Anda di halaman 1dari 14

APLIKASI TEORI ALBERT BANDURADALAM MEMANTAPKAN OPTIMIS

AKADEMIK PELAJAR MENENGAH


WAN HANUM SURAYA BINTI WAN MOHAMED
DR JAMAL @ NORDINBIN YUNUS
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
Abstrak
Generasi pelajar masa kini ternyata masih belum mempunyai tahap efikasi kendiri yang mantap.
Mereka adakalanya mudah goyah apabila didepani dengan pelbagai bentuk arus cabaran dan
gelombang modenisasi. Kecemerlangan akademik negara tidak akan mampu direalisasikan sekiranya
barisan pelajar hari ini tidak mempunyai keyakinan kendiri yang teguh terhadap akademik. Dalam
mengejar hambatan kegemilangan ini, semua pihak termasuklah individu pelajar itu sendiri perlu
sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka dalam memantapkan jatidiri, keyakinan, semangat
dan usaha mereka terhadap kebolehan akademik masing-masing. Dengan efikasi yang tinggi, pelajar
akan dapat menembusi setiap benteng halangan yang menghadang langkah mereka dari terus maju ke
hadapan dalam mengejar wajah cita-cita yang tinggi melangit. Dengan berasaskan Teori Efikasi
Kendiri Albert Bandura, para pelajar di negara kita hari ini diharapkan agar dapat mengaplikasikan
segenap aspek keyakinan diri dalam diri mereka dengan mengekploitasikan sepenuhnya kebolehan
yang ada, sebagaimana yang dicadangkan oleh teori ini. Guru-guru sebagai jentera penggerak utama
di sekolah juga perlulah menanamkan rasa optimis dalam diri pelajar terhadap kemampuan
akademik mereka. Usaha-usaha ini seterusnya akan menghasilkan sebuah generasi pelajar yang cekal
mendepani cabaran globalisasi ilmu masakini tanpa mengenal erti jemu dan putus asa; walaupun
diuji dengan kegagalan,cabaran, dan permasalahan yang mendatang demi merealisasikan sebuah
kecemerlangan.
Kata Kunci: Efikasi Kendiri, Teori Efikasi Kendiri, Optimis Akademik, Galakan Terhadap Efikasi
Kendiri.

Pengenalan

Statistik bilangan belia telah meningkat dengan pesat dan mencapai hampir separuh daripada
jumlah penduduk negara ini. Pada dekad kedua abad ke-21, terdapat kira-kira 10,730,000 atau
40% rakyat Malaysia berada dalam kategori belia (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009).
Jumlah yang besar ini telah menyebabkan kerajaan Malaysia meletakkan pembangunan belia
sebagai keutamaan dan menghabiskan sejumlah wang yang besar untuk melaksanakan
program-program pembangunan belia. Kemunculan konsep Generasi Y adalah salah satu
daripada isu-isu yang sedang dibincangkan dalam kajian belia. Konsep Generasi Y telah biasa

digunakan di negara-negara barat tetapi ia tidak dikaji secara meluas oleh para ilmuwan
tempatan dan tidak dibincangkan oleh banyak agensi pembangunan belia di Malaysia (George
& Lee, 2011). Dengan adanya konsep pembudayaan inovasi, Generasi Y diharapkan dapat
meningkatkan produktiviti melalui cara kerja, penetapan minda dan gaya hidup yang lebih
berkualiti sebagai teras kecemerlangan (Malaysia Productivity Corporation, 2013).
Generasi pelajar hari ini adalah merupakan modal insan dan entiti yang penting dalam
menentukan masa hadapan sesebuah negara atau masyarakat. Ia merupakan aset dominan
yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.Justeru, pendidikan
memainkan peranan amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti
yang memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan
kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju wawasan 2020 (KPM, 2012). Untuk
menghasilkan anjakan pencapaian seperti yang dihasratkan, manfaat kemajuan negara perlu
disebarkan secara lebih menyeluruh, terutamanya kepada kumpulan muridyang terpinggir,
dan membantu semua murid mencapai kejayaan. Kementerian Pelajaran menggembleng
segala sumber untukmelakukan perubahan dengan cara yang berbeza terhadap kemenjadian
murid. Strategi Kementerianadalah memberikan keutamaan kepada kualiti pengajaran
danpembelajaran,

akses

kepada

maklumat

yang

boleh

dipercayai

danbermakna,

kebertanggungjawaban dan ketelusan, serta persekitarandan infrastruktur pembelajaran yang


sesuai (YAB Tan Sri Dato Hj. MuhyiddinHj. MohdYassin, Pelan PembangunanPendidikan
Malaysia2013 2025, 2012).

Definisi Efikasi Kendiri dan Optimis Akademik

Efikasi kendiri merupakan aspek yang cukup penting dalam merealisasikan pencapaian yang
cemerlang dan membanggakan dalam segenap lapangan yang dipelopori oleh pelajar.
Iadidefinisikan sebagai kepercayaan individu terhadap dirinya sendiri untuk menghasilkan
sesuatu tugasan atau tanggungjawab dengan baik dan berkesan (Bandura, 1977). Efikasi
kendiri akademik pula merujuk kepada penilaian pelajar terhadap kebolehan mereka untuk
menyusun dan melaksanakan tingkah laku pembelajaran untuk mencapai tahap pencapaian
akademik yang dipilih; sebagai contoh, untuk lulus peperiksaan (Bandura, 1986,
1997).Muhammed Yusuf (2011) pula berpendapat efikasi kendiri dalam akademik menjadikan
pelajar sentiasa berfikir tentang cara yang paling berkesan untuk menyempurnakan setiap
tugasan. Dalam kajian ini, efikasi kendiri merujuk kepada tahap keyakinan dan kepercayaan
kendiri seseorang pelajar untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan menghasilkan sesuatu
yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.

Sintesis Teori Efikasi Kendiri oleh Albert Bandura

Efikasi kendiri ialah jangkaan seseorang bahawa dia telah bertingkah laku seperti yang
diperlukan untuk menghasilkan atau mencapai sesuatu natijah (Bandura, 1977). Ia diertikan
sebagai keyakinan terhadap sesuatu keupayaan untuk menyusun dan melaksanakan kognitif,
tingkah laku dan kemahiran sosial yang diperlukan untuk kejayaan terhadap sesuatu tugas
(Schunk, 1991; Bandura, 1986; Jerusalem & Hesslig, 2009).
Teori efikasi kendiri ini menyatakan bahawa tingkah laku yang bermotivasi tinggi
adalah merujuk kepada proses kognitif secara sedar, membabitkan keupayaan untuk
menjangka matlamat dan ganjaran, penggunaan pertimbangan, penilaian dan penetapan
keputusan.Teori ini menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap kemampuan untuk
melaksanakan tugasan tertentu (Bandura, 1997). Menerusi teori ini, konsep reciprocal
determinism, iaitu kitaran interaksi antara kognitif, persekitaran dan tingkah laku
membolehkan individu mempelajari persekitarannya untuk menghasilkan tingkah laku yang
diperlukan berdasarkan kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki.
Dalam teori efikasi, jangkaan terhadap efikasi berbeza daripada jangkaan terhadap
hasil atau natijah. Jangkaan efikasi bermaksud individu percaya bahawa mereka akan berjaya
membentuk tingkah laku yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu natijah, sebaliknya
3

jangkaan terhadap natijah berkaitan dengan agakan bahawa tingkah laku akan menghasilkan
suatu natijah tertentu. Sebagai contoh, pelajar boleh mempercayai tingkah laku tertentu akan
menghasilkan natijah tertentu yang dijangka tetapi mereka mungkin tidak mempercayai
bahawa mereka boleh melaksanakan tingkah laku yang akan menghasilkan sesuatu natijah.
Natijah yang selalu dikaitkan secara terus dengan efikasi ialah tingkah laku atau
pencapaian. Sejak awal, pelopor teori ini telah menghubungkan tanggapan terhadap efikasi
diri dengan pencapaian. Bandura dalam bukunya pada tahun 1977 telah melaporkan kajian
yang menunjukkan hubungan yang signifikan antara efikasi diri dengan pencapaian prestasi
yang berkaitan dengan kerja. Oleh itu teori dan penyelidikan tentang efikasi telah membuat
postulat bahawa efikasi memberi kesan kepada pencapaian dan prestasi manusia.
Bandura (1977) menyatakan bahawa individu yang mempunyai efikasi kendiri yang
tinggi dijangkakan dapat bekerja dengan lebih tekun dan rajin walaupun berada dalam situasi
kesusahan berbanding mereka yang ragu-ragu terhadap kebolehan mereka. Teori ini yang
telah diperkembangkan yang mencakupi jangkaan keupayaan untuk mengawal aktiviti-aktiviti
individu seperti yang melibatkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang (Schunk,
1991). Schunk (1989) membincangkan bagaimana keberkesanan diri memainkan peranan
yang penting semasa pembelajaran akademik. Pada permulaan aktiviti, kepercayaan pelajar
tentang

keupayaan

mereka adalah berbeza-beza.

Motivasi mereka

untuk belajar

dipertingkatkan apabila mereka membuat kemajuan dalam pembelajaran dan dapat menguasai
pelbagai kemahiran yang diajarkan kepada mereka.
Model efikasi kendiri menyarankan jangkaan matlamat diri yang ditetapkan dan
efikasi diri menyumbang kepada pencapaian. Selain itu, efikasi juga boleh menjadi faktor
pengantara kepada sesuatu natijah. Efikasi diri telah dibuktikan sebagai peramal yang boleh
dipercayai dapat meningkatkan motivasi dan pencapaian tugas. Oleh kerana kepentingan
efikasi pencapaian, teori ini banyak diaplikasikan dalam bidang seperti pendidikan,
pengurusan sumber manusia, tingkah laku organisasi, sukan, kesihatan dan sebagainya.

Model Jangkaan Efikasi Kendiri

Kejayaan
Prestasi

Pembelajaran
Vikarius

Tingkah Laku
Efikasi Kendiri

Mendekati atau
Menjauhi
Pencapaian

Keyakinan
Sosial
Ketekunan

Keadaan emosi

Rajah 1.1 Model Jangkaan Efikasi Kendiri


Sumber: Betz (2004)
Menurut Betz (2004), tingkah laku mendekati menjelaskan perkara-perkara yang cuba
dilakukan oleh individu dan tingkah laku menjauhi ialah perkara yang tidak akan cuba oleh
individu. Individu sepatutnya cuba mencari pelbagai maklumat tentang ilmu yang dipelajari
oleh mereka dan cuba menguasai ilmu tersebut sebaik mungkin dengan giat, usaha dan
kesungguhan yang terbaik. Untuk tingkah laku pencapaian, contohnya ialah ujian-ujian mata
pelajaran atau kerja kursus yang pelajar mesti lulus sebelum tamat sesuatu kursus di sekolah
atau kolej. Bagi individu yang berefikasi rendah, selalunya disusuli dengan sikap negatif dan
sentiasa berkeadaan bimbang. Perkara ini boleh melemahkan pencapaian mereka dalam ujian
mata pelajaran atau kerja kursus. Apabila pencapaian rendah, pelajar akan menghadapi
persaingan untuk menempatkan diri ke pusat-pusat pengajian tinggi atau untuk mendapatkan
pekerjaan yang terbaik berbanding dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Akhir sekali
ialah kesan efikasi kendiri terhadap ketekunan. Ketekunan adalah mustahak untuk kegiatan
jangka panjang seseorang. Bagi individu yang berefikasi tinggi, mereka akan tekun untuk
cuba mengatasi halangan tersebut dengan pelbagai cara dan bagi yang berefikasi rendah pula
akan menerima sahaja hakikat tersebut dan terus berada dalam situasi tersebut.

Kerangka Konsep Kajian


Kerangka konsep kajian ini juga dibina berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah
memperlihatkan hubungan efikasi kendiri yang mempengaruhi pencapaian akademik.
Pembolehubah

Pembolehubah

Bebas

Bersandar

EFIKASI KENDIRI
PENCAPAIAN
AKADEMIK

Optimis Akademik

Galakan Terhadap Efikasi Kendiri

Rajah 1.2 Kerangka Konseptual Kajian

Dalam menghuraikan hubungan pemboleh ubah, kerangka konsep kajian telah dibina
dan dibentuk, seperti dalam rajah di atas. Kerangka konsep ini mempunyai dua komponen
utama iaitu Efikasi Kendiri dan Pencapaian Akademik. Komponen Efikasi Kendiri (EK)
dikenal pasti sebagai Pemboleh Ubah Bebas dalam kajian ini, manakala Pencapaian
Akademik (PA) pula dikenal pasti sebagai Pemboleh Ubah Bersandar. Dua sub komponen
Efikasi Kendiri yang dikaji ialah Optimis Akademik dan Galakan Terhadap Efikasi Kendiri.

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pengaruh efikasi kendiri pelajar yang
memberi impak dan kesan terhadap pencapaian akademik mereka.Kajian ini diharapkan agar
dapat membantu memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan memiliki tahap
efikasi kendiri yang tinggi dalam menguasai pembelajaran. Hasil kajian ini diharap dapat
membantu pelajar mengenalpasti kelemahan mereka dalam pembelajaran dan berusaha untuk
memperbaiki tahap pencapaian mereka melalui pemantapan efikasi yang lebih berkesan bagi
memastikan proses pembelajaran mereka berjalan dengan lebih teratur dan efisyen.
Permasalahan Kajian
Dalam mendepani arus globalisasi dan kecanggihan ledakan informasi, remaja khususnya
pelajar di Malaysia hari ini perlu dibantu agar terus berupaya dan cekal mengharungi setiap
cabaran agar komitmen mereka terhadap pelajaran dan persekolahan tidak luntur dan
terkubur di tengah jalan. Sekiranya tiada dorongan dari mana-mana pihak yang
6

bertanggungjawab, pelajar-pelajar yang keciciran dan bermasalah pembelajaran akan terus


merasa tersisih, hilang semangat untuk terus belajar, ponteng atau terus berhenti sekolah. Ini
bukanlah senario yang diimpikan di Malaysia. Dalam National Education Blueprint (NEB)
yang seterusnya ditambahbaik dalam National Key Result Areas (NKRAs), Malaysia bercitacita untuk mengembangkan kualiti modal insan dengan memberikan penekanan terhadap
sistem nilai, aspek disiplin, moral dan sikap pelajar supaya dapat melahirkan generasi pelajar
yang berdaya maju, inovatif, kreatif dan berdaya saing (SharifahAzizah&Rosna, 2011).

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, jurang gender juga


didapati semakin melebar dan meningkat. Murid perempuan tekal mengatasi murid lelaki.
Perbezaan prestasitelah mula ketara dalam UPSR dan meningkat sepanjang laluanakademik
murid. Selain itu, murid lelaki lebih berisiko untuk tercicir,mengakibatkan situasi yang nisbah
lelaki-perempuan bagi sesuatukohort berkurangan dari Tahun 1 ke Tingkatan 5. Pada
peringkatuniversiti, pelajar perempuan terdiri daripada 70% kohort kemasukandi sesetengah
universiti. Jurang gender ini telah melebar bagi PMRdan SPM sepanjang lima tahun lepas dan
jika trend ini dibiarkanberterusan akan menimbulkan risiko marginalisasi terhadappencapaian
murid lelaki.

Menurut MohdBurhan (2006), belum terdapat kajian tempatan yang mengkaji faktor
pelajar dan faktor sekolah dalam menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar secara
serentak. Wujudnya jurang pencapaian akademik antara pelajar lelaki dan perempuan, bandar
dan luar bandar, Melayu atau bukan Melayu membuktikan perlu adanya keperluan untuk
mengkaji semula faktor-faktor penyumbang ke arah perbezaan pencapaian tersebut.

Justeru, berdasarkan dapatan-dapatan dari kajian-kajian lepas, kajian ini mensasarkan


untuk mengkaji semula tahap efikasi kendiri pelajar-pelajar sekolah terutamanya pelajar di
peringkat menengah yang mendepani pelbagai jenis peperiksaan penting seperti PMR, SPM
dan STPM yang merupakan penentu hala tuju masa depan mereka. Kajian ini mengupas
kembali dan mengenal pasti pengaruh efikasi kendiri terhadap pencapaian yang selalu
dikaitkan dengan pelajar iaitu pencapaian akademik.
Efikasi Kendiri Pemangkin Kegemilangan Akademik
7

Terdapat banyak kajian yang membuktikan efikasi diri atau optimism (keyakinan diri) boleh
memberikan natijah yang positif, termasuklah terhadap pencapaian akademik pelajar
(Bresslere, Bressler, & Bressler, 2010; Kluemper, Little, &DeGroot, 2009; Siddique,LaSalleRicci, Arnkoff, & Diaz, 2006). Dalam konteks dan suasana pembelajaran pelajar menengah
atau rendah, pelajar yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi menganggap kegagalan
sebagai usaha yang belum mantap, manakala mereka yang rendah efikasinya menganggap
kegagalan sebagai ketidakmampuan atau ketidakupayaan mereka dalam menjayakan sesuatu
perkara (Bandura, 1993; Collins, 1982). Hines & Kritsonis (2010) menyatakan bahawa pelajar
yang belajar dengan guru-guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi telah
menghasilkan skor ujian tertinggi berbanding pelajar yang mempunyai guru-guru yang rendah
efikasinya. Lebih tinggi pencapaian pelajar dalam CGPA, lebih konservatif dan berhati-hati
pelajar tersebut dalam peperiksaan. Lebih pesimis pelajar dalam pencapaian, lebih sedikit
masa diperuntukkan untuk belajar (Tho, 2006).

Kajian-kajian lepas tentang kepercayaan terhadap efikasi kendiri pelajar (Pajares,


1994, 1997) dan efikasi kendiri guru juga menunjukkan hubungan dan pengaruh yang kuat
terhadap pencapaian pelajar. Bandura (1993) membuktikan bahawa sekolah yang mempunyai
efikasi kolektif mempunyai kaitan yang positif terhadap pencapaian pelajar; dan perkaitan ini
ternyata lebih kuat berbanding hubungan SES (socioeconomic status) dan pencapaian pelajar.

Sekolah merupakan satu entiti penting dan punca utama dalam mewujudkan kestabilan
emosi yang menyumbang ke arah perkembangan personaliti yang seimbang di kalangan
kanak-kanak dan remaja. Terdapat pelbagai bukti empirikal yang kukuh seperti iklim kelas,
pengalaman pelajar dalam membentuk keazaman diri, dan sebagainya merupakan suatu kesan
yang besar terhadap diri pelajar dalam menetapkan harapan mereka untuk terus mencipta
kejayaan demi kejayaan. Hal ini juga penting dan membawa kesan serta pengaruh yang
penting dalam membina konsep kendiri, harga diri dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran mereka (Jerusalem & Hessling, 2009).
Guru merupakan faktor terpenting sebagai agen pelaksana pendidikan.Bagaimanapun,
para guru sama ada sedar mahupun tidak, sering memandangsetiap pelajarnya dengan cara
8

yang berbeza (Wan Zah, Sharifah, Siti Suria, Othman, Kamariah, Arshad, Ramlah, Rohani,
Rasid & Hayat, 2009). Guru perlu menerima hakikat bahawa dalam sesebuah kelas, tidak
semua murid pandai. Sebahagiannya berada pada tahap sederhana dan ramai yang lemah.
Guru mesti bijak menjadikan yang cerdik semakin cerdik, yang sederhana meningkat cerdik
dan yang lemah terus meningkat dan terasa mereka diambil peduli (Sidek, 2011). Guru
merupakan kunci pelaksana perubahan dalam bilik darjah memandangkan tugas pengawasan
umum seperti memberi arahan, mencipta matlamat, mereka cipta idea-idea yang inovatif, dan
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan bagi merealisasikan agenda pendidikan
berkualiti. Guru perlu membina mekanisme yang menemukan permasalahan hari ini dengan
permasalahan akan datang dengan menggalakkan mekanisme kemajuan dan pembangunan
yang membawa guru ke tahap daya saing yang utuh (Pelones, 2011).

Efikasi dan kepercayaan kendiri di kalangan pelajar bukan sahaja satu perkara penting
dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, tetapi ia juga merupakan satu cara
berkesan yang dapat mempengaruhi persekitaran dan situasi sesebuah organisasi.
Kepercayaan kendiri yang tinggi mempunyai hubungan yang amat signifikan dengan
kecemerlangan pencapaian akademik dan mengurangkan kadar ponteng yang kerap berlaku di
sekolah. Apabila pelajar percaya pada keupayaan mereka untuk melaksanakan dengan baik,
mereka menjadi lebih bermotivasi dan berazam untuk berterusan dalam persekolahan mereka
dan mereka melakukan yang lebih baik terhadap pembelajaran mereka (Jungert & Rosander,
2010). Kepercayaan terhadap diri sendiri juga terbukti menjadi penentu kepada peningkatan
motivasi diri yang tinggi dan pemilihan strategi pembelajaran yang berkesan di kalangan
pelajar (Rohaty & Muhammed Yusuf, 2011).

Kajian-kajian terdahulu juga menyatakan terdapat hubungan yang signifikan dan


sederhana antara keyakinan diri, strategi pembelajaran, dan pencapaian akademik (Jerusalem
& Hessling, 2009; Muhammed Yusuf, 2011). Pendekatan dan usaha yang bersepadu dari
semua pihak perlu diambil bagi mengurangkan kadar kegagalan pelajar dalam pelajaran,
khususnya bagi membantu para pelajar yang kurang berpotensi atau kurang cemerlang dalam
akademik. Secara sosialnya, keberkesanan diri dipertingkatkan dengan mewujudkan iklim
kelas yang positif, di mana pelajarmenyokong antara satu sama lain dan guru-guru pula lebih
sensitif kepada keperluan individu pelajar mereka.
9

Zimmerman (2000) menyatakan bahawa penyelidikan yang telah dijalankan selama


dua dekad telah jelas membuktikan kesahihan efikasi kendiri sebagai peramal terhadap
motivasi dan pembelajaran pelajar. Apabila dikaji sebagai pembolehubah pengantara dalam
kajian latihan, keberkesanan diritelah terbukti untuk menjadi responsif kepada peningkatan
dalam kaedah pelajar pembelajaran(terutamanya yang melibatkan lebih pengawalan diri) dan
ramalanpencapaian hasil. Peranannya sebagai pengantara yang kuat antara pembelajaran dan
motivasi pelajar merupakan satu bukti empirikal yang mengesahkan bahawa kepercayaan diri
pelajar tentang keupayaan akademik memainkanperanan penting dalam motivasi untuk
meningkatkan pencapaian mereka.

Mohamad Azrien & Mohd Alwee (2009) mendapati faktor nilai intrinsik, efikasi
kendiri, strategi kognitif dan pengaturan kendiri didapati tidak mempengaruhi pencapaian
mata pelajaran Bahasa Arab bagi pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam
Puri, Kelantan. Ini menunjukkan bahawa keempat-empat faktor ini bukan merupakan faktor
penyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Kebanyakan pelajar mengatakan bahawa
faktor yang dapat memotivasikan mereka ialah dorongan daripada ibu bapa dan para guru
yang sentiasa mendidik mereka mengatur pembelajaran kendiri mereka.

Keyakinan akademik merupakan satu konstruk umum yang mengandungi efikasi


kolektif, kepercayaan terhadap pelanggan, dan penekanan akademik. Konstruk ini mampu
mengawal pencapaian akademik pelajar dalam pencapaian subjek, mengawal status sosioekonomi dan saiz sekolah. Optimis akademik mampu membawa perubahan yang positif
terhadap sesebuah sekolah walaupun dibelenggu dengan tahap status ekonomi yang rendah
dengan menanamkan keyakinan yang tinggi di kalangan guru. Keyakinan akademik yang
boleh dipelajari ini dapat meningkatkan kejayaan dan mutu pencapaian. Ternyata keyakinan
akademik dan pencapaian mempunyai hubungan yang berkait rapat antara satu sama lain.
Keyakinan diri dapat meningkatkan pencapaian, dan pencapaian dapat meningkatkan dan
memperkukuhkan keyakinan. Kedua-dua konsep ini bukan sahaja serasi bahkan melengkapi
antara satu sama lain (Smith & Hoy, 2007).

10

Dalam konteks yang lain pula, hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh Che
Musa Che Hamat (2011) tentang efikasi kendiri berdakwah dalam kalangan penggerak
masyarakat orang Asli di Negeri Sembilan Darul Khusus mendapati tahap penghayatan Islam
dan efikasi kendiri berdakwah yang amat tinggi. Dalam berdakwah, kesungguhan dan
dedikasi pendakwah untuk mempengaruhi golongan sasar bukan hanya bergantung kepada
metod yang digunakan sahaja tetapi turut menuntut sejauh mana efikasi kendiri untuk
berhadapan dengan golongan tersebut. Bagi mencapai sasaran, setiap pendakwah perlu
mempunyai rasa seronok terhadap kerjaya yang diceburi. Dalam kajian ini Penggerak
Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan telah menunjukkan sikap yang positif terhadap
penglibatan kerjaya mereka sebagai pendakwah. Sikap negatif masyarakat berhampiran
dengan perkampungan mereka bertugas tidak memberi kesan dan melemahkan semangat
mereka untuk terus berdakwah.

Heidari, Izadi, &Ahmadian (2012) pula mendapati pelajar yang mempunyai tahap
efikasi kendiri yang tinggi mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan strategi
pembelajaran perbendaharaan kata dan strategi mengingat pelajar berbanding pelajar yang
mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Dapatan ini menunjukkan kepentingan memupuk
kepercayaan kendiri dalam diri pelajar bagi memastikan keberkesanan pembelajaran dan
pencapaian mereka.

Betz (2004) menyatakan individu yang kurang berefikasi selalunya tidak cuba mencari
maklumat tentang kerjaya dan tidak membuat keputusan yang terbaik terhadap pilihan kerjaya
mereka. Mereka juga dikatakan mempunyai sikap yang negatif yang boleh melemahkan
pencapaian dalam pelajaran dan seterusnya tidak tekun berusaha untuk mengatasi kelemahan
yang ada, malah sanggup menerima hakikat dan terus berada dengan selesa dalam keadaan
tersebut. Berbeza dengan individu yang mempunyai tahap efikasi yang tinggi, mereka akan
sentiasa cuba mencari pelbagai maklumat tentang kerjaya dan membuat pilihan yang terbaik.
Mereka bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk mendapat pencapaian yang tinggi dalam
ujian atau kerja kursus dan sentiasa tekun berusaha bagi mengatasi sebarang halangan supaya
mereka menjadi pekerja yang cemerlang.

11

Individu yang mempunyai emosi yang positif (kurang reaksi stres)boleh menyebabkan
mereka mempunyai efikasi yang tinggi terhadap sesuatu perkara atau aktiviti yang diceburi
mereka. Sekiranya mereka sentiasa berada dalam keadaan stres, efikasi kendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan juga akan menjadi rendah (Bandura, 1977).

Kesimpulan
Berdasarkan dapatan-dapatan tersebut jelaslah membuktikan bahawa efikasi kendiri
memainkan peranan penting dalam memajukan pelajar dalam pelajaran mereka. Tidak kira
apa pun jurusan dan jenis mata pelajaran yang dipelajari di sekolah, pelajar perlu memiliki
tahap efikasi kendiri yang kukuh agar mereka lebih berkeyakinan dalam menghadapi
pembelajaran mereka. Hambatan ini perlu dikejar oleh seluruh kategori pelajar di negara ini,
agar arus modenisasi dan globalisasi ilmu dapat ditangani dan didepani dengan bijak oleh
mereka. Teori Efikasi oleh Bandura ini wajar diteliti sepenuhnya agar ia bukan sekadar gah
sebagai asas tetapi perlu diaplikasikan oleh masyarakat pelajar yang masih ragu-ragu tentang
kebolehan

diri

masing-masing.

Golongan

pelajar-pelajar

miskin

atau

bermasalah

pembelajaran, atau yang datang dari luar bandar, atau mempunyai masalah disiplin dan
tekanan sosial yang tidak menentu, pelajar yang datang dari keluarga yang bermasalah seperti
ibu bapa yang bercerai, dan sebagainya merupakan golongan pelajar yang perlu memiliki
tahap efikasi kendiri yang cukup untuk sentiasa kental berhadapan dengan realiti kehidupan
masing-masing. Perkara ini adalah amat perlu bagi mewujudkan kekuatan mental dan
keseimbangan emosi mereka dalam menghadapi arus gelombang ilmu masa kini yang
mencabar.

Rujukan
Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitive development and
functioning.Educational Psychologist. Vol. 28 (2) :117-148.
Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.
Bandura, A. 1977. Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral
change.Psychological Review. 84: 191-215.
Bandura, A. 1986. Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Betz, N. E. 2004. Contribution of self-efficacy theory to career counseling: A personal
perspective. The Career Development Quarterly. June 2004. V52
12

Bresslere, L., Bressler, M., dan Bressler, M. 2010. The role and relationship of hope,
optimism and goal setting in achieving academic success: a study of students enrolled
in online accounting courses. Academy of Educational Leadership Journal. 14 (4): 3752.
Che Musa bin Che Hamat. 2011. Penghayatan Islam dan efikasi kendiri berdakwah dalam
kalangan penggerak masyarakat orang Asli di Negeri Sembilan Darul Khusus. Tesis
Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Collins, J. L. Mac,1982. Self-efficacy and ability in achievement behavior. Kertas kerja yang
dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan American Educational ResearchAssociation,
New York.
George Lim Shyun Jen & Lee Yok Fee. 2011. Penggunaan konsep Generasi Y di Malaysia.
Malaysian
Journal
of
Youth
Studies.
Volume
4.
Diambil
dari
http://ippbm.gov.my/v3-/index.php?option=com_content&view=article&id=282pada
15 Februari 2013.
Heidari, F., Izadi, M., Ahmadian, M. V. 2012. The relationship between Iranian EFL learners
self-efficacy beliefs and use of vocabulary learning strategies. English Language
Teaching. 5(2): 174-182.
Hines, M. T. & Kritsonis, W. A. 2010. The interactive effects of race and teacher self-efficacy
on the achievement gap in school. National Forum of Multicultural Issues Journal,
7(1): 1-16.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2009. Buletin perangkaan sosial Malaysia: Peranan generasi
Y
dalam
meningkatkan
produktiviti.
Diakses
dari
http://bpap.mpc.gov.my/elearn/APR/TKPI.pdf pada 28 Februari 2013.
Jerusalem, M. & Hessling, J. K. 2009. Mental health promotion in schools by strengthening
self-efficacy. Health Education. 109 (4) : 329-341.
Jungert, T., & Rosander, M. 2010. Self-efficacy and strategies to influence the study
environment. Teaching in Higher Education. 15 (6): 647-659.
Kluemper, D., Little, L., and DeGroot, T. 2009. State or trait: effects of state optimism on jobrelated outcomes. Journal of Organizational Behavior. 30(2): 209-231.
KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia), 2012, Pendidikan kebangsaan melangkah ke
hadapan.Diakses daripada http://www.google.com.my/ pada 14 Jun 2012.
Malaysia Productivity Corporation 2013. Peranan Generasi Y dalam meningkatkan
produktiviti. Diakses darihttp://bpap.mpc.gov.my/elearn/APR/TKPI.pdf pada 28
Februari 2013.
Mohamad Azrien Mohamed Adnan & Mohd Alwee bin Yusoff. 2009. Motivasi, pembelajaran
pengaturan kendiri dan prestasi akademik: Satu kajian di kalangan pelajar asasi
pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri. Jurnal Al-Tamadun. Bil 4 : 1-16.
Mohd Burhan Ibrahim. 2006. A hierarchical linear modeling of school effects and student
factors affecting Penilaian Menengah Rendah (PMR) achievement. Tesis PhD (tidak
diterbitkan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Muhammed Yusuf. 2011. A study of integrated motivational models: Undergraduate students
and their academic achievements. Saarbrucken: LAP Lambert Academic Publishing.
Pajares, F. 1997. Current directions in self-efficacy research in Maehr, M.l. and Pintrich, P.R.
(Eds), Advances in Motivation and Achievement.JAI Press. Greenwich: CT. pp.: 1-49.
Pajares, F. 1994.Role of self-efficacy and self-concept beliefs in mathematics problemsolving: a path analysis. Journal of Educational Psychology. Vol. 86 (No. 2) : 193203.
Pelan PembangunanPendidikan Malaysia2013 2025. 2012. Diakses dari:
http://www.google.com. Pada 25 November 2012.

13

Pelones, M. T. P. 2011. Organizational change, culture, technology, and teachers


performance: A culture of success towards excellence. Kertas Prosiding APCEMALAsian PacificConference on Educational Management and Leadership. UPSI.
Rohaty Mohd Majzub & Muhammed Yusuf. 2011. Investigating relationship between selfefficacy, achievement motivation, and learning strategies of UKM undergraduate
students. Advanced Educational Technologies.
Schunk, D. H. 1991. Self-efficacy and academic motivation. Educational Psychologist, 26:
207-231.
Schunk, D. H. 1989. Self-efficacy and cognitive skill learning. In C. Ames & R. Ames (Eds.),
Research onmotivation in education: Vol. 3. Goals and cognitions (pp. 13-44). San
Diego: Academic.
Sharifah Azizah Syed Sahil & Rosna Awang Hashim (2011). The roles of social support in
promoting adolescents classroom cognitive engagement through academic selfefficacy. Malaysian Journal of Learning and Instruction. Vol. 8 : 49-69.
Siddique, H., LaSalle-Ricci, V., Arnkoff, D, & Diaz, R. 2006. Worry, optimism,
andexpectations as predictors of anxiety and performance in the first year of law
school. Cognitive Therapy and Research. 30(5):667-676.
Sidek Baba 2011. Seteguh tekad. Selangor: Grup Buku Karangkraf.
Smith, P.A. dan Hoy, W. K. 2007. Academic optimism and student achievement in urban
elementary schools. Journal of Educational Administration. 45 (5) : 556- 568.
Tho Lai Mooi. 2006. Self-efficacy and student performance in an accounting course. Journal
of Financial Reporting and Accounting. 4(1): 129-146.
Wan Zah Wan Ali, Sharifah Md Noor, Siti Suria Salim, Othman Mohamed, Kamariah Abu
Bakar, Arshad Abd. Samad, Ramlah Hamzah, Rohani Ahmad Tarmizi, Rasid Jamian,
Hayat Marzuki. 2009. Persepsi pelajar berisiko terhadap iklim pembelajaran. Jurnal
Pendidikan Malaysia. 34 (1): 17-36.
Zimmerman, B. J. 2000. Self-efficacy: An essential motive to learn. Contemporary
Educational Psychology. 25 : 82 91.

14

Anda mungkin juga menyukai