Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

SMK TENGKU ABDULLAH, PEKAN PAHANG TAHUN 2010


A. LATAR BELAKANG
Pendidikan inklusif ialah satu program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia Bahagian Pendidikan Khas (BP Khas) khusus untuk pelajar Program
Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PIPKBP). Pendidikan inklusif
menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti slow
learner, sindrom down, autisme , terencat akal ringan dan sebagainya supaya dapat
belajar di dalam kelas arus perdana bersama rakan sebaya. Mereka dibantu dengan
alat sokongan khas serta mendapat bimbingan dari guru mata pelajaran yang
bekerjasama dengan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran
akademik ringan.
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Tengku Abdullah, Pekan mempunyai
seramai 51 orang pelajar (2009) meningkat kepada 59 orang pada tahun 2010.
Cadangan ini adalah untuk mengadakan program inklusif separa atau penuh kepada
seramai 6 orang pelajar sahaja dalam kategori slow learner .
B. RASIONAL
Pendidikan inklusif menjadi faktor penting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf
hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua pelajar
terutama pelajar Pendidikan Khas.
Pendidikan inklusif akan dapat memastikan:
Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya
Peluang berinteraksi antara pelajar istimewa dengan pelajar lain
Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil
Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil
Peluang pelajar istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat
Menerapakan nilai-nilai murni di antara pelajar istimewa dengan pelajar lain
Memastikan pelajar istimewa dapat menduduki peperiksaan awam PMR dan
SPM
C. MATLAMAT
Pendidikan inklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanakkanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya, ia memberi peluang
kepada pelajar Pendidikan Khas untuk belajar di kelas arus perdana dan menyertai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pendidikan inklusif juga adalah ke arah pembentukan masyarakat penyayang.
Dengan cara ini mereka akan menyesuaikan diri awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya berdikari
dan berkeyakinan diri.

D. OBJEKTIF

Pelajar berkepeluan khas dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kelas biasa
daripada masa mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan
peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam
konteks lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model)
Mengamalkan tingkahlaku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna.
Pendidikan inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar istimewa
untuk berdikari dan memperolehi peluang kerjaya
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam
kehidupan seharian.
Pelajar-pelajar biasa dapat membantu menerapkan nilai-nilai murni dan
menyokong serta membantu rakan-rakan di kelas khas malah dapat belajar
memahami pelajar-pelajar istimewa ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan
dan kecacatan.
E. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Program pendidikan inklusif ini dijalankan secara Partical Inclusion.
Berikut
disenaraikan langkah-langkah yang akan dijalankan dalam program pendidikan
inklusif di sekolah ini:
1. Mengadakan perbincangan dengan pentadbir (pengetua) dan guru-guru
normal yang terlibat.
2. Mengumpul dan mengenalpasti maklumat pelajar pendidikan khas yang akan
mengikuti program inklusif
3. Mengadakan perbincangan dan persetujuan ibu bapa.
4. Mengadakan sesi suaikenal di antara pelajar kelas khas dan kelas biasa
5. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal pelajar khas dalam
bilik darjah biasa.
6. Memantau dan mengenalpasti sejauh mana pelajar dapat menguasai
kemahiran yang telah diajar di kelas biasa.
7. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian bagi membantu mereka.
8. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan pelajar berkepeluan
khas
9. Mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran inklusif separa atau sepenuh
masa
10. Memastikan pelajar berkeperluan khas memasuki kelas biasa mengikut
kebolehan dan keupayaan diri masing-masing.
11. Penilaian keberkesanan program inklusif dijalankan secara berperingkatperingkat.

F. PELAN TINDAKAN
AKTIVITI

PIHAK

KUMPULAN

MASA/TEMPA

BERTANGGUNGJAWAB

SASARAN

Pendedahan Program
Pendidikan Inklusif (PI)

GPK Pendidikan Khas


Guru Penyelaras Pendidikan
Khas

Pentadbir, Guru Pend.


Khas, Guru Kelas
terlibat

Januari/sekolah

Mesyuarat Penyelaras

Pentadbir/Guru Penyelaras
Pendidikan Inklusif

Guru Kelas terlibat

Februari/sekola
h

Pembentukan AJK
Program Pendidikan
Inklusif peringkat sekolah

Pentadbir/Guru Penyelaras
Pendidikan Inklusif

Guru kelas khas dan


guru arus perdana

Februari

Pemilihan
Pelajar/Penentuan Guru
dan Kelas

Pentadbir/Guru Penyelaras
Pendidikan Inklusif

Guru Kelas Khas dan


Guru arus perdana

Februari

Penyediaan Jadual Waktu


dan RPI

Guru Kelas Khas

Pelajar Pendidikan
Inklusif/Guru
Pendidikan Inklusif

Februari

Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif
secara berterusan

Pentadbir/Guru-guru Kelas
Khas

Semua guru yang


terlibat

Berterusan

G. CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA PENDIDIKAN INKLUSIF

PENASIHAT
Pengetua SMKTA
3

GPK Pendidikan
Khas

GPK
Pentadbiaran

GPK Hal Ehwal


Murid

Guru Arus
Perdana yang
terlibat

Guru Pendidikan
Inklusif

GPK
Kokurikulum

Semua Guru
Pendidikan Khas

H. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF SEKOLAH MENENGAH


TENGKU ABDULLAH, PEKAN PAHANG BAGI TAHUN 2010.
Penasihat

:Haji Abdul Razak Bin Mohamed (Pengetua)

Pengerusi

:En.
En.
En.
En.

Setiausaha

: Cik Kartini Binti Yusof

Ahli Jawatankuasa

:Mohd Amirullah b. Abdul Rahman


Pn. Suhaila bt. Ismail
Pn. Nurul Haslinda bt. Aliasak
Pn. Hazatul Shima binti Ismail
Pn. Noor Mazlyna bt. Hj. Mokhtar
Pn. Shazana Binti Syamsudin
Pn. Noor Izura Binti Abdul Aziz
Cik Lidawati Binti Ghani
En. Fadli Bin Yusuf @ Jusoh
Pn. Noratna Binti Abd. Razak

Amri bin Aminullah (GPKPentadbiran)


Amir Puad Bin Alias (GPK Pendidikan Khas)
Ayob Bin Rahim (GPK Hal Ehwal Murid)
Aziz Bin Mohd Ali (GPK Kokurikulum)

(Guru Kelas dan Guru Subjek Arus Perdana


I.

INKLUSIF SEPARA DAN INKLUSIF PENUH


Terdapat dua kategori Program Pendidikan Inklusif yang boleh dilaksanakan di
sekolah iaitu inklusif separa dan inklusif sepenuhnya.
Program Pendidikan Inklusif Separa
Program Inklusif Separa ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek tertentu
sahaja yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar untuk mengikutinya. Ini
bermaksud hanya beberapa mata pelajaran tertentu sahaja diikuti contohnya Bahasa
Melayu, Kemahiran Hidup Bersepadu, Geografi dan Pendidikan Islam sahaja pelajar
perlu berada di kelas arus perdana. Manakala bagi subjek lain pelajar khas perlu
berada atau belajar di kelas khas. Pelajar tersebut akan mengikuti sukatan pelajaran
mengikut subjek dan tingkatan yang ditempatkan. Seorang guru resos (guru khas)
akan ditugaskan membantu dan memantau pelajar tersebut dalam kelas arus
perdana. Kerjasama antara guru mata pelajaran aliran perdana dan guru khas amat
penting bagi program ini.

Program Pendidikan Inklusif Penuh


Program Inklusif Penuh bermaksud pelajar khas akan ditempatkan di kelas aliran
perdana dan mengikuti semua subjek yang diajar. Seorang guru resos akan bertugas
untuk membantu dan memantau pelajar khas ini setiap masa. Guru resos bersamasama dengan guru subjek/guru kelas akan memastikan pelajar khas ini dapat belajar
dan mengikuti pengajaran di kelas arus perdana. Penilaian dan peperiksaan pelajar
khas ini akan mengikut peperiksaan kelas arus perdana berkenaan. Guru resos juga
perlu memastikan semua kerja kursus/folio perlu disiapkan mengikut keperluan
tingkatan. Namun begitu, pelajar ini masih boleh mengikuti aktiviti/program yang
dianjurkan oleh kelas khas atas persetujuan guru kelas.
J.

CADANGAN PELAJAR KE KELAS INKLUSIF KE TINGKATAN 2


Bil
.

Nama Pelajar

Umur
pada
2010

Ketagori Masalah

Tingkatan/
Inklusif

Ahmad Fadli Faiz b. Alias

15 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K4

Mohd Shahril Fitri b. Radzali

16 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K5

Mohd Zulfitri b. Othman

16 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K5

Nurul Amira bt. Ramli

16 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K6

Nor Aini Afifah bt. Mohd


Zamri

14 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K4

Rabani b Abd. Razak

16 thn

Pembelajaran

Tingkatan 2K6

Nota: senarai nama pelajar ini hanyalah cadangan sahaja.


K. PENUTUP
Program Inkusif ini penting bagi pelajar kelas khas untuk berinteraksi dengan pelajar
aliran perdana. Ia juga berpeluang mendapat pendidikan yang sempurna
sepertimana pelajar kelas normal. Lebih penting bagi membuka peluang kepada
pelajar khas menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan pelajar ini dalam menguruskan kehidupan secara
sempurna adalah kejayaan kepada warga guru yang bergelar pendidik.

Disediakan oleh,

(KARTINI BINTI YUSOF)


Setiausaha,
Program Pendidikan Inklusif Kelas Khas

Disemak oleh,

(EN. AMIR PUAD BIN ALIAS)


Pengerusi,
Program Pendidikan Inklusif Kelas Khas

Disahkan oleh,

.
(HAJI ABDUL RAZAK BIN MOHAMED)
Pengetua,
SMK Tengku Abdullah

Anda mungkin juga menyukai