Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA DAN MENGUBAHSUAI AWNING

DI HADAPAN BILIK OPERASI SUKAN DI


SK TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU
1. LATAR BELAKANG PROJEK
Projek membina dan mengubahsuai semula awning di hadapan Bilik Operasi
Sukan di SK Taman Molek adalah salah satu projek yang diusahakan oleh pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan kerjasama daripada pihak SK Taman
Molek.
2. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai awning ini adalah
berdasarkan pertimbangan berikut:
2.1.
2.2.
2.3.

Keadaan bumbung / awning yang sudah reput dan kelihatan usang.


Memastikan laluan murid dari dewan SK Taman Molek ke susur gajah yang
melalui kawasan ini tidak kena hujan.
Meluaskan lagi kawasan / tempat untuk berteduh.

3. ANGGARAN KOS
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan anggaran kos yang berjumlah RM 13,920.00.
Perincian bagi projek ini disertakan pada bahagian lampiran.
4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK
Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:
4.1.
4.2
4.3

Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana Keadaan bumbung /


awning yang sudah reput dan kelihatan usang
Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti kawasan
untuk berteduh ketika hari hujan.
Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar
supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan
asas.

JUSTIFIKASI PROJEK
Rasional penambahbaikan bumbung / awning ini adalah untuk :
5.1
5.2
5.3

Membuktikan bahawa kementerian, pihak sekolah serta PIBG prihatin dan serius
terhadap kemudahan dan keselesaan pelajar.
Sebagai persiapan awal bagi menempuh tahun-tahun yang mendatang.
Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
dan keselesasan pelajar.

IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN


Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:
6.1
6.2
6.3

Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin kerana bumbung /
awning yang telah using.
Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana pelajar yang ingin
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani terpaksa menunggu di hadapan Bilik
Operasi PJ dalam keadaan yang bahaya.
Memerlukan banyak masa untuk menguruskan murid ketika datang dan pulang
dari sekolah terutamanya ketika hari hujan kerana kekurangan tempat berteduh.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai