Anda di halaman 1dari 2

Lim Chia Chern 4Sc

Amalan Gaya Hidup Sihat


Amalan gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyaraka. Sudah pasti dalam
kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat
yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk
mencapai matlamat ini.
.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam atau gula
yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung atau
darah tinggi. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang
ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang
seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani
oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran
darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang
yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap
kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas bak
kata pepatah badan cergas, otak cerdas.
.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mendisiplinkan diri
dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan mahupun
memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa
masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini
harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan
dan gaya hidup agar kita dijauhi daripada sebarang penyakit. Contohnya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan serangga
penyakit seperti nyamuk aedes, lipas, lalat dan sebagainya.Persekitaran dan halaman rumah
mestilah dibersih secara berkala untuk menghindari nyamuk-nyamuk daripada membiak di
kawasan perumahan. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka

daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.


.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang
itu bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai masalah atau dugaan yang melanda kehidupannya
dengan baik tanpa merumitkan masalah itu lagi. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran
terutama tekanan di tempat kerja memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita.
Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan
daripada pakar motivasi ataupun rakan karib di sekeliling mereka untuk mencari jalan
menyelesaikan masalah mereka. Jelaslah bahawa semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

Anda mungkin juga menyukai