Anda di halaman 1dari 6

Cadangkan cara bagaimana guru dapat mengamalkan komunikasi

berkesan untuk menghasilkan P&P berkesan dalam bilik darjah


pelbagai budaya.
Amalkan sikap kepimpinan demokratik.
Kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala
dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis dintara
guru

dengan

murid-muridnya.

Sifat

kepimpinan

demokratik

ini

boleh

mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid dapat


berdamping rapat dengan guru., tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendappat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu dengan yang lain, dan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
Menggunakan teknik menyoal.
Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan teknik menyoal
untuk mendapatkan tindak balas murid atau mencunkil pendapat murid.
Dengan menggunakan kaedah menyoal, murid-murid akan dibimbing dan
digalakkan menjawab soalan-soalan guru. Melalui teknik ini, murid-murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan
interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.
Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan.
Aktiviti kumpulan banyak memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi
di natara satu dengan yang lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang
dan menguruskan banyak aktiviti kumpulam untuk membolehkan muridmurid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti-aktiviti pemulihan, lakonan dan
sebagainya jika difikirkan

perlu dan bersesuaian

dengan

pengelolaan

kumpulan.
Menggunakan percakapan yang sesuai.
Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi di antara guru dan muridmurid adalah diklasikasikan di bawah ketegori pengaruh tidak langsung. Ini
bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan
kaedah menyoal, percakapan guru haruslah boleh menggalakkan murid
megemukakan pendapat atau emberi tindak balas mereka seperti dengan
menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan
hati yang terbuka.

Menggunakan strategi berpusatkkan murid.


Startegi berpusatkkan murid ini adalah strategi yang digunakan untuk
melibatkan murid secara aktif dalam aktivi pembelajaran mereka. Ini
bermakna

kaedah

dikurangkan

menerang,

kepada

perbincangan

dan

syarahan

peringkat

kaedah

yang

penyelesaian

atau

demontrasi

guru

harus

minimum.

Sebaliknya,

kaedah

masalah

ditambahkan

kepada

peringkat yang maksimum. Apabila murid-murid melibatkkan diri secara aktif


dalam aktiviti pembelajaran, interaksi antara murid akan dibentuk secara
tidak langsung.
Menggunakan banyak alat bantu mengajar.
Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian muridmurid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid
telah dapat dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan
diri secara aktif dalan aktiviti pengajara dan pembelajaran. Alat bantu
mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan hubungan guru
dan murid-murid, dan secara tidak langsung interaksi di antara mereka akan
dibentuk melaui penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah.
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah dapat diwujudkan dengan
menyusun keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat
duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan yang difikirkan sesuai
mengikut kerativiti sendiri.
Membantu murid yang bermasalah.
Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat
pendiam, penakut dan pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk
membantu

mereka

mengatasi

masalah

peribadi

dan

seterusnya

menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersma dengan


murid-murid yang lain. Guru juga harus mendorong murid-murid normal
supaya mereka dapat menerima murid-murid bermasalah dalam kumpulan
mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid benrmasalah tersebut. Cara ini
akan dapat melibatkan lebih ramai murid-murid berinteraksi diantara satu
dengan yang lain.
Berikan hujah anda tentang aspek-aspek penting dalam pengurusan

persekitaran

fizikal

bilik

darjah

supaya

dapat

mewujudkan

persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.


Meja guru
Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan
seperti ini adalah amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun
Satu. meja guru juga hendaklah menghadap meja murid bagi membantu
berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang prosespengajaran
dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga

tidak

menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid
mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat
kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini
dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk
guru mengajar dalam emosi yang positif
Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja
muridini ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam
keadaan yang baik dan selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan
meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur murid. Bagi susunan pula,
meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun secara
berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain
itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak
kerja kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada
kerja sendiri. Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan
pendapat, saling membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja
berkumpulan.

Walau

bagaimanapun,

untuk

membuat

susunan

secara

berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu


ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau
ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan
negatif kepada kumpulan.

Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid

dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan


guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid
Sudut multimedia
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad

ke-21 memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan


elemen-elemen ini menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok
untuk proses pembelajaran. (Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina
persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di dalam setiap bilik
darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer denganjaringan internet
untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di
dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi
memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini
juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid
agar menggunakan multi-media secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu
menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya adalah supaya
semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan
atau kemalangan.
Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di
sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk
keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid
dan memberi suasana seolah-olah mereka berada dirumah. Beberapa rak
yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah turut disusun di
sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini
diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka
turut memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini
turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas,
bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan, buku
yang

rosak

harus

diganti

dan

sebagainya.

Peraturan

sebegini

boleh

mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk


mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model
Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama
menjaga disiplin di dalam bilik darjah
Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan

dan

pengudaraan

yang

cukup

amatlah

penting

untuk

keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran


dijalankan.

Tingkap

dan

lampu

yang

mencukupi

boleh

memberi

pencahayaanyang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini


berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat
kerosakan.
dengan

Susunatur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun

baik

berlakunya

supaya

halangan

tidak

menghalang

pencahayaan

dan

tingkap

untuk

pengudaraan.

mengelakkan

Oleh

itu,

guru

hendaklah sentiasa membukapintu dan tingkap untuk pengudaraan


Meja bulat
Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian
belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang
mengenai aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu
Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan

tempat

simpanan

bekalan

makanan.

Satu

peraturan

mewajibkan semua murid dikehendaki menyimpan bekal makanan masingmasing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana sekiranya terdapat
murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid, andainya
makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan
mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makananitu juga
boleh menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa
belajar. Dengan adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah
ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih kondusif
Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil
kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan
dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut
turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Ini dapat melatih sifat
bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari. Dengan
menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid
apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak
langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid
pula dapat memberi input yang bermanfaat kepada semua murid
Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana
murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah

Peti pertolongan cemas


Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti
pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu
mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila
berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat
diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan
Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa.
Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut
dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini
dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting
sebegini.
Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk
menyimpan bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid

Anda mungkin juga menyukai