Anda di halaman 1dari 13

SK SENAWANG 3

UJIAN BULAN MAC 2015


BAHASA MALAYSIA 1 - PEMAHAMAN TAHUN 6
Nama: ________________________
Kelas : 6______________________

Markah: __________
Tarikh: ___________

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C, dan D.


Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian,
tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama
dengan jawapan yang kamu pilih.
Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
1. Samad ______________ tabung itu untuk memastikan sama ada terdapat
wang di dalamnya.
A. mengocak
B. menggegar
C. menggoyang
D. menggoncang

Soalan 2 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
2. Pendekar Jalak sangat ________________ bersilat.
A. pantas
B. cergas
C. tangkas
D. cerdas
Soalan 3 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
3. Puan Siti merebus ubi kayu itu _________________ empuk.
A. selagi
B. selepas
C. sehingga
D. sementara
4. Encik Ali cuba _______isterinya dengan membelikannya seutas rantai emas.
A. mengambil hati
B. mengambil kira
C. mengambil berat
D. mengambil angin
2

Soalan 5 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4
5. Masih terdapat beberapa ______________ meriam lama di kota bersejarah
itu.
A. biji
B. pucuk
C. bilah
D. laras
6. Sesiapa yang _________ membayar yuran persatuan bolehlah mengikuti
program tersebut, kata Cikgu Osman.
A. akan
B. telah
C. hendak
D. belum
Soalan 7 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
7. _______________ tidak dibenarkan bermain di sini, kata pengawal
keselamatan itu kepada Jalal dan Farid.
A. Kita
B. Kami
C. Kamu
D. Mereka

8. Mereka berkumpul di situ______________ pagi tadi kerana menungg ketibaan


pasukan hoki negara yang pulang ___________ Australia.
A. daripadapada
B. sejakdari
C. padadaripada
D. darihingga
Soalan 9 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6
9. Azlin _______________ sedulang air minuman untuk dihidangkan kepada
tetamu.
A. menjinjing
B. menatang
C. menjunjung
D. membimbit
10. Suhaili dan Zaleha sedang __________________ tentang kerja rumah
yang diberikan oleh guru mereka.
A. perbincangan
B. dibincangkan
C. berbincang
D. membincangkan
11. ______________ hadir ke majlis hari lahir anak saya, kata ibu kepada
jiran-jiranya
A.
B.
C.
D.

Minta
Jangan
Tolong
Jemput

Soalan 12 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7
12 Puan Laili ________________ daging itu hingga lumat.
A. menghiris
B. mencantas
C. menghentak
D. mencencang
13. Pak Akob sering memancing ikan _________________ sungai.
A. di atas
B. di tepi
C. di dalam
D. di penjuru
14. Di dalam bilik itu ada beberapa _____________ kerusi dan _____________
tikar
A. helaiseutas
B. buahsegulung
C. gelungselembar
D. gulungsegelung
15. Bola yang dibaling oleh Azli ______________ sebelum masuk ke dalam
longkang.
A. melompat-lompat
B. melantun-lantun
C. melonjak-lonjak
D. melayang-layang

Soalan 16 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8
16. Bekas plastik itu berlubang kerana ______________ tikus.
A. digerit
B. digigit
C. dipatuk
D. dimakan
17. Ahli sains mengambil masa ________________ lamanya untuk mengkaji
punca penyakit misteri itu.
A.
B.
C.
D.

berhari-hari
bersaat-saat
bertahun-tahun
berpuluh-puluh

18. Cuaca pada hari ini _____________ panas dan matahari memancar terik
_________.
A.
B.
C.
D.

tah.....makin
juga.....paling
hanya...terlalu
memang........sekali

19. Kaum Melayu mempunyai budaya dan _______________ yang tersendiri.


A.
B.
C.
D.

adat hidup
adat resam
adat istiadat
adat pepatih

20. Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.


Yusniza menegah adik daripada bermain peralatan yang tajam.
A. memarahi
B. menyapa
C. melarang
D. memaksa
21. Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris.
Di Muzium Negara kami dapat menyaksikan beberapa pameran barang
purba.
A.
B.
C.
D.

muda
silam
moden
sekarang

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.


22. Mengapakah Sulaiman didenda oleh guru disiplin?
A. Cikgu Daud ialah guru disiplin sekolah Sulaiman.
B. Sulaiman tidak mematuhi peraturan sekolah.
C. Sulaiman didenda oleh guru disiplin semalam.
D. Kami nampak Sulaiman didenda oleh guru disiplin.
Pilih soalan yang sesuai bagi ayat di bawah.
23. Sukar untuk saya jelaskan kerana kebanyakan barang-barang yang dijual
tidak diletakkan tanda harga.
A.
B.
C.
D.

Bagaimanakah dengan jenis barang-barang yang dijual di sini ?


Bagaimanakah dengan harga barang-barang yang dijual di sini ?
Bagaimanakah dengan jumlah barang-barang yang dijual di sini ?
Bagaimanakah dengan kualiti barang-barang yang dijual di sini ?

Soalan 24 dan Soalan 25


Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.
24. A. Perkara itu tidak tanggungjawab pihak sekolah.
B. Fatimah bukan suka bermain bola jaring.
C. Minta masuk. Ibu saya ada di dapur, kata Dila kepada tetamu itu.
D. Harap kamu semua belajar dengan sungguh-sungguh.

25.

I. Jalan itu ditutup kerana ada kejadian tanah runtuh.


II. Pasar raya itu sedang mengadakan promosi harga runtuh.
III. Pokok kelapa itu runtuh kerana dipukul ribut semalam.
IV. Warna bajunya runtuh kerana direndam terlalu lama.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja
Soalan 26 hingga Soalan 27
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26. Jangan membuang masa kamu dengan menonton rancangan hiburan
yang tidak berfaedah kata ayah kepada abang.
A. Ayah memarahi abang kerana sering menonton rancangan hiburan
yang tidak berfaedah.
B. Ayah merayu abang supaya menonton rancangan hiburan yang
berfaedah.
C. Ayah menegaskan bahawa menonton rancangan hiburan merupakan
perkara yang tidak berfaedah.
D. Ayah melarang abang mensia-siakan masanya dengan menonton
rancangan hiburan yang tidak bermanfaat.
27. Kakak tidak menyenangi perbuatan abang yang asyik menonton
rancangan hiburan di televisyen.
A. Abang tidak disenangi oleh kakak yang suka menonton rancangan
hiburan di televisyen.
B. Rancangan hiburan yang ditonton oleh kakak di televisyen tidak
disenangi oleh abang.
C. Perbuatan abang yang gemar menonton rancangan hiburan di
televisyen tidak disukai oleh kakak.
D Rancangan hiburan yang ditonton oleh abang tidak disenangi oleh kakak.
Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
28. A. Aiman sedang mandi bila saya tiba di rumahnya
B. Semua kereta-kereta yang ditahan sudah tamat cukai jalan.
C. Pulau Tioman merupakan antara pulau paling indah di Malaysia.
D. Sebuah kapal didapati telah tenggelam dalam Laut China Selatan.

29. I. Azri menekan sekuat-kuat hatinya butang itu.


II. Bila musim cuti sekolah, tempat itu sesak dengan pengunjung.
III. Televisyen yang rosak itu sedang dibaiki oleh Encik Nathan.
IV. Selepas menyiapkan kerja sekolahnya, Azlina mendengar radio.
A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, III, dan IV sahaja
30. I. Fazril merupakan pelari terpantas sekali di sekolah kami.
II. Choo Bong dinasihati oleh Cikgu Mazlan kerana rajin belajar.
III. Puan Devi sudah dua hari tidak bertegur sapa dengan jirannya.
IV. Ibu menjerang air selepas selesai menanak nasi.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, III, dan IV sahaja
D. II, III, dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca laporan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Laporan Kelab Keceriaan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam
Kelab Keceriaan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam ditubuhkan dengan
matlamat ingin mendidik murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan dan
keindahan kawasan sekolah. Hal ini penting agar suasana pembelajaran yang
selesa dan ceria dapat diwujudkan. Di samping itu, melalui penubuhan kelab ini,
murid-murid dan guru dapat bergabung tenaga dan mencurahkan idea bagi
mengindahkan kawasan sekolah.
Kelab yang ditubuhkan pada Mac 2004 ini banyak membawa kesan yang
positif terhadap sekolah. Menerusi pelbagai kegiatan yang dijalankan, kawasan
sekolah yang dahulunya gersang kini telah dipenuhi dengan pohon-pohon hijau
yang merendang. Susun atur landskap yang menarik dengan hiasan pelbagai
jenis bunga-bungaan benar-benar menyejukkan mata yang memandang. Selain
itu, kolam ikan, taman haiwan, serta lukisan mural di dinding sekolah telah
berjaya menimbulkan suasana yang ceria di sekolah.
Selain itu, kelab ini turut membantu sekolah muncul juara Pertandingan
Kebersihan dan Keceriaan Peringkat Daerah Kuala Selangor. Sehubungan
dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan harus diberikan kepada guru-guru
pembimbing serta anggota kelab yang telah sudi menghulurkan tangan .
Akhir kata, semoga kelab ini akan terus maju dan memberikan sumbangan
yang bermakna kepada seluruh warga sekolah.
9

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh,
Mazlin Yacob
(MAZLIN BINTI YACOB)
Setiausaha,
Kelab Keceriaan Sekolah.

10 MAC 2013

31. Kelab Keceriaan Sekolah Kebangsaan Puncak Alam telah wujud selama
A. setahun.
B. tiga tahun.
C. sembilan tahun.
D. lima tahun.
32. Yang berikut dapat dilihat di sekolah tersebut kecuali...
A. mural.
B. kolam ikan.
C. pokok bunga.
D. taman permainan.
33. Rangkai kata menghulurkan tangan dalam petikan bermaksud
A. lepas tangan.
B. meluahkan perasaan.
C. memberikan kerjasama.
D. memberikan pujian.
34. Bagaimanakah sikap yang ditunjukkan oleh guru dan anggota kelab
tersebut?
A. bagai langit dengan bumi
B. bagai anjing dengan kucing
C. bagai aur dengan tebing
D. bagai pahat dengan penukul
35. Pilih penyataan yang tidak benar tentang Kelab Keceriaan Sekolah
Kebangsaan Puncak Alam.
A. ditubuhkan pada tahun 2004.
B. Mazlin Yacob merupakan setiausaha kelab
C. telah membantu mengharumkan nama sekolah
D. kelab ini digerakkan sepenuhnya oleh anggota kelab
10

Soalan 36 hingga Soalan 40


Baca cerita di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
Kegiatan sosial tidak sihat seperti ponteng sekolah, merokok, penagihan
dadah, vandalisme, buli, lumba haram merupakan masalah yang sering berlaku
dalam kalangan remaja negara ini. Kegiatan sosial seperti inilah yang akan
mendorong remaja bertindak lebih ganas dan seterusnya cenderung melakukan
jenayah.
Masalah ini harus dipandang serius dan dibendung dengan segera. Jika
tidak masalah ini akan menjadi lebih parah dan mengancam kestabilan serta
pembangunan negara. Ada banyak cara yang dapat dilakukan oleh pelbagai
pihak bagi memberikan kesedaran dan bimbingan kepada remaja kita. Namun,
usaha ini perlu dilakukan oleh semua pihak.
Peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak memang
tidak dinafikan. Ibu bapa adalah penjaga dan contoh terbaik bagi anak-anak.
Anak-anak perlu diberikan didikan yang sempurna sejak mereka kecil. Hal ini
demikian kerana pada ketika itu tingkah laku mereka mudah dibentuk.
Pembabitan polis dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak kurang
pentingnya. Kunjungan polis ke sekolah, misalnya perlu ditingkatkan untuk
merapatkanjurang antara warga sekolah dan orang awam dengan pihak polis.
Selain itu, masyarakat luar perlu juga memainkan peranan untuk memantau
kegiatan remaja. Mereka tidak seharusnya menggalakkan remaja menyertai
kegiatan sosial yang tidak sihat. Contohnya, peniaga perlu bertegas dan tidak
menjual rokok, bahan lucah atau minuman keras kepada remaja bawah umur.
Justeru, semua pihak harus berganding bahu untuk membendung dan
mencegah golongan remaja daripada terbabit dalam kegiatan sosial yang
negatif. Sesungguhnya, remaja hari ini adalah harapan dan aset negara.
36. Kegiatan sosial yang tidak sihat perlu dibendung supaya
A. ibu bapa sedar akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak.
B. pihak polis dapat melibatkan diri dengan kegiatan yang dijalankan di sekolah.
C. golongan remaja tidak terdorong untuk melakukan kegiatan jenayah.
D. tanggungjawab ibu bapa dan pihak sekolah dapat dikurangkan.
37. Ibu bapa perlu memberikan didikan yang sempurna kepada anak-anak sejak
kecil lagi kerana
A. biar putih tulang jangan putih mata.
B. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
C. jika hendak melentur buluh biarlah ketika rebungnya.
D. carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.
11

38. Peranan pihak yang berikut ada dinyatakan dalam petikan kecuali
A. polis.
B. ibu bapa.
C. golongan peniaga.
D. penagih dadah.
39. Perkataan memantau dalam petikan bermaksud
A. mengatasi.
B. mengawasi.
C. menghindari.
D. menangani
40. Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan.
A. Pihak polis perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mengatasi
masalah sosial dalam kalangan pelajar.
B. Ibu bapa seharusnya memberikan pendidikan yang sempurna kepada anakanak mereka.
C. Tanggungjawab untuk membanteras gejala sosial merupakan tanggungjawab
pihak polis sepenuhnya.
D. Masalah gejala sosial akan mengancam kemajuan negara jika tidak ditangani
dengan bijak.

KERTAS SOALAN TAMAT


Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

(PN. HABIBAH BT ABDULLAH)

(JAZILAWATI BINTI MOHD JAZULI)

Guru Bahasa Melayu Tahun 6

Ketua Panitia Bahasa Melayu

SK Senawang 3

SK Senawang 3

Disahkan oleh,
.....................................

12

13