Anda di halaman 1dari 1

Masakan OQANG KEDAH

KERABU IKAN BILIS


Bahan-bahan
Segengam ikan bilis - bersih & toskan
Segengam kacang tanah - goreng tanpa minyak & buang kulitnya...
1 biji bawang besar - di mayang
1 batang serai - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
1 biji cili hijau - potong bulat & nipis (boleh digantikan dengan cili api jika suka)
1 biji cili merah - potong bulat & nipis
1 sudu/besar sos ikan
2 sudu/besar sunquick (boleh ganti dengan perahan asam limau)
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 sudu kecil gula
Cara2;
Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan. Masukkan bahan2 yg telah di mayang.
Gaul rata. Selepas itu baru dimasukkan garam, gula, sos ikan & serbuk perasa. Gaul
lagi. Akhir sekali masukkan kacang tanah & ikan bilis yg telah digoreng tadi

Anda mungkin juga menyukai