Anda di halaman 1dari 2

NEO-MARXIS

Neo-Marxisme adalah sebuah fahaman yang merujuk pada kebangkitan kritikal teori
Marxisme pada pasca-perang, yang sering digunakan untuk memperlihatkan pekerjaan di
bidang ekonomi politik radikal yang cuba untuk menggabungkan aspirasi revolusi dan
berorientasikan konsep Marxisme dengan beberapa peranti yang disediakan oleh ekonomi

Non-Marxis.
Istilah neo-Marxis ini dipakai untuk menyebut secara meluas para penganut antropologi

ekonomi baru yang berada di luar lingkaran structural Marxisme.


Neo-Marxisme adalah sebutan untuk menunjukkan keupayaan, semasa dan selepas perang
Dunia II, yang bercermin pada Ketepatan kategori Marxisme untuk memahami keadaan

perubahan pengumpulan modal.


Aliran ini berusaha untuk memberi

kritikan

terhadap

perkembangan

yang

ada

menggunakan sudut pandang Marxisme, sekaligus menyusun teori yang menyatakan

sumbangan mereka terhadap trend global.


Neo-Marxis melihat sistem kapitalis global sebagai suatu sistem yang menunjukkan

munculnya pelbagai hubungan di antara para elit dengan pelbagai kepentingan dasar.
Neo-marxisme lebih fokus terhadap pembahagian sistem antarabangsa berdasarkan kelas-

kelas yang menghasilkan negara Core, Semipheriphery, dan Pheriphery.


Ciri-ciri : 1. Topik kajian eksploitasi, kemiskinan, dan kepincangan dalam sosial.
2. Memperluaskan topik kajian sehingga menjangkau aspek hubungan antara

umur, jenis kelamin, dan antara negara.


3. Mewarisi pola pemikiran Karl Marx yang bersifat total dan material.
Topik yang dibahas : 1. Mode Produksi Dominan
2. Mode Produksi Non-Kapitalis
Dalam Neo-Marxisme lebih menekankan bahawa aktor yang berperanan adalah negara

kelas transnasional.

KULTUR MATERIALISME

Materialisme budaya merupakan sebuah pendekatan yang terhasil daripada konsep


materialis Marx. Materialisme ini selalu dikaitkan dengan nama Marvin Harris, yang
mencadangkan nama pendekatan itu sendiri. Pendekatan ini didasarkan pada konsep
bahawa keadaan-keadaan material masyarakat menentukan kesedaran manusia, bukan

sebaliknya.
Dibangunkan berdasarkan doktrin determinisme infra-struktur dari Marx. Pendekatan ini
dirancang sebagai suatu pendekatan yang total untuk menerangkan keseluruhan gejala
kebudayaan dan bukan sekadar gejala ekonomi di dalam kebudayaan. Oleh itu pendekatan

ini dikenali sebagai reduksi ekonomi.


Reduksi ekonomi ialah pandangan

yang

menerangkan

bahawa

semua

bahagian

kebudayaan, dari sistem produksi, kekerabatan, agama, ideologi politik yang pada

dasarnya menjalankan fungsi-fungsi ekonomi.


Dasar-dasar teoritik materialisme budaya adalah mengenai masalah memahami hubungan
di antara bahagian-bahagian sistem sosio-kultural dan mengenai evolusi hubungan,

bahagian-bahagian dan sistem-sistem tersebut.


Haris melihat sistem sosial manusia sebagai gabungan dari pelbagai strukutur : Infrastruktur (menurut Haris terdiri daripada dua unsur iaitu, mode produksi dan mode

reproduksi), struktur dan super-struktur.


Prinsip-prinsip Teori dari Materialisme Budaya:
setiap masyarakat harus menghadapi masalah-masalah pengeluaran yang
mewujudkan tingkah laku untuk memenuhi keperluan minimum sara hidup dan

oleh kerana itu harus ada mode perilaku etika dari pengeluaran.
setiap masyarakat dengan tingkah laku, harus menghadapi

masalah

pembiakan -Mengelakkan peningkatan atau pengurangan jumlah dan saiz


penduduk yang bersifat mengganggu atau merosakkan; jadi perlu ada mode

perilaku etika dari pembiakan.


setiap masyarakat harus menghadapi

masalah

perlunya

memelihara

hubungan-hubungan tingkah laku yang teratur dan selamat di kalangan

kumpulan-kumpulan penyusunnya dan dengan masyarakat lain.


Bahasa dan proses simbolik merupakan hal yang boleh dianggap penting.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Marxisme lahir dari sebuah pemikiran dari tokoh terkenal iaitu Karl Marx, dan NeoMarxisme adalah fahaman yang ada dan berasal dari perkembangan Marxisme. Walaupun NeoMarxisme hadir dari hasil perkembangan dari Marxisme, kedua perspektif itu memiliki perbezaan
yang mendasar tentang sistem kajiannya. Namun mereka juga memiliki persamaan iaitu tentang
eksploitasi dalam hal perekonomian. Manakala, kultur materialisme mempunyai prinsip umum
yang harus dipegang iaitu Budaya dikembangkan oleh suatu masyarakat berdasarkan pada
materi (benda) yang dimilikinya.