Anda di halaman 1dari 2

KENAPA WANITA MUDAH MENANGIS?

Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis.


Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka
menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki?
Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki.
Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau
sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama. t5 akan
menerangkan mengenai 5 punca utama mengapa wanita menangis.
Hormon Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah
berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang
bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu
tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai
wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang
bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka
akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan
menjadi semakin besar.
Manipulasi Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin
bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah
diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita
menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga
yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk
memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk
dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lamakelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.
Luahan emosi yang ikhlas Tidak semua wanita menangis kerana hendak
memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis
kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran
seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding
pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu
tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang
cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi
mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita.
Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk


meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat
semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan
sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju
bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka
akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif
terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.
Memori Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran
yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang
bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati
kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada
kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka
lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan
dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk
muhasabah diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai