Anda di halaman 1dari 7

Kewajipan Maruah Integriti

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN DOTA 2 TERTUTUP UPNM 2016

1.

PENDAHULUAN
1.1

Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapat pertimbangan dan


kelulusan daripada YANG BAHAGIA PROF DR. MOHAMED FADZIL
BIN CHE DIN bagi menganjurkan Kejohanan DOTA 2 Tertutup UPNM
2016. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk menerangkan hala
tuju penganjuran program tersebut dan menjelaskan peruntukan yang
diperlukan.

2.

LATAR BELAKANG
2.1
DOTA 2 atau dikenali sebagai Defence Of The Ancient 2 merupakan
sebuah permainan video jenis strategi pertempuran arena yang mana 5
orang bagi satu kumpulan (Radiant Side) akan menentang 5 orang lagi
2.2

bagi satu kumpulan lain (Dire Side).


Pertandingan DOTA 2 tertutup ini merupakan anjuran pelajar awam
UPNM. Pertandingan ini dibuka kepada para mahasiswa UPNM.
Aturcara Pertandingan adalah seperti di Lampiran A dan Syarat-Syarat
Pertandingan adalah seperti di Lampiran B. Implikasi Kewangan
adalah seperti di Lampiran C dan Peraturan Pertandingan adalah
seperti di Lampiran D.

3.

OBJEKTIF
1. Memperkenalkan E-Sukan kepada para mahasiswa di UPNM.
2. Memajukan E-Sukan UPNM dan memartabatkan nama universiti.

3. Memberi peluang kepada pelajar UPNM untuk mengenali dan menimba


lebih banyak pengalaman di dalam bidang sukan ini.
4. Membuktikan bahawa pelajar UPNM bukan sahaja seorang book worm
tetapi mampu juga menjadi seorang socialiable sambil mencapai gred A
di dalam keputusan peperiksaan.
5. Mengeratkan lagi hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi
membina semangat kerja berpasukan.
6. Melahirkan mahasiswa dari UPNM yang mempunyai kemahiran dalam
mengatur strategi.
7. Membina critical-thinking di kalangan pelajar UPNM.
8. Menjadikan pelajar seorang yang intelektual dengan strategi semasa
mengalahkan permain lain.
9. Memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan pengetahuan yang
dibelajar dari permainan.
4.

TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 1 March 2016 4 March 2016
Tempat : Dewan Pendekar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

5.

IMPLIKASI KEWANGAN
5.1
Jumlah perbelanjaan bagi penganjuran pertandingan DOTA 2 tertutup
UPNM ini adalah sebanyak RM Satu Ribu Satu Ratus Lima Puluh
Ringgit Malaysia sahaja. Berikut disertakan implikasi kewangan seperti
di Lampiran C.

6.

PENGESAHAN KERTAS KERJA


Disediakan oleh,

..
KOH YOU MING
Pengarah Program
Pertandingan Dota 2 Tertutup

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Kertas cadangan yang disyorkan adalah


SOKONGAN :
DISOKONG / TIDAK DISOKONG

..
EN.RIZAL BIN ABU BAKAR
Pegawai Kebudayaan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

7.

SYOR
7.1

Adalah disyorkan supaya kertas cadangan ini diluluskan untuk


perhatian Yang Berbahagia Prof Dr Mohamed Fadzil bin Che Din,
Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan implikasi kewangan
sebanyak Satu Ribu Satu Ratus Lima Puluh Ringgit Malaysia
sahaja.

KEPUTUSAN:
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

..
YG. BHG. PROF MADYA DR. MOHAMED FADZIL CHE DIN
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

LAMPIRAN A

ATURCARA PERTANDINGAN DOTA 2 TERTUTUP 2016

JADUAL PERTANDINGAN
PUSINGAN

TARIKH

MASA

1-2

1/3/2016

8.00 AM

3-4

2/3/2016

8.00 AM

5-6

3/3/2016

8.00 AM

Semifinals - Finals

4/3/2016

8.00 AM

A-1
LAMPIRAN B
SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN DOTA 2 TERTUTUP UPNM 2016
1. Kejohanan ini berasaskan undang-undang biasa permainan DOTA 2 dan
pusingan permainan akan dijalankan berasaskan system Double Elimination
pool dalam Best-of-One mode yang membahagikan 16 kumpulan ke dalam
dua braket, iaitu upper bracket dan lower bracket.
2. Jawatankuasa pengelola pertandingan berhak mengubah dan menambah
sebarang

peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa

sebarang notis. Keputusan uruscara semasa pertandingan adalah muktamad.


3. Kejohanan pertandingan DOTA 2 ini akan dimain secara online sehingga
separuh akhir. Pusingan akhir akan diaturkan di Dewan Pendekar dengan
menggunakan komputer permain masing-masing. Oleh itu, diharapkan PTMK
boleh membuka sekatan terhadap aplikasi-aplikasi DOTA 2 untuk pusingan
akhir.
4. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia.

5. Pendaftaran rasmi dan penentuan pemain-pemain dalam kumpulan perlu


dibuat sebelum tarikh tutup penyertaan 26 Februari 2016 . Pertukaran aturan
tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan
apabila pusingan pertama dimulakan.
6. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:
PERKARA

JUMLAH

(b)

(c)

(a)

Hadiah Kepada Pemenang


Johan RM 500.00
1.

Naib Johan RM 300.00

RM 1000.00

Ketiga RM 200.00

Medal
2.

RM 150.00

RM 10.00 x 15 unit
JUMLAH

RM 1150.00

A) Tempat : Dewan Pendekar


B) Tarikh : 1/3/2016 4/3/2016
7. Sebarang pendaftaraan atau pertanyaan sila hubungi:
Koh You Ming 011-1537 8067

B-1

LAMPIRAN C
IMPLIKASI KEWANGAN PERTANDINGAN DOTA 2 TERTUTUP UNIVERSITI
PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 2016

C-1

Lampiran D
PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN DOTA 2
- Setiap permain perlu memiliki satu salinan applikasi DOTA 2 dan akaun Steam yang
sah untuk menyertai pertandingan.
- Setiap peserta dikehendaki menyenaraikan team ID mereka dalam profil steam
mereka.
- Dengan menyertai pertandingan ini, permain bersetuju untuk mematuhi segala
peraturan-peraturan dan undang-undang serta keputusan yang dibuat oleh pihak
pengelola pertandingan. Para permain perlu mematuhi arahan yang dibuat oleh
pengelola pertandingan pada setiap masa.
- Setiap permain perlu bersedia dan boleh didapati semasa tempoh Kejohanan atau
sehingga disingkirkan dari pertandingan. Permain-permain harus 15 minit awal daftar
masuk lobi sebelum permainan bermula.
- Jika salah satu pasukan tidak menunjukkan tanda-tanda aktiviti (termasuk : Tiada
ahli pasukan menulis komen perlawanan, tiada anggota pasukan telah menyertai
lobi, semua percubaan lain untuk menghubungi pasukan gagal) sehingga 15 minit
selepas masa perlawanan, kemenangan akan terus dibagi kepada pihak lawan
sebagai menang tanpa bertanding oleh pengelola pertandingan.
- Masa yang diperuntukan untuk setiap permainan adalah tanpa had masa bagi
setiap pusingan. Sekiranya salah seorang pemain daripada mana-mana kumpulan
tidak hadir, permainan masih akan terus berjalan dengan pengantian permain AI.
- Jika seorang pemain disconnect , permainan itu hendaklah pause serta-merta.
- Setiap peserta diminta untuk mengekalkan sikap ramah mesra dan hormat dengan
para peserta lain dan pengelola. Penghinaan dan tingkah laku yang tidak adil atau
tidak sopan ke arah pengelola dan peserta lain tidak akan diterima dan akan dihukum
dengan kekalahan serta-merta.

D-1

Anda mungkin juga menyukai