Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

KURSUS DALAMAN
TAKLIMAT DAN BENGKEL
PENSKORAN SAINS PT3 DAN
SPM
2016
ANJURAN :
PANITIA SAINS TERAS SMK ABDUL RAHIM

TARIKH:
16 MEI 2016( ISNIN)
MASA:
2.00 PETANG
TEMPAT:
BILIK 3P, SMK ABDUL RAHIM

KERTAS KERJA KURSUS DALAMAN PENSKORAN PT3 DAN SPM 2016


1) Pendahuluan
PT3 merupakan pentaksiran dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
ditambahbaik berkuatkuasa 1 April 2014. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin
berkata, melalui PT3 pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran setara (standardise)
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Walaupun PMR digantikan dengan PT3, tarikah
peperiksaan tetap masih ada seperti yang dirancang dalam PBS lama. Lembaga Peperiksaan tetap
akan menyediakan soalan-soalan dan diletakkan di dalam bank soalan yang pelbagai dari soalan
mudah hingga sukar. Sehubungan dengan itu, guru-guru telah didedahkan mengenai cara
pemeriksaan skrip jawapan Pentaksiran Tingkatan 3 untuk memeriksa kertas PT3 yang akan
dijalankan pada bulan Oktober.
Sehubungan itu juga, guru panitia Sains SPM turut didedahkan dengan penandaan kertas
jawapan SPM dalam program ini dengan matlamat yang sama iaitu meningkatkan kemahiran guru
dalam penandaan kertas jawapan PT3 dan SPM serta dalam diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2) Objektif
2.1 Memastikan semua guru Sains dan Matematik mendapat pendedahan tentang c ara
pemeriksaan skrip jawapan PT3 dan SPM mata pelajaran Sains 3.
2.2 Meningkatkan profesionalisme guru Sains secara tidak langsung .
2.3 Guru menguasai teknik menjawab soalan dengan betul untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dan
kualiti bagi subjek Sains Teras .
2.4 Meningkatkan kemahiran guru menyediakan soalan ujian, peperiksaan dan latihan

3) Kumpulan Sasaran
Semua Guru Panitia Sains Teras PT3 dan SPM iaitu seramai 10 orang

4) Tarikh / Masa / Lokasi


Tarikh :16 Mei 2016
Masa : 2.00 -5.00 petang
Tempat : Bilik 3P SMK Abdul Rahim
5) Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Tuan Pengetua, En. Awang Jaya bin Awang Damit


Timb. Pengerusi 1 : Penolong Kanan 1 , En. M. Salim bin Masrah
Timb. Pengerusi II : Ketua Bidang Sains Dan Matematik, En. Lezabit Dusin
Penyelelaras : Ketua Panitia Sains Teras, Pn. Yusra Binti Ab.llah
Setiausaha : Pn. Roslizawani binti Che Mat
Penceramah PT3 :1)Pn. Nik Nurul Huda Nik Abdul Hamid
2) Pn. Theressa Millon
Penceramah SPM : 1) Pn. Roslizawani Che Mat
2) En. M. Salim Masrah

6) Penutup
Bermatlamatkan kecemerlangan, diharapkan kursus yang dirancangkan berjaya mencapai
objektif yang ditetapkan. Semoga guru guru di bawah Panitia Sains Teras dapat menimba
pengalaman dan berkemahiran dalam pemeriksaan skrip Jawapan Pentaksiran Tingkatan 3 Dan
SPM bagi mata pelajaran Sains.

Disediakan oleh :

Disemak dan Disahkan Oleh :

..

(YUSRA BINTI AB.LLAH)

(LEZABIT BIN DUSIN)

Ketua Panitia Sains Teras,

Ketua Bidang Sains Dan Matematik

SMK Abdul Rahim, Kudat

SMK Abdul Rahim, Kudat