan empayar pagan ialah Taungoo bermula dari tahun 1531 hingga 1752 dan
raja Tabishwehti adalah raja yang telah mengasaskan empayar ini dan memerintah dari tahun
1531 sehingga 1551.1 Seterusnya ialah empayar terahir dalam era kerajaan awal Burma
sehingga abad ke 18 ialah empayar Konbaung yang muncul di sebuah perkampungan kecil dan
di asaskan oleh dua bersaudara.
Sejarah tentang kebangkitan dan kemerosotan empayar di Burma amat rumit dan banyak
peristiwa pergolakan etnik bermula dari kerajaan awal sehinggalah ke zaman moden hari ini.
Proses kebangkitan empayar-empayar ini kebanyakkan adalah di sebabkan oleh faktor dari
1
Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 13

pemerintah yang memerintah atau di gelar sebagai raja. Pada zaman kebangkitan empayar di
negara ini, pengaruh agama iaitu agama Hindu Buddha amat mendominasi sistem pemerintahan
dan cara hidup masyarakat di dalam setiap empayar yang wujud. Namun demikian, pada era
empayar Taungoo dan Konbaung, sistem politik, ekonomi dan sosial tidak hanya dipengaruhi
oleh agama semata-mata tetapi juga pengaruh-pengaruh dari luar sebagai contohnya dari
agama islam dan kemasukan budaya dari negara lain.
Walaubagaimanapun, proses kejatuhan empayar di Burma ini tidak hanya disebabkan
oleh satu faktor sahaja tetapi melibatkan beberapa faktor lain sama ada disebabkan oleh raja
yang memerintah, perebutan takhta, pemberontakan dalaman serta masalah politik yang berlaku
dalam pentadbiran. Rentetan daripada masalah-masalah yang telah berlaku di setiap empayar ini
menyebabkan empayar ini mengalami kemerosotan dan seterusnya mulai jatuh yang kemudian
digantikan oleh empayar yang seterusnya kecuali empayar Konbaung telah di takluki oleh British
dan juga mengalami peperangan dalam tempoh yang lama. Seterusnya pada abad ke-19, Burma
atau Myanmar telah dijajah dan diperintah oleh British dan akhirnya mencapai kemerdekaan
pada akhir abad ke-19.

SITI HASNAH IBRAHIM


PENGARUH INDIA DAN CHINA DI BURMA

Seperti yang sedia maklum, bentuk masyarakat dalam negara Burma ini sendiri telah
dipengaruhi oleh dua pengaruh luar iaitu pengaruh dari India dan China. 2 Pengaruh dari India
lebih menjurus kepada unsur-unsur Hindu-Buddha yang telah dijadikan sebagai ideologi moral
dan politik manakala unsur-unsur China pula lebih kepada aliran Confusiunis yang disokong
oleh sistem birokrasi pusat yang kukuh. Namun, di Negara Burma dapat dilihat bahawa pengaruh
Hindu-Buddha dilihat lebih menonjol daripada pengaruh China kerana masyarakat pada masa itu
lebih percaya kepada adanaya unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian. Unsur-unsur
Hindu-Buddha telah mempengaruhi masyarakat Burma bukan hanya dalam aspek sosial akan
tetapi juga turut mempengaruhi aspek politik dan ekonomi.
Dalam aspek politik dan pentadbiran, Raja-raja Burma dianggap sebagai tunggak penting
pentadbiran. Hal ini kerana, Raja mempunyai fungsi-fungsi tertentu iaitu sebagai penaung dan
pengembang agama, penakluk negeri, serta sebagai tunggak kekuatan dan keupayaan
negeri.3Selain itu juga, Raja bukan hanya menjaga hal ehwal yang berkaitan dengan sistem
2
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm 3

3
Ibid. hlm 22.

politik dan sosial namun turut memainkan peranan dalam menjamin pengekalan adat resam
tempatan dan perlu mempunyai nilai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di
dunia ini serta dunia akan datang. Kegagahan dan kekuasaan Raja berasaskan kepada
hponnya4, hpon yang menyebabkan ramai rakyat yang berkaliber bersedia menjadi pengikutnya.
Selain itu juga, Raja dianggap berdaulat dan akibat daripada pengaruh Hindu-Buddha tersebut ,
kawasan sekitar istana dianggap sebagai suci.Menurut adapt istiadat Burma, setiap rakyat yang
memasuki kawasan istana perlu mematuhi beberapa adat seperti menundukkan kepala ketika
menghampiri istana dan menanggalkan kasut. Selain itu juga, bentuk istana Raja juga jelas
menunjukkan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha.5 Hal ini kerana, kedudukan kerabat diraja
dibahagiakan timur, selatan, barat dan berpusatkan mahligai singgahsana. Pembahagian
berasaskan kosmologi ini telah menetapkan kuasa di kalangan pengikut-pengikut raja tetapi tidak
menghalang kelompok-kelompok politik yang berpusatkan kepada seorang individu untuk
muncul dan berkembang. Secara keseluruhannya dapat dilihat di sini bahawa pengaruh HinduBuddha memainkan peranan penting dalam sistem politik dan pentadbiran di Burma.
Bagi aspek sosial, masyarakat Theravada Burma mempunyai sekumpulan anggotanya
yang terdiri daripada para rahib dan klien mereka yang menumpukan perhatian semata-mata
kepada hal-hal keagamaan secara langsung atau sebaliknya. Amalan agama Buddha dari Mazhab
Hina yang mengatur setiap aspek dari kehidupan masyarakat dan politik Burma. Susunan hidup
4
Ibid

5
Abu Talib Ahmad. 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan
Pustaka.
hlm 23.

sami ( Sangha)6 sangat dihormati oleh rakyat. Oleh yang demikian, kedudukan Sangha dianggap
penting dalam sistem masyarakat Burma. Dalam amalan kehidupan, agama Buddha memainkan
peranan penting dalam menentukan aturan-aturan kelakuan yang merupakan panduan hidup
masyarakat Burma seharian. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika dikatakan pengaruh India
terutamanya

unsur-unsur

Hindu-Buddha

amat

penting

dalam

mempengaruhi

aspek

politik,ekonomi dan sosial masyarakat Burma.


HISTORIOGRAFI
Perbincangan mengenai tajuk pengkaji iaitu kebangkitan dan kemerosotan kerajaankerajaan yang diasaskan oleh orang Burma banyak menggunakan rujukan yang berjudul Sejarah
Myanmar yang ditulis oleh Abu Talib Ahmad pada tahun 2000 dan telah diterbitkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Buku ini menceritakan tentang sejarah Burma, tentang kerajaan-kerajaan
awal yang memerintah negara Burma atau Myanmar. Terdapat tiga kerajaan atau wangsa utama
di Burma iaitu kerajaan Pagan, Tonguoo dan Konbaung. Selain itu, kerajaan Pagan juga telah
terpecah pentadbirannya kepada kerajaan kecil seperti Pegu, Shan, dan Arakan. Selepas
kejatuhan kerajaan Pagan, ia diikuti kerajaan Tonguoo yang juga mengalami perkembangan dan
kejatuhan dan diakhiri oleh kerajaan Konbaung. Buku ini juga turut membincangkan aspek
politik, ekonomi dan sosial disetiap kerajaan dalam negara Burma. Selain itu, buku ini juga turut
membicangkan campur tangan kuasa-kuasa barat ke atas negara Burma dan penentangan rakyat
tempatan terhadap kuasa penjajah.

6
Gilbert Khoo, 1971, Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, hlm
64.

Selain itu, buku Sejarah Asia Tenggara karya D.G.E HALL yang diterbitkan pada tahun
1987 juga turut digunakan dan buku ini membincangkan tentang kerajaan Burma secara
terperinci. Buku ini menceritakan tentang sejarah negara Burma, keadaan geografi Burma yang
kaya dengan hasil pertanian dan sumber bahan mentah. Selain itu, buku ini juga turut
menceritakan tentang kerajaan awal di Burma serta pengasas yang berkaliber terdiri daripada
raja-raja yang berfikiran jauh. Sebagai contoh, kerajaan Tonguoo iaitu Tabinshweti telah berjaya
menakluk beberapa buah negeri bagi memperluaskan jajahan dan berjaya menyatukan seluruh
Lembah Irrawaddy yang menjadi teras Empayar Tonguoo. Turut dibincangkan juga tentang
perkembangan kerajaan Pagan dan dibawahnya adalah kerajaan Pegu, Shan, Ava dan Arakan
serta kejatuhan kerajaan tersebut. Selepas Kerajaan Pagan, kerajaan Tonguoo pula bangkit
kemudian diikuti oleh kerajaan Tonguoo. Buku ini juga turut membincangkan tentang sistem
pemerintahan disetiap kerajaan, sistem politik, ekonomi dan sosial yang mengalami pelbagai
pembaharuan. Kedatangan kuasa barat juga turut dimuatkan dalam buku ini dan perkembangan
yang berlaku di Burma selepas kedatanga kuasa-kuasa barat seperti Belanda, Portugis, Inggeris
dan China.
Selain itu, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara karya Abu Talib Ahmad pada tahun 1991
yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka juga turut membincangkan tentang negara
Burma. Ia turut menceritakan tentang sistem pentadbiran di Burma daripada pelbagai aspek
sebagai contoh daripada aspek politik dan pentadbiran. Ini berkaitan pemerintahan yang
dijalankan oleh raja-raja disetiap kerajaan di Burma. Selain itu, buku ini membincangkan secara
terperinci tentang kerajaan Konbaung 1753 iaitu kerajaan yang terakhir di Burma sebelum
Burma diambil oleh Inggeris pada tahun 1886. Wangsa konbaung mengalami perkembangan dan
kemerosotan ekoran daripada faktor dalam iaitu kelemahan pemerintah serta pergaduhan sesame
6

sendiri. Di samping itu, buku ini juga turut menyatakan bahawa terdapat pengaruh agama Hindu
Buddha yang mempengaruhi aspek politik serta sosial. Buku ini juga turut membincangkan
campur tangan kuasa-kuasa luar seperti buku-buku lain dan pembaharuan atau kemunduran yang
berlaku selepas penjajahan kuasa-kuasa barat.
Buku Sejarah Asia Tenggara sejak tahun 1500 karya Gilbert Khoo, 1971 yang diterbitkan
oleh Perpustakaan Universiti Malaya juga turut digunakan dalam perbincangan kerajaan Burma.
Buku ini membincangkan tentang pengaruh Hindu Buddha terhadap masyarakat di Burma
terutamanya dari aspek sosial. Ia membincangakan juga bagaimana agama berperanan dalam
kehidupan masyarakat agar dapat melahirkan masyarakat yang bertamadun.
SITI ASIAH BT YUSOF

EMPAYAR PAGAN
ZAMAN PRA PAGAN
Zaman ini merupakan zaman yang akan membawa

kepada rentetan sejarah

perkembangan dan kemerosotan kerajaan Pagan di bawah pimpinan beberapa orang pemerintah.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa kewujudan zaman pra-Pagan ini adalah bermula
daripada era Pyu pada tahun 638 SM.
MASYARAKAT PYU
Orang-orang Pyu ini telah tiba di Burma pada abad pertama SM atau lebih awal dan
menubuhkan kerajaan-kerajaan di bandar Binnaka, Mongamo, Sri Ksetra, Peikthanomyo,

Kutkhaing di utara, Halin Gyi Thanlwin garis pantai di sebelah timur.7 Semasa zaman ini,
Burma menjadi jalan laluan bagi pedagang-pedagang yang berdagang daripada China ke India.
Selain itu, menurut D. G. E. Hall di dalam bukunya yang bertajuk Sejarah Asia Tenggara,
beliau ada menulis bahawa orang-orang Pyu mendakwa mereka telah menguasai 18 daerah
Burma yang kebanyakannya berada di kawasan Burma Hilir. 8 Salah satu daripadanya adalah Micen dimana rajanya telah mendapat pengiktirafan daripada China pada tahun 805 tetapi telah
dibinasakan pada tahun 835 SM oleh Nancao.
Tambahan pula, orang Pyu juga menggambarkan mereka sebagai orang-orang yang
berperikemanusiaan dan mementingkan kedamaian. Sebagai contoh, negeri tersebut termasuklah
negeri-negeri Kun-Lun yang letaknya berhampiran sebuah pelabuhan yang bernama Mo-ti-po
dimana pelabuhan ini dapat menghubungkan mereka dengan Palembang dan Jawa. Negeri ini
sebenarnya adalah negeri Mon. Di Negara-negara Bandar, Pyu pernah bergabung menjadi sebuah
kerajaan Pyu, tetapi telah menjadi kebiasaan dimana kerajaan yang lebih berkuasa akan
mendominasi kerajaan-kerajaan yang lebih kecil.
Kerajaan yang paling kuat pada masa ini adalah kerajaan Sri Ksetra yang dijumpai
melalui kajian arkeologi yang dilakukan dan menunjukkan bukti bahawa ianya merupakan
sebuah kerajaan yang terbesar di Burma pada ketika itu.9 Terdapat sejarawan menyatakan
7
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 8

8
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 177

9
8

bahawa itu adalah merupakan Halingyi yang mungkin berkaitan dengan Bandar purba Tagaung.
Akhirnya pada pertengahan abad ke-9, kegemilangan zaman Pyu telah ditamatkan oleh kerajaan
Nanzhao.
MASYARAKAT MON
Kerajaan Mon telah ditubuhkan pada abad ke-6 . Orang Mon di Burma kebanyakannya
didapati di kawasan sebelah timur Sungai Irrawadi sehingga ke Tavoy di sebelah selatan.
Manakala pusat politik dan kebudayaan mereka terletak di lembah Sungai Menam Chao Pya.
Orang-orang Mon telah mengamalkan ajaran Budha Therravada dimana ianya telah berkembang
seiring dengan pusat politik dan kebudayaan mereka itu.
Selain itu, orang Mon telah menjadi perintis kepada aktiviti penanaman padi dan kacang
di Burma. Orang Mon ini juga telah berjaya mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan
berbanding masyarakat lain apabila mereka telah berjaya membina sistem pengairan di Kyaukse
yang merupakan satu kawasan yang kering di bahagian tengah Burma. 10 Kesan daripada
pembinaan terusan ini, kawasan tersebut telah menjadi satu kawasan yang sangat penting dalam
sejarah Burma.
Disamping itu selepas berlakunya keruntuhan ibu kota Pyu, orang-orang Mon terpaksa
menghadapi serangan daripada puak-puak Nancao. Selain itu juga, mereka terpaksa
mempertahankan kawasan Kyaukse daripada serangan yang dilakukan oleh orang Burma pada

Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 15

10
D. G. E Hall, 1987, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 178

abad yang ke-9.11 Kesan daripada peristiwa serangan ini, kerajaan Mon telah berjaya dilemahkan
oleh orang-orang Burma dan seterusnya, telah bermulalah perkembangan wangsa Pagan yang
bermula pada sekitar tahun 1044 M.
WANGSA PAGAN (1044-1287 Masihi)
Berdasarkan buku Sejarah Myanmar yang ditulis oleh Abu Talib Ahmad, beliau
menyatakan bahawa menurut teori Than Tun, Pagan telah bermula dengan beberapa buah
perkampungan dan setiap kampung diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai man (raja).12
Than Tun mengatakan bahawa man dari Pagan adalah yang paling kuat dan telah berjaya
menguasai man yang lain di sekitarnya untuk mencapai taraf man-kri (raja agung) dan setelah
berjaya menguasai kawasan sekitarnya, raja agung ini telah berjaya pula mendapatkan kawasan
takluk yang disebut sebagai nuiman dan peristiwa ini telah berlaku pada zaman Anawratha.
Kemunculan empayar Pagan di Burma telah bermula dengan pesat selepas abad ke-11
hingga penghujung abad yang ke-16. Pada masa ini, telah berlaku usaha untuk menyatukan
pelbagai kelompok etnik yang terdapat dalam empayar Pagan terutamanya dari aspek budaya dan
bahasa.13 Perkembangan empayar Pagan dapat dilihat dengan jelas melalui usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh pemerintah pada dinasti tersebut. Empayar Pagan ini telah bermula pada
11
Ibid

12
Abu Talib Ahmad, 2000, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 34

13
Ibid, hlm. 32

10

tahun 1044 M dan diasakan oleh Anawratha iaitu seorang raja yang telah berjaya mewujudkan
kesatuan Burma yang hebat.
RAJA ANAWRATHA (1044-1287 M)
Raja Anawratha telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada empayar Pagan di
Burma dimana sumbangan beliau telah menjadi perintis kepada pemerintah yang seterusnya
untuk terus membangunkan empayar Pagan.14
Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau adalah dalam bidang politik iaitu
dengan menyatukan kawasan utara Arakan dengan negeri Mon iaitu di kawasan hilir Burma.
Dengan penyatuan ini, Burma telah dapat dibentuk dan diperkukuhkan kedudukannya menjadi
sebuah empayar yang kuat pada masa tersebut. Raja Anawratha telah menghantar pasukan
tenteranya ke bahagian Burma Timur untuk masuk ke dalam kawasan Syan dan kemudiannya
telah membina 43 buah kawasan pertahanan di sepanjang kawasan kaki bukit pada bahagian
timur tersebut.15 Semasa era pemerintahan beliau, ajaran Budha Hinayana telah dijadikan sebagai
agama rasmi Pagan. Kemudian, beliau telah menakluk kerajaan Mon yang terletak di Thatom. 16
Bagi menyebarkan ajaran Hianyana, beliau telah melantik seorang sami berbangsa Mon
berkhidmat dengannya untuk memujuk dan

menyebarkan ajaran ini kepada orang Burma.

14
Robert Reid and Micheal Grosberg. 2005. Myanmar (Burma). United Kingdom.Lonely Planet Publications.
hlm 35

15
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 33

16
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 181

11

Rentetan daripada usaha ini, telah berlaku perselisihan dengan sami di kawasan Burma Hulu
yang membawa ajaran Ari. Golongan sami ini adalah golongan yang mengamalkan ajaran
Tantra.
Terdapat ramai orang-orang pelarian Mon yang telah masuk ke Pegu dan Thaton akibat
daripada penaklukan di Lopburi oleh Suryavarman I. Walaubagaimanapun, negeri-negeri ini
kemudiannya telah diserang oleh orang Khmer dan peristiwa ini telah menyebabkan campur
tangan daripada Raja Anawratha untuk menakluk Phaton.

Rentetan daripada peristiwa

penaklukan ini, satu kesatuan Burma telah dapat dibentuk dengan tujuan untuk menentang
pemerintahan raja yang dianggap merupakan jelmaan Siva.17 Peristiwa-peristiwa yang berlaku
telah membawa kepada kemasyhuran kebudayaan Mon yang kemudiannya telah dapat
menguasai istana Pagan. Sebagai contoh, bahasa Pali telah dijadikan sebagai bahasa agama
manakala huruf Mon pula telah digunapakai untuk menulis bahasa Burma. Pada masa ini, pusat
agama Budha telah bertukar dari Tathon ke Pagan dan telah membawa kepada kemunculan
Pagan sebagai pusat agama Budha di Burma.
Dengan ini dapat dilihat bahawa semasa pemerintahan Raja Anawratha, beliau telah
berjaya menyumbang kepada kemajuan dan kegemilangan empayar Pagan di Burma apabila
telah berjaya menjadikan Thaton sebagai wilayah taklukannya dan telah menubuhkan satu
kesatuan Burma yang disegani pada masa tersebut. 18 Zaman pemerintahan Anawratha ini juga
lebih menjurus kepada aspek keagamaan yang menjadi asas kepada perkembangan dan kemajuan
17
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 182

18
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 35

12

bagi sesebuah empayar atau kerajaan. Walaubagaimanapun, penaklukan Anawratha terhadap


orang Mon juga telah mencetuskan perselisihan diantara orang Burma dengan orang Mon. Pada
abad ke-19, perselisihan ini telah berakhir apabila orang Mon tidak lagi menjadi satu bangsa.19

RAJA KYANZITTHA (1084-1112 M)


Pemberontakan yang dicetuskan oleh orang-orang Mon telah menyebabkan pengakhiran
pemerintahan empayar Pagan oleh anak kepada Anawratha iaitu Sawlu yang telah memerintah
empayar Pagan sejak daripada tahun 1077 hingga 1084 M. Tetapi, empayar Pagan telah dapat
diselamatkan oleh seorang lagi anak kepada Anawratha iaitu Raja Kyanzittha yang menaiki
takhta pada tahun 1084 sehingga 1112 M apabila telah berjaya mengalahkan orang Mon
tersebut.20
Raja Kyanzittha telah melakukan satu pembaharuan di dalam sistem pemerintahan di
Burma iaitu dengan menaikkan taraf raja kepada peringkat yang lebih tinggi berbanding taraf
raja yang sebelumnya. Sebagai contoh, beliau telah mangadakan istiadat kemahkotaan mengikut

19
Ibid, hlm. 183

20
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. hlm 39

13

adat istiadat kemahkotaan agama Brahmin.21 Disamping itu, beliau juga telah membina sebuah
istana yang baru untuknya sendiri.
Dengan ini dapat dilihat bahawa pembaharuan yang dilakukan oleh Raja Kyanzittha telah
dapat menaikkan taraf raja ke tahap yang yang lenih dihormati. Sepanjang hayatnya, beliau telah
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyatukan orang Burma dengan orang Mon.
Beliau adalah seorang pemerintah yang meminati kebudayaan Mon, maka dengan itu beliau telah
merintis kepada pembinaan rumah berhala secara besar-besaran di Pagan dan diantara salah
satunya ialah pembinaan rumah berhala Ananda.22

RAJA ALAUNGSITHU (1112-1165 M)


Cucu kepada Raja Kyanzittha dan Raja Alaungsithu yang telah menaiki takhta kerajaan
pada tahun 1112 hingga 1165 M telah menjalankan usaha untuk merekodkan pembahruan yang
telah dilakukan oleh beliau di dalam sebuah prasasti yang didirikan di Pagoda Myazedi,
berhampiran dengan Pegu pada tahun 1113 M.23 Prasasti tersebut telah dinamakan sebagai Batu
21
Ibid. hlm 41

22
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 184

23
Sir Arthur P. Phayre. 1967. History of Burma. London. Susil Gupta. Hlm 39

14

Rosetta Burma kerana terdapat persamaan dari segi teks yang ditulis pada keempat-empat
mukanya dalam bahasa Pyu, Mon, Burma dan Pali. 24 Maklumat tersebut telah dijumpai pada
tahun 1911 M dimana ianya juga telah mencatatkan maklumat mengenai bahasa Pyu dan tarikhtarikh pemerintahan raja-raja awal di Pagan. Namun begitu, semasa era pemerintahan Raja
Alaungsithu, pengaruh Mon di Pagan telah merosot.
RAJA NARAPATISITHU (1174-1211 M)
Dalam pada itu, Burma telah mengalami satu tempoh yang tidak mempunyai raja selama
sembilan tahun sehingga Narapatisithu menaiki takhta pada tahun 1174 M. Sepanjang tempoh
tersebut telah berlaku beberapa perubahan yang besar kepada sejarah Burma. Sebagai contoh,
telah berlaku perubahan dalam bidang bahasa apabila bahasa Mon tidak lagi menjadi bahasa
utama dalam prasasti-prasati di Burma sebaliknya berubah kepada bahasa Burma itu sendiri
menjadi Bahasa utama.25 Selain itu, bahasa Mon sebagai bahasa tulisan telah lenyap sehinggalah
berakhirnya zaman Pagan. Dapat disimpulkan bahawa tempoh ini telah menjadi pembahagi di
dalam sejarah Burma secara keseluruhannya.
Dalam aspek senibina pula, terdapat perubahan cara pembinaan rumah-rumah berhala
pada ketika itu. Hal ini jelas dapat dilihat pada rumah-rumah berhala seperti Sulamani,
Htilominlo dan Gadawpalin dimana rumah-rumah berhala ini dibinina mengikut cara Burma

24
Ibid

25
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. Hlm 51

15

yang tersendiri dari segi reka bentuk dalaman dan luarannya. 26 Kesan daripada ini, telah berlaku
perubahan terhadap agama Budha di Burma hasil perhubungan diantara Burma dengan Ceylon.
Satu pergerakan agama yang bermula di Burma telah berlaku dan memberi impak kepada ajaran
bercorak Theravada yang selama ini telah diamalkan di Burma sejak zaman pemerintahan Raja
Anawratha kepada ajaran yang berbentuk Sinahala.
RAJA NATONMYA (1211- 1235 M )
Raja Narapatisithu merupakan seorang pemerintah yang paling lama memerintah di
dalam zaman Pagan dan semasa zaman pemerintahannyalah telah berlaku perubahan kepada
Burma dalam aspek keagamaan terutamanya. Pada tahun 1211, beliau telah digantikan oleh
anaknya iaitu Natonmya. Semasa pemerintahannya, Natonmya telah membina dua buah rumah
berhala iaitu rumah berhala Mahabodi dan rumah berhala Htilominlo yang dibina dengan seni
yang indah dan unik dimana bangunan ini mempunyai persamaan dengan Hlutdaw iaitu sebuah
bangunan yang berfungsi sebagai Tempat Pengumuman.27
Hlutdaw yang wujud pada zaman tersebut mempunyai persamaan dengan Hlutdaw yang
ada pada masa sekarang di Burma yang merupakan Majlis Diraja Tertinggi Burma yang
dianggotai oleh empat orang menteri kanan dan diketuai oleh seorang menteri paling kanan

26
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 188

27
Ibid. hlm. 190

16

dalam negeri yang dikenali sebagai Wung-Yi.28 Perkembangan yang berlaku di Burma semasa
pemerintahan Natonmya ini telah diamalkan di Burma hingga masa kini.
RAJA KYAZWA (1235 1249 M)
Pada tahun 1231 M, Natonmya telah digantikan oleh anaknya iaitu Narathienkha yang
kemudiannya telah dijatuhkan oleh adiknya iaitu Kyazwa pada tahun 1235 M. Kyazwa adalah
seorang raja yang berkebolehan berbanding raja-raja dinasti Pagan yang sebelumnya. Hal yang
demikian dapat dilihat apabila beliau telah mewujudkan undang-undang yang patut dikenakan
terhadap pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan dan telah banyak mendatangkan masalah
kepada kerajaan Burma apabila kerajaan pusat mulai lemah.
Namun demikian, beliau telah mengalami kekalahan kepada puak agama Budha
berkaitan dengan hal tanah yang telah dirampasnya daripada mereka. Tindakan ini dilakukan
kerana beliau bimbang akan fenomena yang berlaku pada masa tersebut apabila banyak harta
yang diserahkan untuk membiayai biara-biara dan rumah berhala yang ada di sekitar empayar
Burma.29 Zaman pemerintahan Kyazwa telah mencapai kegemilangannya apabila terdapat
sekumpulan sami-sami Budha yang telah pergi ke Ceylon untuk menuntut dan kemudiannya
telah kembali ke Burma untuk menyebarkan ajaran baru ini. 30 Agama Budha Ceylon yang kuat
28
Maung Htin Aung. 1967. A History of Burma. New York and London. Columbia University Press. Hlm 55

29
Ibid. Hlm 57

30
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 190

17

pengaruhnya itu telah dapat mempengaruhi fikiran dan amalan golongan sami serta orang
awam di Burma. Dengan ini, telah membawa perkembangan kepada ajaran Budha di Burma
sehingga kini.

KEMEROSOTAN EMPAYAR PAGAN


Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran di Burma sebelum memasuki zaman
kemerosotan berlaku secara berterusan serta menampakkan satu corak pemerintahan yang baik
melalui kepelbagaian dasar pentadbiran yang telah diguna pakai sama ada dalam meluaskan
pengaruh, membangunkan kerajaan baik dari segi ekonomi, politik mahupun social. Keadaan
seperti ini berlaku kerana adanya pemerintah-pemerintah Pagan yang cekap dalam menguruskan
hal ehwal Negara serta dapat dilihat juga kebanyakkan raja-raja Burma yang telah memerintah
empayar ini telah berjaya membangunkan empayar ini dengan baik walapun tidak di nafikan
bahawa wujud juga penentangan dari kerajaan-kerajaan kecil di bawah naungan empayar ini,
namun ianya dapat diselesaikan dengan baik bergantung kepada raja yang sedang memerintah
pada waktu itu. Raja kyanzittha sebagai contohnya yang memerintah empayar Pagan ini bermula
dari tahun 1084 sehingga 1112 iaitu memegang tampuk pemerintahan selepas Raja Sawlu (10771084), telah berjaya mematahkan pemberontakan yang dilakukan oleh orang Mon dan
pemerintahan sebelumnya disamping melakukan beberapa pembaharuan dalam pentadbirannya.31

31
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm184

18

Walaubagaimanapun, selepas melalui pelbagai kejayaan dalam pentadbiran raja-raja


Burma,empayar ini akhirnya mengalami kemerosotan atau kejatuhan setelah di ambil alih oleh
raja Narathihapate (1256-1287) yang mana telah berlaku beberapa peristiwa yang menampakkan
berlakunya kepincangan dalam pentadbirannya .yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
ialah sikap beliau sendiri sebagai raja, serangan dari Monggol, peristiwa pemberontakan dan
pertumpahan darah di selatan Burma serta peluasan kuasa oleh Sangha(kependetaan).
Kemerosotan empayar ini ternyata menarik ramai pengkaji antaranya seperti yang
disebut dalam buku Sejarah Myanmar karya abu talib ahmad ilah coedes yang berpendapat
bahawa kejatuhan empayar ini adalah di sebabkan oleh pendekmorasian penagruh india,
manakala Michael aung thwin pula menyebut tentang peranan sangha yang lebih berkuasa dari
raja menyebabkan berlaku kemerosotan empayar ini. Namun begitu, hasil kajian yang telah di
jalankan mendapati bahawa terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan berlakunya
kemerosotan dalam empayar pagan di Burma antaranya sikap peribadi raja yang memerintah
terutamanya raja Narathihapate yang merupakan raja yang jelas sekali telah menyebabkan
kemerosotan empayar pagan, serangan dari Monggol, peristiwa pemberontakan dan pertumpahan
darah di selatan Burma serta peluasan kuasa oleh Sangha(kependetaan).
Ekoran daripada masalah-masalah ini, empayar Pagan yang gemilang pada zaman
tersebut terus tumbang dan telah menyebabkan kerajaan-kerajaan dibawah naungannya berpecah
kepada beberapa kerajaan kecil antaranya ialah Pegu, Shan, Ava dan Arakan. Rentetan daripada
zaman kemerosotan dalam empayar ini, sekitar abad ke 16 telah muncul sebuah empayar baru
digelar Empayar Taungoo (1531-1752) dan seterusnya Empayar Konbaung (1752-1885) yang
kemudiannya membawa kepada penguasaan Burma oleh pihak Barat.

19

(NOR LEYANA BT CHE ALI)

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN
SIKAP PEMERINTAH

Narathihapate adalah raja Pagan (1256 -1287) di Myanmar utara yang memegang
tampuk pemerintahan selepas pemerintahan raja Min Yin yang berakhir pada tahun 1254.
Corak pemerintahan tidak terancang yang diamalkan serta sikap kurang berwibawa dalam
menjalankan urusan pemerintahan telah

membawa kepada berlakunya kemerosotan

Empayar Pagan kira-kira pada akhir abad ke 13. Pembinaan sebuah Pagoda mewah iaitu
Pagoda Mingalazedi pada tahun 1274-1280 telah menyebabkan kejatuhan ekonomi
Pagan dan menyebabkan empayar ini mundur serta tidak lagi membangun kerana telah
kekurangan sumber pendapatan dalam negara ekoran daripada penyaluran sejumlah
besar pendapatan kepada pembinaan tersebut.32 Pagoda yang dibina tersebut dijadikan
lambang keagungan dirinya sebagai pemerintah tertinggi bagi pasukan tentera seramai
32
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm 36

20

36 juta askarserta memudahkan seseorang itu untuk mencapai Nirvana,33 raja yang
memiliki gundik yang ramai, hal ini menunjukkan bahawa beliau mementingkan
keperluan diri sendiri, boros dan gelojoh dalam perlakuannya sehingga mengabaikan
keadaan serta kebajikan rakyat .
Selain itu, Narathihapate juga digambarkan sebagai seorang raja yang bersikap
zalim terhadap rakyat mahupun pembesar, angkuh, gagal menghormati ajaran agama
sepertimana yang terkandung dalam kitab-kitab Tripitaka dan Veda yang mana agama
Hindu menjadi agama rasmi dalam empayar ini . Sikap yang di amalkan sepanjang era
pemerintahannya telah membawa Pagan ke ambang kemerosotan baik dari segi ekonomi
mahupun politik kerana Narathihapate tidak berusaha untuk meluaskan pengaruhnya
tetapi sebaliknya berpuas hati dan menikmati kegemilangan yang sedia ada sahaja hasil
pencapaian dari pemerintah-pemerintah yang terdahulu.
Tambahan itu pula, sikap sombong yang di pamerkan oleh Narathihapate semasa
menerima utusan-utusan dari wakil pihak kerajaan Kublai khan iaitu Monggol di Yunnan
untuk meminta pembayaran ufti

sebagai tanda mengaku tunduk kepada kekuasaan

Kublai khan kerana Pagan dikatakan menjadi salah sebuah negeri yang dicatitkan dalam
arkib maharaja sebagai negeri-negeri di bawah kuasa Megara pusat telah menyebabkan
timbul konflik antara dua kerajaan ini. 34 Dua tahun kemudiannya, berlaku peristiwa
33
Jainendra Prakash Jain. 1991. Evolution of Stupas in Burma:Pagan Period:11th to 13th Centuries A.D. Delhi.
Motilal Banarsidass Publishers. Hlm 4

34
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 191

21

pembunuhan duta maharaja yang membawa surat dari Kublai khan bagi membuat sekali
lagi tuntutan tersebut akhirnya telah membawa kepada penaklukan oleh pihak Monggol
pada tahun 1277 ke atas Pagan. Hal ini berlaku ekoran daripada sikap raja Pagan yang
enggan berdiplomasi dan tidak mahu tunduk dengan kekuasaan kerajaan Monggol kerana
menyangka bahawa kerajaannya cukup kuat untuk menolak dan menangkis sebarang
campur tangan atau penaklukan daripada kuasa hebat yang lain. Permasalahan ini telah
membawa kepada kemerosotan dan seterusnya kejatuhan Empayar Pagan pada tahun
1287. Impak daripada kelakuan raja yang memerintah sama ada bersikap positif dalam
menjalankan pentadbiran atau sebaliknya akan menentukan jatuh bangun sesebuah
kerajaan itu sama ada dari segi politik, sosial mahupun dari sudut ekonomi.

SERANGAN DINASTI MONGGOL


Ekoran daripada sikap raja Narathihapati yang enggan akur kepada kekuasaan kerajaan
monggol yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Kublai khan dan di tambah pula dengan
tindakannya yang menyerang negeri kecil Kaungai di tepi sungai Taping kerana kerajaan ini
tunduk kepada China, Kublai khan telah mengarahkan pemerintah-pemerintah tempatan supaya
menyerang Pagan. Terdapat tiga siri pertempuran antar kerajaan Monggol dan Burma iaitu
pertempuran Ngasaunggyan, Bhamo dan terakhir ialah pertempuran Pagan. Gabnor tali
antaranya telah menghantar satu rombongan angkatan tentera Tartar untuk menyerang di
bahagian selatan kerajaan Pagan di satu tempat bernama Ngasaunggyan dan di gelar sebagai

22

pertempuran Ngasaunggyan pada tahun 1277.35 Tentera Pagan berjaya di kalahkan dan keduadua belah pihak telah berundur balik ke negeri masing-masing.
Walaubagaimanapun, pada tahun 1283, berlaku sekali lagi pertempuran antara kerajaan
monggol dengan Pagan yang berlaku di daerah Bhamo antara angkatan Monggol pimpinan
seorang Vizurai Yunnan iaitu Nasruddin dengan angkatan tentera Narathihapati. Pertempuran ini
telah menyebabkan beberapa buah kubu pertahanan Burma musnah dan tentera Monggol ini
telah berundur kerana cuaca panas di Burma. Namun serangan Monggol yang seterusnya ke atas
Pagan telah berjaya menewaskan angkatan Burma di Kaugsin dan Monggol telah menempatkan
tenteranya di hulu lembah sungai Irrawady, hal ini telah menyebabkan Narathihapate lari ke
Bassein dan beliau akhirnya telah kehilangan kuasa kerajaan pusat. Pertempuran ini telah
menyebabkan berlakunya kekacauan politik yang serius dalam pentadbiran kerajaan yang
akhirnya membawa kepada kemerosotan empayar ini.
Serangan Monggol yang terakhir terhadap kerajaan pagan berlaku pada tahun 1287 yang
mana berpunca daripada pihak Monggol yang dapat mengesan kepincangan dan masalah politik
yang berlaku dalam kerajaan pagan akibat daripada pertempuran yang berlaku pada tahun 1283
dan seterusnya melancarkan serangan yang kesudahannya telah menyebabkan kekalahan di pihak
pagan. Monggol akhirnya berjaya menduduki seluruh kerajaan pagan tidak terkecuali ibu
kotanya dan sekitar tahun 1287 juga berlaku peristiwa pembunuhan Narathihapate yang
menandakan berakhirnya empayar Pagan di Burma.36 Ekoran daripada peristiwa pertempuran35
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm 192

36
D. G. E Hall. 1987. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 193

23

pertempuran yang berlaku selama hampir sepuluh tahun antara kerajaan Burma dan Monggol,
kerajaan Pagan atau Burma telah mengalami kemerosotan yang berterusan dan seterusnya
membawa kepada titik akhir empayar ini di Burma.
PELUASAN KUASA OLEH GOLONGAN SANGHA DAN PEMBESAR
Selain daripada faktor pemerintah dan serangan daripada kerajaan monggol yang membawa
kepada berlakunya kemerosotan empayar ini, pengaruh golongan sangha (kependetaan) yang
tidak mampu di kawal lagi oleh raja telah menyebabkan pengaruh dan kedaulatan raja semakin
berkurang kerana terdapat raja yang memerintah tidak mengamalkan dengan baik ajaran
agama Hindu Buddha pada waktu itu. Agama Hindu Buddha yang dominan diamalkan dalam
empayar ini telah meliputi segenap sudut kehidupan masyarakat sama ada dalam aspek politik,
sosial dan corak ekonomi yang menjadi amalan di pagan. Pegangan dan kepatuhan yang kuat
teradap agama ini telah menyebabkan golonga sangha atau golongan pendeta lebih dipercayai
dan sekiranya pemerintah sendiri tidak melaksanakan ajaran agama seperti yang sepatutnya,
raja tersebut akan hilang kepercayaan daripada golongan diperintah secara perlahan-lahan. Pada
akhir abad ke 13 sebagai contohnya, raja yang memerintah Pagan ialah Narathihapate telah
mengetepikan para rahib dan gagal menghormati ajaran agama Hindu Buddha , hal ini telah
menyebabkan berlaku penguasaan sangha terhadap sistem pemerintahan kerana golongan ini
lebih mendapat kepercayaan daripada rakyat berbanding raja .
Selain daripada golongan sangha yang telah menguasai sebahagian besar pentadbiran di
pagan, golongan lain yang turut sama bergerak bebas ialah pembesar-pembesar negeri yang juga
terdiri daripada kalangan kerabat di raja yang memerintah. Golongan ini semakin bebas meluas
pengaruh di tambah pula dengan kejayaan menguasai dan menambah sumber tenaga manusia

24

atau tanah yang mana telah mengatasi kemampuan raja yang memerintah. 37 Hal ini telah
menyebabkan berlaku kemerosotan kuasa raja memerintah yang mana dapat membuktikan tahap
kredibiliti dan keupayaan seseorang raja untuk memerintah sesebuah kerajaan. Tambahan itu
juga, terdapat raja yang mengamalkan penindasan terhadap rakyat sendiri sehingga
menyebabkan raja tersebut hilang kepercayaan daripada rakyat, rentetan daripada inilah yang
membawa kepada penguasaan golongan bawahan raja yang akhirnya telah mencapai kejayaan
mengatasi pencapaian raja yang memerintah. Kesannya raja semakin kehilangan kuasa dan
kedudukan kerajaan mengalami kemerosotan sehingga membawa kepada kejatuhan empayar
secara keseluruhannya.

KERAJAAN KECIL YANG WUJUD SELEPAS KEMEROSOTAN EMPAYAR PAGAN


1. HANTHAWADDY PEGU [1287-1539]
Kerajaan Hanthawaddy adalah antara kerajaan terawal yang wujud selepas kejatuhan
empayar pagan yang juga merupakan kerajaan yang di asaskan oleh orang mon dan ibu kota bagi
pentadbiran ini terletak di pegu pada tahun 1369 yang mana sebelum ini terletak di Martaban
semasa di bawah pemerintahan Wareru pada akhir abad ke 13. Hikayat Slapat Rajawan ada
menyebut tentang tiga orang raja yang berjaya memerintah kerajaan ini sama ada dari segi politik
mahupun agama, antaranya ialah Binya Barow, Shin Saw Bu dan Dhammazedi. 38 Pada sekitar
37
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 37

38
25

tahun 1453 hingga 1472, kerajaan ini diperintah oleh oleh seorang ratu atau maharani iaitu
maharani Shin Saw Bu dan beliau berjaya memerintah dan melaksanakantanggungjawab
terhadap pentadbiran dan agam dengan baik yang pada masa itu di bantu oleh seorang penasihat
dari golongan rahib bernama Dhammazedi. Dhammazedi yang dilantik menjadi raja selama 20
tahun bermula pada tahun 1472 dan beliau adalah seorang raja yang terkenal dalam sumbangan
dalam mengukuhkan agama dan pentadbiran kerajaannya. Walaubagaimanapun terdapat seorang
lagi raja yang berjaya memerintah kerajaan ini dengan baik, iaitu raja Razadirat yang mana
beliau telah meningkatkan martabat bangsa melalui penyatuan kuasa mon di Hanthawaddy,
membangunkan Hlaing sebagai sebuah Bandar pertahanan serta membina biara Denek. Kejayaan
yang dicapai dalam pemerintahan kerajaan ini oleh raja Hanthawaddy dapat dinyatakan sebagai
era kebangkitan kerajaan ini dan bertahan sehinggalah di takluki oleh British pada abad ke 19.39

2. SHAN [1287-1557]
Selepas kejatuhan empayar pagan, telah muncul sebuah kerajan yang di asaskan oleh
orang shan yang bermula di bahagian selatan Myanmar yang digelar sebagai kerajaan shan.
Pada tahun 1388, pusat pentadbiran telah dipindahkan dari pinya ke ava dan apad amasa
yang sama negeri-negeri shan seperti Hsenwi, Hsipaw, Momeik dan Mohnyin mula menonjol
dari segi politik setelah para pembesarnya mendapat pengiktirafan dari China. pemerintah
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 40

39
ibid

26

shan tetap menggunakan dan mengamalkan beberapa warisan daripada kerajaan pagan
antaranya ialah masih mengekalkan sistem perajaan pagan, perkahwinan para pembesar dan
kerabat diraja dengan puteri-puteri pagan, pengekalan dari segi gelaran raja dan pembesar
dan yang paling utama ialah mengekalkan pagan sebagai pusat ilmu dan agar sehingga abad
ke 15.40 Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan ini meneruskan pentadbiran berlandaskan atau
berpandukan kegemilangan empayar yang terdahulu dan ini membuktikan bahawa pagan
telah mencapai taraf sebagai sebuah empayar yang berjaya.
3. ARAKAN [1287-1784]
Serangan kerajaan ava terhadap Arakan pada tahun 1404 telah menyebkan raja arakan
pada waktu itu bernama Narameikhla telah melarika diri ke benggala, namun pada tahun
1430 beliau berjaya menguasai kembali arakan dan kemudiannya menubuhkan sebuah
kerajaan di Mrauk-U (Mrohaung) terletak di antara sungai Lemro dan Sungai Kaladan dan ia
mencapai kegemilangan antara abad ke 15 sehingga abad ke 17. 41 Pada awal abad ke 15,
Narameikhla telah mendapatkan bantuan-bantuan daripada pahlawan-pahlawan islam dan
peristiwa ini telah menjadi tanda permulaan pengaruh islam ke dalam politik Burma dan
seterusnya membawa kepada pengaruh yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan arakan.
Arakan adalah salah satu kerajaan warisan pagan yang tidak di takluki oleh empayar

40
Abu Talib Ahmad. 2000. Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 42

41
Ibid

27

Toungoo. Sepertimana kerajaan-kerajaan yang lain, arakan juga mengalami kebangkitan


bergantung kepada kerajaan dan pemerintah yang memerintah.

Zaman kemerosotan yang di alami oleh empayar pagan ini tidak hanya dipengaruhi oleh
satu faktor sahaja tetapi sebenarnya melibatkan beberapa faktor antaranya ialah sikap raja
yang memerintah, serangan dari pihak monggol serta penguasaan dari golongan pembesar
dan sangha yang melampui kuasa raja yang memerintah pada era ini. Ekoran daripada
peristiwa kemerosotan ini, telah menyebabkan perpecahan semula kerajaan kecil di bawah
taklukan pagan dan membentuk kerajaan sendiri yang beradapatasikan warisan pemerintahan
Pagan dan ada juga kerajaan yang sebaliknya cuba melakukan perubahan yang tersendiri.

(SITI AMINAH DAN SITI HASNAH)

28

EMPAYAR TOUNGOO
Selepas kejatuhan kerajaan Pagan. Kerajaan Toungoo telah muncul pada tahun 128042 yang
berpaksi kepada bangsa Burma. Kerajaan ini muncul di sebuah perkampungan yang kecil dan
telah diasaskan dua pemimpin yang bersaudara. Manakala semasa pemerintahan Thinkaba
(1347-1348)43, gajah putih telah dijadikan lambang dalam sistem perajaan dan menjadi simbol
dalam sistem pemerintahan. Tonguoo telah berkembang selepas pemerintah raja Tonguoo iaitu
Myinkino (1486-1531) yang telah berjaya mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava yang
sebelum ini menakluk Tonguoo. Selain itu, Tonguoo juga telah menjadi tumpuan pelarianpelarian dari kalangan bangsa Burma yang melarikan diri daripada ditindas oleh bangsa Shan di
Ava juga telah berkembang pesat selepas mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Ava.
Tonguoo telah berkembang dengan pesat setelah kerajaan Ava jatuh pada abad ke-16 dan telah
berjaya meluaskan pengaruh ke Kyaukshe44.
Di Kyaukshe, Tonguoo telah memperolehi pelbagai penambahan sumber tanah, hasil
pertanian, pemburuan dan sebagainya. Dengan menggunakan sumber tanah dan buruh yang
banyak, dua orang pemimpin Tonguoo telah muncul dan mengasaskan wangsa Tonguoo iaitu
Tabinshweti dan Bayinnaung. Semasa pemerintahan Tabinsweti (1531-1550), beliau telah
42
Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 45.

43
Ibid hlm 45.

44
Ibid hlm 45.

29

memulakan penaklukan secara besar-besaran antara tahun 1534-1542. Tonguoo menggunakan


tentera Mon, San, Burma serta tentera upahan Portugis untuk menakluk beberapa negeri utama
seperti Pegu, Myaungmya, Martaban, dan Prome lalu dijadikan sebagai jajahan takluk. Setelah
berjaya menakluk beberapa negeri, Tabinshweti telah berjaya ditabal sebagai raja di Myanmar
dihilir yang pertama pada tahun 1542 dan tiga tahun kemudian menjadi raja di hulu dan secara
tidak langsung telah melayakkan baginda menjadi raja di seluruh Myanmar kecuali Arakan.
Pelbagai perkembangan telah dilakukan oleh baginda seperti berjaya menyatukan seluruh
Lembah Irrawaddy yang menjadi teras Empayar Tonguoo.

Selain itu, kerajaan Tabinsweti juga berusaha menggabungkan unsur-unsur Mon dan
Burma dalam pentadbiran negara kerana berkait rapat dengan kepentingan politik bangsa Burma
serta dengan bangsa Mon.45 Hal ini kerana menurut hikayat Hmannan Yazawin Dawgyi, raja
berbangga dengan keturunannya iaitu Burma, namun adat-adat istana terus diamalkan
daripada bangsa Mon. Tabinsweti juga telah mengambil langkah mengekalkan bangunan lama
Mon seperti istana raja-raja Mon manakala puteri-puteri Mon dibenarkan berpakaian tradisonal
ketika berada di istana. Pengaruh bangsa Mon berkesan sementara sahaja kerana beribu-ribu
pemuda Mon telah dikerah memasuki tentera untuk memerangi Ayutthaya namun dasar kerahan
tersebut telah membawa kesan buruk terutamanya dalam bidang pertanian yang menjadi teras
kestabilan masyarakat desa di lembah Irrawaddy. Ekoran daripada kekurangan buruh kerana
buruh telah dikerah menjadi tentera, kawasan pertanian telah terbiar serta menyebabkan
45
Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 16

30

kebuluran berlaku ekoran daripada permintaan telah melebihi pengeluaran. Sebagai akibatnya,
para pembesar Mon telah membuat pakatan untuk menjatuhkan Tabinsweti dengan membunuh
beliau pada 155046.

Pada tahun (1551-1581)47, Bayinnaung telah menggantikan Tabinsweti dan beliau


merupakan panglima kanan Tabinsweti. Bagi mengukuhkan kedudukan, beliau telah
memusnahkan kubu-kubu Mon di Pegudan Thayetmyo serta waris-waris Wareru di Martaban.
Manakala sekitar tahun 1555-1559, beliau telah memberi tumpuan kepada usaha menguasai Ava,
Shwebo, negeri-negeri Shan, seperti Lawksak, Yanghwe, Hsipaw, Bhamo, Linzi, Chiang Mai,
Momeik, Mongpai, Kengtung, Hsenwi dan Manipur dan Malipur yang terletak disebelah barat
Pagan (Myanmar)48. Hasil daripada penaklukan tersebut, beliau memperolehi pelbagai hasil
seperti zamrud, gajah putih, puteri-puteri Shan yang dijadikan gundik atau isteri, dan puteraputera Shan yang dijadikan sebagai tebusan di Tonguoo. Walaupun Bayinnaung berkuasa namun
terdapat pemberontakan yang dilakukan oleh orang negeri taklukan seperti yang berlaku pada
tahun 1562, 1571 dan 1574-1569.

46
Robert H. Taylor. 1987. The State in Burma. United Kingdom. C. Hurst & Co. hlm 47

47
Ibid

48
Ibid

31

Bayinnaung juga berhasrat menakluk Chiang Mai yang ditaklukinya pada tahun 1558 dan
Ayutthaya antara tahun 1560-1564. Tujuan utama imperialisme Tonguoo adalah bertujuan untuk
menambahkan sumber tanah dan tenaga buruh setelah bekalan dalam negeri semakin terhad
terutamanya golongan pekerja mahir. Manakala dalam serangan pada tahun 1558 hingga 1564 49,
beribu pekerja mahir Chiang Mai dan Ayutthaya telah berjaya ditawan, namun Bayinnaung
gagal menakluki Ayutthaya dan negeri-negeri yang lain kerana pemberontakan secara besarbesaran telah berlaku. Walaupun gagal, namun jika dilihat dari sudut pengukuhan, Bayinnaung
berjaya menggunakan punca kekayaan baharu yang diperoleh dari Pegu, Syriam, Martaban dan
Dallam (berhampiran Yangon) tanpa bergantung sepenuhnya kepada pertanian seperti yang
dilakukan oleh raja-raja Pagan. Selain itu, terdapat pelbagai syarat yang ketat dikenakan kepada
para pedagang bertujuan mengaut keuntungan dalam aktiviti perdagangan. Antara syaratsyarat tersebut adalah cukai dua peratus terhadap semua jenis barangan yang dibawa masuk
dan para pedagang hendaklah mematuhi prosedur kastam yang ditetapkan. Pelaksanaan ini
adalah dibawah pegawai-pegawai yang ditugaskan oleh beliau. Para pedagang juga diminta
memberi maklumat yang tepat tentang perdagangan yang dilakukan bagi mengelakkan sebarang
tindakan diambil jika didapati bersalah dalam hal-hal berkaitan perdagangan. Walaupun
undang-undang tersebut ketat, namun ia tidak menghalang saudagar asing datang ke Myanmar
bagi mendapatkan bahan dagangan seperti batu permata, kayu jati, beras dan sebagainya.

49
Ibid

32

Namun kerajaan Tonguoo telah mengalami kejatuhan pada 159950 dan kerajaan lama
Mon di Pegu begitu buruk sekali. Seperti yang sedia maklum, Wangsa Toungoo Pertama telah
muncul sejak kejatuhan kerajaan Pagan yang telah muncul di Toungoo pada tahun 1280. 51
Kerajaan Toungoo ini telah diasaskan oleh dua orang pemimpin yang bersaudara. Kerajaan
Toungoo ini menjadi tumpuan terutamanya dalam kalangan pelarian yang melarikan diri
daripada penindasan Bangsa Shan di Ava. Selepas pemerintahan Raja Toungoo yang bernama
Myinkino, ( 1486-1531) kerajaan ini telah berjaya mendapat pengikhtirafan daripada Ava dan
Kerajaan Toungoo telah berkembang dengan pesatnya. Hal ini kerana, dengan adanya
pengikhtirafan daripada Ava, secara tidak langsung Kerajaan Toungoo akan berkembang pesat
tanpa menerima ancaman daripada pihak luar.
Faktor utama yang menyebabkan kehancuran wangsa Toungoo Pertama pada hujung abad
ke-16 berkait rapat dengan masalah perebutan kuasa di kalangan keluarga diraja. 52Selain itu juga,
kejatuhan wangsa Toungoo Pertama ini juga dikaitkan dengan kelemahan Raja terakhir wangsa
ini iaitu Nandabayin ( 1582-1599) yang gagal mengawal tindak tanduk kaum-kerabatnya yang
mana mempunyai kuasa masing-masing di negeri-negeri kecil di Prome, Nyaungyan, Chiang
Mai, Toungoo dan Ava. Di samping itu juga, serangan yang kerap dilakukan terhadap Ayutthaya
50
D.G.E HALL. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 463.

51
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 45.

52
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala
Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm 49

33

yang dijalankan dengan kerap telah mengurangkan kuasa kerajaan pusat dan secara tidak
langsung telah menyebabkan kerajaan pusat tidak lagi mempunyai kekuatan ketenteraan bagi
mengahadapi sebarang cabaran politik dalam negeri itu. Oleh yang demikian, secara tidak
langsung kekuatan Wangsa Toungoo ini menjadi semakin lemah disebabkan kekuatan
ketenteraan yang semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Dalam pada itu juga, pada tahun
1593, Nandabayin telah melancarkan 5 kali serangan terhadap Ayutthaya dan kesempatan ini
diambil oleh saudara-saudaranya untuk melakukan pemberontakan terhadap baginda. Tidak lama
selepas itu, Toungoo yang dikuasai oleh sepupu Nandabayin telah berpakat dengan Razagri iaitu
Raja Arakan untuk memusnahkan Pegu pada tahun 1599. Dalam pada itu, sebelum serangan
dilakukan, Pegu telah diancam dengan serangan tikus yang telah menyebabkan hasil pertanian
mengalami kerugian besar lalu telah mengakibatkan masalah kebuluran dan seterusnya telah
menimbulkan masalah sosial yang tidak dapat diselesaikan oleh pemerintah pada masa itu. Tidak
lama kemudian, pada tahun 1599 juga Pegu telah dimusnahkan sama sekali oleh pasukan bersatu
dan seramai 300053 orang penduduknya telah melarikan diri ke Arakan. Pada masa yang sama
juga, Razagri turut membawa balik khazanah-khazanah peninggalan raja-raja Toungoo seperti
anting-anting emas Tabinshweti, harta Bayinnaung yang telah dirampas daripada Ayutthaya
seperti patung Buddha, seekor gajah putih dan seorang puteri Nandabayin.

Wangsa Tonguoo telah dipulihkan dalam 1600-1752. Wangsa ini telah diasaskan oleh
Nyaungyan yang merupakan putera kepada Bayinnaung54. Beliau telah mengukuhkan
53
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar.Kuala Lumpur .Dewan Bahasa dan Pustaka .hlm 49

54
34

kedudukannya di Meiktila dan Yamethin utara dan kawasan tersebut dijadikan sebagai markas
tentera. Namun pengukuhan tersebut tidak berjaya dan hanya pada zaman Anaukpetun (16051628)55 pengukuhan tersebut telah berkesan dan berjaya menakluk negeri-negeri Shan. Manakala
pada tahun 1613, Anaukpetun telah menawan Syriam dan dan berjaya menumpaskan orang
Portugis yang dipimpin oleh Philip de Brito. Philip Brito 56 merupakan seorang Portugis yang
berkhidmat dengan Raja Min Razagyi yang ditugaskan menjaga rumah kastam dan menjaga
orang Portugis yang tinggal di situ dibawah undang-undang sendiri. Anaukpetun jugak berjaya
menakluk beberapa buah negeri seperti Yei dan Martaban, kemudian diikuti Chiang Mai iaitu
negeri Shan yang terbesar pada 161557. Usaha menyerang Siam telah dihentikan dan beliau
melantik anaknya menerajui tampuk pemerintahan. Pada tahun 1628 58, Anaukpetun telah
memindahkan keluarganya dari Ava ke Pegu dan mula membuat rancangan untuk menyerang

Ibid. hlm 100.

55
Ibid. hlm 10.

56
D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 463.

57
Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 101

58
D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 467.

35

Ayutia. Namun selepas setahun kemudian, beliau meninggal dunia dan rancangan menyerang
Siam dibatalkan serta pada tahun 1635, ibukota tersebut dipindahkan semula dari Ava ke Pegu.

Manakala berbeza dengan dasar Thalun59 yang bermatlamat mengembalikan keamanan


dan menyusun masyarakat dengan bersifat konsenvatif. Pemerintahan beliau berkisar kepada
kerja-kerja pembaikpulih pentadbiran yang diketuai oleh menterinya yang bernama Kaingsa dan
ditugaskan

menyusun

buku

undang-undang

yang

pertama

dalam

bahasa

Burma,

Manusarashwemin60. Selain itu, beliau juga menyusun kawasan-kawasan pertanian di Kyaukse


dan sistem tanah milik anggota diraja. Penyiasatan Hasil Negeri yang dijalankan pada tahun
1638 merupakan kejayaan yang terbesar dan menjadi bahan sejarah yang bernilai jika masih
terdapat lagi pada hari ini.

Selepas kemerosotan Wangsa Toungoo pada tahun 1599, Wangsa Toungoo ini telah
dipulihkan oleh Nyaungyan iaitu salah seorang putera Bayinnaung 61. Dengan pulihnya Wangsa
Toungoo ini maka secara tidak langsung keadaan ekonomi dan politiknya bertambah stabil
59
D.G.E HALL, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 467.

60
Ibid. hlm 467.

61
Abu Taib Ahmad, 2000, Sejarah Myammar,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 101.

36

sehingga telah membawa kepada penambahan penduduk dan secara tidak langsung
mengukuhkan kedudukan sebuah kerajaan baharu pimpinan bangsa Burman. Wangsa Toungoo
ini menjadi semakin maju sehinggalah semasa pemerintahan Thalun ( 1629-1648), wangsa
Toungoo ini telah mengalami masalah politik yang serius disebabkan oleh pemberontakan Mon
di Moulmein pada tahun 1643-163562. Pada masa yang sama, Thalun bertindak tegas untuk
menghancurkan pemberontakan ini dan peristiwa ini telah menyebabkan berlakunya
penghijrahan beramai-ramai orang Mon ke Siam. Hal ini secara tidak langsung telah menghakis
nilai-nilai toleransi antara etnik dan pada masa yang sama juga, Thalun telah mengambil langkah
untuk memindahkan ibu kotanya dari Pegu ke Ava, iaitu dari kawasan tradisional Mon yang
bergantung kepada perdagangan antarabangsa kepada kawasan berteraskan pertanian yang
menjadi kawasan tradisional Burman. Akibat daripada perpindahan ibu kota dari Pegu ke Ava ini
secara tidak langsung merupakan titik tolak bermulanya kejatuhan dan kehancuran wangsa
tempatan.

Walaupun Thalun telah menyusun semula sistem pentadbiran Toungoo, namun terdapat
masalah lain yang lebih besar kepada Wangsa ini adalah apabila kerabat-kerabat terdekat mula
terlibat dalam intrik politik dan mengadakan permuafakatan dengan menteri ataupun pegawai
kanan istana. Faedah daripada peristiwa ini lebih berpihak kepada menteri dan pegawai kanan
istana kerana dapat mengatasi lawan mereka masing-masing. Apabila menteri dan pegawai istana
ini mempuyai kuasa, ada di antara mereka mampu menguasai raja sehingga raja yang muncul

62
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 101

37

pada penghujung abad ke-17 ,merupakan raja boneka semata-mata. Pada tahun 173563, keadaan
politik istana ini memberikan kesan buruk pada sistem pentadbiran dalam negeri. Hal ini kerana
pada masa itu, kejayaan seorang menteri telah menyingkirkan saingan politik dan pengikutnya
telah melumpuhkan sistem pentadbiran Wangsa Toungoo yang dipulihkan. Keadaan politik yang
tidak menentu ini telah memberi peluang kepada bangsa Mon di sebelah selatan mengadakan
pemberontakan setelah negeri-negeri naungan di sebelah timur dan barat menjalankan
pemberontakan terlebih dahulu. Hal ini kerana, pada masa ini, bangsa Burman masih bergantung
kepada bangsa Mon sehingga awal zaman Konbaung.

Menjelang awal abad ke-18, faktor penting yang menyebabkan keruntuhan Wangsa
Toungoo yang dipulihkan ini adalah faktor dalaman dan luaran Wangsa Toungoo itu sendiri.
Punca utama yang menyebabkan kejatuhan Wangsa ini adalah berpunca daripada raja-raja
Wangsa ini gagal mengawal sumber perburuhan negara.64 Akibat daripada masalah ini telah
menyebabkan rakyat melakukan penghijrahan beramai-ramai bagi mencari pekerjaan dan
seterusnya telah memilih Negara Siam untuk menjadi tempat tinggal dan perlindungan. Hal ini
telah menyebabkan golongan pemerintah telah melakukan kerahan tenaga buruh yang sedia ada
daripada kalangan bangsa Burman, Mon dan Shan bagi menjalankan projek-projek pembinaan
yang lebih besar ataupun sebagai tentera untuk menjalankan kempen ketenteraan di kawasan
timur dan barat.
63
Ibid 103

64
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 104

38

Di samping itu juga, pada masa yang sama negeri-negeri naungan Wangsa Toungoo juga
kerap mendatangkan masalah kepada kerajaan pusat. Pada tahun 1720an, negeri-negeri naungan
Wangsa Toungoo seperti Chiang Mai dan Vassal yang merupakan negeri yang penting di sebelah
timur telah berjaya membebaskan diri daripada cengkaman Ava manakala di sebelah barat pula,
tentera Manipur pimpinan Sharif Gawaz, beliau berjaya menawan ramai penduduk tempatan dan
berjaya merampas dan membawa balik binatang ternakan dengan banyaknya. Serangan-serangan
seperti ini telah menimbulkan ketakutan serta huru-hara kepada dalam kalangan orang Burman
dan akhirnya Ava tidak lagi berupaya untuk menangani masalah-masalah yang dihadapi. Kesan
daripada masalah ini, pada tahun 1730an dan tahun 1740an 65, Wangsa Toungoo ini telah
mengalami masalah kebuluran, banjir dan kemarau yang telah memberi kesan terhadap
pengeluaran pertanian dan ekonomi masyarakat desa. Selain itu juga, pemimpin Negara juga
gagal mengawal keadaan negara serta gagal memberi perlindungan kepada rakyat ketika aktiviti
rompakan dan samun semakin berleluasa dalam kerajaan ini. Hal ini disebabkan oleh kegagalan
pemimpin-pemimpin atasan yang mentadbir dan mengawal keamanan Negara.

Krisis sosiopolitk dalam Wangsa Toungoo ini semakin menjadi-jadi apabila tercetusnya
satu pemberontakan pada tahun 1740 di Pegu66. Peristiwa ini bermula dengan pemberontakan
65
Abu Taib Ahmad. 2000. Sejarah Myammar. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 104

66
Ibid hlm 105

39

myowun pegu yang bangkit menentang Ava. Akan tetapi, beliau kemudiannya telah dibunuh oleh
rakyat tempatan disebabkan oleh kekejaman sistem pentadbirannya. Selain itu juga, Ayutthaya
juga turut terlibat dengan membantu negeri-negeri Mon di sebelah selatan yang turut
memberontak seperti Yei, Martaban, Tavoy dan Tenasserim. Daripada pemberontakan ini dapat
dilihat bahawa semasa Wangsa Toungoo ini, pemberontakan ini berlaku disebabkan oleh sifat
tidak puas hati dalam kalangan etnik-etnik yang berada di bawah zaman pemerintahan Wangsa
Toungoo ini. Secara keseluruhannya, kemerosotan yang berlaku dalam Wangsa Toungoo ini lebih
menjurus kepada faktor luaran dan dalaman kerajaan itu sendiri. Faktor dalaman yang dapat
dilihat yang telah membawa kepada kemerosotan Wangsa ini adalah disebabkan oleh masalah
perebutan takhta dalam kalangan kerabat serta pembesar-pembesar negeri, masalah pentadbiran
yang lemah, serta masalah luaran seperti pemberontakan dalam kalangan etnik-etnik dan
seterusnya telah membawa kepada kejatuhan Wangsa Toungoo pada akhir abad ke-18. Secara
keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa kemerosotan dan kejatuhan Wangsa Toungoo ini
amat berkait rapat dengan masalah dalaman dan luaran Wangsa ini sendiri.

ROSZIANI BINTI HAMAT


EMPAYAR KOUNBOUNG (1752-1885).
Wangsa Konbaung ialah wangsa tempatan yang terakhir sebelum Burma dikuasai sepenuhnya
oleh Inggeris pada tahun 188667.Wangsa Konbaung telah diasaskan oleh Alaunghpaya68 pada
67
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu
Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

68
40

1753. Alaunghpaya merupakan keturunan pembesar daerah

di Moksobo (pada tahun 1837

daerah ini dinamai Shweibo) dengan memegang jawatan kyei-gaung 69. Jawatan ini bertugas
sebagai mengurus, merakam dan mengutip komisen jual beli tanah serta sebagai ketua kampung.
Selepas Alaunghpaya, raja-raja yang menaiki takhta terdiri daripada

anak-anak dan waris

terdekat seperti Naungdawgyi (1760-63), Hsinbyushin (1763-75), Singu-min (1775-81),


Bodawhpaya (1781-1819), Bagyidaw (1819-37), Tharawaddy (1837-46), Pagan-min (1846-53),
Mindon-min (1853-73) dan Thibaw (1873-1885). Seorang lagi Maung Maung(anak kepada
Singu dan cucu Alaunghpaya) hanya menjadi raja selama seminggu pada tahun 1781 kerana
digulingkan oleh bapa saudaranya iaitu Bodawhpaya70.
Perkembangan Wangsa Konbaung mencakupi tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial.
Dalam aspek politik telah berkembang melalui beberapa pembaharuan dalam bidang
pentadbiran. Sistem pentadbiran yang telah dijalankan dalam negara tersebut mengikut
pemerintah-pemerintah dalam wangsa tersebut. Sebagai contoh, Bodawhpaya(1782-1819) pada
tahun 1784 dan 1803 (Htin Aung, 1967)71 telah menjalankan kajian untuk menentukan potensi
negara dari segi keluasan tanah yang boleh dikerjakan, hasil tanah, cukai serta perkhidmatan
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 108.

69
Ibid, hlm 108.

70
Ibid, hlm 110.

71
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu
Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

41

kerah dalam kalangan 2 juta orang penduduk. Hal ini kerana perkembangan dalam negara
tersebut berdasarkan keluasan tanah yang dimiliki. Semakin banyak tanah jajahan yang ditakluki
dan dimiliki akan menyebabkan kekuasaan terhadap kerajaan tersebut amat digeruni oleh
kerajaan lain. Di samping itu, beliau telah membina biara Myingun, banci penduduk, mengawal
agama dan institusi sangha dan telah menakluk Arakan (1784) 72. Melalui penaklukan ini telah
menguntungkan Wangsa Konbaung kerana telah mendapat tenaga manusia seramai 20 000 orang
Siam. Beliau juga telah merampas harta benda dari tanah takluknya. Sebagai contoh, patung
Mahamuni yang menjadi kebanggaan penduduk tempatan.
Semasa pemerintahan Mindon (1852-1878) telah berlaku beberapa perubahan iaitu
penghapusan sistem myosa yang diganti dengan sistem bayar gaji, sistem nazir bagi pentadbiran
daerah, cukai baru yang berdasarkan kepada keadaan kewangan keluarga dan penghapusan
kelas ahmudan73. Mindon juga telah

menggunakan langkah-langkah permodenan yang

dijalankan seperti memperkenalkan kapal wap untuk pengangkutan sungai, penggunaan


telegraf, membina kilang-kilang untuk memproses hasil pertanian dan menggunakan penasihatpenasihat pakar dari Eropah.

Ekoran daripada memperkenalkan kapal wap ini sebagai

pengangkutan di Sungai Irrawaddy. Perubahan pentadbiran melalui sistem pembayaran gaji


kepada semua kakitangan kerajaan. Selain itu, Mindon juga telah berusaha mendapatkan
pengiktirafan antarabangsa ke atas wilayah Burma Hulu secara diplomasi. Sebagai contoh,

72
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 111.

73
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu
Sdn.Bhd, 1991, hlm 34.

42

Mindon mendapat pengiktirafan negara-negara Eropah dengan menghantar beberapa


rombongan ke luar negara seperti India, Itali, Perancis dan British74.
Selain itu, sistem pentadbiran dimantapkan lagi melalui peranan dan tugasnya kepada
kakitangan dalam Wangsa Konbaung. Pentadbiran negara telah diagihkan kepada pegawaipegawai mengikut fungsi masing-masing seperti Raja Muda, wungyi (menteri), wundauk
(menteri muda), setiausaha-setiausaha dan atwinwun (pegawai istana) 75. Wungyi dan Wungdauk
menjadi anggota Majlis Negara (Hluttaw) yang berfungsi sebagai mahkamah agung. Hluttaw
berkuasa penuh ke atas beberapa jabatan kerajaan seperti perbendaharaan, menyimpan
kelengkapan tentera dan keputusan yang disampaikan oleh raja walaupun keputusan tersebut
tidak semestinya dilaksanakan dalam kerajaan. Atwinwun pula mempunyai darjat yang lebih
rendah daripada wundauk tetapi atwinwun lebih berkuasa dalam istana kerana mereka
mempunyai hubungan yang rapat dengan raja dan sentiasa berada di sisi raja dan kerabatnya.
Perubahan dalam sistem penjawatan dan kenaikan pangkat dalam Wangsa Konbaung
telah diteruskan. Kenaikan pangkat dalam pentadbiran Burma Klasik dibuat dengan berbagaibagai-bagai cara seperti melalui pendidikan, perkhidmatan tentera dan sebagainya 76. Sebagai
contoh, kenaikan pangkat melalui perkhidmatan yang disumbangkan oleh pegawai di dalam
74
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 114.

75
Abu Talib Ahmad, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara,Terengganu:Percetakan Yayasan Islam Terengganu
Sdn.Bhd, 1991,hlm 25.

76
Ibid,hlm 24.

43

bidang pentadbiran seperti Kinwun Mingyi seorang menteri (1870-an) menampakkan pentingnya
hubungan patron-klien seperti di antara guru murid (hsayatabyet) bagi mencapai taraf yang lebih
tinggi dalam pentadbiran tempatan. Kinwun Mingyi merupakan seorang menteri kanan(1870-an)
dan mementingkan hubungan patron-klien bagi mencapai taraf yang lebih tinggi dalam
pentadbiran tempatan.
Perkembangan politik dalam Wangsa Konbaung juga berlaku pada pemerintahan
Hsinbyushin (1766) iaitu beliau telah memperkenalkan kempen ketenteraan 77. Kempen ini
dijalankan untuk meluaskan sempadan negara di sebelah timur dan memusnahkan Ayutthaya.
Melalui peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam kepada Siam dan telah membawa
kepada kemunculan satu wangsa baru di Siam yang berpusat di Bangkok (Wangsa Chakri).
Ekoran daripada kempen tersebut telah membawa imej yang baru dalam Wangsa Konbaung
kerana dapat menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang menjadi takluknya.
Perkembangan dalam aspek ekonomi telah berkembang dengan sederhana pesatnya. Hal
ini telah dibuktikan melalui munculnya profesion baru dan rakyat telah mula berhijrah dari desa
ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan yang baik 78. Keadaan begini adalah jauh berbeza
dengan suasana huru-hara dan penderitaan yang telah dialami oleh Burma Hilir. Surat-surat
papan yang mendapatkan gaji yang lumayan. Dengan ini, penduduk berhijrah untuk
mendapatkan gaji yang lumayan dan ingin mengubah taraf hidup mereka. Kemakmuran ini
77
Abu Talib Ahmad. 2000.Sejarah Myanmar. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 111.

78
Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn.Bhd.hlm 34.

44

adalah hadir daripada bertambahnya permintaan kayu jati Burma oleh industri perkapalan di
India dan Eropah.
Selain itu, rakyat biasa tinggal di desa yang menjadi teras pentadbiran daerah dan
mereka menanam padi sawah. Perhubungan rakyat dengan dunia luar adalah terhad kerana
Burma sentiasa dapat memenuhi segala keperluan ekonominya seperti perkembangan ekonomi
seni dan biara. Hasil-hasil keluaran dalam negeri merangkumi jenis-jenis logam, buah-buahan,
sayur-sayuran, ikan dan beras79. Keperluan makanan ini yang mencukupi tidak menjadi masalah
kepada rakyat dalam menyara hidup dengan aman. Perniagaan dalam negeri juga dikawal oleh
pemerintah. Bahan-bahan makanan seperti beras, sekoi, minyak sayur, ikan, garam, buahbuahan, buluh dan kayu untuk pembinaan masih dikeluarkan dengan banyaknya bagi keperluan
rakyat.
Rakyat yang berada di pinggir utara Burma telah menggunakan 3 cara pertanian iaitu
taungya monsun, taungya padang, dan lenggek80. Taungya monsun merupakan sistem ladang
yang diamalkan oleh orang asli. Sistem pertanian yang diperkenalkan dengan menggunakan
cara-cara tertentu untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar seperti hakisan dan
kepupusan hutan. Pertanian jenis taungya padang dan perkembangan penduduk yang pesat telah
memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Di samping itu, pertanian lenggek disifatkan sebagai
mengagumkan bagi satu kelompok masyarakat pinggir yang dianggap primitif.
79
Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn.Bhd. hlm 30.

80
Ibid. hlm 32.

45

Perkembangan dalam aspek sosial pula, bidang kesusasteraan lebih berkisar mengenai
siri penulis dan tidak lagi kepada istana dan masyarakat atasan. Hal ini kerana pendidikan
hanya mendapat sambutan oleh golongan ulama yang menulis puisi, cerita dan sebagainya
khususnya dalam bidang kesusteraan. Penulis dari mereka telah memberi kefahaman kepada
rakyat jelata mengenai perkara yang ingin disampaikan. Kepercayaan agama Buddha Theravada
diamalkan dalam kalangan rakyat Burma. Keasyikan raja-raja Theravada untuk mengumpul
gajah putih banyak diceritakan dalam hikayat-hikayat Burma seperti Hmannan Yazawin. Dengan
memiliki gajah putih raja tersebut dianggap lebih gagah dan negara semakin makmur tanpa
sebarang kebimbangan tentang perubahan yang berlaku. Kepercayaan ini juga berkait rapat
dengan mitos tempatan dan Buddhisme yang menyifatkan gajah putih sebagai simbol kedaulatan
sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa-kuasa ghaib.
Kemerosotan Wangsa Konbaung berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti
perebutan tahkta, hubungan raja dengan sangha, ketiadaan cara yang sesuai bagi penggantian
raja sehingga melibatkan pertumpahan darah dan sebagainya. Kemerosotan Wangsa Konbaung
yang pertama akibat daripada perhubungan dengan Inggeris. Perhubungan dengan Inggeris yang
akhirnya membawa kepada peperangan pada tahun 1823-1825, 1852 dan 1885. 81

Sarjana

Inggeris seperti Hill keadaan yang berlaku selepas tahun 1824 ialah usaha yang disengajakan
kerajaan Burma yang sudah hilang pengaruhnya untuk menyusahkan serta memalukan wakilwakil Inggeris sehingga pada tahun 184082 Residen Inggeris terpaksa ditarik keluar dari
81
Abu Talib Ahmad. 1991.Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Terengganu. Percetakan Yayasan Islam
Terengganu Sdn.Bhd .hlm 34.

82
Ibid, hlm 35.

46

Mandalay. Peperangan yang berlaku pada tahun 1852 berpunca daripada usaha Burma untuk
mengembalikan maruah negara dengan tindakan lain termasuk mengenakan hukuman yang berat
ke atas penipu-penipu yang terdiri daripada saudagar Inggeris di Ranggon.
Perebutan tahkta merupakan salah satu kemerosotan dalam Wangsa Konbaung. Hal ini
dapat dibuktikan perebutan tahkta di antara Bodawhpaya dengan Maung Maung. Bodawhpaya
telah merampas kedudukan Maung Maung sebagai raja. Maung Maung menjadi raja selama
seminggu dan direbut oleh Bodawhpaya iaitu bapa saudara Maung Maung. Kelemahan sikap
pemerintah itu sendiri merupakan kemerosotan pada Wangsa Konbaung. Sikap yang dititik
beratkan untuk menjadi seorang raja dilihat melalui hubungan raja dengan sangha. Pada
pemerintahan Alaunghpaya, beliau tidak berani mengakui dirinya sebagai cakkarvattin ataupun
bodhisatta. Dalam agama mereka raja dianggap ketua agama dan mempunyai keabsahan tetapi
pemerintahan Wangsa Konbaung tidak mengakui keabsahan diri mereka secara sepenuhnya.
Hsinbyushin hanya mengaitkan dirinya dengan beberapa ciri penting yang dipunyai
cakkarvattin manakala Bodawhpaya pula cuba mendapatkan status metteya (penyelamat agama)
tetapi percubaan ini mendapat tentangan sangha menyebabkan raja bertindak tegas kepada rahib.
Raja-raja lain juga meniru tindakan yang dilakukan oleh Hsinbyushin iaitu mengakui diri mereka
mempunyai ciri-ciri cakkarvattin seperti penggunaan adat-istiadat, jampi mantera, penekanan
kepada harta yang banyak, isteri dan gundik yang ramai, gajah putih dan meletakkan para
pembesar Shan sebagai vasal yang bertaraf raja bagi membolehkan raja-raja Konbaung digelar
sebagai raja kepada semua raja83.

83
Abu Talib Ahmad, Sejarah Myanmar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm 111.

47

Thibaw (raja terakhir Wangsa Konbaung) banyak kelemahan yang negatif dalam
pentadbiran seperti sifat-sifatnya, peranannya dalam mengendalikan sesuatu perkara dalam
pentadbiran, pergolakan hebat di kalangan pegawai kanan istana, pengaruh dan peranan yang
dimainkan oleh Supayalat dalam pentadbiran negara. Dengan ini, dapat dilihat bahawa Thibaw
merupakan seorang individu yang lemah. Sebagai contoh, peristiwa pembunuhan bermai-ramai
saudara maranya di Mandalay pada awal tahun 1879 dan tahun 1883. Hampir 50 orang kaum
kerabat Thibaw yang terkorban. Beliau telah memantapkan pentadbiran negeri seperti
menentukan bidang tugas para pegawai kanan kerajaan tetapi tidak memberi kesan. Semasa
pemerintahan Thibaw juga telah meletus satu pemberontak dan bangsawan Shan yang menolak
dasar-dasar baru yang dikenakan terhadap mereka dan pemberontakan ini berjaya ditumpaskan
oleh tentera British-India selepas tahun 1885.
Kelemahan sikap raja dalam urusan pentadbiran juga merupakan kemerosotan Wangsa
Konbaung. Hal ini dapat dibuktikan melalui pada zaman pemerintahan Hsinbyushin yang gagal
mengawal golongan pentadbir dan terpaksa berhadapan dengan beberapa penentangan di dalam
negeri yang melibatkan kaum kerabat, golongan pentadbir dan pegawai tinggi tentera.
Kelemahan sikap beliau dalam urusan pentadbiran telah menyebabkan kemerosotan sehingga
tercetusnya penentangan dalam istana itu sendiri.

48

ULASAN
Pada pandangan kumpulan kami, perkembangan wangsa yang paling menonjol daripada
ketiga-tiga wangsa ialah Wangsa Konbaung. Hal ini kerana pemerintah atau raja Wangsa
Konbaung telah membuat perubahan dan pembaharuan dari segi politik bagi mencapai ke arah
pemodenan. Perubahan yang dilakukan oleh raja-raja dari segi politik ialah memantapkan lagi
urusan pentadbiran, kewangan, hasil tanah dan cukai, kenaikan pangkat dan sebagainya. Segala
pentadbiran yang berbentuk tradisional telah dihapuskan dan diganti. Sebagai contoh, semasa
pemerintahan Mindon telah melakukan perubahan penghapusan sistem myosa yang diganti
dengan sistem bayar gaji. Sistem pembayaran gaji ini adalah khususnya untuk kakitangan
kerajaan.

49

Kenaikan pangkat bagi kakitangan kerajaan melalui pengalaman bekerja dan tahap
pendidikan yang dimiliki oleh kakitangan tersebut. Semakin lama mereka berkhidmat kepada
kerajaan akan dinaikkan pangkat yang tinggi dan diberikan ganjaran bagi perkhidmatannya
untuk kerajaan. Sebagai contoh, Kinwun Mingyi (menteri kanan) mendapatkan pendidikan yang
lebih tinggi tarafnya dalam pentadbiran tempatan. Selain itu, pentadbiran negara diagihkan
kepada pegawai-pegawai mengikut fungsi dan peranan masing-masing. Sebagai contoh, Wungyi
dan Wungdauk menjadi anggota Hluttaw (Majlis Negara) yang berkuasa ke atas jabatan
kerajaan. Hal ini kerana majlis negara merupakan badan yang penting semasa berlangsung
mesyuarat dan persidangan dengan raja. Oleh itu, jelaslah bahawa perkembangan politik dalam
Wangsa Konbaung telah memberi kemajuan dan akhirnya telah membawa kemerdekaan kepada
negara Burma.

KESIMPULAN
Ketiga-tiga wangsa seperti Wangsa Pagan, Wangsa Tonguoo dan Wangsa Konbaung telah
mengalami perkembangan yang berbeza melalui aspek politik. Sistem pemerintahan beraja
mempunyai pengaruh yang besar dan menggunakan konsep kosmologi yang mana raja
merupakan pemerintah tertinggi dalam hal ehwal pentadbiran, agama, ketenteraan dan adat
resam. Oleh yang demikian raja mempunyai pengaruh yang lebih besar di dalam sesebuah
wangsa tersebut. Perkembangan sesebuah wangsa bergantung pada kuasa raja yang memerintah
dan menguasai sesebuah wangsa lain. Sebagai contoh, perkembangan ini disebabkan oleh
peluasan kuasa dan penaklukan tanah jajahan. Wangsa Tonguoo telah meluaskan pengaruh
dengan menakluki Chiang Mai manakala Wangsa Konbaung telah menakluki negara Siam.

50

Kemerosotan sesebuah wangsa disebabkan oleh kelemahan pemerintah itu sendiri.


Sebagai contoh, Wangsa Tonguoo telah mengalami kemerosotan akibat pergolakan dalam
kalangan kerabat-kerabat diraja serta pembesar-pembesar dalam meluaskan pengaruh. Selain itu
juga, Wangsa Konbaung telah mengalami kemerosotan ekoran daripada perhubungan dengan
pihak British sehingga membawa kepada penentangan dalam masyarakat dan peperangan yang
berlanjutan selama bertahun-tahun.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa daripada ketiga-tiga wangsa ini, Wangsa Konbaung
lebih menonjol berbanding dengan Wangsa Pagan dan Wangsa Tonguoo. Hal ini kerana Wangsa
Konbaung telah mengalami perkembangan pesat dalam aspek politik terutamanya dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran. Di sini dapat ditegaskan bahawa Wangsa Konbaung telah
membawa perubahan sistem politik dalam negara Burma.

51