Anda di halaman 1dari 1

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Mengembangkan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan


untuk membantu pembangunan ekonomi yang berdasarkan pengetahuan dan latihan.
Sistem pendidikan akan diorientasikan semula untuk membolehkan pelajar memperolehi
pengetahuan yang tinggi serta kemahiran berfikir dan keusahawanan.
Menambahkan kemudahan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk mempertingkatkan
keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup. Kemudahan pendidikan akan bertambah
melalui pembinaan sekolah berpusat di kawasan pendalaman serta kemudahan,
infrastruktur dan guru terlatih yang mencukupi.
Menambahkan kemudahan terhadap kualiti pendidikan dan sistem latihan untuk
memastikan bekalan tenaga kerja sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan
pasaran. Kurikulum sekolah akan disemak semula untuk menjana kreativiti dan
pembelajaran sendiri di antara pelajarnya, berserta kemasukan aspek pengetahuan dan
teknologi baru dan kaedah mengajar yang lebih inovatif.
Mengalakkan pembelajaran seumur hidup untuk meningkatkan kebolehan untuk diambil
bekerja dan produktiviti tenaga buruh. Majikan akan digalakkan untuk mempromosikan
pembelajaran seumur hidup melalui latihan dan latihan semula untuk melengkapkan pekerja
dengan kemahiran dan pengetahuan baru.
Mengoptimumkan penggunaan buruh tempatan. Usaha akan dijalankan untuk
menambahkan lagi penyertaan kaum wanita ke dalam tenaga buruh dengan mewujudkan
kemudahan seperti tadika dan memastikan peluang yang lebih mudah untuk mereka
mendapat latihan. Usaha juga akan dibuat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap
pekerja asing.
Menambahkan bekalan tenaga kerja S&T. Kapasiti program pendidikan dan latihan S&T
akan dibesarkan lagi dan pendaftaran akan ditambah untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar
Sains kepada Sastera bagi mewujudkan jumlah kritikal bagi kakitangan S&T yang
diperlukan.
Mempercepatkan perlaksanaan Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti (PLCS).
Pengambilan Garis Panduan untuk satu Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti
diwujudkan pada tahun 1996 akan dipesatkan lagi menerusi seminar, bengkel dan lawatan
syarikat. Pangkalan data rangkaian dalam talian atas tanda aras produktiviti di dalam sektor
pembuatan dan pertanian akan diperluaskan lagi untuk merangkumi sektor lain.
Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh untuk meningkatkan mobiliti tenaga
buruh. Perlaksanaan pejabat buruh berelektronik dengan sistem maklumat pasaran buruh
yang bersepadu sepenuhnya, koheren dan dinamik akan dipercepatkan.
Memperbanyakkan lagi usaha untuk membangunkan dan mempromosikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan wilayah. Universiti tempatan dan swasta akan
digalakkan untuk mewujudkan dan membangunkan pusat kecemerlangan yang setanding
dengan universiti terkemuka.
Menekankan nilai positif. Usaha akan dipertingkatkan untuk menyemai nilai positif menerusi
sistem pendidikan dan latihan. Nilai-nilai ini termasuk etika baik, tekun, berintegriti, bertolak
ansur, bersyukur, hormat kepada pihak berkuasa, tepat pada waktu, dan mengejar
kecemerlangan adalah ciri-ciri tenaga kerja yang berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai