Anda di halaman 1dari 8

Diftong:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk


bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu
suku kata atau satu sebutan bunyi.
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang
dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa
Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja
dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi.
Secara lebih terperinci, Diftong ialah:
1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara
berterusan dalam satu hembusan nafas.
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur
dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan
dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai
satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan
pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu
vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan
vokal yang lain.
4.

Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.

5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah


berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal a, dan
secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan

vokal i pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au,


dan oi.
Contoh perkataan yang mengandungi diftong
ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai,
gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai,
teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau,
pisau, limau, hijau, bangau
oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi

Vokal berganding (Vokal Rangkap):


Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk
bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah
sebutan bunyinya dalam suku kata.

Secara ringkasnya:
Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan
cepat.
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as

Terima kasih:
http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokalberganding-digraf-dan.html
http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-ituvokal-berganding-dan-diftong.html
http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftongdan-vokal-berganding.html

Anda mungkin juga menyukai