Anda di halaman 1dari 8

ELEMEN 2

Penghargaan

Saya bersyukur kerana dapat melaksanakan tugasan kajian dengan


sempurna dengan bantuan dan kerjasama beberapa pihak .Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua,guru-guru,rakan-rakan
yang membantu dan memberi keyakinan kepada saya untuk menjayakan
kegiatan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya yang membayai kos kerja kursus dan memberi dorongan agar
saya dapat menghasilkan kerja kursus ini dengan baik serta mengikut
sukatan yang ditetapkan dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Objektif kajian

A)Mengetahui latar belakang permainan tradisional


B)Mengetahui asal usul dan negara yang mempopularkan permainan
C)Mengetahui dan memahami tujuan gasing dimainkan
D)Mengetahui alat-alat yang digunakan dalam permainan tradisional
gasing.
E)Mengetahui nilai-nilai murni dan kerjasama semasa permainan
tradisional dimulakan.

Kaedah kajian
A)Kaedah pemerhatian-memerhati pertandingan atau perlawanan gasing
B)Kaedah temubual-menemubual tokoh-tokoh setempat
C)Kaedah rujukan-majalah, buku teks, surat khabar.

Rumusan

Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Semasa melaksanakan kerja kajian ini banyak
pengetahuan dan nilai-nilai yang saya perolehi. Saya dapat mengetahui
latar belakang, asal usul, tujuan dimainkan, alat-alat yang digunakan dan
cara permainan dimainkan. Oleh itu, generasi pada zaman ini patut
menjaga dan memelhara permainan tradisonal. Saya sebagai generasi
masa kini berusaha untuk mengekalkan pemainan tradisional bak kata
pepatah’Tak lapok dek hujan, tak lekang dek panas’. Selain memperolehi
pengetahuan, saya juga menghayati nilai kesabaran dan ketabahan serta
sikap berkerjasama dengan rakan-rakan. Saya dapat mengenali erti
ketabahan semasa melaksanakan tugas.

ELEMAN 2
SEJARAH PERMAINAN GASING

ASAL USUL
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di
dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan
masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam
soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah
mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan
hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan
sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh
golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu
kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan. Disamping
itu, mereka juga dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan
berpeluang berbincang tentang pelbagai perkara. Terdapat pelbagai cerita
yang timbul berkaitan asal-usul permainan gasing dan inilah yang
menyebabkan corak permainan gasing berbeza antara satu negeri dengan
negeri yang lain. Terdapat cerita yang mengaitkan asal permainan gasing
ini dengan buah berembang. Buah berembang mudah diperoleh di tepi-tepi
pantai berbentuk bulat, agak leper dan licin. Ia pula mudah dipusing
dengan tangan. Buah yang lama dan ligat pusingannya dikira menang. Bagi
ahli silat, satu daripada latihan menguatkan tangan ialah memusingkan
buah berembang. Lama-kelamaan timbul ilham meniru bentuk buah ini dan
diperbuat daripada kayu. Pemusing akan cuba memusingkannya dengan
tangan seligat yang mungkin. Ketika ligat ia disebut "gah", yang
bermaknategak dan kuat semasa berpusing. daripada istilah inilah
dikatakan bermulanya permainan gasing.

Menurut seorang tua di Kulim, Kedah, permainan gasing berasal daripada


permainan "laga telur" yang dimainkan oleh kanak-kanak. Menurutnya,
kanak-kanak ketika itu begitu asyik memusingkan dan melagakan telur.
Jadi, timbul idea mengukir kayu dalam bentuktelur dan dipasangkan paksi.
Seutaas tali digunakan untuk memusingkannya kerana memusingkan
dengan tangan kurang ligatdan pusingannya tidak tahan lama.

Seorang pemain gasing veteran, yang tinggal di kawasan pinggir Sungai


Pahang berkata bahawa permainan gasing ini bermula dengan penciptaan
alat memburu binatang yang berbentuk leper dan bulat. Apabila
dilemparkan alat ini berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai
binatang buruan. Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan
pukulan yang lebih kuat. Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai
satu cara untuk menguji kecekapan seseorang itu mencampakkannya dan
mengenai sasaran. Alat tersebut kemudian direka bentuk sedemikian rupa
hinggalah seperti bentuk seperti gasing yang terdapat pada hari ini
Permainan Gasing Masa Kini

Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan


lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan
gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara
meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam
Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang
pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh
Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing
sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu
sejak zaman dahulu.

Ekoran kongres itu, beberapa orang peminat dan penyokong permainan ini
dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (kini
Kementerian Belia dan Sukan) telah berusaha menganjurkan Seminar
Undang-Undang Permainan Gasing yang bertempat di Sekolah Dato' Seri
Amar Diraja, Muar, Johor. Tujuan seminar ini ialah untuk menyatu dan
mencari persamaan terhadap beberapa masalah permainan gasing. Pada
peringkat awal perbincangan ini beberapa negeri telah membantah dan
tidak menerima resolusi ini kerana mereka tidak mahu menukar bentuk dan
peraturan gasing yang dihasilkan.

Sebagai langkah awal dalam melaksanakan amalan permainan bersama,


satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada 23 September 1972 iaitu
kira-kira lima bulan selepas seminar Penyatuan Undang-undang Gasing
dibentuk di Muar. Mesyuarat pertama yang diadakan di Rumah
Persinggahan Melaka akhirnya bersetuju untuk mencuba peraturan yang
telah digubal. Langkah ini telah dilaksanakan pada 5 Ogos 1973 dalam
pertandingangasing di negeri Melaka yang disertai oleh tiga buah negeri.

Kemudian dua mesyuarat penyelaras lagi telah dibentuk,iaitu di Wisma


Belia, Kuala Lumpur pada 10 Februari 1974 dan di Bangunan Majlis
Perbandaran Johor Bahru, Johor pada 10 Julai 1974. Cadangan
menubuhkan Lembaga Pengadil Gasing telah dibuat dalam mesyuarat
penyelaras kali ketiga pada 20 Mei 1975, di Wisma Belia. Majlis penubuhan
Lembaga Pengadil Gasing telah berlangsung di Pejabat Daerah Kelang
pada 20 Jun 1975. Bersamaan penubuhan ini juga telah diadakan diadakan
perbincangan tentang penubuhan Persekutuan Gasing Malaysia. Pada 5
Disember 1977, Persekutuan Gasing Malaysia telah ditubuhkan dan
didaftarkan di Melaka setelah melalui beberapa perbincangan.

JENIS –JENIS GASING

Ciri – ciri : Gasing Leper Kelantan


Bentuk gasing ini rendah dan juga leper, beratnya 8 kg, lilitannya 48 cm
dan tingginya 6 cm. Gasing ini dimainkan oleh segelintir pemain
tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat
dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga
kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi
harganya terlalu mahal.

Ciri – ciri : Gasing Uri


Bentuk gasing ini rendah dan agak leper, beratnya 6 kg, lilitannya 60 cm
dan tingginya 8 cm. Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan
asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan
menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat
daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia
digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.
Ciri – ciri : Gasing Kuno
Bentuk gasing ini sederhana dan berembang, beratnya 0.6 kg, lilitannya 30
cm dan tingginya 8 cm. Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain
Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan
reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia
hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau,
ru, meranti dan keranji.

Ciri – ciri : Gasing Baba


Bentuk gasing ini tinggi dan seperti telur, beratnya 0.6 kg, lilitannya 38 cm
dan tingginya 20 cm. Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga
merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini
banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan
Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Ciri – ciri : Gasing Jantung


Bentuk gasing ini jantung, beratnya 0.25 kg, lilitannya 20 cm dan tingginya
12 cm. Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah,
Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang
menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk
membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini.
Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala
pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan
sepetir.

Ciri – ciri : Gasing Tanjung


Bentuk gasing ini tinggi dan berembang, beratnya 0.6 kg, lilitannya 30 cm
dan tingginya 10 cm. Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol.
Gasing jenis ini dimainkan oleh pemain gasing dari Muar, Johor. Ia
fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk memangkah. Di negeri
Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini diperbuat
daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.
CARA BERMAIN

Melilit Tali

Terdapat 2 cara untuk melilit tali iaitu dengan cara melilit di lengan atau
melilit di jari kelingking. Kedua - dua kaedah ini penting sebelum
memulakan permainan kerana tali yang kemas dan tidak terlalu panjang
akan menghasilkan pusingan gasing yang baik. Cara yang pertama dipakai
dengan memasukkan pergelangan tali ke dalam lengan pemain dan
cecincin iaitu hujung tali yang diikat membulat akan menjadi penyimpul
hidup. Ini akan memudahkan pemain kerana apabila ditarik ia tidak mudah
terurai. Pusingan tali pada lengan pula bergantung kepada pemain sama
ada dililit pada tangan kanan atau tangan kiri. Pusingan lilitan bergantung
kepada pemain untuk memastikan pemain selesa dengan llilitan tali
tersebut. Lilitan tali biasanya dilakukan sendiri manakala bagi pemain
gasing uri Kelantan mereka tidak melilit tali sendiri, tetapi lilitan dibuat oleh
orang lain dan setelah kemas barulah pemain mengambilnya.
Kaedah yang kedua pula dilakukan dengan membuat lilitan pada jari
kelingking pemain. Pemilihan jari kelingking sama ada sebelah kanan atau
kiri bergantung pemain. Cecincin pada hujung tali akan dimasukkan pada
jari kelingking oleh pemain seterusnya tali tadi akan dililit pada tapak
tangan. Biasanya cara ini banyak dilakukan oleh pemain yang telah berusia
kerana dengan cara ini tali akan menjadi lebih panjang dan menghasilkan
cengkaman yang lebih kuat pada gasing. Untuk memudahkan lilitan pada
leher gasing, pemain perlu melilitkan kesemua tali di lengan dengan
meninggalkan beberapa sentimeter untuk memudahkan pemain mengesan
kelembapan, kelembutan dan ketegangan tali. Selepas balingan gasing
dibuat, tali akan dililit pada lengan atau tapak tangan sehingga habis bagi
memudahkan tugas mengankat atau menegak uri.

Melilit Gasing

Terdapat dua cara melilit pada gasing yang biasa diamalkan, iaitu melilit
pada lengan dahulu kemudian barulah dililit disekeliling gasing. Cara lain
adalah seperti yang diamalkan oleh pemain gasing tradidional iaitu melilit
gasing dengan mengikat pada pokok kayu supaya lilitan menjadi lebih
kemas bagi menghasilkan pusingan yang lama. Semua gasing yang akan
dililit hendaklah dipastikan bahu, labu dan pataknya supaya dalam keadaan
rata, jika keadaan labu tidak rata, kerja meratakannya haruslah dilakukan
dengan mengikir, mengetuk atau menggosok dengan kertas kaca. Bagi
menghasilakan cengkaman yang kuat biasanya pemain gasing akan
menyapu kanji dibahagian bahu gasing. Untuk melilit, gasing mestilah
dipegang dengan tangan kiri dan tangan kanan pula bersedia untuk melilit.
Ibu jari kiri digunakan untuk menekan rambu pada leher gasing. Lilitan tali
pada gasing adalah melawan arah pusingan jam dan tali hendaklah ditarik
dengan ketat dan kuat. Lilitan kedua dan ketiga hendaklah dilakukan
seperti lilitan pertama. Lilitan berikutnya pula hendaklah sentiasa
mencecah ke bahu gasing untuk mendapatkan lilitan yang kemas, padat
dan sejat. Semasa melilit, pastikan yang tali tidak bertindih atau bersilang.
Jika ini berlaku, gasing akan borot dan membahayakan semua orang.

Memusing Gasing

Terdapat berbagai - bagai gaya dalam memusing gasing, memusing


mengikut cara yang betul akan menghasilkan pusingan yang tegak, kuat,
ligat dan tetap. Untuk menghasilkan pusingan seperti ini, langkah yang
disusun hendaklah mengikut cara yang betul supaya gasing tidak jatuh
mengiring, meleret atau borot. Umumnya terdapat dua jenis pusingan yang
biasa diamalkan, iaitu pusingan sorong tarik dan pusingan sentap.

Untuk pusingan sorong tarik, gasing hendaklah dipegang secara mengiring


dan dihayun ke belakang. Serentak dengan itu mata mestilah tertumpu ke
arah sasaran di hadapan. Kedudukan gasing hendaklah sentiasa mengiring
semasa gerakan ini. Semasa menghayun, gasing mestilah dalam
kedudukan mengiring sehingga gasing tiba di hadapan, barulah gasing
ditegakkan sebelum dilepaskan. Kedudukan badan mestilah rendah dan
kaki berada tidak jauh dari sasaran yang hendak dipusingkan. Hayunan
tangan pemain hendaklah mengikut hayunan gasing dan badan
membongkok kira-kira 45 darjah. Pusingan gaya ini agak rendah dan dekat
Gambarajah di bawah ditunjukkan cara melakukan teknik pusingan sorong
tarik. Bagi pusingan sentap(rujuk gambarajah di bawah), gaya pusingan ini
menghasilkan pusingan yang tegak, ligat dan kuat. Pemain memegang
gasing dengan kedudukan tegak, iaitu kepala gasing menghala ke atas dan
diangkat tinggi. Kedudukan tangan kira-kira 30 darjah dari paras lengan.
Tangan dihayunkan ke arah sasaran dengan kedudukan gasing tegak
sehinggalah tiba ke hadapan, sebelum dilepaskan. Setelah gasing terpacak
ke bumi, sedikit sentapan dikenakan dan pastikan ia berada dalam keadaan
tegak. Jika tidak gasing akan meliuk dan pusingan akan menjadi kurang
ligat.

Memangkah Gasing

Memangkah adalah satu gerakan yang penting dalam permainan gasing.


Tumpuan, perhatian dan hayunan hendaklah tepat mengenai sasaran
supaya gasing akan menghasilkan uri yang ligat, tegak dan kuat. Tedapat
empat gaya pangkahan yang biasa digunakan oleh pemain dalam apa juga
pertandingan, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang dan
pangkah tebang.

Pangkahan dilakukan dari jarak dekat dan pemain perlu membongkokkan


badan. Kemudian gasing mestilah di aras bahu dan siku, separas pula
dengan bahu pemangkah. Sasarannya pula ialah pada bahagian labu,
kepala atau bahu gasing. Pangkahan ini bertujuan untuk menghalakan
gasing lawan keluar dari gelanggang. Jika menggunakan gasing yang agak
berat, pangkahan jenis ini kurang sesuai. Gasing yang berbentuk tinggi
adalah sesuai dengan jenis pangkahan ini.

Untuk melakukan pangkah hentak, badan pemangkah mestilah tegak.


Tangan pula diletakkan tegak atas kepala dengan memegang gasing secara
tegak. Gasing dihayun tegak serta kuat ke arah sasaran. Hayunan ini akan
dilepaskan ke sisi kiri atau kanan pemangkah. Sasarannya ialah pada
kepala, labu atau bahu gasing. Jika tepat mengenai sasaran, kesannya
amat ketara kerana ia boleh memecahkan gasing lawan. Sebab itulah dalam
latihan biasa pangkahan ini tidak digalakkan. Jenis gasing yang sesuai
untuk melakukan pangkah hentak ialah gasing berembang dan gasing
leper. Pangkahan ini bertujuan mematikan dan merosakkan gasing lawan.

Kedudukan tubuh pemangkah mestilah tegak. Tangan pula hendaklah


tegak di atas kepala dengan memegang gasing secara tegak. Gasing
dihayunkan ke arah sasaran dengan kuat, cepat dan kencang. Pangkahan
ini selalunya menghasilkan pusingan yang ligat dan terus keluar dari
sasaran selepas memangkah. Sasaran pangkahan jenis ini ialah bahagian
bahu, labu, kepala atau tengkuk gasing.

Pangkahan ini bertujuan mengeluarkan gasing lawan jauh dari sasaran dan
ia juga merupakan pangkahan jarak jauh. Untuk menghasilkan pangkahan
yang kuat, kedudukan pangkah mestilah tegak. Gasing pemangkah akan
mengenai labu gasing lawan serentak dengan paksinya mencecah ke bumi.
Gasing yang paling sesuai untuk tujuan ini ialah gasing lipat kajang, gasing
tanjung dan gasing concord kerana sifatnya yang berat dan pepat.

Mengangkat Gasing

Setelah gasing dipusingkan atau dipangkah, ia perlu pula diangkat ke tapak


uri yang sesuai untuk menjamin keligatannya agar terus terpelihara.
Mengangkat gasing memerlukan kemahiran, kesabaran dan kecekapan
yang tinggi.

Sebelum gasing diangkat, pemain mestilah terlebih dahulu menentukan


liuk arah pusingan dan kedudukan gasing. Menentukan liuk bermakna
mencari liuk atau kedudukan pusingan terendah bahagian patak dengan
bumi. Bahagian terendah inilah yang akan diangkat. Arah pusingan perlu
ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan badan ketika
membawa gasing. Mengangkat gasing dilakukan dengan menggunakan tali
dan cokok. Cokok digunakan untuk gasing yang berbentuk leper dan berat.
Kedudukan gasing semasa hendak diangkat hendaklah berada dakam
keadaan tegak kerana jika kedudukannya mengiring ia akan menjejaskan
keligatan gasing. Tali yang digunakan untuk mengangkat gasing mestilah
tegang dan ketika mengangkat patak akan dielakkan dari tersentuh tali
kerana ini akan mengurangkan keligatan pusingan gasing.