Anda di halaman 1dari 3

SARVESWARY A/P

RAMAMURTHY (2MT1)

Saya Sarveswary a/p Ramamurthy , No.KP( 900131-10-5886 ) dari kelas


matematik 1 ( PPISMP ) ambilan disember 2011. Saya diberi kerja kursus Matematik
(2311) oleh pensyarah saya yang bernama En.Gan Ee Ka. Saya bersyukur kepada
Tuhan kerana saya dan rakan sekumpulannya dapat melaksanakan tugasan ini
dengan sebaiknya.Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya diucapkan kepada
pensyarah saya kerana telah banyak memberi idea-idea yang baru dan penjelasan
yang begitu tepat semasa melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang tempoh untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapati
tugasan ini banyak membuatkan saya berfikir. Pada mulanya saya tidak mendapat
idea untuk mencari penyelesaian bagi tugasan tersebut. Selepas pensyarah kami
memberi penerangan tentang tugasan tersebut, ia memberi peluang kepada saya
untuk berfikir darisegi pelbagai sudut untuk mencari penyelesaian bagi soalansoalan yang dikemukakan dalam kertas tugasan. Walaubagaimanapun, Saya
mengalami sedikit masalah semasa melakukan tugasan ini kerana maklumat yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya sukar untuk diperolehi. Namun masalah ini,
saya dan rakan sekumpulan saya dapat mengatasi dengan mencari maklumat
melalui sumber lain sama ada melalui internet mahupun meminjam buku-buku
rujukan dari perpustakaan.
Semasa saya menjalankan tugasan ini,saya mempelajari banyak perkara iaitu
ciri-ciri dan sifat bentuk geometrik dua dimensi dan tiga dimensi, cara mengira
luas,perimeter dan isipadu bagi bentuk dua dimensi dan tiga dimensi dan juga saya
dapat memahami konsep simetri garis dan simetri putaran. Dengan tugasan ini, saya
mendapat meningkatkan lagi kemahiran berfikir saya. Hal ini kerana, soalan-soalan
yang dikemukakan dalam tugasan ini begitu menguji minda saya. Ini menyebabkan
saya berfikir kreatif untuk mencari penyelesaian bagi soalan- soalan tersebut. Setiap
kali,selepas kami menyelesaikan tugasan yang diberi,kami telah berjumpa dengan
pensyarah.Beliau telah memperbaiki salah silap kami dalam cara penyelesaian.

SARVESWARY A/P
RAMAMURTHY (2MT1)

Daripada situ,saya dan rakan-rakan saya dapat membaiki kesilapan kami.Dengan


ini,kami menyedari bahawa berkomunikasi yang baik antara satu sama lain dapat
menghasilkan sesuatu yang bermakna.Dengan berkomunikasi yang baik,kami dapat
menjalankan kerja kursus ini dengan sempurna.
Dengan menggunakan asas bentuk segitiga, saya mempelajari membentuk
pelbagai bentuk poligon yang lain melalui tugasan ini. Selain daripada itu, saya
dapat meneroka dan mengaji sifat-sifat bentuk yang dibentuk sendiri. Apabila saya
dapat mengkaji sifat-sifatnya, saya lagi memahami tentang ciri-ciri segitiga secara
mendalami. Dengan ini saya dapat mempelajari beberapa kaedah untuk
mendapatkan nilai perimeter dan nilai luas bagi bentuk-bentuk yang dibentukan dari
segitiga asas. Tugasan ini memberi satu peluang kepada saya untuk mengenali
topik ini dengan lebih mendalam. Di samping itu, projek dua yang dikemukakan
dalam tugasan tersebut, ia juga memberi peluang kepada saya untuk mengenalpasti
kejadian alam semulajadi yang mempamerkan fenomena simetri garis dan simetri
putaran. Apabila saya mengaji kedua-dua simetrinya,saya dapat mengenalpasti
persamaan dan perbezaan antara dua jenis simetri tersebut.
Saya juga dapat mempelajari syarat-syarat yang terlibat dalam transformasi
mudah seperti translasi, pantulan,putaran dan pembesaran. Saya mendapat
keterangan yang mendalam melalui tugasan ini. Sebelum saya membuat tugasan
ini, saya tidak mendapat begitu keterangan tentang transformasi. Setiap kali saya
mengalami masalah semasa membuat latihan yang berkaitan tentang tajuk ini dalam
kelas. Tetapi sekarang saya sudah menguasai tajuk tersebut dengan sepenuhnya.
Saya harap dapat membuat soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut
dengan baik semasa peperiksaan nanti. Saya berharap tugasan ini amat membantu
saya untuk mengajar murid-murid dalam matapelajaran matematik pada masa yang
akan datang.
Saya dapat mengamalkan nilai bekerjasama,toleransi dan nilai sistematik
semasa menjalankan tugasan ini. Saya menyedari bahawa kerjasama antara satu
unik adalah sangat penting untuk menjayakan sesuatu perkara. Kerjasama antara
ahli kumpulan menyebabkan, kami dapat menyelesaikan tugasan ini dengan tepat
pada masa dan sempurna.

SARVESWARY A/P
RAMAMURTHY (2MT1)

Disini saya mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pensyarah


En.Gan Ee Ka yang membantu saya dalam banyak aspek. Beliau tidak bermasam
muka semasa saya bertemu denganya. Beliau meluangkan masa untuk membantu
kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan memberi penjelasan yang tepat. Kasih
sayang pensyarah membuatkan saya meneruskan perjalanan saya dalam
menyiapkan tugasan dengan jaya.
SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai