Anda di halaman 1dari 7

SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9000

SUATU PENGENALAN

International Organisation for Standard (ISO)


ditubuhkan pada tahun 1946 untuk mengujudkan standard
yang dirujuk dan diguna pakai dalam aktiviti perdagangan,
komunikasi dan pembuatan. Kewujudan standard ini dapat
menghubungkan komuniti global yang mana tanpanya
adalah sukar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kehidupan
dan ekonomi.

Sebenarnya ISO berasal dari satu perkataan Greek isos


yang bermakna sama rata, seragam (equal, homogeneous,
uniform). Perkataan Inggeris yang mempunyai pendahuluan
iso juga mempunyai makna yang sama. Standard Sistem
Pengurusan, menyediakan satu model kepada organisasi
untuk diikuti dalam mewujudkan dan mengoperasi sistem
pengurusan yang menekankan kepada kebolehan organisasi
memastikan proses atau aktiviti untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang sentiasa dalam keadaan terkawal.
Keadaan ini boleh memastikan terhasilnya produk atau
perkhidmatan yang seragam sepanjang masa seterusnya
akan memberi keyakinan kepada pelanggan mendapat
produk yang sentiasa sama.

ISO 9000 dan ISO 14000 adalah merupakan “generic


management system standard” yang berkaitan dengan
kualiti dan alam sekitar. ISO diwujudkan secara generik
tanpa memfokuskan kepada sebarang proses khusus. Maka
standard tersebut boleh diguna pakai di mana-mana
organisasi, besar atau kecil, tidak mengira produk atau
perkhidmatan di dalam apa juga sektor ekonomi sama ada
pembuatan, perdagangan, perbankan, pendidikan dan lain-
lain.

Standard sistem pengurusan kualiti siri ISO 9000 telah


mula diperkenalkan pada tahun 1987. Standard ini dikenali
kerana cirinya yang melayakkan organisasi untuk diberi
persijilan oleh agensi pengiktirafan mengikut skop ISO
9001, 9002 dan 9003. Satu lagi ciri pentingnya adalah
penekanan kepada 20 klausa yang perlu didokumenkan dan
dipatuhi. Standard ini juga lebih mudah untuk difahami dan
diaplikasikan di sektor pembuatan menjadikan ianya
diterima dengan meluas oleh industri perkilangan.

Jawatankuasa teknikal ISO bertanggungjawab


membuat pembaikan ke atas sistem kualiti ini bagi setiap
lima tahun. Maka, standard pertama yang dikeluarkan pada
tahun 1987 telah pun mengalami pembaikan dan di
diterbitkan semula pada Ogos 1994. Dalam usaha
berterusan memperkemaskan standard tersebut ianya terus
disemak dan diperbaiki. Lanjutan dari itu standard yang
terkini dikenali sebagai ISO 9000:2000 mengambil sempena
tahun ianya mula diterima pakai iaitu pada tahun 2000.
ISO 9000 adalah memberikan perhatian yang utama ke
atas pengurusan kualiti. ISO mengandungi standard dan
garis panduan berhubung dengan sistem pengurusan dan
standard-standard sokongan seperti terminologi dan
peralatan khusus seperti pengauditan.

Sistem pengurusan, di sini merujuk kepada apa (what)


yang organisasi lakukan untuk mengurus proses-proses dan
aktivitinya. Untuk menjadikannya lebih efektif dan efisien
maka sistem pengurusan biasanya akan didokumenkan. Ini
memastikan perkara-perkara yang penting dilaksanakan dan
setiap warga jelas mengenai siapa (who) yang
bertanggungjawab untuk melaksanakan apa (what), bila
(when), bagaimana (how), mengapa (why) dan di mana
(where).

ISO 9000 adalah di antara standard ISO yang popular


dan menjadi rujukan dan keperluan dalam urusan
perdagangan. Standard ISO adalah suatu sistem yang
sukarela untuk dilaksanakan. Namun demikian ianya telah
menjadi keperluan pasaran. Syarikat-syarikat besar
kemudian menjadikan sebagai satu syarat kepada vendor
mereka. Ada juga pengimport dari negara maju memberikan
keutamaan kepada pengeksport yang telah mendapat
persijilan ISO 9001.
SIRI ISO 9000 TERBAHAGI KEPADA TIGA BAHAGIAN,
IAITU:

STANDARD &
KEGUNAAN
GARISPANDUAN

ISO 9000:2000, Memahami standard dan


Quality Management menerang- kan asas-asas dan
Systems – Fundamentals definisi yang di- gunakan di
and Vocabulary. dalam ISO 9000.

ISO 9001:2000, Keperluan standard yang


Quality Management digunakan untuk menilai
System – Requirements. kebolehan memenuhi
keperluan pelanggan dan
peraturan yang berkaitan
seterusnya meng- ambil kira
kepuasan pelanggan.
Ini merupakan standard
dalam ISO 9000 yang diguna
pakai ke atasnya bagi
membolehkan persijilan
dilakukan.

ISO 9004:2000,
Quality Management Memberikan panduan
System - Guidelines For untuk peningkatan berterusan
Performance Improvements. sistem kualiti untuk faedah
semua dan kepuasan
pelanggan yang berkekalan.
Usaha-usaha melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti
ISO 9000 memberi faedah kepada organisasi dan kajian ke
atas organisasi yang telah mendapat persijilan menikmati
faedah, antaranya seperti berikut:

• Mewujudkan keseragaman di keseluruhan organisasi.


• Menghasilkan atau memberikan khidmat dalam
keadaan yang dijangkakan
• Menyediakan rangka kerja untuk meningkatkan kualiti
• Menjadikan organisasi lebih memahami prosedur yang
di dokumenkan dan penggunaannya.
• Meningkatkan produktiviti
• Mengurangkan kerja lebih masa
• Mengurangkan kos pentadbiran

Kesimpulannya, ISO 9000 dapat membantu


memperkemaskan pengurusan organisasi. Pada masa ini
ISO 9001:2000 menjadi sebahagian daripada keperluan
organisasi termasuk institusi pendidikan. Kejayaan
penerapan di sektor-sektor bukan pembuatan
menunjukkan bahawa sistem pengurusan kualiti ini
adalah sesuatu yang fleksibel dan universal. Oleh yang
demikian jelas bahawa ISO 9000 dapat
mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang diberikan
terutamanya melalui proses pengajaran dan
pembelajaran.
SEPINTAS LALU ...
SMTWT KUALA TERENGGANU
KE ARAH PENGANUGERAHAN SIJIL MS ISO 9000

PELAKSANAAN MS ISO 9002:1994 DI SMTWT ADALAH SEJAJAR


DENGAN ARAHAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN
AWAM ( PKPA) BIL. 2 TAHUN 1996 - GARIS PANDUAN BAGI
MELAKSANAKAN MS ISO 9000 DALAM PERKHIDMATAN AWAM
YANG DILANCARKAN OLEH KETUA SETIAUSAHA NEGARA.

PELAKSANAAN BERMULA PADA TAHUN 1998 HASIL WAWASAN


TUAN PENGETUA HJ. DRAMAN BIN MUDA, DIIKUTI OLEH HJ.
MOHD HASNAN BIN ISMAIL DAN PELAKSANAAN PENUH OLEH
HJ, IBRAHIM BIN AB. KADIR

SKOP PELAKSANAAN IALAH PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN AKADEMIK, TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
DENGAN BILANGAN PROSEDUR TERAS (PKPT) - 17,
PROSEDUR SOKONGAN (PKPS) – 11 DAN ARAHAN KERJA (AK) -
7

DIANUGERAKAN PENSIJILAN MS ISO 9002:1994 PADA 12 APRIL


2001 OLEH PIHAK MAMPU DENGAN NO. PENDAFTARAN PA 0209
DAN TAMAT PADA 23 APRIL 2004.

SMTWT MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA DI TERENGGANU


DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERTAMA MEMPEROLEH
PENSIJILAN MS ISO 9002:1994.

PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001 : 2000 PULA


ADALAH SEBAGAI KESINAMBUNGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
KEPADA SIRI STANDARD MS ISO 9002:1994 SEBAGAIMANA
ARAHAN PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM ( PKPA)
BIL. 2 TAHUN 2002.
PELAKSANAAN PENUH BERMULA PADA 01 JANUARI 2005 HASIL
KOMITMEN BERTERUSAN PENGETUA KANAN, HJ. IBRAHIM BIN
AB. KADIR.

SKOP PELAKSANAAN IALAH PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN DENGAN BILANGAN PROSEDUR TERAS
(PKPT) - 19, PROSEDUR SOKONGAN (PKPS) -10 DAN ARAHAN
KERJA (AK) -30.

DIANUGERAKAN PENSIJILAN MS ISO 9001:2000 PADA 23


FEBRUARI 2006 OLEH PIHAK MAMPU DENGAN NO.
PENDAFTARAN PA 0069 DAN TAMAT PADA 23 FEBRUARI 2009.

SMTWT MERUPAKAN SEKOLAH PERTAMA DI MALAYSIA


DIANUGERAHKAN SIJIL MS ISO 9001:2000 DARIPADA MAMPU

Anda mungkin juga menyukai