Anda di halaman 1dari 7

Pembentukan Kata Nama

1.Ada 4 bentuk kata nama, iaitu:


Kata Nama
Tunggal
Kata Nama
Terbitan
Kata Nama
Majmuk
Kata Nama
Ganda

Kata Nama Tunggal


Kata yang tidak mengalami pengimbuhan,
penggandaan, dan pemajmukan.
Contoh:
dunia
wanita
kampung
keris
kapal
zoo
pagar
lengkuas
demokrasi
gong
dam
malaikat
AKRONIM juga termasuk dalam kategori kata nama
tunggal.
Kata akronim ialah cantuman bahagian-bahagian
tertentu daripada serangkaian perkataan.
4 jenis kata akronim:
a.Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh:
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
UNITAR Universiti Tun Abdul Razak
b.Cantuman huruf dan suku kata perkataan
Contoh:

Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman


Negara
MAWAR Majlis Wanita Johor
c. Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh:
Tadika Taman Didikan Kanak-kanak
Cerpen Cerita pendek
Komsas Komponen Sastera
Pawagam Panggung Wayang Gambar
Kugiran Kumpulan Gitar Rancak
d.Cantuman bahagian awal perkataan dengan
bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya
Contoh:
jentolak Jentera tolak
Purata pukul rata

Kata Nama Terbitan


Kata dasar yang menerima imbuhan lalu membentuk
kata nama terbitan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan terdiri
daripada:
a.Imbuhan awalan
b.Imbuhan akhiran
c. Imbuhan apitan
d.Imbuhan sisipan

Contoh kata nama berimbuhan sisipan:

-el- : telunjuk ; selesema ; telapak


-er- : keruping ; serabut
-em- : gemilang ;
-in- : sinambung

**Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan:


- Awalan: ke-, peN-, pe-, peR-, juru- Akhiran: -an
- Apitan: ke--an, peN--an, peR--an

Kata Nama Majmuk

1.Dua kata atau lebih yang membawa makna yang


tertentu.
2.Dieja terpisah (dua perkataan) kecuali kata majmuk
ejaan mantap.
3.Berdiri sebagai satu unit.
4.Ada 3 jenis kata nama majmuk:
a)
Rangkai kata bebas
guru besar
Naib Canselor
b)

Perdana Menter
kasut roda

Istilah khusus dalam bidang ilmiah

papan kekunci
medan magnet
c)

balai raya
cermin mata

laman sesawang
garis pusat

jangka suhu
jangka lukis

Maksud kiasan (simpulan bahasa)

buah hati
ikat perut

ambil berat
jalan pintas

kaki ayam
berat tulang

5.Senarai 15 kata nama majmuk ejaan mantap:


antarabangsa
beritahu
bumiputera jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
matahari
olahraga
pesuruhjaya
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan tanggungjawa warganegara
b
**Kata nama majmuk ejaan mantap perlu dieja secara
rapat.
6.Penggandaan kata majmuk
i. Penggandaan kata majmuk melibatkan
penggandaan unsur pertama sahaja. Contoh:

salah
betul
alat tulis-alat tulis
alat-alat tulis
guru besar-guru
guru-guru besar
besar
Menteri BesarMenteri-Menteri Besar
Menteri Besar
buku cerita-buku
buku-buku cerita
cerita
ii. Untuk kata nama majmuk ejaan mantap,
penggandaannya melibatkan keseluruhan
perkataan. Contoh:
warganegara-warganegara
pesuruhjaya-pesuruhjaya

tandatangan-tandatanga
setiausaha-setiausaha

Kata Nama Ganda


1.Semua bentuk kata nama (kata nama tunggal, kata
nama terbitan, kata nama majmuk) boleh digandakan.
2.Terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu:
i. Penggandaan penuh
ii. Penggandaan separa
iii. Penggandaan berima/berentak
Bentuk penggandaan
Penggandaan penuh
- Melibatkan keseluruhan
perkataan
Penggandaan separa
- Melibatkan sebahagian
perkataan sahaja

Contoh
pulau-pulau, kuda-kuda,
ayat-ayat, pahlawanpahlawan
kura-kura = kekura
bola-bola = bebola
rama-rama = rerama
kuda-kuda = kekuda

Penggandaan berima
Pengulangan vokal:
- Kata ganda yang
- Sayur-mayur
- Cerai-berai
mengalami pengulangan
- Saki-baki
vokal, pengulangan
Pengulangan konsonan:
konsonan atau bebas.
- Gunung-ganang
Bebas:
- Anak-pinak
- Saudara-mara
- Rempah-ratus
Latihan Pengukuhan:
Kenal pasti kesalahan ejaan kata nama dalam ayatayat di bawah.
1.Pihak
sekolah
telah
menubuhkan
jawatanjawatankuasa bagi setiap jenis acara sukan yang akan
diadakan.
2.Setia usaha untuk kelab itu akan dilantik dalam
kalangan mereka yang berpengalaman dalam sukan.
3.Alatulis yang dijual di kedai itu sangat mahal
berbanding dengan yang dijual di kedai lain.
4.Para pengunjung di pasaraya terkemuka itu leka
menonton persembahan seorang artis jemputan.
5.Anggota polis-anggota polis diingatkan supaya
sentiasa menjaga nama baik pasukan.
6.Semua pelajar diberi tahu bahawa peperiksaan
bulanan akan bermula pada minggu hadapan.
7.Mereka sekeluarga akan bertolak ke lapangan terbang
selepas makan tengahari.

8.Setiap guru matapelajaran perlu menyediakan tugasan


kepada para pelajar ketika cuti sekolah.
9.Mak Teh menjemput jiran te-tangganya ke majlis
kenduri kesyukuran di rumahnya.
10. Encik Lim bekerja sebagai pengurup matawang
antarabangsa di Kuala Lumpur.
Membina ayat:
1. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan
perkataan di bawah.
i.
ii.
iii.

Pertemuan Perairan
Persiaran

penemuan
pengairan
penyiaran

2. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.


i.
ii.
iii.

Pekarangan
Pedalaman
Penulisan

Anda mungkin juga menyukai