Anda di halaman 1dari 5

PENYUSUAN dari perspektif tauhid

7 Jumada al-Akhir
Anak anugerah Allah.
Menjadi seorang ibu juga merupakan anugerahNya. Perasaan hati
nurani seorang ibu begitu unik sekali. Saya fikir Alhamdulillah ia
diberi kepada mereka yang terpilih. Namun tidak menjadi ibu atau
tidak mempunyai anak bukan pula satu hukuman. Sesungguhnya Allah
lebih mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui. Allah SWT
berfirman melalui ayat 49-50 surah Asy-Syura yang bermaksud,
Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia
kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia
kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan
perempuan (kepada sesiapa yang dikehendakiNya), dan Dia
menjadikan
mandul
sesiapa
yang
Dia
kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Kehadiran anak itu sendiri merupakan fenomena kehidupan yang
mampu menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.
Hakikatnya, setiap kejadian di alam ini mampu mengukuhkan iman
apabila dipandang melalui kaca mata Tauhid. Apabila manusia melihat
dengan Tauhid memandang setiap perkara yang berlaku dengan
kefahaman tentang keesaan Allah manusia akan dapat melihat
pelbagai nama dan sifat Allah terpampang di setiap kejadian dan
makhluk.
Sesungguhnya Allahlah Yang Zahir dan Batin.
Begitulah bagaimana kaca mata Tauhid membolehkan kita mengerti
tentang Kecantikan dan Kesempurnaan Allah. Malah jika diperluaskan
pandangan dengan melihat secara universal, seseorang itu juga akan
lebih memahami dan mendalami keagungan Allah SWT.
Anak dilahirkam. Ia disambut dengan penuh kegembiraan. Hubungan
pertama antara ibu dan anak yang paling signifikan saya fikir
berlaku apabila bayi diserahkan kepada ibunya. Sang ibu memandang
tepat ke arah wajah bayi dengan penuh rasa kasih yang tidak dapat
digambarkan. Lalu barangkali dalam kesukaran ibu akan memberi
hidangan
makanan
yang
pertama.

Susu

ibu.

Itulah lambang kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Ia percuma dan


tidak perlu dibayar. Malah datangnya secara berperingkat-peringkat.
Semakin kuat bayi menyusu semakin banyak susu yang keluar. Kilang
susu ini sangat ajaib jika dilihat berdasarkan konsep Tauhid yang telah
saya
nyatakan.
Begitulah. Selepas seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan
bulan dan kemudian melahirkan bayi itu penuh kepayahan, ibu
tersebut bertugas pula untuk menyusukan bayi itu selama dua tahun.
Di dalam tempoh penyusuan ini memang banyak ujiannya juga.
Ibu-ibu mungkin pernah berasa letih, sedih atau kecewa di dalam
melaksanakan tugas ini. Mungkin terdapat ibu-ibu yang mengalami
kesakitan dan keletihan kerana perlu menyusukan anak dan berkalikali berjaga
di tengah malam untuk
tujuan tersebut.
Tidak kurang juga yang berasa kecewa kerana kekurangan susu atau
mungkin tiada susu. Sebahagian yang lain mungkin menghadapi
tekanan kerana tiada sokongan dan suntikan semangat daripada
keluarga terdekat. Benar, menyusukan anak-anak dengan susu ibu
bukan tugas mudah. Sebaliknya, ada ibu yang berasa gembira kerana
dapat menyusukan anak sendiri dan menyimpan stok susu yang
banyak.
Ma

sha

Allah!

Sesungguhnya ketenangan ibu dan rasa redha yang tinggi akan


menjadikan
penyusuan
susu
ibu
sebagai
kegiatani
yang
menggembirakan di antara ibu dan anak. In sya Allah.
Mungkin juga di antara ibu-ibu berasa puas hati dan bersyukur dapat
menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Sehingga mungkin
juga terselit rasa kagum dengan diri kerana berupaya menyusukan
anak
berbanding
ibu-ibu
yang
lain.
Na'uzubillah...

Saya juga sedang berada di dalam peringkat menyusukan anak kecil


yang baru lahir. Ada ketikanya saya didatangi perasaan gembira dan
bersyukur. Pada ketika yang lain saya dihinggap keletihan dan susah
hati. Malah ada pelbagai perasaan yang datang dan pergi.
Suatu hari ketika saya sedang menyusukan bayi saya, fikiran
difokuskan dan saya cuba memahami hikmah di sebalik penyusuan
menggunakan susu ibu ini sehinggakan ia amat disaran di dalam alQuran. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang
bermaksud:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak selama dua
tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan
penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah member makan
dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah
diberatkan
seseorang
melainkan
menurut
kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu
menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)
seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris
juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa
tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri mahu
menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah
dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka
berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada
orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu
serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang
patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah,
sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang
kamu lakukan.
Alangkah baiknya jika kita saya dan ibu ibu-ibu yang menyusukan
anak cuba memahami sifat-sifat Allah yang tersembunyi di sebalik
penyusuan anak-anak ini. Mudah-mudahan ia dapat melatih
menajamkan pandangan Tauhid dalam melihat setiap kejadian di
dalam
kehidupan
seharian.
Sekaligus kefahaman ini In sha Allah mampu menghilangkan
ananiyah (keegoan), malah menambahkan rasa bersyukur serta
kehambaan
kepada
Allah
Taala.

Sewaktu seorang ibu menyusukan anak kecilnya, pada ketika itu bukan
dia seorang sahaja yang sedang menyusukan anak. Di sana, di seluruh
dunia terdapat ribuan lagi ibu-ibu sedang melakukan perkara yang
sama. Mereka sedang menyusukan dengan penuh kasih, memeluk
anak kecil yang tidak berupaya. Anak kecil yang lemah itu hanya
mampu
menangis.
Ribuan perempuan atau ibu-ibu tadi sebenarnya hanyalah yang
menurut perintah daripada Allah Yang Memberi Rezeki (Al-Razzaq).
Allah yang mengatur seluruh sistem dalam tubuh ibu-ibu dan
menukarkan segala makanan menjadi susu. Ibu itu tidak berbuat apaapa pun, malah tidak pernah sedar tentang mesin-mesin canggih yang
sedang
beroperasi
di
dalam
tubuhnya.
Allah, Tuhan yang memiliki khazanah rezeki yang melimpah ruah tidak
pernah habis. Dia tidak membiarkan hambanya seorang bayi yang
lemah, kecil dan tiada upaya bersendirian. Sewaktu anak kecil tadi
kelaparan, Allah taskhirkan (tundukkan) ibunya sendiri untuk
berkhidmat
kepada
si
anak.
Ibu-ibu itu akan melakukan apa sahaja untuk memastikan bayi kecilnya
selesa dan tidak menangis. Ibu-ibu seumpama malaikat yang dihantar
oleh Allah untuk menjaga bayi kecil sebaik-baiknya. Hakikatnya ibu itu
hanyalah menjalankan perintah menyampaikan rezeki Allah kepada
seorang bayi. Ibu hanyalah wasilah. Ribuan anak kecil di seluruh dunia
mendapat rezeki daripada Allah dari jalan yang tidak disangka-sangka,
bukan
daripada
ibunya
tetapi
daripada
Allah.
Ibunya

hanyalah

menurut

perintah!

Ribuan anak kecil mendapat rezeki dengan penuh kelembutan. Rezeki


mereka ialah air susu yang paling bersih dan terbaik daripada Tuhan
Yang Satu, Yang Maha Memberi Rezeki. Tuhan yang Satu
membahagikan rezeki penuh adil, saksama, indah dan seni. Kecantikan
Allah dan Kesempurnaan Allah terjelma daripada pandangan Tauhid
yang
diperhatikan
secara
luas
ini.
Andai ibu-ibu mengetahui, ketika menyusukan anak-anak mereka,
sebenarnya mereka sedang menjalankan suatu tugas yang
diamanahkan oleh Allah. Mereka sedang melakukan ibadah dalam

bentuk salbiyah (negatif). Ibadah salbiyah sememangnya banyak


melibatkan kaum ibu seperti mengandungkan anak, melahirkan anak,
menjaga dan mendidik anak-anak, memasak untuk keluarga, ketaatan
kepada suami, menjaga kehormatan diri dan sebagainya.
Ma

sya

Allah!

Ibadah seperti ini tidak diketahui manusia. Zahirnya hanyalah rutin


biasa. Namun ibadah salbiyah seperti menyusukan anak yang
dilakukan penuh redha akan bertukar menjadi pahala-pahala berganda.
Mudah-mudahan ia memberatkan timbangan neraca kebaikan seorang
ibu
di
akhirat
nanti.
Amin.
Penutup
Maha Suci Allah yang memberi ilmu pengetahuan melalui pandangan
yang luas melalui kaca mata Tauhid di dalam penyusuan. Kaum ibu In
sya Allah akan lebih faham keindahan dan kesempurnaan Allah. Dia
yang
Pengasih
dan
Penyayang
begitu
sempurna
dalam
pentadbirannNya. Ibu-ibu perlu berbangga dan bersyukur menjadi
petugas yang menjalankan khidmat menyalurkan rezeki Allah kepada
anak-anak
kecil
mereka.
Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah.

Anda mungkin juga menyukai