Anda di halaman 1dari 15

KONSEP KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL,KEPIMPINAN DAN

TRANSFORMASI SEKOLAH KEPADA KOMUNITI PEMBELAJARAN


PROFESIONAL
Oleh
Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob a
Jamal@Nordin Bin Yunus, Phd b
a
b

Dasar dan Perancangan Pendidikan,Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjong Malim


Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim
Abstrak

Komuniti Pembelajaran Profesional diiktiraf sebagai komuniti di sekolah yang bersamasama berusaha secara profesional dalam melakukan aktiviti penambahbaikan pembelajaran
dan prestasi sekolah. KPP merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kualiti guru di
negara-negara maju. Pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dilihat sebagai
usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Konsep utama Komuniti
Pembelajaran Profesional di negara-negara tersebut adalah kolaboratif antara pihak
sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak
berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum
dan penyampaian kurikulum, dan menjalankan aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan
seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Berdasarkan senario tersebut, kertas kerja ini
akan membincangkan (i) kerangka konsep untuk membina komuniti pembelajaran
profesional, (ii) komuniti pembelajaran professional dari segi kepimpinan sekolah, dan (iii)
transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran profesional.
Kata kunci: Komuniti pembelajaran profesional, kepimpinan

1.0 Pengenalan

Menerusi Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan, (PPPB, 2014), Kementerian


Pendidikan Malaysia secara jelas mencadangkan aktiviti yang sepatutnya dijalankan untuk
meningkatkan profesionalisme di sekolah adalah melalui Komuniti Pembelajaran Profesional
(KPP) .

Komuniti pembelajaran profesional merujuk kepada amalan kolaboratif dalam kalangan


pendidik dan pemimpin sekolah yang komited secara bersama-sama menetapkan matlamat
dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kerjasama
ini menggalakkan rasa kesepunyaaan nilai, matlamat, visi dan misi, kejelekitan dan
memberikan peluang kepada guru dan pemimpin sekolah untuk melibatkan diri dalam
meningkatkan pembelajaran mereka sendiri. Hasilnya pembangunan profesionalisme dapat
ditingkatkan secara berterusan sepanjang kerjaya. (KPM, 2014) .

Keadaan hakikat pendidikan pada hari ini menghadapi transformasi organisasi pembelajaran
yang menuntut kearah pembentukan sebuah komuniti sekolah yang berkesan dan berani
melakukan perubahan bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Kerancakan perubahan
yang berlaku ini kesan daripada tuntutan dan cabaran globalisasi, liberalisasi. perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasl.

Menurut Fechter dan Horowitz (1991) mengatakan bahawa perubahan tetap akan berlaku
walau bagaimana keadaan sekalipun. Justeru, komuniti sekolah perlu sentiasa berusaha secara
berterusan untuk melakukan pelbagai pendekatan baru dari segi governance yang berasaskan
birokratik iaitu 'top-down' kepada perkongsian bersama ke arah inovasi pendidikan secara
menyeluruh (Huffman & Hipp, 2003).

KPM sendiri menyasarkan transformasi amalan profesionalisme berterusan meningkat


kepada 60% menjelang 2025. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,
amalan inisiatif kendiri yang berasaskan sekolah sudah berada pada tahap 16%. Kini,
menjelang gelombang ke dua PPPM 2013-2025, sepatutnya amalan pelaksanaan
profesionalisme berterusan sudah berada di peringkat 40% iaitu pada 2016. Salah satu
aktiviti dalam amalan profesionalisme berterusan ini adalah KPP dengan inisiatif kendiri iaitu
dengan memberi autonomi dan keupayaan kepada guru dan pemimpin sekolah (PPPB 2014).

Bagi memastikan usaha ini berlaku dengan jayanya, persediaan pemimpin sekolah dan guru
untuk menghadapi perubahan amat diperlukan melalui amalan komuniti pembelajaran
profesional. Kerangka model ini adalah hasil cetusan idea Senge (1990) yang berpendapat
2

pembentukan organisasi pembelajaran yang telah memberi kesan positif terhadap dunia
korporat dan komuniti pendidikan. Menurut beliau organisasi pembelajaran yang terbentuk di
sekolah telah dapat memudahkan pembelajaran setiap ahlinya dan mengubah diri individu itu
secara berterusan.

Oleh itu, ahli-ahli organisasinya mempunyai kapasiti yang tinggi untuk belajar. Mereka dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar organisasi
untuk terus belajar di samping bekerja Peter Senge dalam bukunya The Fifth Dicipline
menggambarkan komuniti pembelajaran di sekolah digunakan untuk meningkatkan prestasi
sekolah dan profesionalisme pemimpin sekolah dan guru. Senge (1990) memberi fokus
kepada kerjasama organisasi pembelajaran di sekolah untuk meningkatkan prestasi sekolah.

Beliau menerangkan lima disiplin pembelajaran yang sepatutnya diikuti secara berkesan
untuk membina kejayaan organisasi. (1) Penguasaan Kendiri (2) Model pemikiran (3)
Pembelajaran

berpasukan

(4)

Membina

visi

bersama

dan

(5)

sistem.

Dalam

mengimplementasikan setiap prinsip ini, komuniti dalam organisasi tersebut perlu belajar
antara satu sama lain untuk pembangunan yang lebih berkesan.

2.0 Komuniti pembelajaran profesional

Istilah komuniti pembelajaran memberikan pelbagai makna. Roland Barth (1990)


menerangkan komuniti pembelajaran adalah tempat antara murid dan guru bersama-sama
mempelajari secara aktif tentang kepentingan bersama dan setiap antara mereka sentiasa
belajar. Myers dan Simpson (1998) menerangkan komuniti pembelajaran sebagai budaya
setiap individu sentiasa belajar dan responsif antara satu sama lain.
Speck (1999) pula menerangkan sekolah sebagai komuniti pembelajaran adalah sesuatu yang
mempromosikan nilai pembelajaran berterusan, kolaborasi aktif menerusi dialog antara
pemimpin sekolah, guru, murid, kakitangan, ibu bapa dan keseluruhan komuniti sekolah
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah. Pada pendapat Zuraidah (2010), KPP

ditakrifkan sebagai melahirkan budaya belajar untuk belajar. Guru belajar, murid-murid juga
belajar dan seluruh komuniti di sekolah sama-sama belajar.
Bagi (Carpenter, Peter & Sundin, 2009) pula, mereka memberi maksud profesional sebagai
seseorang yang sentiasa berterusan belajar agar dapat mengadaptasi kepada perubahan yang
sentiasa berlaku Waters pula (2009) mendapati guru-guru di sekolah yang mengamalkan KPP,
dapat membantu mengubah amalan pengajaran dan memberi fokus kepada keperluan
pembelajaran murid dan pengajaran yang berkesan.

Smith, Wilson & Corbett (2009), pula menyatakan bahawa KPP merupakan platform untuk
berbincang dan berforum yang bertujuan untuk perkembangan pembelajaran guru, iaitu
apabila guru berpeluang berkongsi idea dan membuat refleksi amalan pengajaran mereka
secara jelekit, ia akan menjadikan komuniti pembelajaran lebih menarik. Perkara ini
bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh seorang lagi sarjana iaitu Sergiovanni, (2001).

Kejelekitan ini diertikan sebagai individu tidak mementingkan diri, memberi lebih perhatian
terhadap norma dan nilai yang menyatukan guru sebagai sebuah komuniti pembelajaran yang
mempunyai komitmen yang sama Secara kesimpulan komuniti pembelajaran professional
merujuk kepada usaha para pemimpin sekolah dan pendidik yang komited dan bekerja secara
kolaboratif serta berterusan untuk membuat usaha sama dengan komuniti bagi mencapai
prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).
.

2.1 Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesional

Kerangka konsep komuniti pembelajaran profesional boleh dibahagikan kepada tiga iaitu; (1)
Asas yang kukuh meliputi kolaborasi yang dibina dengan berkongsi misi, visi, nilai dan
matlamat (2) Sebuah pasukan yang berkolaborasi yang bekerja saling bergantung
(Interdependently) untuk mencapai matlamat dan (3) fokus kepada hasil sebagai bukti
komitmen untuk meneruskan peningkatan berterusan. (Eaker dan Dufour: 2002). Ini telah
diperincikan dalam kajian Lloyd (2012) dengan membahagikan KPP kepada lima iaitu (1)
4

perkongsian Misi, Visi dan Matlamat (2)

Budaya Berkolaboratif (3) Keadaan yang

menyokong (4) kepimpinan berkongsi dan menyokong (5) Fokus kepada Hasil pencapaian.

2.2 Model Komuniti Pembelajaran Profesional

Model KPP dalam kertas kerja ini adalah menurut Lloyd (2012) yang mengkaji penilaian
KPP di Amerika Syarikat. Menurut Lloyd (2012), model KPP ini dibahagikan kepada (i)
perkongsian visi, misi dan matlamat (ii) budaya berkolaboratif (iii) sokongan keadaan (iv)
perkongsian dan sokongan kepimpinan (v) dan fokus kepada hasil pencapaian.

2.3 Dimensi Komuniti Pembelajaran Profesional

2.3.1 Dimensi Perkongsian Visi, Misi dan Matlamat.


Sergiovanni (2001) memberi penekanan kepada perkongsian nilai, matlamat, misi dan visi
akan menjadi pelekat bagi menghubungkan individu dengan cara yang lebih bermakna.
Untuk itu, apabila matlamat telah ditetapkan dan perkongsian nilai ditanam ke dalam diri, ini
akan mengembangkan idea yang menggalakkan guru untuk bertindak balas terhadap perasaan
bertanggungjawab yang kemudiannya diterjemahkan oleh tingkah laku.
Norhayati Ab Wahab (2009) berpendapat bahawa nilai dan kepercayaan menjadi panduan
kepada tingkahlaku individu tidak kira dalam apa-apa bidang kerja dan apa-apa yang
diusahakan. Hal ini merupakan perkara asas utama yang menyumbang kepada KPP dan
perkongsian misi dan matlamat yang dilihat oleh staf sebagai milik bersama. Selain itu, ia
juga berkaitan dengan cara mereka menyepadukan matlamat, bagaimana mereka
menerangkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan matlamat.
Menentukan mereka akan mengkonstruk visi mereka seperti yang diharapkan dan
menentukan mereka bekerja bersama-sama. Di samping itu juga, komuniti akan
mengkonstruk matlamat sepunya untuk penambahbaikan, dan mereka akan bekerja bersamasama ke arah meningkatkan pembelajaran murid. Justeru, kesepunyaan matlamat adalah imej
pemikiran yang penting kepada individu dan organisasi (Norhayati Ab Wahab, 2009).
5

2.3.2 Dimensi Budaya Berkolaboratif.


Golongan guru dan pemimpin sekolah mesti bekerja bersama-sama dan berkolaborasi secara
natural (nature) untuk melaksanakan perkongsian visi, misi dan nilai. Begitu juga fokus
kepada matlamat untuk meningkatkan pedagogi pembelajaran dan meningkatkan pencapaian
murid. Golongan ini perlu menerima hakikat tanggungjawab yang diamanahkan kepada
mereka untuk meningkatkan kemenjadian murid. (DuFour et al., 2008).
Kolaboratif adalah mempercayai belajar dengan melakukan adalah langkah yang terbaik
untuk aktiviti luar bilik darjah iaitu tidak tertumpu kepada bangunan sekolah semata-mata.
Aktiviti ini perlu diperluas hingga ke luar bangunan sekolah. (Borrero, 2010). DuFour et al.
(2008) membincangkan bahawa pengasingan adalah musuh kepada peningkatan prestasi
sekolah. Isolation is the enemy of school improvement. Jesteru, kolaboratif adalah penting
kepada menjayakan KPP ini.

2.3.3 Dimensi Sokongan Keadaan.


Kajian tentang KPP menunjukkan bahawa apa, bila, di mana dan bagaimana guru boleh
sering dan sentiasa berada bersama sebagai satu kumpulan untuk membuat refleksi, bersoal
jawab dan belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan mengenai ciri-ciri
matlamat bersama. Bagi sekolah yang jumlah gurunya ramai, guru dipecahkan kepada
kumpulan yang kecil. (Norhayati Ab wahab, 2009).
Amalan ini terbahagi kepada dua iaitu dari segi perhubungan manusia dan struktur
kejelekitan sesebuah organisasi sekolah. Jalinan perhubungan dan kejelekitan ini merujuk
lima ciri iaitu, penyayang, percaya mempercayai, hormat menghormati, pengiktirafan dan
meraikan kejayaan, berani mengambil risiko dan melakukan perubahan secara usaha bersama
yang tertanam dalam organisasi (Zuraidah Abdullah, 2010).
Guru harus saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. Ini akan
memperlicinkan KPP dengan berkesan. Di samping itu, kepercayaan menjadi perkara penting
yang membolehkan guru saling memberi dan menerima maklum balas dalam usaha
penambahbaikan sekolah Pengetua turut menyumbang kepada pembentukan hubungan dan
6

sikap jelekit dengan memupuk kapasiti hubungan manusia yang diperlukan oleh KPP dalam
budaya kerja. Pengetua berperanan membina jati diri dalam kalangan guru. Memupuk dan
mengeratkan perpaduan dalam organisasi demi mencapai matlamat utama organisasi.

2.3.4 Dimensi Perkongsian dan Sokongan Kepimpinan.


Hord (1997) berpendapat adalah sangat jelas bagi sebuah organisasi sekolah membuat satu
perubahan kepada komuniti pembelajaran yang hanya dapat dilakukan oleh pemimpin yang
membuat keputusan untuk berubah dan yang bersedia memupuk pembangunan kakitangan.
Banyak kajian mula memberikan perhatian kepada kepemimpinan yang menyokong dan
meluaskan penyertaan dalam membuat keputusan secara kolaboratif yang memberi fokus
kepada pencapaian murid.
Sehubungan dengan itu, faktor kepemimpinan dilihat satu perkara penting dalam usaha
penambahbaikan sekolah berasaskan KPP di Malaysia. Dalam hal ini, Hord & Sommers
(2008) berpendapat bahawa pengetua bertanggungjawab dan menghadapi cabaran yang besar
untuk menerima, menghargai dan memupuk sebarang perubahan yang berlaku di sekolah.
Oleh yang demikian salah satu ciri KPP iaitu kepemimpinan berkongsi dan menyokong.
Kepimpinan berkongsi dan menyokong merujuk kepada pengetua bersedia untuk berkongsi
kuasa, autoriti dan membuat keputusan bersama-sama dengan kalangan guru-guru di sekolah.
Sudah jelas apa yang diperkatakan oleh Hord & Sommers (2008), semua perubahan di
sekolah mesti diterima, dihargai dan dibangunkan oleh pengetua sekolah.

Dalam KPP,

menerima, menghargai dan membangunkan perubahan menjadi agak sukar kerana


memerlukan persefahaman, kesepunyaan dan sokongan dalam menggunakan kuasa, autoriti
dan membuat keputusan oleh semua guru.
Hal ini berlaku kerana struktur di sekolah adalah pembelajaran dewasa, justeru, kolaborasi
yang erat, penyertaan secara demokrasi dan kata sepakat dalam membangunkan persekitaran
kondusif dan budaya sekolah secara berterusan sukar dicapai. Dalam amalan sebelum ini,
perkongsian kuasa dan autoriti ini akan menjadi sukar kepada pengetua dan guru. Begitu juga
penerimaan selama ini bahawa pengetua mempunyai kuasa penuh, penuh kebijaksanaan dan
penuh kompeten.
7

2.3.5 Dimensi Fokus kepada Hasil Pencapaian.

Kejayaan kepada program KPP diterjemahkan melalui hasil kemenjadian murid. (DuFour et
al., 2008). Data diperlukan daripada ujian termasuk juga aktiviti sekolah untuk menilai
kepada hasil pencapaian murid untuk memberikan pembaharuan dilakukan. (Borrero, 2010).
Menerusi kolaborasi guru-guru dan pemimpin sekolah, mereka boleh berbincang dengan
cara yang terbaik apakah tahap kefahaman murid dan seterusnya meningkatkan prestasi
mereka. (Nelson et al., 2010).
Kefahaman ini boleh dinilai melalui penilaian sumatif dan formatif. Hasil pencapaian murid
ini dpat memberikan gambaran yang jelas setakat mana pencapaian murid dalam bilik darjah.
(DuFour et al., 2008). Dengan memberikan fokus kepada hasil pencapaian murid ini, guru
dan pemimpin sekolah mampu menghasilkan pelbagai cadangan penambahbaikan untuk
aktiviti KPP yang akan datang.

3.0 Komuniti pembelajaran profesional melalui kepimpinan

Komuniti pembelajaran profesional melalui kepimpinan sekolah adalah penting dala


menjayakan KPP. Pemimpin sekolah yang berkesan adalah pemimpin yang memberikan
sedikit kuasa mereka kepada guru (DuFour & Eaker, 1998). Sebagai contoh, pemimpin
sekolah melibatkan guru dalam pembuatan keputusan secara kolaborasi menerusi usaha
berikut iaitu (i) menggalakkan guru mengambil risiko dan mencuba perkara baru, (ii)
menyediakan pengukuhan dan motivasi yang positif, (iii) menyokong peluang guru untuk
meningkatkan kompetensi diri, (iv) menyediakan guru masa untuk mereka menyelia dan
berefleksi (DuFour et al., 2008; Haberman, 2004; Hord, 2004). Sehubungan dengan itu,
bermula dengan pemimpin sekolah, KPP lebih tersusun untuk dilaksanakan.

3.1 Kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Menurut S.M Robert & Eunice Z. Pruitt (2003) dalam bukunya Schools as Professional
Learning Comunnities mencadangkan beberapa model yang menerangkan tingkahlaku
kepimpinan dalam komuniti pembelajaran seperti Kepemimpinan Fasilitatif ( Facilitative
Leadership) dan kepemimpinan konstruktif ( Constructive Leadership).

3.1.1 Kepemimpinan Fasilitatif ( Fasilitative Leadership)

Kepemimpinan Fasilitatif ialah bagaimana pemimpin sekolah memimpin tanpa menguasai.


Kepemimpinan Fasilitatif dibuktikan dengan tingkah laku pemimpin sekolah itu sendiri.
Tingkah laku pemimpin sekolah yang sentiasa mempromosikan pembangunan misi bersama
guru dan memelihara guru yang mempunyai kepimpinan di sekolah.

Keberkesanan Kepemimpinan Fasilitatif menyediakan peluang kepada kakitangan sekolah


untuk berkongsi maklumat dan perhubungan (networking) antara sekolah mereka yang diluar
sekolah. Pemimpin sekolah ini bekerja untuk menyediakan guru untuk berubah menerusi
aktiviti seperti perbincangan idea, lawatan dan aktiviti profesional bersama komuniti.
Pemimpin sekolah berkolaborasi bersama guru dalam membuat keputusan dan mencari jalan
terbaik untuk menggunakan sumber yang sedia ada untuk meningkatkan kualiti dan prestasi
sekolah.

3.1.2 Kepemimpinan Konstruktif ( Constructivist Leadership)

Kepemimpinan Konstruktif merupakan pemimpin yang belajar bersama dan membina


pengetahuan secara kolektif dan berkolaborasi. Menurut Barths (1990) semua guru boleh
memimpin dan pemimpin sekolah perlu mengetahui peranannya sebagai ketua pemimpin
dalam komuniti pembelajaran.

3.2 Cara-cara untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran


profesional

Jadual 1. Cara-cara meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran profesional

Membina bersama visi, misi dan nilai bersama

Berbincang mengenai visi

Membina kepercayaan

Melakukan kemahiran berkomunikasi yang melibatkan kolaborasi dan komitmen

Merancang dan bersedia untuk perubahan

Mempromosikan pembangunan guru secara kolaboratif menerusi pembelajaran antara


pemimpin dan guru

Memastikan peningkatan akademik dapat dikekalkan

3.2 Strategi untuk meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran

Jadual 2. Strategi meningkatkan kepimpinan dalam komuniti pembelajaran


Pemimpin sekolah

Memilih jawatankuasa melibatkan guru, ibu bapa, murid dan keahlian


daripada komuniti dari luar sekolah untuk bersama-sama membina visi.
Pemimpin sekolah juga bersama-sama dalam jawatankuasa

Jawatankuasa

Menyediakan cadangan dan maklumbalas dari setiap ahli jawatankuasa


yang boleh digunakan untuk apakah sekolah yang mereka impikan pada
masa akan datang.

Ahli jawatankuasa

Bertindak daripada perbincangan yang dibincangkan sebelum ini


berdasarkan visi,dan indikator yang ingin dicapai.

10

3.3 Aktiviti yang dicadangkan untuk pembangunan komuniti pembelajaran menerusi


kepimpinan

Jadual 3. Cadangan Aktiviti


1. Membina soal selidik berbentuk tinjauan untuk mendapatkan maklumat dan
menggunakan hasil soal selidik untuk meningkatkan kolaborasi guru di sekolah
2. Melawat sekolah yang telah menjalankan Komuniti Pembelajaran Profesional dan
menjalankan temubual kepada guru mengenai tingkah laku kepimpinan.
3. Berbincang dengan beberapa guru untuk mengenal pasti model pemikiran kepimpinan
yang mampu diaplikasikan di sekolah
4. Temubual dengan guru di sekolah mengenai transformasi di sekolah dengan
mengumpul maklumat seperti:
a) Bagaimanakah cara sekolah ini boleh ditransformasikan?
b) Apakah yang menghalang transformasi ini?
c) Siapakah yang patut terlibat dalam transformasi ini dan apakah yang patut
dilakukan kepada mereka yang terlibat dalam tranformasi ini.
d) Adakah terdapat percanggahan idea diatara guru dan pemimpin sekolah dan
apakah implikasi daripada percanggahan ini?

4.0 Transformasi sekolah kepada komuniti pembelajaran profesional

Komuniti pembelajaran profesional adalah harapan untuk mentransformasikan

budaya

sekolah. Transformasi ini berlaku bermula dari pemimpin sekolah dan seterusnya kepada
beberapa peringkat yang telah dicadangkan sebelum ini. Elemen yang penting dalam
transformasikan budaya sekolah yang tradisi kepada komuniti pembelajaran profesional
ialah: a) Kolaborasi, b) Membina misi, visi, nilai dan matlamat, c) Fokus kepada
pembelajaran, d) Kepemimpinan. e) Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi sekolah
f) Penghargaan g) Tabah dan Tekun (Eaker & duFour 2003).
Jadual 4: Elemen Transformasi Komuniti Pembelajaran Profesional
11

Elemen

Tradisi Sekolah

Komuniti Pembelajaran
Profesional

Kolaborasi

Pengasingan guru

Bersama berkolaborasi

Membina misi, visi, nilai Kenyataan seperti kita

Kenyataan seperti Bagaimana

dan matlamat

percaya semua murid boleh

kita tahu murid boleh

belajar

memahami pelajaran?

Fokus kepada mengajar

Fokus kepada pembelajaran

Pemimpin sekolah melihat

Pemimpin sekolah dilihat

guru sebagai pengikut

sebagai ketua pemimpin dan

Fokus kepada
pembelajaran

Kepemimpinan

guru dilihat sebagai


kepemimpinan transformasional
Fokus kepada

Perancangan berjalan seperti

Peracangan sekolah sebagai alat

perancangan

yang dirancang dan

yang memacu kepada

peningkatan prestasi

melupakan perancangan

peningkatan prestasi sekolah dan

sekolah

tersebut

refleksi secara berterusan

Penghargaan

Kejayaan dilihat dengan

Sekolah membina kejuaraan dan

pencapaian murid semata-

menghargai kejayaan yang

mata. Hari anugerah hanya

dicapai tersebut.Hari anugerah

kepada murid

kepada murid dan guru

Usaha berlaku secara

Berlaku secara konsisten dan

Tabah dan Tekun

bermusim atau mengikut trend semua memahami


tanggungjawab masing-masing

5.0 Kesimpulan
Negara dan masyarakat kita memerlukan pendidikan yang berkualiti untuk bersaing dengan
cabaran globalisasi. Pemimpin sekolah, guru perlu berubah. Perubahan berlaku secara
kendiri, secara diri sendiri mahu berubah setelah pelbagai cadangan diterima. Pemimpin
12

sekolah perlu melakukan sesuatu untuk kejayaan sekolah yang bermula dari jiwanya sendiri.
Begitu juga guru, guru perlu melihat pelbagai dasar dan perancangan pendidikan yang
diterjemahkan melalui PPPM 2013-2015, PPPB 2014 dan banyak lagi hanyalah cadangan
kepada guru.
Pemimpin sekolah dan guru perlu bertindak dengan inisiatif sendiri untuk melaksanakan
semua cadangan tersebut. Jiwa pemimpin sekolah dan guru perlu menjiwai dasar dan
perancangan pendidikan. Pemimpin sekolah dan guru hendaklah bersama-sama melakukan
cadangan tersebut bukan kerana diarah, tetapi secara sukarela dan inisiatif sendiri. Justeru,
amalan-amalan KPP untuk pemimpin sekolah boleh difikirkan bersama dan dilaksanakan dari
hati sanubari pemimpin sekolah.

13

Rujukan

Barth, R.S (1990). Improving schools from within. San Francisco : Jossey-Bass
Borrero, N. (2010). Urban school connections: A university-K-8 partnership. Catholic
Education: A Journal of Inquiry and Practice, 14(1), 47-66.
Carpenter, Peter & Sundin. (2009). Professional learning communities: A case study of three
elementary schools. Ed.D. dissertation, Wilmington University (Delaware), United
States -Delaware. Retrieved May 18, 2009, from Dissertations & Theses: Full Text
database. (Publication No. AAT 3342825).
Dufour R., Eaker R.E. (1998). Professional Learning Communities at Work. Solution Tree.
North Richland Hills, TX, United States.Fechter, W.F., & Horowitz, R.B. (1991).
Visionary Leadership Needed by All Managers. Industrial Management, 33 (4), 2-5.
Dufour R., Eaker R.E.(2002) Getting Started Reculturing Schools to Become Professional
Learning Communities.Solution Tree.
DuFour, R., DuFour, R., & Eaker, R. (2008). Revisiting professional learning communities at
work: New insights for improving schools. Bloomington, IN: Solution Tree Press.
Haberman, M. (2004). Can teachers create learning communities? Educational Leadership,
61(8), 5256. Hargreaves,
Hord, S. M. (1997). Professional learning communities: Communities of continuous inquiry
and improvement. Austin, TX: Southwest Educational Development Laboratory.
Hord, S. M. (2008). Evolution of the professional learning community. Journal of Staff
Development, 29(3), 10-13.
Huffman, J. B. and Hipp, UK. (2003) Professional Learning Community Organizer, in J. B.
Huffman and K.K. Hipp (eds) Professional Learning Communities: Initiation to
Implementation. Lanham, MD: Scarecrow Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 20132025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan pembangunan profesionalisme berterusan
guru dan pemimpin sekolah kementerian pendidikan Malaysia.
Lloyd, T. (2012). A Program Evaluation of a Professional Learning Community. Walden
University.
Myers,C.B., & Simpson, D.J. (1998). Re-creating schools: Places where everyone learns and
like it.Thousand Oaks, CA; Corwin Press
14

Nelson, T., LeBard, L., & Waters, C. (2010). How to create a professional learning
community. Science & Children, 47(9), 36-40.
Norhayati Ab Wahab (2009).Amalan-amalan komuniti pembelajaran profesional di sebuah
sekolah menengah Daerah Sepang. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.
Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective schools: A review. Elementary School journal,
83(4), 427-452. Reynolds, R., and Ablett, A. "Transforming the Rhetoric of
Organisational Learning to the Reality of the Learning Organisation." The Learning
Organization 5, no. 1 (1998): 24-35.
S.M. Roberts & E.Z. Pruitt (2003). Schools as Professional Learning Communities.Thousand
Oaks,CA;Corwin Press
Senge, P. (1990). The leader's new world: Building learning retention. Educational
Leadership, 47, 84-88
Sergiovanni, T. J (2001a). The Principalship; A reflective practice perspective. Needham
Hight: Allyn & Bacon.
Smith (1999). The learning organization ten years on: A case study. The learning
organization 6 no.5 217-223.
Speck, M. (1999). The Principalship: Building a Learning Community. Upper Saddle River:
Prentice-Hall
Zuraidah Abdullah. (2010). Pembentukan Profil Komuniti Pembelajaran Profesional Sekolah
Menengah Di Malaysia. . Tesis Master yang tidak diterbitkan.Institut Pengajian
Kepengetuaan, Universiti Malaya

15