Anda di halaman 1dari 1

Orang Malaysia rata-rata anak muda dan remaja sekarang tidak tahu menahu langsung tentang apa

yang terjadi di Rohingya. Malah ada yang tidak tahu apa itu Rohingya. Sejenis kuihkah tanya mereka.
Sedih dan amat memilukan. Ilmu anak-anak remaja kita hanya sebatas tebing sungai golok dan tidak
langsung mengambil tahu apa yang terjadi kepada saudara kita di Myanmar. Mereka tahu lagu ini
disebabkan sekumpulan pelawak membawa lagu ini secara live lalu mereka sanggup mencari. Sini
abang nak cerita apa itu Rohingya. Rohingya adalah salah satu etnik yang terdapat di Myanmar, ratarata etnik Rohingya adalah beragama islam dan berketurunan benggali. Rohingya memasuki
Myanmar ketika era pemerintahan British abad ke 19. Malangnya, selepas kemerdekaan Myanmar,
hak etnik Rohingya dianak tirikan oleh pemerintah Myanmar disebabkan oleh pemerintah Myanmar
tidak mengiktiraf mereka yang datang ke Myanmar selepas kemerdekaan. Etnik Rohingya dibantai
dan dihalau dengan cara yang kasar sehingga ada yang menjadi mangsa pemancungan
pemerintahan Myanmar. Isu ini menjadi isu global dan dibawa hingga ke PBB. Etnik Rohingya ini
dibenarkan menjadi pelarian di negara asing disebabkan ketidak adilan dan kekejaman yang
dilakukan pemerintan myanmar terhadap mereka. Mereka lari ke serata dunia hingga ke Malaysia.
Mereka ini memegang kad pengenalan yang dikeluarkan oleh PBB sebagai orang pelarian yang sah
dan perlu mendapat perlindungan dari kerajaan negara yang dipilih mereka.

Anda mungkin juga menyukai