Anda di halaman 1dari 16

127

HSR3013
MODUL 6

Objektif
Menjelaskan maksud kaedah penyelidikan sejarah.
Membincangkan tatacara kaedah penyelidikan sejarah.
Menerangkan kepentingan menghasilkan penulisan karya pensejarahan
dari sesuatu penyelidikan sejarah.

KAEDAH PENYELIDIKAN SEJARAH

Pengenalan
Kaedah penyelidikan sejarah, atau kaedah sejarah, adalah satu proses yang
sangat penting dalam usaha sejarawan menghasilkan sesebuah karya. Di dalam
karyanya yang berjudul Understanding History, Louis Gottschalk telah
memberikan suatu pandangan yang menyakinkan tentang kaedah sejarah itu.
Beliau mengatakan bahawa kaedah sejarah adalah suatu proses meneliti dan
menganalisis secara kritis catatan dan tinggalan masa lalu (1969 : 48). Dengan
kata lain, apa yang dianalisis dan diteliti itu ialah sumber-sumber kajian sejarah
itu sendiri. Sebenarnya pandangan beliau itu adalah sesuatu yang konseptual
tentang kaedah sejarah itu.

Sejarawan-sejarawan lain juga memberikan

128

pandangan yang hampir menyamai pandangan Gottschalk itu. Sesetengahnya


memperluas serta memperincikannya lagi. Misalnya, Gilbert J. Garraghan
mentakrifkan kaedah sejarah itu sebagai, sekumpulan prinsip dan peraturan
yang sistematik bertujuan membantu usaha mengumpul sumber-sumber sejarah
dengan berkesan, meneliti dan mengkaji sumber-sumber tersebut dengan kritis
dan membentangkan suatu sintesis (umumnya dalam bentuk, penulisan) dari
hasil-hasil yang telah diperolehi (1948 : 33). Jacques Barzun dan Henry F.
Graff pula mengatakan bahawa kaedah sejarah itu adalah sebahagian daripada
teknik-teknik penyelidikan sejarah (1970 : 19). Sebenarnya pandangan mereka
itu tidaklah banyak bezanya dari pandangan sejarawan-sejarawan Eropah sejak
zaman Neibhur, merentasi zaman Ranke, Mommsen, Acton, Bury Toynbee,
Collingwood sehinggalah dekad 1950an dan 1960an dahulu.

Malahan

pandangan ini dipegang hingga kini.

Sejarah Perkembangan Perkaedahan Sejarah


Louis Gottschalk juga memberikan sedikit gambaran tentang sejarah
perkaedahan sejarah itu. Menurut beliau sejarahnya itu telah bermula sejak
awal lagi, iaitu sejak para sejarawan Yunani purba menghasilkan karya
pensejarahan masing-masing. Tokoh utamanya dalam hal ini ialah Thucydides,
sejarawan Perang

Pelopponesia

yang

bersungguh memberitahu

pembacanya bagaimana beliau menghimpunkan bahan-bahan

apakah ujian-

ujian yang dilakukan bagi mengasingkan yang benar

dari yang palsu

(1969 : 51).

Dan selepas Thucydides terdapatlah beberapa ramai lagi

129

sejarawan dari pelbagai negara dan peradaban yang telah menyebut malah
membicarakan perkara-perkara yang berkait dengan perkaedahan sejarah itu.
Antaranya yang ternama ialah Lucian, Ibnu Khaldun, Bodin, Mably, Voltaire,
Ranke, walaupun kadangkala kajian mereka memusat kepada bidang kajian dan
bukan teknik (kaedah) kajian sejarah (Ibid). Namun melalui penulisan mereka
itulah dapat disaring kaedah penyelidikan sejarah yang telah mereka
laksanakan. Ertinya kalaupun mereka tidak menulis atau menyatakan bentuk
kaedah penyelidikannya, namun mereka mengamalkannya. Dan dalam kategori
ini termasuklah juga beberapa orang sejarawan Melayu zaman lampau seperti
Tun Seri Lanang (Sulalatus Salatin), Raja Ali Haji (antaranya, Tuhfat alNafis, dan Salasilah Melayu dan Bugis) dan Abdullah Munsyi (Hikayat
Abdullah). Jika perkaedahan mereka itu tidak tersurat dengan jelas dan secara
langsung, kita dapat memahaminya secara yang tersirat dan tidak langsung.

Kaedah Yang Kritis


Namun dari segi pensejarahan moden seperti yang diertikan dan berkembang di
dalam tamadun barat sejak abad yang lalu, asas bagi proses meneliti dan
menganalisis secara kritis seperti yang dinyatakan oleh Louis Gottschalk itu
ialah kaedah yang kritis. Melalui kaedah ini seseorang sejarawan itu dijangka
dapat menghasilkan karya pensejarahan yang objektif sifatnya. Pensejarahn
yang objektif itu pula pada peringkat awalnya boleh disamakan dengan konsep
sejarah yang positivistik dan juga saranan Leopold Von Ranke bahawa sejarah
itu haruslah dikaji seperti sebenarnya ia berlaku (G.J. Garraghan, 1948 :

130

46-56). Ia seterusnya dikaitkan dengann konsep sejarah yang lengkap seperti


yang dikemukakan oleh Lord Acton.

Juga dengan pandangan J.B. Bury

(1861-1927) pada awal abad kedua puluh ini bahawa sejarah adalah sains tak
kurang tak lebih itu.

Walau bagaimanapun anggapan yang demikian terhadap sejarah yang


objektif yang dihasilkan melalui kaedah yang kritis itu, tidaklah dapat bertahan
terus menerus.

Melalui penghujahan sejarawan-sejarawan idealist atau

relativis seperti R.G. Collingwood dan Charles A. Beard pada tahun 1930an
dan Garraghan pada 1940an, Louis Gottschalk, E.H. Carr dan beberapa
ramai lagi pada tahun 1950an hinggalah masakini, anggapan yang demikian
terpaksa diketepikan. Hakikatnya sejarah tidak dapat dan tidak perlu dikaji,
seperti sebenarnya ia berlaku. Sejarah juga bukanlah suatu ilmu pengetahun
yang lengkap dan tidak juga merupakan suatu sains yang tepat. Sejarah adalah
suatu bidang kajian dan ilmu pengetahuan yang sangat berkait rapat dengan
manusia dan kemanusiaan. Dalam spektrum itu apa yang dikaji ialah tindakantindakan manusia itu sendiri dan apa yang dianalisis ialah sumber-sumber
sejarah yang berupa bahan-bahan tinggalan mereka yang terdiri dari pelbagai
catatan, tulisan, pertuturan mahupun artifek-artifek kegunaan sehari-hari dalam
pelbagai bidang.

Sejarah memang mementingkan manusia dan tindak-

tanduknya sebagai tumpuan kajian sebagai berbeza dengan sains yang


mementingkan benda sebagai tumpuan kajiannya.

131

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Soalan Dalam Teks


Uji ingatan anda dengan menjawab soalan berikut secara spontan:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Apakah pandangan Louis Gottschalk yang menyakinkan tentang


kaedah sejarah?
Jacques Barzun dan H.F. Graff mengatakan bahawa kaedah
sejarah itu adalah _______________________________________.
Apakah yang merupakan asas bagi proses meneliti dan
menganalisis secara kritis?
Garraghan telah menyamakan istilah ___________ itu dengan
kaedah sejarah itu sendiri.
Langkah pertama yang perlu dilakukan sejarawan dalam
melaksanakan penyelidikan sejarah ialah ____________________
Sebutkan lima peralatan asas yang diperlukan penyelidik sejarah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tetapi apakah yang dikatakan kaedah yang kritis itu? Istilah ini biasa
juga dipakai terhadap disiplin ilmu pengetahuan yang lain, namun dari segi
sejarah ia boleh dilihat sebagai merujuk kepada sikap sejarawan, latihan dan
amalannya dalam menjalankan usaha penyelidikan dan penulisan sejarah. Dari
segi sikap yang kritis itu, ia bukanlah bererti seseorang sejarawan itu gemar dan
mesti mengkritik setiap perkara dari setiap sudut. Maksud sebenarnya ialah
supaya seseorang sejarawan itu mempunyai sikap yang hati-hati dan sentiasa
mengutamakan hasrat dan usaha mencari serta mengwujudkan kebenaran
sejarah (Muhd Yusof Ibrahim, 1997 : 148). Walaupun kebenaran sejarah itu

132

sendiri bukanlah sesutu yang mutlak dan tetap, namun usaha mencari apa yang
boleh

dianggap

sebagai

munasabah

kesejarahannya

haruslah

menjdi

keutamaannya.

Di samping itu latihan, penglaman dan kadangkala kelulusannya di


bidang disiplin sejarah juga memang merupakan perkara-perkara yang
diperlukan dalam hal menangani kaedah sejarah itu. Perkara-perkara ini bukan
sahaja memberikannya ilmu pengetahuan tetapi memberikan pula keyakinan
kepadanya dalam menjalankan penyelidikan. Dari segi kaedah itu sahaja, ia
akan

mempertajamkan

lagi

kefahamannya

melaksanakan penyelidikannya yang kritis itu.

dan

juga

keupayaannya

Dengan adanya sikap yang

kritis, pengetahuan dan keyakinan diri tentang disiplin ilmu yang diceburi dan
kefahaman yang mendalam tentang kaedah penyelidikannya, maka tentulah
amalan penyelidikan yang dilaksanakan oleh sejarawan berkenaan dalam
menjlankan penyelidikannya akan bersifat kritis juga. Inilah gabungan yang
menjadi asas kepada kaedah sejarah yang kritis itu.

Dalam pada itu kelulusan, latihan dan pengalaman, seperti yang telah
disentuh tadi, adalah perkara-perkara yang tidak seharusnya dipandang ringan
sahaja. Sebaik-baiknya seseorang sejarawan wajarlah mempunyai kelulusan
yang baik, terlatih terutamanya dari segi kaedah sejarah dan berpengalaman
dalam melaksanakan penyelidikan.

Ini akan memudahkan beliau dalam

melaksanakan kerja-kerja penyelidikannya secara berterusan.

133

Sebagai suatu proses, kaedah sejarah itu mempunyai peraturan dan


tatacaranya yang tertentu pula.

Kadangkala peraturan dan tatacara itu

dianggap juga sebagai teknik-teknik bagi penyelidikan sejarah.

Malah

Garranghan menyamakan istilah teknik itu dengan kaedah sejarah itu sendiri
(1948 : 33). Bagaimanapun yang penting difahami ialah peraturan dan tatacara
itu adalah langkah-langkah yang diwujud serta dilaksanakan oleh sejarawan
dalam melaksanakan penyelidikan sejarah.

Mengenalpasti dan Mendapatkan Sumber-sumber Rujukan


Pertama ialah mengenalpasti sumber-sumber rujukan bagi sesuatu peristiwa,
tokoh atau institusi sejarah yang dikaji.

Mengenalpasti itu ialah dari segi

lokasi/tempat dan bentuk atau jenis-jenisnya.

Jika seseorang itu mengkaji

sejarah Kesultanan Melayu Melaka pada kurun kelima belas dahulu, dimanakah
sumber-sumber rujukan tentangnya boleh didapati, di perpustakaan? Arkib?
Simpanan Peribadi? Di dalam negeri atau di perpustakaan dan Arkib luar
negeri?

Seterusnya apakah jenis sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk


kajian yang boleh didapati?

Sumber utama? Kedua? Lisan? Juga artifek-

artifek? Setelah perkara-perkara ini dapat ditentukan, usaha seterusnya ialah


mendapatkan sumber-sumber tersebut. Usaha ini juga mempunyai teknik dan
tatacaranya. Jika sumber bertulis, sejarawan mestilah pergi ke tempt simpan

134

sumber-sumber itu, untuk membaca, membuat catatan yang perlu dan


kadangkala termasuklah usaha mengesahkan sumber itu sendiri. Bagi sumber
lisan pula, tokoh-tokoh atau orang-orang yang berkenaan harus di cari dan
dikenalpasti untuk ditemubual kemudian nanti atau pada bila masa yang
diperlukan.

Perbincangan semasa temubual eloklah dirakamkan supaya

memudahkan kita membuat analisis dan rujukan semula.

Peralatan
Mengenalpasti, mendapat, mengumpul serta menganalisis sumber juga
memerlukan pelbagai peralatan misalnya kita memerlukan pensil, pen, kertas,
buku catatan untuk melakukan catatan atau menyalin sesuatu penemuan atau
fakta yang kita rasakan penting dari sumber. Juga bagi kita melakukan analisis
atau penulisan pada peringkat yang sesuai nanti.

Kita juga mungkin

memerlukan pisau nipis (atau gunting) untuk memotong serta mengumpul


keratan-keratan akhbar jika keratan-keratan yang kita perlukan itu belum
terhimpun.

Kita juga mungkin memerlukan perekat, kayu pembaris dan

sebagainya. Bagi sumber lisan pula kita memang memerlukan alat-alat seperti
pita rakaman dan kamera. Pita rakaman adalah untuk merakamkan temubual
dengan tokoh-tokoh yang menjadi sumber rujukan kita. Kamera pula adalah
untuk mengambil gambar tokoh-tokoh yang berkenaan, artifek-artifek atau
lain-lain yang boleh dijadikan illustrasi, visual dan lampiran di dalam penulisan.

135

Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini penggunaan komputer


juga diperlukan. Penggunaan alat ini bukanlah dari segi taip-menaip sahaja,
tetapi juga dari segi menyimpan serta menganalisis data dan sumber-sumber
yang telah didapati. Data-data itu mungkin telah kita dapati melalui suatu
teknik random-sampling dengan menggunakan borang-borang soal-selidik
yang diberikan kepada orang-orang yang dikenalpasti boleh memberikan
maklumat atau pendapat. Penggunaan komputer juga akan memudahkan kerjakerja menyunting atau mengedit penulisan kita disamping membantu dalam halhal lain seperti penyusunan bibliografi dan indeks, rajah-rajah, statistik dan juga
data-data yang diperlukan, terutama sekali jika seseorang sejarawan itu
menjalankan kajian berasaskan konsep sejarah kuantitatif atau kuantifikasi yang
merupakan asas sejarah total tadi.

Mengumpul Sumber
Bahan-bahan atau sumber-sumber rujukan yang sudah didapati haruslah
dikumpul di suatu tempat yang selamat dan tidak bercampur aduk dengan
bahan-bahan kajian yang lain. Ia harus dijaga dengan rapi supaya terelak
daripada kerosakan atau hilang sebelum ia digunakan dengan sewajarnya. Cara
menyimpan juga haruslah cara yang teratur atau tersusun, misalnya dengan
sumber-sumber utama dan kedua pada tempat-tempat yang berasingan.
Sumber lisan, artifek dan sebagainya pada tempt masing-masing. Begitu juga
bagi sumber-sumber yang tidak boleh dibawa keluar dari tempat lokasinya; kita

136

haruslah mencatatkan tajuk serta tanda-tanda lengkap tentang sumber yang


berkenaan supaya memudahkan kita membuat rujukan dan rujukan semula
(Muhd Yusof Ibrahim, 1997 : 150).

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Soalan Dalam Teks


Senaraikan jawapan anda terhadap soalan berikut:
1.

Apakah yang ditakrifkan G.J. Garraghan sebagai sumber sejarah?

2.

Gambaran tentang sejarah perkaedahan sejarah.

3.

Maksud sejarah yang objektif ialah:


1.
2.
3.
4.

4.

Senaraikan maksud kaedah Yang Kritis.


1.
2.
3.
4.

5.

Bagaimanakah caranya seseorang penyelidik itu mengenal pasti


dan mengumpul sumber.

6.

Mengapakah hasil penyelidikan itu perlu dituliskan?

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

137

Mengkaji dan Menganalisis Sumber


Setelah sumber-sumber dan bahan rujukan dikenalpasti serta dikumpul
secukupnya, langkah sejarawan seterusnya ialah mengkaji dan menganalisis
sumber-sumber tersebut.

Tujuannya ialah mendapatkan data-data yang

diperlukan bagi kajian, iaitu data-data yang berupa fakta-fakta sejarah, rajah,
jadual-jadual, gambar-gambar ataupun pandangan-pandangan yang berkait
dengan judul atau bidang dan tempoh kajian.

Didapati teknik mengkaji dan menganalisis sumber itu adalah berbeza di


antara seorang penyelidik atau sejarawan dengan seorang yang lain. Namun
lazimnya seseorang sejarawan itu akan membca sumbernya dan seterusnya
membuat catatan salinan atau tanda-tanda yang difikirnya perlu. Dia akan
melakukan usaha ini secara berterusan hinggalah semua sumbernya selesai di
baca, kemudian barulah memulakan langkah yang seterusnya iaitu menuliskan
analisisnya.

Tetapi ada juga sejarawan yang tidak melakanakan langkah-

langkah seperti itu sepenuhnya; malah mereka melakukan dengan cara yang
mereka fikirkan sesuai bagi diri masing-masing.

Begitu juga tentang

jangkamasa atau tempoh membaca sumber-sumber yang berkenaan.

Ia

terpulang kepada sejarawan itu sendiri. Kebiasaannya ia akan mengambilkira


beberapa perkara yang berkaitan dalam menentukan tempoh membaca,
menganalisis

dan

seterusnya

menyelesaikan

penyelidikannya.

Jika

penyelidikannya itu dibiayai oleh penganjur yang tertentu, ada kemungkinan ia


perlu pula menyesuaikan tempoh itu dengan tempoh yang diberikan oleh

138

penganjur untuk menyelesaikan kajiannya.

Ia juga akan mengmbilkira

kepentingan kerjaya serta keluarganya. Ataupun ia perlu menyelesaikannya


dalam tempoh yang tertentu kerana ada lagi projek penyelidikan lain yang perlu
dikendalikan.

Walau bagaimanapun jika kajian itu adalah penyelidikan

persendirian, tanpa ikatan penganjur dan tempoh, maka kebiasaannya sejarawan


itu tidaklah merasa begitu terdesak dan terikat. Akibtnya ia kena dan boleh
mengambil masa mengikut ukuran sendiri.

Pembantu Penyelidik dan Pekerja Lapangan


Dalam pada itu sejarawan mungkin juga memerlukan bantuan dari pembantu
penyelidik. Apatah lagi jika projeknya itu suatu projek kajian sejarah yang
besar atau luas skopnya.

Misalnya kajian sejarah sebuah institusi yang

berwibawa dan terkenal serta mempunyai pengaruh yang luas ke atas


masyarakat. Misalnya kajian ke atas Tabung Haji Malaysia ataupun sejarah dan
peranan masjid-masjid di Malaysia atau di Alam Melayu secara keseluruhannya.
Projek penyelidikan seperti ini sudah tentu mmerlukan khidmat pembantupembantu penyelidik. Mereka itu haruslah mempunyai kelayakan/kemahiran
membantu sejarawan yang membuat penyelidikan itu dalam semua selok belok
penyelidikannya ataupun apa-apa yang diarahkan.

Bagi pekerja-pekerja lapangan pula tugas utama mereka mengutip datadata yang boleh dijadikan sumber rujukan atau fakta melalui cara random
samping. Satu set borang soal-selidik mestilah disediakan oleh penyelidik bagi

139

tujuan melaksanakan random sampling itu. Borang-borang itu diagih atau


diberikan oleh pekerja-pekerja lapangan kepada responden yang telah
dikenalpasti ataupun kepada seramai-ramai penduduk di kawasan randomsampling itu dilakukan. Jika tembual dengan responden yang berkenaan perlu
dilakukan, pekerja-pekerja lapangan mestilah mahir dalam teknik menemubual
dan peka terhadap sopan santun tempatan. Mereka jug perlu membawa alatalat yang diperlukan seperti pensil, buku catatan, pita rakaman, kamera dan
mungkin juga kamera video dan rokok bagi yang merokok atau untuk hadiah.

Penulisan
Setelah sumber-sumber rujukan dan data-data itu siap dibaca, dibuat catatan,
dikritik jika perlu tentang isi dan kesahihannya, dan dianalisis, langkah
seterusnya ialah menuliskan kajian sejarah itu. Sebenarnya penulisan adalah
merupakan hasil terkahir penyelidikan seseorang sejarawan dan seperti yang
telah dinyatakan merupakan yang terpenting.

Usaha menulis adalah suatu usaha yang sukar dan rumit; malah
kadangkala lebih rumit dan sukar dari kerja-kerja penyelidikan itu sendiri.
Seseorang itu harus mempunyai bakat, latihan dan azam yang kuat untuk
melaksana dan menghasilkan sesebuah penulis sejarah yang boleh dianggap
baik. Seperti kaedah penyelidikan tadi, ia juga mempunyi kaedah atau tatacara,
peraturan dan peralatannya. Ia dianggap sebagai puncak kejayaan (kadangkala

140

kegagalan juga!) bagi sesuatu projek penyelidikan sejarah itu.

Oleh itu ia

penting dilaksanakan kerana ia akan menjadi laporan/catatan/tafsiran/penilaian


yang berpanjangan lagi berharga tentang sesutu peristiwa sejarah, sebuah
institusi, seorang tokoh atau sebuah negara yang dikaji. Tanpa penulisan maka
projek kajian yang berkenaan akan terbantut separuh jalan dan lazimnya
sumber-sumber tersebut akan terperosak dalam tempat-tempat simpanan yang
selamat itu. Walaupun pernah dikatakan bahawa kajian sejarah itu adalah suatu
kegiatan peribadi, iaitu sejarawan membaca sumber-sumber sejarah bagi dirinya
sendiri, namun itu tidak bererti ia harus menyimpan sahaja apa yang telah
dibacanya (V.H. Galbraith, 1964 : 61). Ia harus juga memaparkan penemuan
analisis ataupun hujah serta pandangan dan penilaiannya kepada khalayak
pembacanya. Ertinya ia kenalah menulis atau menghasilkan suatu penulisan
sejarah sebagai kemuncak bagi usaha penyelidikannya.

Dengan terhasilnya

suatu penulisan, samada dalam bentuk buku, makalah ataupun monograf,


barulah sesuatu projek penyelidikan sejarah itu boleh dianggap lengkap.
Penulisan itu adalah merupakan suatu lanjutan, suatu hasil dan suatu kemuncak
bagi suatu projek penyelidikan sejarah.

Rumusan
Kaedah penyelidikan sejarah, atau kaedah sejarah adalah satu proses yang
sangat penting dalam usaha sejarawan menghasilkan sesebuah karya
pensejarahan. Para sejarawan dari sejak zaman silam hingga kini mempunyai
kaedah masing-masing dalam menghasilkan karya pensejarahan masing-masing.

141

Dalam pensejarahan moden kaedah itu jelas mempunyai aturan ataupun


tatacara yang juga boleh dianggap sebagai langkah-langkah yang perlu diambil
bagi menjayakan sesuatu penyelidikan sejarah itu. Antaranya ialah mengenal
pasti, mengumpul dan menganalisis sumber-sumber yang diperlukan.

Di

samping itu ia mempunyai peralatan seperti pensil, pen, kertas, buku catatan
dan sebagainya termasuk alat-alat seperti komputer dan dalam keadaankeadaan tertentu, kamera dan pita rakaman. Peringkat akhir proses tersebut
ialah menghasilkan sebuah penulisan karya pensejarahan yang layak untuk
diterbitkanbagi tatapan pembaca.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Soalan Penilaian
1.

Kaedah sejarah itu adalah suatu proses yang mempunyai


peraturan dan tatacaranya. Bincangkan.

2.

Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh sejarawan


dalam melaksanakan suatu penyelidikan sejarah.

3.

Anda bercita-cita menghasilkan sebuah penulisan karya


pensejarahan. Bincangkan langkah-langkah yang wajar anda
lakukan untuk menjayakan cita-cita itu.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bacaan Asas

Muhd Yusof Ibrahim (1997). Ilmu Sejarah : Falsafah Pengertian dan Kaedah.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

142

G. Himmelfarb (1987). The New History and The Old : Critical Essays and
Reappraisals. Cambridge : The Belknap Press of Havard University
Press.
J. Barzun & H.F. Graff (1970). The Modern Researcher. Revised ed. New
York : Harcourt Brace & World Inc.
L. Gottschalk (1969). Understanding History : A Primer of Historical
Method. Edisi Kedua. New York : Alfred A. Knopf.
G.J. Garraghan (1947). A Guide To Historical Method. Cetakan kedua.
Disunting oleh Jean Delangler : S. J. Fordham University Press.

Anda mungkin juga menyukai