Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Gejala sosial di Malaysia semakin meruncing. Gejala sosial dapat


diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral
individu. Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan
dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.Secara
umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada
kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu
masyarakat ataupun negara.
`Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai gejala
sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu
pelbagai sekali baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa.
Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris
negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat
perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.
Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang
kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial yang
melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan perbuatan jenayah
membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.Melalui
media massa mahupun media cetak pelbagai kes gejala sosial yang sering
menjadi topik ataupun isu utama yang diperkatakan.

Anda mungkin juga menyukai