Anda di halaman 1dari 3

Banjir Lumpur Cameron Highland

Oleh : Nuratikah Binti Rodi (A145657)

Tragedi banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highland, Pahang 5


November 2014 yang lalu bagaikan mimpi ngeri kepada penduduk
setempat. Menurut akhbar Berita Harian yang bertarikh 6 November
2014,

seorang

budak

lelaki

berusia

13

tahun

dilaporkan

lemas

dihanyutkan air manakala seorang pekerja kebun sayur warga Nepal maut
ditimbus tanah runtuh. Dari akhbar yang sama, turut dinyatakan kira-kira
150 orang daripada 37 keluarga di Pekan Baru Ringlet dipindahkan ke
Dewan Orang Ramai Ringlet berikutan keadaan banjir yang semakin buruk
pada hari tersebut. Manakala akhbar Utusan pula melaporkan bahawa 3
nyawa telah terkorban dan lebih 20 kediaman telah musnah dihanyutkan
air. Kejadian ini bukanlah baharu pertama kali berlaku kerana kejadian
yang sama pernah berlaku di Lembah Bertam pada 23 Oktober tahun lalu
yang mana telah mengorbankan seramai empat nyawa.
Berikutan dengan kejadian ini, pelbagai faktor dikenalpasti telah
menyumbang kepada berlakunya banjir lumpur ini. Antaranya adalah
pembangunan yang tidak terkawal oleh para pemaju. Jika dilihat,
pembangunan

kawasan

perumahan

dan

komersial

langsung

tidak

mengambil kira kesan dan impaknya ke atas alam sekitar. Contohnya,


lumpur lumpur yang terhasil dari kawasan binaan dibiar memasuki
sungai tanpa disekat menyebabkan sungai berdekatan menjadi kotor
manakala bukit bukit yang ditarah pula langsung tidak ditutupi dengan
rumput

mahupun

penerokaan

plastik.

kawasan

untuk

Seterusnya
pertanian

adalah
secara

berpunca
tidak

daripada

terkawal

oleh

pengusaha pengusaha ladang dan kebun sayur yang terdiri daripada


penduduk setempat dan juga para pendatang asing terutamanya.
Jelasnya, terlalu banyak tanah baru yang diteroka dan diceroboh untuk
dijadikan kawasan pertanian. Kawasan pertanian ini pula dilakukan tanpa
mengikut peraturan yang tersedia oleh pihak berkuasa. Kawasan bukit
telah ditarah tanpa mengikut spesifikasi dan panduan yang telah
ditetapkan. Isu pendatang asing di Cameron Highland juga turut menjadi

perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana mereka telah


mencatatkan jumlah populasi yang semakin meningkat saban tahun. Di
samping itu, hujan lebat yang berterusan turut dikatakan menyebabkan
kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur
dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu. Lantaran itu, Ketua Balai Jabatan
Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands meminta penduduk di sekitar
Lembah Bertam agar sentiasa peka dan waspada dengan loceng amaran
pihak berkuasa berikutan peningkatan paras air di Empangan Bertam.
Justeru itu, pelbagai langkah persediaan dan pelan pengurusan bagi
menghadapi bencana banjir perlu dititikberatkan agar pisang tidak
berbuah dua kali. Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, Timbalan Naib Canselor
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dalam Analisis Awani berkata,
untuk memastikan kelestarian pengurusan banjir, penerokaan hutan
secara haram perlu dikawal dan penguatkuasaan oleh pihak terlibat perlu
diperketatkan lagi.
"Saya yakin masalah sebenarnya adalah ketirisan, sebenarnya kita ada
pelbagai garis panduan pengawalan banjir, pengurusan pasir, tanah
tinggi, akta, 43 akta pengurusan sekeliling. Tapi sejauh mana akta ini
dilaksanakan? Ini yang sebenarnya menjadi isu di Cameron Highlands.
"Saya

yakin

mengurangkan

kalau

semua

ketirisan

pihak

ini,

berkuasa

punca

utama

dan

agensi

impak

banjir

kerajaan
kepada

masyarakat dapat diminimakan," ujar Mohd Ekhwan.


Tambahnya lagi, bagi menghadapi musim tengkujuh, agensi kerajaan
terlibat termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), polis, pejabat daerah, dan
Jabatan

Pengairan

Dan

Saliran

perlu

bersedia

berganding

bahu

menghadapi dan bekerjasama menghadapi musim banjir. Selain itu,


tindakan pasca banjir perlu dilaksanakan secara konsisten seperti
merencanakan

semula

pelan

pembangunan

komprehensif

dengan

mengambil kira pelan penampan banjir termasuk pengurusan empangan


dan saliran yang lebih baik. Akhir sekali, penduduk setempat perlu dididik

tentang pentingnya pemuliharaan alam semulajadi dan sentiasa bersiap


sedia dalam menghadapi situasi cemas seperti banjir lumpur dan juga
tanah runtuh.

(571 patah perkataan)