Anda di halaman 1dari 15

SEJARAH DAN PENSEJARAHAN

TAJUK:
BINCANGKAN BERSERTA CONTOH YANG SESUAI SIKAP
YANG HARUS ADA PADA SESEORANG SEJARAWAN

NAMA

: NOR FAZIRA BINTI MOHD NOR

NO. MATRIK

: D20141067623

KOD PROGRAM

: HSR3013

SEMESTER

: 1

KUMPULAN

: E

NAMA PENSYARAH : PROF.MADYA DR.ISHAK BIN SAAT

PENGENALAN
Sejarah menurut kamus dewan ialah sastera lama, asal-usul keturunan, salasilah,
peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lampau, dan kisah riwayat tambo tawarikh.
Istilah sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab iaitu syjaratun yang bermaksud
pohon atau pokok. Sejarah juga dapat ditakrifkan juga sebagai peristiwa-peristiwa yang telah
berlalu dalam kehidupan manusia. Seluruh kejadian yang dilalui pada masa lampau adalah
sejarah. Sejarah amat penting untuk dijadikan iktibar dan suluh panduan hidup untuk setiap
manusia. Semua yang berlalu adalah sejarah itulah yang sering diungkapkan. Selain itu,
syajaratun juga merujuk kepada salasilah, riwayat, asal-usul, dan keturunan. Sejarah bukanlah
unsur yang dijadikan ilmu pengetahuan sahaja malahan ianya juga Santapan Jiwa.
Siapakah yang dikatakan sejarawan? Sejarawan merupakan seseorang yang
mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tersendiri yang terbentuk akibat daripada pengaruh
keilmuannya dalam bidang sejarah, arif tentang selok belok sejarah atau mempunyai
historical-mindedness, taasub terhadap bidang sejarah tersebut, berani dan jujur dalam
memaparkan sejarah yang benar, rajin serta tekun dakan memberi sumbangan terhadap
penghasilan karya sejarah. Jadi sudah tentulah sesiapa jua yang memenuhi kriteria-kriteria
yang sebegini maka mereka dianggap sejarawan dan sesiapa yang tidak memenuhi kriteriakriteria yang sebegini tidak layak digelar sebagai seorang sejarawan.
Sejarawan juga merupakan seorang pengkaji sejarah yang berjaya menghasilkan
sumbangan penyelidikannya yang dituliskan atau diterbitkan dalam bentuk buku dan
monograf. Sejarawan juga boleh dikenali dengan meneliti bidang kajian yang dilakukannya .
Penulisannya memaparkan kebijaksanaan atau kearifannya dalam bidang sejarah. Sejarawan
juga turut mempunyai disiplin serta kaedah penyelidikan sejarah yang dilakukan telah
menyebabkan menyebabkan sejarawan menjadi taasub terhadap ilmu sejarah. Sejarawan
mempunyai peranannya yang tersendiri dan berfungsi kepada masyarakat dan Negara.

Ibnu Khaldun merupakan sejarawan yang telah berjaya menunjukkan minatnya dalam
ilmu sejarah, membaca, menyelidik, menulis serta menerbitkan usahanya dalam bentuk
penerbitan yang bermutu dari sudut ilmu sejarah. 1Beliau juga dianggap sebagai seorang
1 Ibn Khaldun, Al-Muqaddimah( Beirut:Dar al-kashsaf,tt),h 37-41

perintis ilmu sosial dan orang pertama yang berusaha merumuskan hukum-hukum
kemasyarakatan. Al-Muqaddimah merupakan 2salah satu daripada contoh penulisan Ibnu
Khaldun yang telah diterbitkan dan telah dianggap satu di antara enam monograf penting
dalam sosiologi umum. Sesetengah pemikiran Ibnu Khaldun mempunyai persamaan dengan
pemikiran sejarawan barat seperti Machiavelli dan Adam smith.

2 P.A. Sorokin, society, culture, and personality (new york:1947),h-31.


3

SIKAP SEORANG SEJARAWAN


Apakah yang dimaksudkan dengan sikap sejarawan disini? Apakah ciri-ciri seorang
sejarawan yang perlu ada dalam dirinya. Pertamanya ialah sikap sejarawan itu sendiri
terhadap bidang kajiannya dan hasil yang akan dikemukakannya nanti. Antara sikap yang
harus ada pada seorang sejarawan ialah:
1.0 Sejarawan harus bersikap berani bersikap jujur
Walau bagaimanapun, seorang sejarawan itu sebenarnya harus jujur dan berani menghadapi
bidang yang dikajinya.

Ia harus berani bersikap jujur dalam melaksanakan kajiannya.

Mengapa? Kerana jika tidak, maka hasil karyanya tidak akan dapat bertahan lama, lambat
laun usahanya dan juga pentafsirannya akan menampakkan kelemahan maupun
kepalsuannya. Penilaian yang baru mungkin menampakan suatu penipuan atau pemalsuan
sejarah yang telah sengaja dilakukannya.
Sekiranya ia telah sengaja dilakukan, maka si pengkaji asal yang berkenaan tidaklah
layak dipanggil sejarawan, kerana yang ditulisnya bukanlah sejarah tetapi suatu perkara lain
yang mungkin dikhayalkannya demi memenuhi sesuatu tuntutan seperti ganjaran yang
berbentuk kewangan, kedudukan ataupun tuntutan yang berupa politik serta semangat bangsa.
Untuk memenuhi tujuan seperti ini, seorang itu mungkin memilih bahan yang sahalah,
ataupun yang tidak sah, untuk menghasilkan tafsiran yang salah pula terhadap sesuatu
peristiwa sejarah itu.
Ia memang disengajakan dan kebenaran yang hakiki bukanlah matlamatnya.
Barangkali dalam keadaan inilah sikap peribadi yang jujur itu akan dapat memainkan
peranannya. Sebagai contoh, 3dalam pola-pikir Ibn khaldun, dia mempunyai keberanian
dengan sengit menyerang pemikir-pemikir ortodoks mengenai beberapa hal di dalam
Muqaddimah yang terkenal itu, yaitu kebiasaan mereka mencampuradukkan kedua hal
tersebut, akibat adanya pertentangan jiwa dalam dalam cara mereka berfikir. Dia juga

3 Fuad Baali & Ali Wardi,2003, Ibn Khaldun & Pola Pemikiran Islam, h-49.
4

menyerang para sejarawan yang menulis sejarah dalam membahas pemasalahannya seperti
cara mereka menelaah 4hadis(tradisi atau ucapan nabi).
2.0 Kesedaran sejarah dan kesarjanaan
Kesedaran sejarah disini merujuk kepada sikap dan cara pemikiran seseorang individu
tersebut. Bagaimana cara seseorang individu itu melihat perubahan yang berlaku dalam
masyarakatnya, khususnya dari sudut sejarah. Pemikiran sejarah dapat dianggap sebagai
keupayaan seseorang untuk memahami sesuatu perkara atau kejadian masa lampau dan
pengalaman orang lain. 5Melalui pemikiran sejarah seorang sejarawan tidak boleh terlalu
bersikap futuristik sehingga melupakan nilai-nilai budaya, estetika, moraliti, dan maruah
yang diwarisi sejak zaman berzaman lagi.
Seorang sejarawan perlu sedar bahawa nilai-nilai yang ada ini amat penting untuk terus
dihidupkan agar masyarakat umum dapat merenungnya kembali menjadi pemangkin utama
ke arah kesejahteraan hidup yang lebih selesa pada masa ini dan pada masa hadapan. Boleh
dikatakan bahawa sejarawan menulis sejarah dengan tujuan-tujuan tertentu. Ramai sejarawan
menulis sejarah atas kesedaran diri sendiri iaitu menulis untuk tujuan supaya sejarah yang
telah berlaku itu tidak luput ditelan zaman.
Dengan penulisan semula 6peristiwa yang telah berlaku sekurang-kurangnya akan
mengingatkan generasi akan datang tahu tentang peristiwa tersebut. Ini penting kerana
sejarah diibaratkan seperti roda yang berputar. Sekejap diatas dan sekejap dibawah dan
putaran ini terjadi kepada manusia, institusi mahupun sistem pemerintahan kerajaan. Jadi
sebagai satu kitaran, sudah tentulah yang bermula pastinya akan berakhir dan setiap yang
berkembang hebat pasti akan runtuh dan seterusnya.
Hakikatnya sejarah adalah suatu perkara yang akan berulang. Walaupun peristiwa itu tidak
berulang pada masa, waktu dan tempat yang sama namun pola, bentuk dan keadaan itu akan
4 Ibid.,hlm.49.

5 Nabir Haji Abdullah, Ishak saat dan Fairisa Othman 2013, Kaedah Penyelidikan dan Penulisan sejarah.hlm-85.

6 Ibid,hlm-85.
5

terus wjud dan berulang. Contohnya, sejarah negara yang pada peringkat awalnya maju,
tenteram, aman dan makmur akan menjadi kacau-bilau sekiranya ada pihak lain yang
cemburu akan kemajuan dan keamananya. Maka musuh tersebut bertindak memusnahkan
kerajaan yang aman ini dengan pelbagai cara. Perkara yang sama juga akan berlaku kepada
sejarah diri manusia sendiri. Dari segi kesarjanaan pula, seseorang yang ingin menjadi
sejarawan harus mempnyai kesedaran mengenai sejarah sebagai satu disiplin ilmu
pengetahuan. Justeru itu, terbentuk suatu sikap yang berbeza sekali dari sikap biasa yang
dimiliki oleh orang ramai. Seorang sejarawan mempunyai sikap ingin meneliti dengan lebih
luas lagi, lebih peka dan tajam pemerhatiannya terhadap persekitaran dalam usahanya untuk
mendalami dan memahami sesuatu.
3.0 Kelulusan dan keupayaan imaginasi yang baik
Sekadar sikap ingin tahu seseorang itu adalah tidak cukup untuk melayakkannya
menjadi seorang sejarawan. Seorang sejarawan perlu mengetahui dan memahami falsafah
sejarah terlebih dahulu. Pendek kata, sebagai seorang 7sejarawan mereka perlu memiliki
ciri seseorang yang mempunyai kelulusan khusus dan diiktiraf. Hal ini kerana, seorang
sejarawan juga wajar mempunyai kelulusan yang baik, terlatih dalam pengetahuan
falsafah, teori dan kaedah ilmu sejarah. Pengetahuan ini dapat membantunya untuk
melaksanakan kerja-kerja penyelidikan secara berterusan.
4.0 Kejujuran dan ketelitian
Kejujuran adalah ciri amat penting yang

perlu ada pada diri seseorang sejarawan.

Seseorang sejarawan itu tidak boleh mengenepikan matlamat dan semangat untuk
mencapai kebenaran sejarah. Kejujuran seorang sejarawan amat mustahak ketika
berhadapan dengan peristiwa-peristiwa masa lalu dan ketika mencatat fakta tidak kira
apakah perasaan mereka ketika itu.
Seorang sejarawan tidak akan berdiam diri sahaja apabila berhadapan dengan hal-hal
yang tidak benar malah tidak pulak takut untuk menyebut apa saja yang benar mengikut
aturan bahawa tidak wujud prasangka sama ada secara memihak atau perseterusan dalam
diri seorang sejarawan. Seorang sejarawan harus mencontohi peranan seorang peguam
dan hakim di mahkamah , iaitu mereka perlu mengetahui segala bukti-bukti yang ada
sebelum membuat apa-apa jua keputusan.
7 Ibid.,hlm.87

Manakala, untuk menjadi seorang sejarawan juga seseorang itu perlu mempunyai ciri
ketelitian atau sikap berhati-hati dalam usaha untuk mengetahui keadaan sebenarbenarnya sesuatu peristiwa itu, yakni kebenaran tentang sesuatu sejarah itu. Selaras
dengan pesanan bapa sejarawan moden, Leopold Von Ranke yang mengatakan usaha
penyelidikan haruslah menghasilkan sejarah seperti sebenar-benarnya berlaku. Oleh
kerana setiap peristiwa sejarah yang berlaku mempunyai keunikan yang tersendiri, satu
usaha penyelidikan yang berhati-hati perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Seperti yang kita ketahui, sifat ketelitian perlu ada pada diri seorang sejarawan dalam
menjalankan kajiannya mahupun penulisan yang beliau buat.
Sebagai contoh yang boleh dijadikan tauladan adalah seperti

Raja Haji Ali.

Penggunakan tarikh bukanlah suatu amalan yang baru dalam dunia pensejarahan Melayu,
malah suatu amalan yang lazim serta sentiasa dipakai. Dari aspek ini, keistimewaan Raja
Haji Ali adalah pada cacatan tarikhnya yang tepat dan berbeza daripada kebanyakan
sejarawan tradisional lain yang sentiasa menggunakan konsep masa yang luas atau kabur
seperti pada suatu ketika, pada zaman dahulu kala atau dengan hanya merujuk kepada
zaman pemerintahan seorang raja sahaja.
Raja Ali bukan sahaja memuatkan tarikh yang tepat malah menyertakan bulan, hari dan
kerap kali waktu berlakunya sesuatu peristiwa. Umpamanya kemangkatan Sultan
Mahmud Dijulang dicatat sebagai kejadian pada hijrah seribu seratus sebelas tahun
sunnah, pada bulan safar hari jumaat. Penggunaan tarikh yang tepat ialah sesuatu yang
diwarisi oleh Raja Haji Ali 9daripada kebiasaan golongan diraja Bugis yang lazim
membuat catatan harian peristiwa penting yang berlaku di sekitar istana mereka.
Umpamanya peristiwa rasmi, upacara kerajaan, kelahiran, kematian, perkahwinan, dan
perjanjian diplomatik dengan kerajaan lain. Disiplin penggunaan tarikh yang yang tepat
beliau juga dipengaruhi oleh pendidikan agamanya.

8 Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayuddin Hj.Yahaya, Sejarawan Dan


Pensejarahan,hlm-254.
9 Ibid.,hlm-256
7

5.0 Kesabaran, minat, dan motif


Disamping ciri kejujuran dan ketelitian, seorang sejarawan haruslah mempunyai sikap
rajin dan semangat kegigihan yang tinggi dalam proses penyelidikannya. Ini berkait rapat
dengan keperluan ciri-ciri kesabaran, ketenangan10, dan ketegaran yang perlu dimiliki
bagi meneruskan penyelidikannya agar tidak terbantut separuh jalan. Selain itu, minat
juga merupakan sikap yang harus ada pada diri seorang sejarawan. Minat boleh dijadikan
sebagai pendukung kepada diri seseorang itu bagi menyelesai dan menghasilkan sesuatu
penyelidikan. Tanpa minat berkemungkinan besar sesuatu penyelidikan yang dijalankan
oleh seorang sejarawan tidak akan dapat diteruskan dan jika pun terus dilakukan tetapi
hasil penyelidikan itu tidak akan menjadi sempurna seperti yang diingini.
Seterusnya, sikap yang harus ada pada seorang sejarawan ialah sentiasa mempunyai
motif. Kewujudan motif dalam penyelidikan amatlah penting dan secara tidak langsung
dapat menarik minat sejarawan untuk membuat sesuatu penyelidikan dengan bersungguhsungguh dan berkeyakinan. Namun setiap sejarawan biasanya mempunyai motif yang
berbeza-beza.

11

Misalnya, Urwah, seorang sejarawan Islam mempunyai motif untuk

menulis dan menyelidiki Al-Quran. Sementara, sejarawan China , Ssu Ma Chien pula
mempunyai motif merekod peristiwa-peristiwa sejarah untuk tujuan memberi pengajaran
dan teladan kepada raja-raja dan negarawan-negarawan tentang contoh-contoh kelakuan
yang baik atau sebaliknya.

10Nabir Haji Abdullah, Ishak saat dan Fairisa Othman 2013, Kaedah Penyelidikan dan Penulisan sejarah.hlm87.

11 Ibid,.hlm-87
8

PERANAN SEJARAWAN
1.0 Melakukan Penyelidikan
Sejarawan berperanan melakukan penyelidikan dengan mengumpul dan menganalisis
maklumat daripada masa lalu. Sejarawan membuat penyelidikan yang rapi dan hasil yang
diperoleh mereka dapat diterima sebagai hasil yang sempurna tentang sesuatu bidang sejarah
yang dikajinya. Sejarawan melakukan penyelidikan bagi mencari kebenaran serta
menempatkan kebenaran tersebut di tempatnya yang hakiki.
Seorang sejarawan membuat penyelidikan dengan menggunakan sumber yang benar
agar memudahkan masyarakat pembaca tempatan atau pun antarabangsa mudah untuk
memahaminya. Sejarawan juga akan cuba mengkaji dengan penuh tekun, kritis, seta berhatihati bagi mendapatkan hasil yang bertepatan dengan prinsip pengkajiannya iaitu memcuba
untuk mengambarkan yang benar. Sebagai seorang sejarawan mereka terpaka jujur dan berani
dalam melaksanakan kajiannya. Jika tidak, hasil karyanya tidak dapat bertahan lama kerana
kelemahan pentafsirannya akan diketahui oleh masyarakat.
Seorang sejarawan yang intelek mengatakan bahawa sejarawan ialah seorang yang
mengkaji sisa-sisa masa yang telah berlalu. Bidang yang diteroka oleh sejarawan hanyalah
merupakan cebisan dari 12masa lalu. Setiap orang yang berminat boleh mengkaji masa yang
telah berlalu. Carl Becker pernah mengatakan setiap insan itu merupakan sejarawan bagi
dirinya sendiri. Setiap orang boleh menjadi sejarawan asalkan sahaja ia dapat mencari
pengalaman melalui pembacaannya atau latihan pendidikan yang dijalankan. Semakin banyak
bahan yang didapati, semakin banyak pula yang dapat diketahui tentang sesuatu peristiwa itu.
Sejarawan seharusnya memilih bahan rujukan dan fakta yang tepat bagi mengelakkan
pemalsuan sejarah. Melalui penyelidikan yang rapi, masyarakat yang wujud boleh
menggunakannya sebagai panduan pada masa yang akan datang. Oleh itu, sejarawan harus
mempunyai sikap yang berani dan jujur dalam setiap penyelidikan yang dilakukan bagi
membuktikan kebenaran pendapatnya.
12 Skotheim, R.A. ( peny.) 1969. The Historian and The Climate of Opinion. Reading Massachusetts :
Addision- Wesley Publishing Co., Introduction, hlm.1.

2.0 Mentafsir penulisan sejarah


Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah sesuatu yang mudah. Kemuktamadan sesuatu
fakta sukar untuk dicapai. Sejarawan mencuba untuk mencari kebenaran di sebalik setiap
fakta dengan sebaik mungkin. Bagi sejarah Malaysia, soal kekurangan sumber, jurang masa,
penguasaan bahasa, perbezaan kebudayaan dan soal psikologi menjadi masalah tambahan.
Keutuhan Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah yang sangat mustahak bagi
mengkaji

Kesultanan

Melayu

Melaka

dapat

dibuktikan

dengan

membandingkan

kandungannya dengan sumber-sumber lain seperti Portugis, Siam dan China. Hingga 1960an, buku-buku sejarah Malaysia seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu dan Tuhfat al-Nafis
dianggap oleh kebanyakan sarjana-sarjana Barat sebagai tidak ilmiah. J. C. Bottoms misalnya
mengatakan bahawa orang Melayu menganggap Sejarah sebagai hiburan. Mereka tidak dapat
membezakan antara kebenaran dan khayalan. Tetapi pendapat-pendapat seperti ini telah
dibetulkan oleh sejarawan-sejarawan Malaysia hingga keutuhan sumber sejarah dalam bahasa
Melayu diterima sebagai ilmiah.
3.0 Menyusun rekod kronologi sesuatu peristiwa
Sejarawan berusaha untuk menemukan fakta sejarah dengan mencari bukti mengenai
sesuatu peristiwa tersebut. Setiap bukti yang ditemui akan disusun mengikut kronologi yang
telah ditetapkan. Hal ini kerana, setiap penulisan sejarah itu mestilah berbentuk tertib tarikh
atau kronologi. Anggapan ini memang wajar kerana sejarah bersangkutan dengan tarikhtarikh dan tempoh-tempoh tertentu.
Ahli sejarah mengkaji peristiwa yang bergerak meniti tarikh-tarikh. Oleh itu, mereka
harus memastikan pendekatannya haruslah tertib tarikh iaitu berturutan dari satu peristiwa ke
satu peristiwa yang lain berdasarkan peristiwa yang terawal didahulukan dan peristiwa yang
kemudian dikemudiankan. Penyusunan sesuatu peristiwa berdasarkan kronologi akan
memudahkan masyarakat untuk mengetahui mengenai tarikh kejadian sesuatu peristiwa.
Sekiranya setiap peristiwa yang berlaku tidak disusun berdasarkan tarikh dengan
sebaiknya, maka akan berlaku kekeliruan dalam usaha untuk memahami dan mengetahui
latarbelakang sesuatu peristiwa yang bersejarah.

10

FUNGSI SEJARAWAN
1.0 Jurucakap Masyarakat
Sejarawan merupakan jurucakap bagi sekumpulan insan di dalam masyarakatnya.
Ahli sejarah dianggap sebagai penjaga tradisi masyarakatnya. Hal ini kerana, sejarawan
merupakan pencatat peristiwa terpenting yang berlaku di dalam tradisinya. Walaupun
catatannya masih belum boleh dianggap benar dari sudut fakta, tokoh-tokoh dan
peristiwanya, namun karyanya menjadi rujukan masyarakat. Namun, kaedah ini hanya
dilakukan pada zaman tradisi sahaja.
Pada zaman moden ini, fungsi sejarawan sebagai jurucakap bagi masyarakatnya tidak
lagi dilakukan. Sungguhpun sejarah itu merupakan pengetahuan tentang masa lalu untuk
menerangkan dan juga kepentingan masa kini, 13namun ahli sejarah beranggapan bahawa ia
hanyalah untuk pengetahuan sahaja seperti yang dikatakan oleh Collingwood, sejarah untuk
self-knowledge bagi seseorang. Terdapat juga golongan sejarawan profesional yang
beranggapan bahawa sejarawan itu hanya mengkaji sejarah demi kajian itu semata-mata.
Pendapat golongan ini tidak boleh diterima kerana sejarawan moden masih diperlukan oleh
masyarakat terutamanya dalam bidang sejarah.
2.0 Sasterawan Rakyat
Sejarawan merupakan penglipur lara yang mengembirakan seseorang ataupun para
pendengarnya. Ahli sejarah bertanggungjawab menghiburkan hati masyarakat dengan karya
penulisan sejarahnya.

14

Di dalam Sejarah Melayu, pengarang telah menggunakan bahasa

yang baik, penceritaan yang menarik dan lucu. Peristiwa sejarah dan pergolakan yang
dimuatkan di dalam karya ini telah diolah dengan menggunakan bahasa yang seronok dibaca
dan sedap didengar.

13 Collingwood, R.G., The Idea of History, hlm 10.


14 Jek Historian.B. Bury,1958 The Ancient Greek Historian. New York: Dover
Publications, Inc., hlm. 43
11

Karya-karya tradisional lebih banyak mengutarakan mengenai unsur-unsur keinsanannya jika


dibandingkan dengan karya

15

sasterawan moden. Ini kerana sejarawan zaman tradisi tidak

tertakluk kepada tuntutan dalam menghasilkan karyanya. Sejarawan juga menggunakan


kiasan yang mempunyai maksud yang mendalam dalam karyanya bagi menjaga adat budaya
dan sopan santun. Terdapat juga unsur-unsur dongeng dan legenda yang berfungsi
mendaulatkan kekuasaan raja.
3.0 Memudahkan penyebaran ilmu sejarah kepada masyarakat
Terdapat golongan profesional yang menyatakan pendapat bahawa sejarah itu mempunyai
faedah kepada masyarakat terutamanya masyarakat yang sezaman dengannya. Sejarah harus
mempunyai kegunaan kemasyarakatannya. Oleh itu, sejarawan yang merupakan seorang
anggota masyarakat haruslah mempunyai fungsi kemasyarakatannya. Sekiranya ahli sejarah
tidak menggunakan ilmu sejarah yang dimiliki, maka pengetahuan sejarah yang didapati itu
akan berakhir di situ sahaja.
Masyarakat harus sentiasa didedahkan mengenai kepentingan mempelajari ilmu
sejarah. Melalui karya-karya yang dihasilkan oleh sejarawan, masyarakat dapat memahami
dengan lebih mendalam apa itu sejarah dan dapat mengelakkan sesuatu peristiwa sejarah itu
berulang kembali16. Hal ini dapat mewujudkan kesedaran sejarah dalam diri setiap
masyarakat. Kesedaran itu tergambar pada kesedaran tentang kepentingan masa lalu. Menurut
Herbert Butterfield, kemunculan minat atau kesedaran terhadap sejarah sebagai masa lalu
hanya berlaku seiring dengan perkembangan keseluruhan sikap manusia itu.
4.0 Menimbulkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sejarah
Sejarawan berperanan untuk menyebarkan ilmu sejarah kepada masyarakat. Peranan ahli
sejarah ini telah menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan sejarah. Karya yang
dihasilkan oleh sejarawan Ibnu Khaldun iaitu Muqaddimah merupakan catatannya
berdasarkan pengalamannya dan pemikiran yang realistik. Karyanya telah menjadi sebuah
Injil atau al-Quran di mana golongan yang mengalami konflik dapat menemui jalan
penyelesaian bagi masalahnya.
15 Abdul Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 232-233
16Herbert Butterfield, The Origins of History, hlm.15

12

Karya Ibnu Khaldun17 merupakan sebuah karya yang sangat jelas berbanding penulis
lain yang hidup pada masa dan kebudayaannya. Pemikiran Ibnu Khaldun yang realistik telah
menimbulkan kesedaran dalam jiwa masyarakat mengenai kepentingan sejarah. Masyarakat
akan berusaha untuk mempelajari

18

sejarah dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan

berlakunya perkara yang sama.

17Fuad Baali & Ali Wardi,2003, Ibn Khaldun & Pola Pemikiran Islam, h-142.

18 Ibid.,hlm-142.
13

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sejarah merupakan suatu alat pendidikan rohani yang bertujuan untuk
mengekalkan kesedaran kebangsaan dan kewarganegaraan kita. Sejarawan merupakan
golongan yang penting dalam memastikan perkembangan ilmu sejarah. Pengkajian ilmu
sejarah boleh menyebabkan perkembangan ilmu itu sendiri. Sejarah bukanlah unsur yang
dijadikan ilmun pengetahuan sahaja malahan ianya juga Santapan Jiwa.
Sejarawan merupakan seorang insan di dalam sebuah masyarakat dengan segala unsur
subjektif dan objektifnya. Oleh itu, E.H.Carr mengatakan bahawa sebelum dikaji sejarah
[ karya pensejarahan ] sejarawan itu harus dikaji dahulu.19 Hal ini kerana, sikap sejarawan
yang berkesedaran sejarah akan memudahkan proses pengkajian ilmu sejarah dan akan
mendatangkan kepentingan kepada masyarakat.
Kebenaran bahawa sejarawan adalah sebahagian daripada unsur-unsur kemasyarakatan yang
subjektif menunjukkan bahawa di sebalik tuntutan disiplinnya, sejarawan juga merupakan
insan biasa yang daif dan merupakan seorang fakir yang mempunyai banyak
kelemahannya. Oleh itu, hubungan antara sejarawan dan bidang kajiannya merupakan
hubungan keinsanan yang bersifat semulajadi.

19 Carr, E.H., What Is History, hlm.44.


14

BIBLIOGRAFI
Fuad Baali & Ali Wardi, 1989. Ibn Khaldun & Pola Pemikiran Islam. Penerbit Pustaka
Firdaus, Jakarta : Anggota Ikapi
Arbaiyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhd. Yusoff Ibrahim, 1997. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah Sejarah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusoff Ibrahim, 1994. Pensejarahan Melayu 1800-1960. Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Fuad Baali & Ali Wardi, 1989. Ibn Khaldun & Pola Pemikiran Islam. Penerbit Pustaka
Firdaus, Jakarta : Anggota Ikapi
Nabir Haji Abdullah, Ishak Saat, dan Fairisa Othmaan, 2003. Kaedah Penyelidikan Dan
Penulisan Sejarah.

15

Anda mungkin juga menyukai