Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA

TEMA

KESIHATAN

TAHUN

6 JAYA

TAJUK

Cara-cara untuk Menjaga Kesihatan Diri

MASA

8.30 9.30 pagi

STANDARD
PEMBELAJARAN

3.2.6

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i.

Menulis teks prosa dan puisi secara mekanis dengan betul dan
kemas.

Menulis teks secara mekanis dengan betul dan kemas.

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang cara-cara menjaga kesihatan


mereka.
2. Murid diminta meneliti gambar yang dipaparkan.
3. Murid menyebut aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar yang
diteliti.
4. Murid menulis jawapan yang disebut dengan betul dan kemas di
dalam peta bulatan.
AKTIVITI

5. Murid diberi satu teks tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan


diri.
6. Murid diminta menulis teks yang diberi dengan betul dan kemas.
7. Murid membaca semula teks yang ditulis.
Pemulihan
Murid menulis satu perenggan daripada teks dengan betul dan kemas.
Pengayaan
Murid menulis teks dengan betul dan kemas.
Ilmu : Sains

PENGISIAN
KURIKULUM

Nilai : Menjaga kesihatan, Menjaga kebersihan


Peta i-Think : Peta Bulatan
EMK : Sains dan Teknologi
KB

: Membanding dan membeza

BAHAN BANTU
BELAJAR

Teks, LCD

PENILAIAN
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

Murid dapat menulis teks secara mekanis dengan betul dan kemas.

REFLEKSI

orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.


Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

Gambar
Caracara
untuk

Menjaga Kesihatan Diri


Peta Bulatan

Cara-cara untuk
menjaga kesihatan
diri

Teks
Kesihatan amat penting bagi seseorang.
Pelbagai cara yang harus diamalkan oleh
seseorang untuk menjaga kesihatan. Contohnya,
kita harus selalu bersenam atau bersukan agar
badan kita sihat dan kuat. Selain itu, kita juga
boleh melakukan pelbagai aktiviti fizikal bagi
menjamin kesihatan badan kita.
Di samping itu, kita harus menjaga
kebersihan diri dengan baik. Kita harus mandi
sekurang-kurangnya dua kali setiap hari. Selepas
mandi, kita harus memakai pakaian yang bersih.
Kita juga harus mengetip kuku yang panjang dan
kotor agar kelihatan kemas dan bersih.
Tambahan pula, kita harus makan makanan
seimbang setiap hari. Makanan seimbang
mengandungi karbohidrat, protein, vitamin,
pelawas dan sebagainya yang diperlukan oleh
badan kita. Dalam pada itu, kita harus
mengurangkan makanan yang bergula dan
bergaram supaya tidak menghidap penyakit
tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Pendek kata, kita harus menjaga kesihatan
diri dengan baik agar dapat mengelakkan diri
daripada dijangkiti penyakit. Bak kata pepatah,

Aktiviti Pemulihan

Tuliskan perenggan berikut dengan betul dan


kemas.
Satu daripada cara untuk menjaga
kesihatan diri kita ialah makan makanan
yang seimbang. Makanan yang kita makan
mestilah mengandungi pelbagai vitamin
dan zat. Selain itu, kita haruslah makan
mengikut waktu supaya kesihatan kita tidak
terjejas.

Aktiviti Pengayaan

Tuliskan teks berikut dengan betul dan kemas.

Satu daripada cara untuk menjaga kesihatan


diri kita ialah makan makanan yang seimbang.
Makanan
yang
kita
makan
mestilah
mengandungi pelbagai vitamin dan zat. Selain
itu, kita haruslah makan mengikut waktu supaya
kesihatan kita tidak terjejas.
Untuk menjaga kesihatan diri, kita juga
hendaklah melakukan aktiviti fizikal sekurangkurangnya selama 30 minit pada setiap hari.
Aktiviti
fizikal
yang
dilakukan
itu
akan
menjadikan badan kita cergas. Antara aktiviti
tersebut termasuklah berjoging, berenang,
menunggang basikal dan lain-lain.
Kita juga hendaklah sentiasa menjaga
kebersihan diri kita dan kawasan persekitaran.
Amalan sehari-harian seperti menggosok gigi,
mandi, berpakaian bersih, tidur dan rehat yang
cukup dapat menghindarkan diri kita daripada
sebarang penyakit.
Akhir kata, kita mestilah mengamalkan gaya
hidup sihat pada setiap masa. Amalan ini dapat
memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan
hidup kita.

Anda mungkin juga menyukai