Anda di halaman 1dari 6

SUKAN DAN MEDIA MASSA

Pada hari ini, dunia telah semakin membangun dengan peningkatan alat teknologi yang
maju. Komunikasi ialah satu infrastuktur yang penting dalam proses pembangunan. Sukan tidak
terkecuali daripada proses pembangunan ini kerana sukan telah menjadi instrumen penting
untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Sukan juga dapat
membantu meningkatkan ekonomi negara dengan adanya tajaan, pelancongan, kajian saintifik
dan peralatan sukan melalui pengiklanan dari media cetak mahupun media elektronik di kaca
televisyen. Hubungan yang erat antara sukan, media dan pengiklanan dapat meningkatkan
populariti sukan negara di mata dunia terutamanya sukan yang menjadi nadi utama kepada
peningkatan mutu sukan negara .Peranan yang dimainkan oleh media massa turut diakui dalam
perkembangan sukan secara global demi kemantapan pada masa hadapan.

SUKAN
Menurut Hawkey 1993, Sukan adalah aktiviti yang melibatkan organisasi yang khusus dan
perlaksanaan undang-undang. Aktiviti ini melibatkan pertandingan atau cabaran bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan. Sukan juga terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan,
dan sebagainya. Sukan juga diertikan sebagai satu aktiviti riadah. Sukan adalah salah satu
kegiatan yang telah merapatkan hubungan silaturahim antara rakyat berbilang kaum.

MEDIA
Media massa merupakan satu bahagian daripada media seperti radio, televisyen dan internet
yang dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini
diperkenalkan pada tahun 1920an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat
khabar dan majalah yang diedarkan besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa
seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya

PENGARUH MEDIA MASSA DALAM SUKAN


Sukan dan media mempunyai satu perhubungan yang erat. Ianya saling memerlukan dalam
dunia teknologi siber seperti sekarang bagi memajukan arena sukan negara pada masa kini di
mata dunia.
Hubungan yang akrab antara sukan dengan media massa telah menjadi nadi untuk menjana
insentif dari aspek kewangan. Sokongan kewangan boleh diperolehi daripada iklan-iklan sukan
yang ditayangkan di televisyen hanya dalam tempoh beberapa minit di mana pendapatan yang
sangat lumayan diperolehi di kalangan pihak yang terlibat dengan dunia media massa
elektronik ataupun media cetak.
Selain itu, tidak dinafikan juga bahawa media massa dapat meningkatkan kecemerlangan
sukan. Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh
meningkatkan kepopularan sesuatu sukan contohnya badminton. Kutipan besar daripada yuran
iklan dapat membiayai ahli-ahli sukan yang terlibat. Ini mendorong ahli-ahli sukan supaya lebih
gigih berusah untuk meningkatkan prestasi mereka agar dapat menjadi ahli sukan professional.
Hal ini juga merupakan kesan yang positif terhadap para atlet kerana ianya boleh
memotivasikan atlet-atlet untuk meningkatkan lagi prestasi dalam karier sukan mereka untuk
mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi seperti Sukan Olimpik.
Sukan di Malaysia pada asalnya bertujuan untuk melahirkan warga yang sihat dan produktif.
Namun kini sukan dijadikan sebagai satu industri yang boleh menjadi enjin kepada
pertumbuhan ekonomi negara sebagaimana industri kecil dan sederhana yang lain.
Penganjuran sesuatu acara merupakan satu daripada pemangkin industri sukan. Melalui
penganjuran, potensi untuk memiliki event intellectual property, penyediaan isi kandungan
media sukan dan perkhidmatan sokongan seperti penyiaran, pengiklanan dan pengurusan
bakat dapat di manfaatkan dan diketengahkan ia juga merupakan salah satu inisiatif bagi
mendapatkan sokongan kewangan dari pihak tersebut.
Dunia sukan masa kini juga sentiasa mengalami perubahan teknologi demi memastikan
kelancaran sesuatu perlawanan. Oleh hal yang demikian, hanya stesen televisyen yang
ternama sahaja akan diberikan mandat untuk mengendalikan perlawanan sukan secara
langsung bagi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan yang ditayangkan di televisyen
secara langsung tidak mempunyai permasalahan ketika sesuatu perlawanan tersebut disiarkan
kepada pengemar sukan supaya tidak mengecewakan mereka. Dengan kos yang sangat tinggi

untuk menyiarkan sesuatu siaran secara langsung ia sangat memberikan pulangan kewangan
yang sangat lumayan kerana itulah televisyen mengekplotasikan sukan sebagai nadi
pengiklanan.
Selain itu, teknologi dalam sukan dapat diterapkan dikalangan masyarakat melalui proses
pengiklanan barangan dan alatan sukan yang canggih. Hal ini dapat dilihat, penggunaan
peralatan canggih seperti treadmill dikomersialkan kepada masyarakat supaya mereka dapat
menggunakan peralatan ini untuk menjaga kesihatan dipromosikan di kaca televisyen bagi
menarik minat masyarakat setempat terhadap sesuatu barangan sukan yang komersialkan.
Sebagai contoh kita melihat terdapat beberapa syarikat peralatan kecergasan seperti Takasima
berusaha mempromosikan alatan canggih yang dapat membantu masyarakat untuk melakukan
aktiviti senaman dengan mudah di media massa elektronik dan media massa cetak. Ini dapat
menyumbang pendapatan kewangan kepada media massa melalui pengiklanan- pengiklanan
yang telah dipromosikan di televisyen. Ia bertujuan untuk memudahkan pengguna dan secara
tidak lansung ia juga dapat menunjukkan teknologi dalam sukan semakin berkembang.
Peranan media massa juga penting dalam menerapkan teknologi dalam sukan kepada
masyarakat. Pihak media boleh mengiklankan sesuatu maklumat tentang teknologi dalam
sukan. Sebagai contoh masyarakat sedia maklum pengiklanan di televisyen, surat khabar, radio
dan sebagainya. Hal ini mampu menarik minat masyarakat untuk mengetahui tentang sesuatu
benda yang baru seperti teknologi yang digunakan dalam sukan. Sebagai contoh, usaha akan
ditumpukan kepada untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui sukan dan rekreasi
serta memupuk bakat sukan ke arah kecemerlangan. Kerajaan akan terus menggalakkan
peryertaan dalam sukan massa dan prestasi tinggi. Lebih ramai jurulatih dan fasilitator dalam
sukan massa akan dilatih bagi memastikan pelaksanaan program sukan secara berkesan
dengan menggunakan teknologi dalam sukan secara berkesan. Contohnya mengadakan
senamrobik secara besar-besaran yang disiarkan melalui semua media elektronik.

KESIMPULAN
Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan sematamata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang sukan. Ini dibuktikan dengan pelbagai
aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan. Oleh itu,
kejayaan sesuatu sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit tetapi
juga terhadap faktor-faktor lain. Pengetahuan mengenai sains dan teknologi membolehkan ahliahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk mencapai sesuatu kecemerlang dalam
bidang sukan.
Melalui teknologi maklumat dan telekomunikasi yang semakin membangun kini, ianya dapat
meningkatkan kecemerlangan sukan. Dalam teknologi ICT seperti video, televisyen, internet
dan kamera serta satelit komunikasi lain yang membolehkan teknik-teknik sukan dapat dikesan
dengan baik bagi kemudahan untuk masyarakat mempelajarinya. Contohnya, menyiaran acara
sukan secara langsung di televisyen serta boleh melayari internet bagi golongan yang sibuk
bekerja ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan. Membuat
pengiklanan besar juga boleh membiayai bayaran- bayaran kepada ahli-ahli sukan. Keadaan ini
mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi
ahli sukan yang lebih professional dan digeruni oleh atlet-atlet dari negara lain.

RUJUKAN
Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin.Modul Program Pendidikan Rekreasi UKM :Satu
kesinambungan .
Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1989).
Rancangankurikulum baru sekolah menengah. Kuala Lumpur.Pusat Perkembangan Kurikulum.
(2001).Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong. (1989).Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur:Longman
Malaysia.Teng Boon Tong. (2001).
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Kursus DiplomaPenguruan Malaysia. Selangor:
Pearson Education.Wee Eng Hoe. (2002).
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: KarismaProduction Sdn. Bhd
Laman Web Kementerian Belia dan Sukan
Laman Web Majlis Sukan Negara
Fouzee H.A. (1989).

Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Penerbit Siri Maju Sdn.

Bhd.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Open Universiti Malaysia.
Wee Eng Hoe,(1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Fajar Bakti
Sdn.Bhd, Shah Alam.
Omardin Ashaari.(1998) Pengurusan Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Diperoleh

pada

September

19,

2014

daripada

http://id.shvoong.com/exact-

sciences/biology/2236241-pengertian-simbiosis/#ixzz2TcnI9sIy
Diperoleh pada September 19, 2014 daripada http://www.takashimaengineering.com/

Diperoleh pada September 19, 2014 daripada www.kkbs.gov.bn/html/dasar_sukan_03.htm


Diperoleh pada September 19, 2014 daripada www.themaster.web.id/read/20100510/teknologikomunikasi-dalam-masyarakat-informasi
Diperoleh pada September 19, 2014 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Sport
Diperoleh pada September 19, 2014 daripada
http://www.sportsnetworker.com/2010/11/22/martine-yen-sports-technology-startup/
Diperoleh pada September 19, 2014 daripada
http://wiki.answers.com/Q/How_has_technology_changed_sport
2. Narimah Ismail(2007). Nota KOM 3207. Pengenalan Teori Komunikasi. Serdang :PPL
Universiti Putra Malaysia.
3. Sulaiman Masri(1983). Peranan Media Massa di Negara-negara Membangun.
Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd.
4. http://planet.time.net.my/KLCC/azmo1/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html.Diakses
pada 15 Februari 2006.
5.http://misay2k.tripod.com/mb2404/kdbab 1.htm. Diakses pada 15 Februari 2007.