Anda di halaman 1dari 16

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di
kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun
ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah
dan pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak
tertentu untuk menangani permasalahan di kalangan remaja.
Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa
dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di
rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak
remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang
permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi
kehidupan yang semakin mencabar.
Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial
remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati
terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan
memberi nasihat secara berhikmah.
Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang
dipimpin secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika
para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja
akan memperbaiki tingkah laku mereka.
Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan
remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan
minda seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat
meningkatkan harga diri remaja.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan
remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai

kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk
remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat
diamalkan oleh golongan remaja. Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah
satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undangundang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung
perlakuan negatif tersebut.

Contoh Karangan SPM: Langkah-langkah mengatasi Masalah Vandalisme dalam


kalangan Pelajar
Era digital ini, kepentingan melahirkan generasi muda yang cemerlang untuk masa hadapan
negara semakin meningkat. Malangnya, gejala sosial dalam kalangan pelajar yang kian
meruncing membimbangkan semua pihak. Menurut kajian Kementerian Pelajaran Malaysia,
salah satu daripada lapan gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi kini ialah
masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan
sahaja merugikan pelbagai pihak, malah turut menjejaskan imej negara kita. Oleh itu, langkahlangkah untuk mengatasi masalah vandalisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan
dengan segera.
Pertama sekali, ibu bapa harus menjalankan peranan penting dalam menyifarkan masalah
vandalisme. Mereka perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke
dalam kancah yang negatif. Bukan itu sahaja, malah pergaulan anak-anak juga patut diawasi
agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih rakan. Lebih-lebih lagi, ibu bapa harus
menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya,
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana ilmu keagamaan mampu
menjadi benteng utama dalam menghalang generasi muda daripada terpengaruh dengan
anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka
dengan sempurna, pasti masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah.
Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan tanggungjawab mereka demi menangani masalah
vandalisme dalam kalangan pelajar. Sebagai seorang ahli masyarakat, kita harus peka
terhadap situasi di sekeliling kita. Contohnya, jika terlihat perlakuan vandalisme, kita patut

melaporkannya kepada pihak berkuasa. Pendek kata, kita tidak patut bersikap seperti enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Maka, sekiranya masyarakat bersikap
proaktif, pasti kegiatan vandalisme mampu dikurangkan.
Seterusnya, pihak berkuasa turut mempunyai peranan yang penting dalam mengatasi masalah
vandalisme dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, undang-undang kini hanya seperti melukut di
tepi gantang kerana tidak mampu menunjukkan impak yang signifikan dalam menangani gejala
negatif dalam kalangan pelajar. Menyedari realiti ini, pihak berkuasa perlulah menggubal
undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dijatuhkan terhadap si pelaku vandalisme.
Pada masa yang sama, pihak polis harus menjalankan pemantauan yang lebih kerap dan ketat
di kawasan yang berpotensi tinggi berlakunya kegiatan vandalisme. Jika langkah-langkah ini
dilaksanakan dengan segera, sudah tentu masalah vandalisme boleh disifarkan dalam
kalangan pelajar.
Di samping itu, pihak sekolah patut melaksanakan peraturan sekolah secara lebih tegas
terhadap pelajar. Mereka harus mendenda pelajar yang melakukan vandalisme di dalam
kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau
dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang terlibat
dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah juga harus
mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap pelajar yang terlibat
dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani masalah vandalisme, tetapi
turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang lain.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani
masalah vandalisme dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, semua pihak, terutamanya ibu
bapa, masyarakat, pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berganding bahu dan
melaksanakan obligasi masing-masing demi mengurangkan gejala yang semakin serius ini. Jika
hasrat tersebut berjaya dilaksanakan, tidak mustahil negara kita dapat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Semoga dengan penyelesaian masalah ini,
negara kita mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan terkenal di seantero dunia.

Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat dari perbuatan
devein gejala sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala
sosial harus diambil. Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh diambil.
1.0 Peranan Ibubapa
Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya yang bertajuk Punca-punca Dan Caracara Mengatasi Masalah Disiplin mengatakan bahawa antara punca paling utama yang
menyumbang kepada kebejatan masalah sosial ialah kurangnya kasih sayang dari keluarga.
Justeru, menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah
Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang

harus diambil ialah menghidupkan kembali peranan ibubapa yang aktif dalam memastikan
tahap akhlak dan keperibadian anak-anak sentiasa utuh dalam diri mereka.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anakanak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah
tersebut. Menurut Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2010) dalam tulisannya di akhbar Berita Harian
Online bertajuk Kekeluargaan Renggang Punca Masalah Sosial, beliau menyatakan bahawa
akibat dari kesibukan kedua ibubapa mengejar kerjaya, kelihatan hari ini masalah kebejatan
sosial dalam keluarga hanya dipandang sepi dan remeh. Jika semakin membarah baru hendak
diambil tindakan. Sewaktu itu nasi sudah menjadi bubur bagi ibubapa tersebut. Selain itu
ibubapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan
anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral
yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian
bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip
akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah,
sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model kepada anak.
2.0 Peranan Pihak Sekolah
Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara langkah penyelesaian yang boleh diambil
dalam mengekang penularan masalah gejala sosial ini ialah memperkasakan peranan pihak
sekolah terutama dari aspek akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktivitiaktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan
komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
Malah menurut beliau lagi, pihak sekolah juga perlu mewujudkan sistem perundangan di
sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di

kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah
dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak
berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir
sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil
kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain langkah
perundangan, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti
kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam
membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya
kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) juga perlu diperkasakan dengan memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang
lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan
positif. PIBG janganlah jadi umpama Kucing tak bergigi, Tikus lompat tinggi-tinggi
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan
oleh pihak sekolah dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai
fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah
boleh menggandakan keberkesanan institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya,
meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap anggotanya baik mereka itu pelajar atau
petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau
peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara
sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu memancangkan dengan teguh
akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati
peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga standard
layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan selfcriticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki
prestasi persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi
agama, akhlak dan sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul
tugas dan tanggungjawab yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum
atau menilai diri sendiri sebagai seorang yang berfikiran matang dan bebas.
Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan

kesan di dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang
merupakan satu-satunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang
baik, nasihat dan hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi
untuk digunakan. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah
mereka (kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith
diriwayatkan oleh Abu Daud).
Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di
dahului oleh berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji
seperti melatih bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi
pembawaan kanak-kanak dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa.
Misalnya dengan memaparkan contoh, nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah
lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya cara-cara tersebut gagal barulah dikenakan
sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang menimbulkan kecacatan fizikal dan
sebagainya. Firman Allah :


"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka.
Seandainya hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah
Ali Imran : ayat 159)
3.0 Peranan Media Massa
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu mekanisme
yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan
keperibadian manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di
dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media
massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24
jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial
yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-

poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang
selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilainilai luhur seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa,
guru, pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing,
meningkatkan rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang
lebih bermanfaat untuk ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan
mereka. Media massa juga sebenarnya boleh menjadi wahana cultural domination dan
imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat yang canggih seperti internet,
multimedia dan sebagainya.
4.0 Peranan Rakan Sebaya
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial
Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara agen sosial
yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan
sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan
"sense of belonging" kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai
dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran
mereka. Remaja memang menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan
dewasa dan mereka sering berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan
generasi yang lebih tua. Kajian yang dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972)
menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik apabila mereka berusaha merentasi jurang
generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka dan pemikiran ibubapa mereka.
Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan adalah :
kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan
para penjaga mereka
kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka
lakukan
wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa
dan penjaga mereka.

Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok
sosial tertentu untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan
di dalam memilih kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu
lepak, gangster atau kumpulan samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan
kemusnahan akhlak golongan remaja dan dewasa.
5.0 Peranan Rumah Ibadah
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial
Di Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling
penting ialah masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara
berjemaah. Sebab itulah di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di kota-kota besar
dunia kewujudan bangunan masjid yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada
pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam.
Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan dan pengaruh yang besar dalam
meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam. Kelangsungan budaya,
cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu perkara
pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan
akhlak. Ia mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu
yang dipelajari membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah.
Sebab itu lahir para ulama dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan
imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan
manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran
Allah itu sendiri .
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh
dijalankan di dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah
umat . Antaranya ialah:

Di dalam menangani permasalahan remaja ini, adalah tidak wajar untuk kita
menyalahkan mana-mana pihak secara total. Oleh yang demikian, seluruh masyarakat
tidak kira sesiapa pun haruslah memainkan peranan dalam memastikan remaja masa
kini memiliki nilai moral yang terpuji, bertanggungjawab dan berdedikasi. Secara
ringkasnya adalah dicadangkan pihak-pihak berikut memainkan peranannya :
1. Peranan Ibubapa
Zaman remaja adalah zaman yang penuh pancaroba. Maka, ibubapa seharusnya
memahami keadaan ini dan menyesuaikan diri dengan pengaruh emosi anak-anak
mereka. Mereka haruslah membina hubungan yang mesra dengan anak-anak untuk
melahirkan sebuah keluarga bahagia yang akan membentuk masyarakat penyayang
seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ibu bapa juga perlu menjadi model
kepada anak-anak mereka. Didikan agama dan duniawi yang seimbang boleh menjadi
pedoman dalam hidup mereka agar mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara
yang akan mereka lakukan.
2. Peranan Guru
Guru ialah orang kedua yang paling hampir dengan remaja. Mereka hendaklah
menekankan nilai-nilai murni dalam pengajaran supaya pelajar-pelajar dapat diasuh
dan dibimbing ke arah keperibadian tinggi dan mempunyai sifat-sifat mulia.
3. Peranan Masyarakat
Setiap ahli masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk membanteras masalah sosial
yang berlaku. Masyarakat yang bertindak sebagai pemerhati harus peka dalam
memberikan nasihat yang sepatutnya kepada remaja kita yang bertindak liar. Sikap
individualistik yang ada pada diri kita perlulah dikikis , dan sikap penyayang perlu
ditanamkan dalam diri setiap anggota masyarakat.
4. Peranan Media Massa
Pihak media perlu memainkan perannya baik media cetak ataupun elektronik . Akhbar
dan majalah hendaklah memperbanyakkan bahan-bahan yang lebih bercorak ilmiah.
Begitu juga dengan televisyen hendaklah lebih banyak menayangkan filem-filem yang
boleh merangsang pembinaan insan yang baik.

5. Peranan remaja sendiri

Remaja perlu mengubah pandangan dan sikap mereka supaya lebih prihatin dan
dapat menyesuaikan diri dengan nilai dan norma yang ditetapkan oleh agama.
Kebebasan tetap ada tetapi harus pandai menyesuaikannya dengan nilai-nilai dan
norma-norma yang baik.
Kesimpulannya, kekacauan dan masalah yang berlaku dalam masyarakat dan negara
pada hari ini boleh dikatakan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana
apa yang telah kita dapat lihat di sini , jenayah etika begitu berleluasa berlaku. Manusia
sudah mula melupakan batas-batas agamanya dan mewah di adalam mengejar
keseronokan duniawi. Nilai-nilai etika yang sepatutnya tersemat di dalam diri individu
sudah terhakis. Oleh itu, sesebuah masyarakat iaitu hendaklah sama-sama berganding
bahu membanteras gejala-gejala negatif daripada terus berlaku kerana keharmonian
dan keamanan sesebuah negara bergantung kepada sikap dan situasi masyarakatnya.

3.0.3 Ponteng Sekolah


Senario ponteng sekolah bukanlah merupakan masalah sosial yang
baru di kalangan pelajar sekolah di negara kita. Perangkaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan menunjukkan pelajar
terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 32092
orang pada tahun 1993, 154305 (1995) dan 80937 pada 1997.
Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14
hingga 15 tahun dikenal pasti sebagai kumpulan majoriti yang
terbabit dengan gejala ponteng. Daripada keseluruhan pelajar
yang dikenal pasti terbabit dengan masalah ponteng, kira-kira 97
peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan baki 3 peratus
adalah pelajar perempuan.
Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan , Datuk
Mahadzir Mohd Khir , masalah ponteng lebih ketara berlaku di
kalangan pelajar peringkat menengah iaitu tingkatan dua dan tiga
terutama mereka yang bersekolah di kawasan bandar dan sekolah
di pinggir bandar.

Di antara faktor-faktor yang menyumbang kearah berlakunya


gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah ialah tiadanya minat
atau motivasi untuk ke sekolah, tiada kesedaran betapa pentingnya
ilmu pengetahuan , pengaruh persekitaran seperti melepak di pusat
hiburan, pusat membeli belah, melayari internet di kafe siber dan
terikut-ikut atau terpengaruh dengan rakan sebaya.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang
perlu diberi perhatian.dengan mengambil pendekatan bersepadu
dengan mengesan punca pelajar terbabit dengan gejala itu dan
kaedah yang berkesan untuk
menanganinya.. http://sitiazami.blogspot.my/2009/11/gejalapelacuran-di-kalangan-pelajar.html
.4 MEROKOK DAN PENYALAHGUNAAN DADAH
Merokok!. Semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini
segala informasi tentangnya mudah diperolehi. Malah pada kotak rokok itu sendiri
pun turut ditulis amaran bahaya merokok serta gambar-gambar kesan daripada
asap rokok tersebut. Bagaimanapun segalanya dipandang sepi. Di mana-mana
sahaja, kita boleh melihat budak sekolah termasuklah perempuan berbangga
dengan rokok yang tersepit dihujung jari. Malah mereka juga menganggap semua
ini cool dan trendy di kalangan mereka. Sekarang bukan lagi hal yang pelik atau
pun luar biasa jika kita melihat pelajar perempuan, khususnya pelajar sekolah yang
menggengam rokok. Sungguhpun begitu kita hanya mampu mengeluh atau
mengeleng-gelengkan kepala serta tetap membuat persepsi buruk terhadap moral
perempuan yang merokok itu tanpa melakukan sebarang tindakan untuk
mencegahnya.
Terdorong dek naluri ingin mencuba benda baru atau sekadar ingin berhibur,
remaja terutama pelajar seolah-olah menempah maut apabila berebut-rebut
mendapatkan ubat batuk dalam bentuk pil yang mengandungi dos berlebihan
sehingga dikategorikan dadah stimulant (ATS). - Keratan Harian Metro, Selasa, 4
September 2007.

Petikan di atas menunjukkan selain daripada gejala merokok, penyalahgunaan


dadah juga sudah semakin menular di kalanga pelajar terutamanya remaja dalam
lingkungan umur belasan tahun. Mereka sudah semakin menjinakkan diri dengan
batu loncatan untuk penagihan syabu seperti ganja yang menyebabkan seseorang
itu beralih penagihan kepada heroin dan dadah. Tindakan pelajar terbabit dianggap
sengaja menempah maut kerana pil berkenaan boleh mengganggu sistem saraf
otak yang merangsang keinginan berkhayal, meskipun orang yang menelannya
akan mengalami kesan seperti lebih aktif daripada biasa, otak lebih cergas dan
berfikir dengan cepat selain sentiasa berasa gembira. Pil Norspan boleh
dikategorikan adik kepada dadah jenis Amphetamine Type Stimulants (ATS) atau
syabu, kini dikesan kian popular dalam kalangan pelajar sekolah kerana mudah
diperoleh di farmasi, klinik atau kedai sinse dengan hanya bermodalkan 50 sen.
1.5 PONTENG SEKOLAH
Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial yang baru dalam kalangan pelajar
sekolah di negara kita. Perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
menunjukan pelajar yang terbabit dengan gejala itu agak membimbangkan iaitu 37
092 kes pada tahun 1993 dan meningkat kepada 80 937 kes pada tahun 1997.
Pelajar sekolah menengah, terutama di peringkat usia antara 14 hingga 17 tahun
dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng.
Daripada keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terbabit dengan masalah ponteng
kira-kira 97 peratus adalah dari kalangan pelajar lelaki dan bakinya adalah pelajar
perempuan.
Sesungguhnya gejala ponteng sekolah adalah masalah serius yang perlu diberi
perhatian dengan mengambil pendekatan bersepadu dengan mengesan punca
pelajar terbabit dengan gejala itu dan kaedah yang berkesan untuk menanganinya.
Oleh itu, marilah kita merenung sejenak memerihalkan faktor-faktor berlakunya isuisu disiplin pelajar kini dan langkah-langkah yang wajib diambil untuk membendung
masalah ini daripada berleluasa.
2.2.1 Penekanan Pendidikan Moral dan Keagamaan di sekolah.
Pemaparan isu tanpa disusuli tiada pemantauan tidak ada gunanya. Salah satu

langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah ini adalah dengan
menekankan pendidikan moral dan agama sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Perkara ini amat penting sekali
agar apabila mereka dewasa nanti, mereka akan mempraktikkan nilai-nilai murni
yang telah diajar sejak kecil lagi dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah juga
harus bertindak menghukum sesiapa sahaja yang telah ditangkap melakukan
perbuatan vandalisme dengan harapan bahawa peristiwa pisang berbuah dua kali
dapat dicegah ataupun tidak akan mengulangi perbuatan mereka itu. Ibu bapa juga
harus mengajar anak masing-masing serta bertindak mendidik mereka apabila
mereka ditangkap merosakkan barang-barang kepunyaan orang lain. Pihak ibu bapa
sepatutnya mengamalkan budaya sayang anak tangan-tangankan. Berkat
kerjasama dari pihak sekolah dan ibu bapa, langkah ini dapat diibaratkan sebagai
serampang dua mata.
2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling
Langkah kaunseling dapat diibaratkan sebagai sudah terang lagi bersuluh. Sesi
kaunseling ini penting agar pelajar-pelajar yang menghadapi tekanan dalam
pelajaran ataupun daripada rakan-rakan yang memaksa mereka melakukan
perbuatan vandalisme ini berpeluang meluahkan serta menyatakan perasaan dan
tekanan yang dihadapi masing-masing. Dengan ini, mereka akan berpeluang
mendapat nasihat daripada seseorang yang berpengalaman yang seterusnya
mungkin dapat menyelesaikan masalah yang harus diharungi oleh pelajar tersebut.
Seterusnya,bagi pelajar yang melakukan vandalisme,mereka juga mungkin
menyedari kesalahan sendiri dan bertindak mengubah sikap mereka yang salah itu
selepas melibatkan diri serta menghadiri sesi kaunseling. Dengan ini, memang
dapat dibuktikan bahawa sesi kaunseling merupakan salah satu langkah yang wajib
diambil.

2.2.3 Penguatkuasaan Undang-undang


Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Undang-Undang perlu dijalankan oleh pihak
Kerajaan. D bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 (Undang-Undang Kecil Vandalisme,
1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.

Perlaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme harus


menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. Tindakan tegas perlu dikenakan kepada
pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan yang lain.
2.2.4 Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anakanak tentang pentingnya harta benda awam dan menganggap harta benda orang
lain sama seperti harta benda sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah
diingatkan dengan falsafah ini, maka sudah tentu gejala vandalisme tidak seteruk
hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak supaya tidak
berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan
untuk membentuk jiwa yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke
alam dewasa.
2.2.5 Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian
kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan pihak
masyarakat perlu peka terhadap isu ataupun gejala vandalisme yang berlaku di
sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang
berlaku di kawasan mereka. Selain tiu, anggota masyarakat boleh memainkan
peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme.
Pihak sekolah juga patut memberikan nasihat dan bimbingan kepada pelajar
mengenai kepentingan menjaga harta benda awam. Generasi muda perlu
diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta
benda awam.
3.2.1 Peranan Institusi Kekeluargaan
Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak
yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa
dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba
apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan
kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke

peringkat remaja biasanya diasuh oleh pembantu rumah.


Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan
supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu
memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama
dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan.
Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran
agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah
dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang
terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama
mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang
meningkat remaja dan dewasa.

Anda mungkin juga menyukai