Anda di halaman 1dari 12

FACULTY OF MECHANICAL ENGINEERING

UNIVERSITI TEKNOLOG MARA


KAMPUS PULAU PINANG

Tajuk : Kepentingan Akhlak Dalam Sistem Politik Islam

NAMA : AZIB AZAMUDDIN JURI NO. MATIK:

KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN ( 2)
2.0 HURAIAN ...

(3)

2.1 MAKSUD AKHLAK ..

(3)

2.2 KATEGORI AKHLAK ...

(3)

2.3 MAKSUD POLITIK

(5)

2.4 POLITIK DARI ASPEK ISLAM

(5-6)

2.5 HUBUNGAN POLITIK DENGAN ISLAM ...

(7-8)

2.6 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM SISTEM POLITIK (9-13)


3.0 KESIMPULAN (14-15)
4.0 LAMPIRAN .

(16)

1.0 PENDAHULUAN

BISMILLAHIR RAHMANNIR RAHIM

Segala puji-pujian dipersembah ke hadrat Allah SWT. Dari-Nya kita meminta pertolongan
dan keampunan , seta perlindungan-Nya daripada gangguan syaitan yang direjam.
Sesungguhnya Allah sahajalah yang selayaknya disembah dan selawat serta salam kepada
Nabi Muhammad rasul junjungan yang membawa cahaya menerangi seluruh alam sarwa.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi lafaz syukur ke hadrat illahi atas limpahan rahmat dan
kurniaanya,, kami telah dapat menyelesaikan tugasan yang diberi dengan jayanya. Sekalung
ucapan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami dalam proses pengumpulan
bahan-bahan dan maklumat untuk dijadikan teras penulisan saya terutamanya kepada
keluarga saya . Seterusnya ,tidak lupa kepada pensyarah kami iaitu Ustazah Nurfahiratul
Azlina Ahmad yang telah memberi dorongan dan tunjuk ajar supaya tugasan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Tajuk tugasan yang telah diberi ialah Kepentingan Akhlak Dalam System Politik Islam.
Skop penulisan kami adalah berdasarkan maksud akhlak. Seterusnya diikuti dengan maksud
politik dan perbandingan antara politik Islam dengan politik pada masa sekarang. Selepas
itu,analisis akhlak dalam sistem politik dan sistem politik Islam turut dibincangkan.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan bersama ini , dapat memberi manfaat dan
di jadikan contoh dan teladan kepada kits semua amnya dan para pembaca . Sekian terima
kasih.

2.0 HURAIAN:
Untuk mendalami tentang tajuk Kepentingan Akhlak Dalam
Sistem Politik Islam terlebih dahulu beberapa definasi akhlak akan
dihuraikan dahulu diikuti dengan huraian kepentingan akhlak dalam
system politik Islam.

2.1 DEFINASI AKHLAK


Akhlak , sering dihubungkaitkan dengan manusia ataupun insan yang bernyawa. Dari sudut
definasi pula, perkataan akhlak telah diambil dari Bahasa Arab iaitu kata jamak dari
perkataan khuluq yang bererti kepercayaan, keyakinan , sikap ,tabiat dan tingkah laku [1].
Manakala Imam al-Ghazali dalam kitabnya ihya`ulumiddin menakrifkan akhlak sebagai
sifat jiwa yang tertanam dalam diri seseorang yang akan melahirkan perbuatan dari pancaran
hati sanubari dalamanya [2]. Perbuatan tersebut akan berlaku secara spontan tanpa perlu
berfikir natijah yang ada dalam jiwa sanubari setiap insan. Menurut kamus dewan pula,
akhlak telah didefinasikan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan
dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya samada baik atau jahat [3].

2.2 KATEGORI AKHLAK


Secara amnya, akhlak boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu i) Akhlak Mahmudah
dan ii) Akhlak Mazmudah.
Dari kategori yang pertama, Akhlak Mahmudah merujuk kepada tingkah laku manusia
samada zahir atau batin yang baik dan terpuji. Contoh akhlak ini ialah berkata benar, tolong
menolong antar satu sama lain, berlaku adil, beramal soleh dan sebagainya.
Manakala dalam kategori kedua, Akhlak Mazmumah merujuk kepada tingkah laku perbuatan
manusia yang buruk, dikeji dan dicela oleh syarak. Perbuatan ini adalah sebalik dari
perbuatan akhlak mahmudah. Antara contohmya, sombong, menipu, fitnah, belot kepada
negara, dan sebagainya.
4

2.3 DEFINASI POLITIK


Politik adalah suatu sistem untuk menentukan keputusan untuk sesuatu kumpulan. Politik
sering didefinisikan sebagai penggunaan kekuasaan atau kewenangan, suatu proses
pembuatan keputusan secara kolektif. Politik wujud sebelum kejadian ketamadunan manusia.
Politik bukan sahaja digunakan dalam pentadbiran kerajaan malahan tingkah laku politik
digunakan juga dalam pengurusan di korporat, akademik, agama dan institusi pentadbiran
lain. Dalam sistem politik terdapat parti-parti yang mengumpulkan pandangan-pandangan
untuk menentukan sesutu keputusan. Lazimnya politik akan diketuai oleh seorang ketua dan
parti-parti perlu mengemukakan cadangan dan pandangan kepada ketua. Seterusnya dengan
persetujuan ramai cadangan dan pandangan tersebut akan diterima dan digunapakai dalam
pentadbiran kumpulan atau negera tertentu.

2.4 POLITIK DARI ASPEK ISLAM


Politik disamakan dengan perkataan siyasah yang bermaksud mangatur. Fiqh syiyasah
adalah ajaran Islam yang mengatur sistem kekuasaan dan pemerintahan. Politik juga
bermaksud segala urusan dan tindakan samada kebajikan, siasatan dan strategi mengenai
pemerintahan sesebuah negara. Dari aspek Islam politik adalah satu wadah permikiran
berhubung sesuatu perkara tertentu. Walaubagaimana pun wadah tersebut mesti berlandaskan
kepada Al-Quran dan Sunnah. Al-Quran dan Sunnah ini mengandungi gambaran tentang ciriciri pengurusan politik yang dikehendaki oleh Islam.

2.5 HUBUNGAN ANTARA POLITIK DAN ISLAM


Islam memandang politik sebagai sebahagian daripada agama dan ianya secara langsung
mempunyai hubungan yang rapat dengan aspek keagamaan. Selain itu, ajaran Islam menitik
beratkan tentang setiap aspek dalam kehidupan manusia. Antara aspek tersebut ialah moral,
social, politik, ekonomi, spiritual dan juga undang-undang. Islam juga tidak membezabezakan antara manusia. Bagi menjaga keutuhan hubungan antara politik, kita perlu
berlandaskan syariah. Syariah adalah undang-undang pemberian Allah SWT yang telah
diturunkan untuk mengawal setiap tingkahlaku manusia. Tujuan sistem politik ialah untuk
5

melaksanakan undang-undang syariah dan memenuhi kepentingan duniawi berlandaskan


perintah Allah SWT. Dalam Islam, negara akan seringkali disebut sebagai alat agama. Oleh
itu, masyarakat dalam sebuah negara boleh jadi lebih baik jika sistem politik dan kuasa
pemerintahanya baik. Seperti dari petikan kata pepatah melayu yang berbunyi ikan busuk
dimulai daripada kepalanya.
Sebagai contoh, sebuah syarikat pertanian yang digelar kilabasta. Ianya adalah syarikat yang
kaya dengan pekerja yang mesra dan gigih bekerja dengan keinginan untuk memajukan
syarikat. Pengarah syarikat tersebut adal wapol dan beliau adalah seorang yang pemurah dan
baik hati. Beliau selalu memberi kata-kata yang manis dan memberi semangat kepada pekerapekerjanya. Suatu hari beliau jatuh sakit dan pekerja semua berdoa agar beliau sembuh.
Tetapi penyakit beliau amat teruk, lalu beliau meninggal dunia. Setelah beliau meninggal
dunia anaknya, mapol mengantikan tempat beliau sebagai pengarah syarikat. Pada mulanya
syarikat kelihatan agak maju dengan pengantian alatan-alatan pertanian. Tetapi lamakelamaan syarikat bertambah maju dan beliau menjadi semakin tamak. Beliau menyuruh
pekerja-pekerjanya berkerja dengan lebih masa sehingga pekerrja tidak dapat rehat
secukupnya. Pekerjanya lama kelamaan berhenti kerja dan beliau ditinggalkan, syarikat lama
kelamaan mula menjatuh dan akhirnya syarikat tersebut menjadi muflis.
Sebagai pengajaran daripada contoh diatas, kita boleh memilih pemimpin atau ketua yang
baik. Islam juga telah mengajar kita tentang konsep khalifah iaitu memilih seorang ketua
yang layak agar boleh menjadikan syarikat mahupun negara lebih baik dan maju. Imam
Ghazali menggambarkan agama dan negara adalah unsur berkembar. Agama sebagai pokok
pangkal dan pemimpin adalah pengawalnya.

2.6 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM SISTEM


POLITIK ISLAM
Sistem politik adalah sistem dimana komunikasi diantara pemimpin dan yang dipimpin
haruslah baik. Tetapi, dalam politik terdapat beberapa masalah yang berlaku. Hal ini kerana
terdapat masalah samada masalah oleh pemimpin mahupun yang dipimpin. Islam telah
mengajar umatnya untuk berkelakuan baik dan berakhlak murni. Kita juga harus mencontohi
akhlak dan perlakuan Rasullulah SAW. Seperti kata-kata Saidatina Aisyah RA tentang akhlak
Rasulullah SAW iaitu:

Kaana Khuluqul Quran


(Akhlaknya itu adalah Al-Quran)

Islam mengajar umatnya bahawa panduan yang terbaik adalah Al-Quran. Oleh sebab itu, kita
harus mencontohi Rasulullah SAW kerana akhlak baginda dibayang sebagai Al-Quran.

Politik pada zaman sekarang mempunyai unsur-unsur yang tidak berapa baik dan dikira
sebagai pemangkin kemunduran. Manusia zaman sekarang mementingkan keuntungan dan
mereka akan menggunakan apa sahaja dengan sedaya upaya mereka untuk mendapatkan
keuntungan tersebut. Mereka jua terlupa akan akhlak yang harus dicontohi dan
menggamalkan akhlak mazmumah. Oleh kerana itu, akhlak memainkan peranan yang penting
dalam proses menggelakkan kemunduran dalam politik.

Contoh sifat akhlak mazmumah yang seterusnya ialah tamak. Manusia akan selalu inginkan
lebih dalam sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan melakukan apa sahaja cara untuk
mendapatkannya. Sebagai contoh; duit, dalam kehidupan harian duit adalah amat berharga
dan dengan duit kita boleh beli apa sahaja. Manusia akan cuba sedaya upaya mereka untuk
mendapatkannya. Dalam sistem politik pelakuan tamak harus diellakkan keranda dalam
7

politik terdapat segelintir bilangan orang yang mementingkan kuasa. Kerana mereka
berfikiran lebih kuasa bermaksud lebih duit. Oleh sebab sifat tamak demikian sistem politik
yang asal dilupa pakai dan dari situ aka nada sifat tidak puas hati antara satu sama lain.
Setelah mereka tidak berpuas hati mereka akan bergaduh dan berpecah belah. Disebabkan
perpecahan ada pihak yang dimasukkan ke penjara. Tidak hairan jika ada pihak yang baik
dimassukan ke dalam penjara dan sebaliknya. Setelah satu pihak telah diambil tindakan
penyokong bagi pihak tersebut juga akan berasa tidak puas hati dengan tindakan yang
dikenakan lalu penyokong juga mula menunjukkan perasaan marah mereka. Dari situ, kita
dapat melihat perkara-perkara yang berunsrkan negative berlaku seperti vandalisme ke atas
harta awam, kekurangan ekonomi kerana penyokong mogok untuk bekerja, dan bermacam
lagi. Sebab itu pepatah melayu sebut orang yang tamak selalu rugi.

Bukan itu sahaja, diakibatkan oleh pemimpin melakukan sifat akhlak mazmumah, orang yang
dipimpin tururt merasakan akibatnya. Seterusnya, negara yang mengamalkan sistem
demokrasi akan memilih khalifah atau ketua negara yang baharu. Sifat akhlak mazmumah
yang sering dilakukan oleh bakal pemimpin ialah bercakap bohong dan tidak menepati janji
yag telah dibuat pada pilihan raya.Rasulullah pernah bersabda pula:

:
Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji
mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).

Di dalam riwayat Al Imam Muslim ada tambahan:




Artinya:
Dan aku (Ummu Kultsum) tidak mendengar bahwa beliau memberikan rukhsoh (keringanan)
dari dusta yang dikatakan oleh manusia kecuali dalam perang, mendamaikan antara manusia,
pembicaraan seorang suami pada istrinya dan pembicaraan istri pada suaminya.
8

Sifat-sifat yang ternyata dalam hadis diatas merujuk kepada orang-orang yang Allah SWT
akan mempermainkan dan dibiarkan tanpa diberikan petunjuk dan hidayah. Oleh itu, kita
hendaklah memilih orang-orang yang tidak bersifat seperti diatas sebagai seorang khalifah,
ketua dan pemimpin. Hal ini kerana, oleh kerana mereka bersifat demikian orang yang
dipimpin akan sengsara. Selain itu, negara akan mundur, tidak membangun dan tidak akan
boleh maju.

Akhlak mazmumah yang seterusnya ialah hasad dan dengki. Dengki ialah sifat yang
menginginkan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT ke atas orang lain hilang ataupun
berpindah kepadanya. Orang-orang yang bersifat hasad dan dengki tidak dapat dan tidak
ingin melihat orang lain senang.

Sebagai contoh; Ali mendapat kenaikkan pangkat dalam syarikat agro industri. Rakan sekerja
beliau berasa amat gembira atas pencapaian beliau. Tetapi rakan sekerja yang paling hamper
merasai bahawa dia lebih layak mendapat jawatan tersebut daripada Ali. Oleh itu, beliau
melakukan sesuatu perkara yang amat teruk iaitu menfitnah Ali. Beliau menyebarkan ftnah
bahawa Ali telah melakukan zina. Seterusnya majikan terus memecat Ali daripada syarikat
Agro industry.

Dengan itu, kita mengetahui bahawa sifat dengki adalah sifat yang boleh menjatuhkan
seseorang. Oleh itu kita hendaklah menggelakkan sifat ini terutamanya dalam sistem politik.
Hal ini kerana sistem politik adalah sistem untuk membuat sesuatu keputusan dan dalamnya
terdapat perbezaan kuasa. Selain itu, orang yang memiliki sifat tersebut seakan-akan
membangkang atau menolak keputusan Allah SWT kerana Allah SWT mengurniakan sesuatu
nikmat ke atas umat-umatnya. Bukan itu sahaja orang yang bersifat demikian juga akan
berada dalam keadaan berduka cita dan iri hati kepada orang lain. Ia akan menimbulkan
fitnah dan hasutan yang boleh membawa kepada bencana dan kerosakan.

Amanah atau jujur adalah salah satu sifat akhlak mahmudah. Ia bermaksud berkata benar dan
tidak bohong. Dalam sistem politik ahli-ahlinya hendaklah bersifat sedemikian kerana merka

perlu menjalankan tugas yang diberikan dengan betul. Apabila ahli-ahli politik menjalankan
tugas mereka dengan betul, orang yang dipimpin akan berasa puas hati. Dengan itu,
perbolahan antara pemimpin (iaitu ahli-ahli politik) dan orang yang dipimpin (masyarakat)
dapat diellakkan. Seterusnya, negara akan menjadi lebih aman dan bebas daripada keganasan.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasullulah SAW menyebutkan seorang lelaki
daripada Bani israil telah meminta bantuan kawanya agar memberikanya hutang sebanyak
1000 Dinar. Lalu kawanya berkata, bawalah beberapa orang saksi agar mereka menyaksikan
hutangmu ini. Dia menjawab cukuplah Allah sebagai saksi bagiku! orang itu berkata
datangkanlah seseorang yang menjamin pinjamanmu! peminjam itu hanya menjawab,
mamadailah Allah SWT menjaminku. Akhirnya kawan itu berkata, engkau benar

Daripada petikan diatas kita dapati bahawa Allah SWT sentiasa melihat apa yang kita buat.
Oleh itu, kita hendaklah bersikap jujur dan amanah dalam semua urusan. Selain itu, kita
hendaklah menghindari diri daripada melakukan perbuatan menipu. Hal ini kerana orang
yang bohong atau pendusta tidak ada nilainya dalam Islam.

Bukan sekadar itu, ahli-ahli dalam sistem politik hendaklah diterapkan dengan sifat bertolak
ansur dan saling hormat-menghormati. Di dalam sistem poltik akan ada perbincangan tentang
sesuatu isu. Dalam situasi pebincangan boleh berlaku dua perkara. Samaada perbincangan itu
selessai dengan cara yang aman atau perbalahan. Oleh itu, jika sifat hormat-menghormati dan
bertolak ansur diterapkan dalam diri orang-orang yang berbincang, maka mereka dapat
berbincang dengan cara yang lebih sesuai. Cara yang sesuai adalah dengan membagi peluang
bagi orang untuk bersuara dalam perbincangan. Selain itu, tidak memotong apabila seseorang
bercakap. Dengan itu, perbincangan dapat dilaksanakan dengan aman dan tenteram.

10

3.0 KESIMPULAN
Setelah kami mengkaji tentang kepentingan akhlak dalam sistem politik, kami telah
mengetahui tentang maksud akhlak. Akhlak ialah sifat jiwa yang tertanam dalam diri
seseorang yang akan melahirkan perbuatan dari pancaran hati sanubari dalamanya.
Seterusnya kami mendapati bahawa akhlak boleh dikategori kepada dua iaitu akhlak
mahmudah dan akhlak mazmumah. Akhlak mazmudah ialah akhlak yang bersifat baik dan
akhlak mazmumah adalah akhlak yang bersifat buruk dan tidak baik. Selain itu, kami telah
mempelajari maksud politik. Politik ialah suatu sistem untuk menentukan keputusan untuk
sesuatu kumpulan. Dari situ, kami telah mendapati bahawa politik berasaskan bekerja dalam
kumpulan. Apabila bekerja dalam kumpulan ahli-ahlinya hendaklah bersifat akhlak
mahmudah supaya kumpulan itu tidak akan berpecah. Oleh itu kami telah mengkaji tentang
sifat akhlak mazmumah dan impak orang bersifat sedemikian dalam politik. Antara sifat
akhlak mazmumah adalah mementingkan keuntunggan kepada diri sendir, tamak dan bohong.
Apa yang kami telah dapati ialah apabila seseorang itu mengamalkan sifat mementingkan
keuntunggan kepada diri sendiri beliau akan berasa hati tidak tenteram. Terutama sekali
apabila melakukan perkara hanya untuk keuntunggan dan mengabaikan orang lain. Selain itu,
orang yang mengamalkan sifat tamak pula mereka akan berebut untuk mendapatkan kuasa
(dalam sistem politik). Setelah seseorang itu mendapat kuasa terdapat orang lain yang akan
berasa tidak puas hati. Dari situ kami telah mendapati bahawa dalam kumpulan kita tidak
boleh bersifat tamak. Seterusnya, mereka yang mengamalkan sifat bohong akan menerima
tatapan negatif daripada ahli yang lain. Sebaliknya, dalam sistem politik (kumpulan) kita
hendaklah mengamalkan sifat akhlak mahmudah. Hal ini kerana apabila seseorang itu bersifat
baik beliau akan dihormati dan dicontohi. Contoh yang kami pilih di dalam folio kami ialah
amanah dan jujur. Kami telah mengkaji tentang orang-orang yang mengamalkan sifat jujur
dan amanah. Kami telah mendapati bahawa mereka dapat menggelakkan keraguan oranag
lain ke atasnya. Selain jujur dan amanah kami telah memilih sifat bertolak ansur dan saling
hormat-menghormati. Dalam perbincangan dalam kumpulan kita hendaklah mengamalkan
sikap hormat menghormati antara ahli-ahli. Hal ini supaya mereka yang dalam perbincangan
tersebut dapat mengemukakan isi hati yang terpendam. Setiap kumpulan terdapat seorang
wakil yang digelar ketua,pemimpin dan sebagainya. Oleh itu pemimpin hendaklah

11

berpandangan jauh dan menjadi orang yang terbaik dalam kumpulan. Pemimpin juga perlulah
mencontohi akhlak rasullulah.

4.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
Tajuk buku, nama penulis, tahun terbit, syarikat penerbit
MEMAHAMI ISLAM HADHARI- MAHMOOD ZUHDI AB. MAJID
POLITIK ISLAM KONSEPSI DAN DOKUMENTASI-DOKTOR
HAMIDULLAH
MANAGING POLITICS AND ISLAM IN INDONESIA-DONALD J.
PORTER
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM CHE HASLINA ABDULLAH
PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM NURFAHIRATUL AZLINA
AHMAD
ORANG-ORANG YANG DISAYANGI ALLAH SYEIKH MUHAMMAD
AL-ISKANDARI
101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN, AL-HADIS &
HAYATUS SAHABAH ZAHAZAN MOHAMED
THE POLITICS OF ISLAM IN CONTEMPORARY MALAYSIA KAMARULNIZAM ABDULLAH

12

Anda mungkin juga menyukai