Anda di halaman 1dari 24

NOVEL : PANTAI KASIH (AZMAH NORDIN)

SINOPSIS:
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati.
Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah
guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah
beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya
pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun
akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor
Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi
komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai
tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor
Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1
Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)
menghadapi masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga mengapa pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima
kali ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai
menjalankan tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan
tersebut tidak harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan
menengah dan ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak, sebaik
mungkin dan seboleh mungkin telah mencurigakan kredibiliti doktor idolanya itu. Raiha
juga dibayangi dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor
Uwang tetapi telah terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun,
kenangan itu sukar dilupakan terutama sewaktu dia memberikan bantuan kepada Doktor
Uwang dalam pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang
membentak apabila Raiha menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Ayahnya yang Berjaya membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan
profesional berpendapat bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah
kurang tepat dan akan menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap
larangan ayahnya supaya bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana
berpendapat bidang tersebut tidak sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka
masa panjang.
Sister Felicia Landosi, jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak
menyenangi Raiha apabila dia telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang
menyenangkan di PRPK. Sister Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya
bertugas di PRPK setelah bertugas di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat
teguran Raiha dan amaran Doktor Uwang terhadap aku janjinya sebelum ini
menyesakkan dadanya dan tidak adil terhadap dirinya seterusnya membakar
semangatnya hingga rentung. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya
selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan
terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka
melaksanakan tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana
yang sedang bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana
asyik bergayut di telefon sahaja. Atas permintaannya sendiri dia tidak bertugas pada
sebelah pagi sebaliknya pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu
dilaksanakannya memberi peluang kepadanya untuk mengelakkan diri daripada
bertembung dengan Raiha.

BAB 2
Doktor Uwang berpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya
ada orang gaji di rumahnya. Malahan anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulu pun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga
anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang langsung

kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap bisnes kesihatan


menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalnya berusaha. Walaupun
agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK.
Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti Raiha yang ada kalanya
seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia berpendapat bahawa untuk
mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan kecanggihan alat perubatan.
Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada pergelangan tangannya dan kepala
lututnya namun belum sempat membuat diagnosis tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh
sebab dia kurang sihat untuk melakukan pembedahan terhadap Unong Siron pada kali
ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.
Namun sikap Raiha yang menjengkelkannya. Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang
berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan
yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi
sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha sudah angkuh dan beranggapan Raiha
tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di PRPK miliknya. Doktor Uwang juga
teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan yang sudah meninggal dunia dan
sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak apabila ingatannya juga turut
dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang menyamar di PRPK miliknya.

BAB 3
Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai
ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel bertaraf
lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar Datin itu
dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan
bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini
menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali peristiwa ketika dia bersama
Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang
rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar bidang
kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia masih
tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk
sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya
ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang
insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut.
Raiha masih teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya
tentang punca kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz
yang akhirnya berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor
Sadiz yang menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula
memberitahu bahawa semuanya berpuca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak
saudara yang selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga
teringat akan layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat
kelas menengah bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati
dan berasa amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya
mengasari ibu pesakit adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur
sikap Felicia. Dia teringat kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di
sekolah yang sama, tetapi Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu

di Hospital Kinabalu selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang
jururawat manakala Raiha sudah menjadi doktor.
Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan
bahawa Raiha sengaja melarikan diri kereta mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz
juga menyatakan bahawa barang kemas yang dibelikannya juga turut dibawa lari oleh
Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan mengatakan bahawa barang kemas yang
dibawa adalah barang kemas miliknya hasil titik peluhnya sendiri. Doktor Sadiz
menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak akan melepaskan Raiha. Doktor
Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai balasan tergamak
memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

BAB 4
Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak
jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa
hitam misteri kematian anaknya, dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah
neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan
menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu
terletak di Tampias suatu kawasan di Hulu Lubuk Dalam daerah Ranau.
Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa
hitam muncul. Raiha ingat ketika dia mengandungkan bayi hasil persenyawaan sperma
suaminya itu. Dia juga teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan
bayi yang sedang dikandunginya itu kerana kehadirannya bayi tersebut tidak direstui
apatah lagi sudah diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan
menyebabkan dia malu dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada
yang cacat. Raiha tidak tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi
tersebut sah hukum dan mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan
diberi nama Rohayu atau panggilannya Ayu.
Kegelisahan Dotu Untong terhadap panggilan palsu dan pencerobohan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia
berharap selepas daripada insiden tersebut perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan
turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang, namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan
rungutan dan kegusaran isterinya itu. Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah
dan yang tidak rasmi serta bapanya juga tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan
di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya, mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan
kini.
Doktor Uwang juga teringat akan persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang
mempersoalkan kewibawaannya menangani kes pembedahan penggantian tulang
pinggul hingga keenam kalinya itu. Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa
dia akan berbuat apa-apa sahaja untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya.
Asalkan keuntungan berlipat kali ganda masuk ke poketnya sudah memadai, tidak perlu
memikirkan bagaimana mereka mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ.
Doktor Uwang mengelamun sambil menonton rancangan Money Matters di televisyen.
Lamunannya hingga ke peristiwa anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan
matanya sendiri.
Felicia memasuki bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yang pernah
mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak
dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengaja mahu

menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu
risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit.
Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar kepada pesakit itu tetapi pesakit itu
digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke arahnya menyebabkan Felicia
terjelopok, namun itu hanyalah khayalan Felicia semata-mata. Apabila Felicia
mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia berada di stor Pusat
Rawatan Pantai Kasih.

BAB 5
Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya
yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia
mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah Raiha muncul
dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu
bayangan mereka mengganggu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu.
Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab malam
sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri tidak
rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih dahulu.
Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim Unong Siron
dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran mereka dalam
fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua pergelangan
tangannya ngilu yang amat sangat.
Felicia berasa kurang senang dengan Raiha yang cuba mengganggu kredibilitinya selama
ini. Hal ini seolah-olah menyebabkan dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari
kelegaan. Felicia juga berasa terkejut apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa
dia mendapat panggilan palsu. Sister Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad
pulang sahaja dan berehat di rumah sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad
bercadang untuk bermalam di bilik rehat Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam
itu. Dalam keadaan separa khayal dan didatangi dengan beberapa peristiwa hitam
dalam hidunya, Sister Felicia didapati terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun
Sister Felicia menafikan bahawa dia tergelincir di situ.

BAB 6
Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya
bermula apabila ayah; Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz
pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah
luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga
tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari kereta itu bingkas menuju ke
kondominiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi dengan
wajah muncung dan merungut-rungut.
Doktor Sadiz marah kerana Raiha membawa lari keretanya dan mengapa tidak
menggunakan keretanya sendiri sekalipun minyak keretanya habis isilah sendiri. Doktor
Uwang menawarkan diri untuk membantu pak ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor
Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal Raiha. Sister Felicia yang ada dalam
kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang sendiri tetapi dihalang oleh Doktor
Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas selesai membantu Doktor Sadiz.
Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk menaikkan pangkat Sister Felicia kerana

didapati Felicia komited dengan tugasnya selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor
Sadiz muncul dengan gelen minyak yang kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak
apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan
bahawa Doktor Raiha ingin membincangkan hal pesakit Uning Siro dan panggilan
tersebut amat penting.
Di ruang tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak
tenteram. Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang
sehingga terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di
tempat yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga
berasa resah apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang
sering datang dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia
yang melayan kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai
sapi tua menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong
ketika itu. Felicia menganggap sapi tua itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur
membuat cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Raiha berpendapat bahawa walau apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak
sepatutnya melayan emak Unong dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah
kebajikan para pesakit dan ahli keluarga yang turut terlibat dalam rawatan itu. Mengasari
orang yang memang sedia menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan
meminta Felicia supaya tidak mengulanginya lagi.
Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon itu memintanya datang
segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke sana sebaliknya wajah
arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya memang tidak merestui
hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya seorang pakar bedah
tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh Raiha. Hati Raiha geram
dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan tergopoh gapah melangkah
keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai Kasih.

BAB7
Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih
begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat
oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan
serkahan sapi tua iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknnya berpunca daripada
Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran
tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan
dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya.
Felicia juga jengkel dengan sikap Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib
sekelas yang berjaya menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu
tertekan dengan peristiwa hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering
teringat akan masyarakat jirannya yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan
masyarakat kelas menengah bawah begitu juga tentang kelahirannya yang tiada
diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam itu menghantui dirinya kerana ibunya yang
dianggap liar itu menjadikan dia sebagai mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah.

Keadaannya semakin parah apabila mula berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu.
Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki kacak yang siap berpakaian seperti seorang
doktor. Keadaan mamai menyebabkan Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor
muda itu, Doktor Muda itu bersimpati dengan keadaan Felicia dan kerana sikap
prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya dengan doktor muda itu.

Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih selepas mendapat panggilan
kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi mempersoalkan kewibawaan
Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan antaranya dan Doktor Uwang.
Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad yang dihuni oleh Unong Siron.
Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya sebab dia kembali semula
sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan bahawa dia menerima
panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng menjelaskan bahawa mereka
tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha teringat bahawa yang membuat
panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut Alex, Doktor Uwang sudah pulang
siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktordoktor lain turut juga menerima panggilan palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja
dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya, Raiha berharap Unong akan Berjaya pada
kali ini.

BAB 8
Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz
dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul.
Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu
menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga
berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama
di hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia
amat bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak
gadisnya yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz
yang memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain.
Lamunannya tersentak apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia
Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah.
Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk
menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan
dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai
doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu
tersentuh dan membuka pintu kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke
dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron
begitu parah dan dibawa ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta
penceroboh itu ke hospital tersebut Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron
menceritakan bahawa sebenarnya penceroboh itu adalah bekas penuntut bidang
perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam peperiksaan akhir semester.

BAB 9
Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia
ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat
rentung di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad
dan Doktor Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di
rumahnya daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala
lututnya. Doktor Uwang juga mengimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali
walaupun pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap
sekiranya menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah
pesakitnya yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian
disusuli dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini.

Doktor Uwang juga teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang
selepas menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang
marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche bersama-sama aak
perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak
petrol selepas itu dan berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan
teringat saat kereta Porsche itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar
kanak-kanak perempuan yang secara kebetulan berada di situ.
Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang memohon simpati
sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah bawah yang lain.
Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih berlaku walaupun
anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih mengatakan bahawa
urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu menyebabkan Doktor
Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor Uwang tersentak
apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan menyamar sebagai
Doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai menangani kes anak
perempuan tua itu.
Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan memaafkannya walaupun sampai dia
meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan hidup Raiha tergantung-gantung. Raiha
turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar melangkah dari mahkamah keluarga
dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan tidak dijangka-jangka kereta Doktor
Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori minyak petrol merempuh belakang
lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan lampu trafik.
Akhirnya Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas
dan lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan
teruk di bahagian pergelangan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan
penggantian sendi pada anggota tersebut.
Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi
budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz yang akhirnya berjaya
menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz melepas geram dengan
membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara tiba-tiba anak Raiha
muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan bahawa sewaktu di
mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha akhirnya tersedar bahawa
mereka adalah mangsa keadaan.

TEMA
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
1.

Tabah menghadapi kematian anak peremuannya


Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan
tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu down
sinDoktorom. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya
meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan

anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta


agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti
Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada
kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang
dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu
berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang
sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan
jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja
membakar anaknya itu.
2.

Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya


Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan
keengganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan
kandungannya yang didapati cacat atau down sinDoktorom. Raiha juga
melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan
kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api
kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya,
apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam
menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama
tidak muncul dalam perbicaraan, bekas suaminya yang menggantung
perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam
perbicaraan di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan
melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya
tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu
dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal
menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.

3.

Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah


Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk
menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima
pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

4.

Tabah menerima tugas membedah


Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya
pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang
diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam.
Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat
mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.
Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang
yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lutut
doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan
selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

5.

Tabah menghadapi penceroboh


Apabila Pantai Kasih dicerobohi oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang
merupakan bekas pelajar perubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha
tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu
tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam
saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu

Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda itu, Raiha memberikan
pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron
yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat
anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.
6.

Tabah menerima berita punca kematian anaknya.


Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini
menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian
anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang
berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap
mereka adalah mangsa keadaan.

PERSOALAN
1.

Persoalan
tentang
kepentingan
diri
melebihi
kepentingan
masyarakat. Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan
melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya
Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga
sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama
seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya.
Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak
menginginkan anak apabila berumah tangga.

2.

Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah


tangga. Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah
tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu
dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi
kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan
kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan
setiap isteri tidak sah menjadikan dia seorang yang pemilih.

3.

Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul. Raiha bersetuju


untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa
Doktor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga
berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas
Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa
doktor tersebut.

4.

Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan. Felecia mengaku


kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah
dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya
Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui
bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak
perempuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.

5.

Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan. Walaupun Raiha sudah


mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya
Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya
di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang
berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak
menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

6.

Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan. Raiha begitu tabah


menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan
peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan
tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia
gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia
juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati

10

dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak


mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana
mereka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan
peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan
hidup baru yang lebih selesa.
7.

Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga. Akibat keruntuhan institusi


rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha
sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap
Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan meminta menggugurkan kandungan
mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes
perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

8.

Persoalan tentang kasih sayang. Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu
walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu
mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu
dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas
suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat
penjagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan
bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa
Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan
pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit
menderita.

PLOT
1.

Permulaan
Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang
melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah
disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron
yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali
disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan
pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas
dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha
berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.

2.

Perkembangan
Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian
tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada
ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung
dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadamkan dalam
ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan
dengan kematian anaknya itu.
Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk
bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang
sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat
oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran
tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian
sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia
tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang
memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai sapi tua ditegur oleh
Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang
amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak
di bangku sekolah rendah lagi.

11

Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang
disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia
menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa
marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak orang Mongolia itu
apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia
juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron
menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya
yang rentung dalam jaga dan tidurnya.
Raiha juga sering teringat peristiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk
menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu
kelebihan kromosom. Keengganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya
dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia
berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah
normal.
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat
rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali
dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan
bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua
puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat
rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan
pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan
akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di
samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara tragis di
hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami
kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur
menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun
semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit
golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa
kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar
api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah.
Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan
menganggap mereka adakan mangsa keadaan.
3.

Konflik
Konflik dengan diri sendiri
a.
Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa
dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya
menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan
Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan
bekas suaminya atas kematian itu.
b.

Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.

Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi


buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari
kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh
sesiapa.
c.

Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya

Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar
nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya
tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif
terhadap dirinya itu.

12

d.

Konflik Doktor Uwang dengan Ayu

Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang
dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan
meminta diselamatkan sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia
sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa
sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan
anak pak ciknya itu.
Konflik dengan orang lain
a.
Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca
kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah
yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu.
Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam
perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang
sebenar.
b.

Konflik antara Sister Felicia dan Raiha

Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang
keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya
Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak
meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan
Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.
C.

Konflik antara Raiha dengan ayahnya

Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak
dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah
dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.
d.

Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong

Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana
datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron.
Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai
Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa
dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan
urusannya.
e.

Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong

Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai
punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja
berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan
daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya
masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia
menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya
mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan
peribadi.
f.

Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang

Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi
pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan
pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai
jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.

4.

Klimaks / Puncak

13

Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat
Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan
tangannya yang kebas.
o

5.

Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa


Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi dicerobohi oleh seorang lelaki
yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi
lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat
disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu
tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta
bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu.
Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada
saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang
dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di
hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan
untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf
dengan dirinya.
Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi
kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan
tangan dan tempurung lututnya.

Peleraian
o

o
o

o
o

Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera
akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi
menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota
pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas
penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh
Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang
melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba
muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang
membakar kereta mewah tersebut.
Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah
sebagai saksi kerana takut.
Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka
adalah mangsa keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN


Watak Utama
Raiha
o
o
o
o
o
o

Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat
selama 6 bulan
Doktor pakar bedah
Anak kepada doktor pakar bedah
Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar
Perunding Pembedahan.
Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian

14

o
o
o
o
o

Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan
diri sendiri.
Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak
kesayangannya.
Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh
mungkin.
Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek
moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan
Doktor Uwang
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih


Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
Guru yang pernah mengajar Raiha unsur-unsur
Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
Berwajah kacak dan segak
Berusia pertengahan empat puluhan
Bertubuh sederhana
Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron
o
o

o
o
o
o
o

Bekas Pesakit Doktor Uwang


Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun
mampu untuk bertungkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan
operasi di PRPK.
Kurus cengkung dan pucat
Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
Mempunyai masa depan yang cerah
Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar negara

Doktor Sadiz
o
o
o
o
o
o
o

Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
Pakar Perunding Pembedahan
Pakar Bedah Otak
Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang
dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana
isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa

15

disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar
oleh minyak petrol dan rentung.
Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah
diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.

Ayah Raiha
o
o
o

o
o
o
o

Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan


Seorang yang optimistik.
Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha
mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua
daripadanya.
Sudah meninggal dunia
Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri
baharu.
Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan
kerajaan.
Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak
sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa
panjang.
Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi


o
o
o
o
o
o

Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.


Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan
Doktor Sadiz
Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana
ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang
sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama
dan berkhidmat di hospital yang sama.
Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu
Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat
rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.

LATAR
Latar Tempat
1.

Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih


o
Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o
Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
o
Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya
selama enam kali pembedahan
o
Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan
sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o
Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau
menengah bawah mendapatkan rawatan.
o
Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor.

2.

Apartment Raiha

16

o
o
o
3.

Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan


dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat
Rawatan Pantai Kasih
Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran
menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

Rumah Tumpangan
o
o

Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya


keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak
perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.

4.

Rumah Doktor Uwang


o
Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o
Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga
memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o
Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

5.

Mahkamah Keluarga
o

6.

Wad Super VVIP


o
o
o
o

7.

Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas
peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

Daerah Inanam
o
o

8.

Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah


Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini

Hospital Kinabalu
o
Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o
Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o
Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat

Latar Masa
1.

Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
o Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa
berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan
pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan
melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
o Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke
atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya

17

yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit


golongan menengah dan sederhana.
Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o
Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah
menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan
tersebut.
o
Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron
membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong
memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah
dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan
helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor
Sadiz
o

Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung


selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik
Doktor Sadiz.
Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke
rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah
didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz
dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia
menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa
marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di
situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta
mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannya itu.
Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih

2.

Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat


panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah
panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi
Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat
keadaannya pada waktu.
Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga
menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke
atasnya.

Waktu Senja
Pembedahan keenam
o Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada
waktu senja. Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas
diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya,
namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah
pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat
1.

Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan


Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil
alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak
menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya
itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan
harga yang dirasakan munasabah untuknya.

18

2.

Latar masyarakat yang takut berterus terang


Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan
yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut.
Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah
Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

3.

Latar masyarakat yang ego


Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Doktor
Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol
sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada di situ
disambar api tersebut.

4.

Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi


Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar
sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan
tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha
dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan
yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

5.

Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan


Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun
anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan
mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

6.

Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas


Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil
pergaulan bebas sewaktu mudanya.
Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya
sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

7.

Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya


Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula
apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih
kepadanya.
Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat
Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi
sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.

TEKNIK PENCERITAAN

1.

Pemerian
Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis
menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas
sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga
menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia

19

terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian


dalam bidang kejururawatan.
Pemerian
perempuannya.

tentang

kegelishan hidup

Raiha

selepas

kematian

anak

Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis


menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba
disambar oleh kemarakan api yang sedang memamah kereta Porsche milik
bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung.
Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang
dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan
menyimbah minyak petrol ke arah kereta mewah tersebut.

Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang


Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang
menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum
kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu datang
menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu
dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kenderaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar
tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pemerian tentang kematian Rohayu
Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz.
Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi.
Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak
perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor
Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak
petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah
tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol
yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa
yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.

2.

Dialog
Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha
dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan
Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan
Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk
hidup.
Dialog Raiha dan ayahnya
Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel
ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya
tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari
segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu
sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan
sokongan kepadanya.
Dialog Raiha dan Sister Felicia
Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat
bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron.
Felicia menjelaskan bahawa sapi tua panggilan terhadap Ibu Unong telah
menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di

20

Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada
jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar
terhadap keluarga pesakit.
Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh
Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang
merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah
tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu
membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja
yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.

3.

Imbas kembali
Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering
diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti
punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana
sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya.
Doktor Uwang juga sering mengimbas kembali saat kematian anak perempuan
Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak
perempuan itu meminta ihsan daripadanya. Dia juga mengimbas kembali sewaktu
melakukan outopsi ke atas anak perempuan itu.
Imbas kembali zaman sekolah rendah
Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia.
Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik
dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya
terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan.

4.

Saspens
Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca
kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan
Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian
anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan
antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui
kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan


Pantai Kasih
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar
sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia
memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum
ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha berjaya memperdaya
pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan
pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA
1.
2.

Peribahasa
Similie

21

Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,


3.

Penggunaan Diksi
Kata-kata istilah sains perubatan
Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang
perubatan. Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP,
diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi,
angiografi, hemodialisis
Perkataan masyarakat setempat
Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis
menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar,
merambah, membongkol

NILAI
1.

Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di
kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya
belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada
mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan
sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk
membuat demonstrasi.

2.

Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar
sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun citacitanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,
namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia
seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

3.

Nilai Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak
perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama
baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana
mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul
untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

4.

Nilai Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron
sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana
Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa
menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya
gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit
yang sama sehingga lima kali.

5.

Nilai Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Rasa
prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi

22

merupakan pembedahan yang terakhir dan


kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6.

berakhirlah

penderitaan

dan

Nilai Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak
menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk
menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai
seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan
dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah
yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan
akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima
pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

PENGAJARAN
1.

Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.


Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi
seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan
matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2.

Kita hendaklah menghormati hak orang lain


Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak
untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih
telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu
dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai
Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

3.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan


Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak
bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia
merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa
hitam itu.

4.

Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.


Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan
bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua
orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk
menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk
membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan
sihat seperti anak orang lain.

5.
Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih
cerah.
Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun
belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar
dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.
7.

Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.


Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh
ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia
menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh

23

Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya
sering menjadi bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya
iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah
menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada
suaminya Doktor Sadiz.

24