Anda di halaman 1dari 12

KATA TUGAS DALAM SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI

BLOOMS
BLOOM
TAXONOMY

Pengetahuan

KATA TUGAS

RESPONS YANG DIHARAPKAN

Apakah

Memberikan maklumat yang khusus atau


spesifik

Bilakah

Menyatakan masa / waktu / urutan


prosedur

Catatkan

Merakamkan atau merekodkan sesuatu


maklumat

Definisikan

Memberi keterangan yang singkat tetapi


jelas tentang makna suatu perkataan
khusus / istilah / terminology

Di manakah

Menyatakan kedudukan / tempat

Isikan

Memenuhkan maklumat yang spesifik di


ruang

Kenal pasti

Memberi petunjuk atau makluman


terhadap sesuatu perkara / benda /
pernyataan yang dikenali atau dicam
dengan jelas

Labelkan

Menandakan dan / atau memberikan


panggilan yang spesifik terhadap suatu
rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi

Lengkapkan

Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik


pada ruang kosong pada jadual / rajah /
ayat yang diberikan

Namakan

Memberi panggilan yang spesifik


terhadap suatu benda / istilah /
terminology / proses

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa


memerlukan penerangan lanjut / huraian /

sokongan
Padankan

Membuat penyesuaian yang setara


berdasarkan rajah / symbol / maklumat
tentang pernyataan berhubung
spesifikasi / fungsi / aplikasi atau
sebaliknya

Siapakah

Mengenal pasti individu dalam konteks

Takrifkan

Memberi keterangan yang singkat tetapi


jelas tentang makna suatu perkataan
khusus / istilah / terminology

Tandakan

Meletakkan symbol yang dikehendaki

Tulis

Mencatat huruf / angka / symbol yang


khusus

Bagaimanakah

Memperihalkan / memberi penerangan


tentang cara / keadaan / langkah / kejadian

Bilakah

Menyatakan masa / waktu / urutan


prosedur

Bincangkan

Memberi penerangan / pandangan


daripada pelbagai aspek

Buatkan

Mengemukakan pernyataan yang boleh


diuji

Catatkan

Merakamkan atau merekodkan sesuatu


maklumat

Di manakah

Menyatakan tempat / kedudukan

Fokuskan

Memberi penerangan / pernyataan dengan


menumpukan kepada sesuatu aspek
tertentu

Isikan

Memenuhkan maklumat yang spesifik di


ruang

Jelaskan

Memberi penerangan tentang sesuatu

Kefahaman

dengan sokongan supaya mudah difahami


Kemukakan

Memberi pendapat sama ada menyokong


atau membangkang

Lorekkan

Melukis dengan garisan / corengan /


coretan pada kawasan / rantau / ruangan
tertentu

Manakah

Menyatakan pilihan

Mengapakah

Memberi sebab

Nyatakan

Memberi jawapan yang spesifik tanpa


memerlukan penerangan lanjut / huraian /
sokongan

Padankan

Membuat penyesuaian yang setara


berdasarkan rajah / symbol / maklumat
tentang pernyataan berhubung
spesifikasi / fungsi / aplikasi atau
sebaliknya

Pasangkan

Mencantumkan bahagian sesuatu


mengikut susunan prosesdur yang betul

Susun

Membuat sesuatu urutan dengan


menggunakan kaedah / prinsip / keperluan
/ keutamaan

Tafsirkan

Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat


yang diberi

Terangkan

Menyatakan fakta dengan sokongan atau


menjelaskan sesuatu dengan sebab

Terjemahkan

Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi


kepada suatu bentuk komunikasi lain

Tunjukkan

Menyatakan sesuatu dengan bukti

Anggarkan

Memberikan nilai kuantitatif yang


dianggap sesuai dengan konteks

berdasarkan pertimbangan/

Aplikasi

Bezakan

Menyatakan kelainan / ketidaksamaan


antara dua atau lebih perkara

Bincangkan

Memberi penerangan / pandangan


daripada pelbagai aspek

Bundarkan

Membuat penghampiran bagi suatu nilai


kepada kejituan tertentu

Cari

Memberikan suatu nilai / kedudukan /


perkara secara mengenai pasti dengan
menggunakan kaedah tertentu atau
menghitung secara ringkas

Gariskasarkan

Memberi ciri penting secara umum untuk


sesuatu proses / tindakan

Ilustrasikan

Menjelaskan dengan contoh /


gambarajah / rajah

Laraskan

Menyesuaikan dengan sesuatu supaya


sama dengan penunjuk / tolok

Organisasikan

Membuat sesuatu berdasarkan apa yang


telah dirancang untuk dilaksanakan

Peringkatkan

Membuat pemeringkatan beberapa


perkara megikut aras / tahap tertentu

Pilih

Menentukan maklumat yang terbaik

Ringkaskan

Menyatakan sesuatu ungkapan /


pernyataan / petikan secara pendek / padat
dan mengekalkan kandungan utama yang
asal

Selesaikan

Memberi beberapa fakta / ciri / konsep /


prinsip / teori secara spesifik / berbentuk
poin tanpa memberi hubungan /
perkaitan / penerangan lanjut bagi setiap
satunya

Analisis

Tentukan

Membuat sesuatu keputusan selepas


mengambil kira beberapa perkara sebagai
asas pertimbangan

Tunjukkan

Menyatakan sesuatu dengan bukti

Ulas

Memberi pandangan / pendapat / komen /


kritik

Ungkapkan

Menyatakan sesuatu secara muktamad


dalam bentuk yang dikehendaki

Analisiskan

Membuat pernyataan terperinci tentang


suatu aspek atau perkara yang
dikomunikasikan

Bandingkan

Menyatakan atau menjelaskan persamaan


dan perbezaan antara dua atau lebih
perkara

Cadangkan

Memberi pandangan / idea / pendapat


dengan mempertimbangkan perkara
positif atau negative

Formatkan

Menyediakan / menyusun maklumat


mengikut sesuatu prinsip / prosedur /
peraturan tertentu

Galurkan

Menghuraikan peristiwa atau fakta secara


kronologi

Gambarkisahkan

Memberi penerangan dengan


menggunakan gambarajah

Huraikan

Memperihalkan / menceritakan sesuatu


dengan panjang lebar / terperinci

Jadualkan

Membuat susunan tentang perkara /


maklumat / acara mengikut ciri-ciri atau
urutan tertentu yang telah ditetapkan

Klasifikasikan

Mengumpulkan / membahagi-bahagikan /
melabelkan sesuatu kepada sesuatu
kumpulan . kategori berdasarkan

kesamaan kualiti / criteria / ciri / sifat

Sintesis

Lakar

Memberi persembahan berbentuk rajah /


gambarajah / peta secara kasar dan tidak
memerlukan perincian

Laporkan

Memberitahu maklumat tentang sesuatu


keadaan secara lisah atau bertulis

Lukis

Memberi persembahan berbentuk grafik /


rajah / gambar rajah / graf bagi
menggambarkan suatu benda atau perkara
dengan menggunakan alat dan mengikut
ukuran atau skala tertentu

Plot

Menanda / melukis titik-titik graf

Ramalkan

Memberi sesuatu nilai yang dijangka


munasabah berdasarkan pola atau corak
tertentu

Rekodkan

Mencatatkan dapatan kajian /


eksperimen / data / pemerhatian mengikut
format

Tentusahkan

Menyatakan kebenaran / ketepatan


sesuatu dengan memberikan bukti

Ukur

Menggunakan alat pengukur untuk


mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya

Binakan

Membuat sesuatu menggunakan kaedah /


alat tertentu

Cerakinkan

Menghuraikan sesuatu kepada bahagian

Hitungkan

Memberi nilai kuantitatif dengan


melaksanakan algoritma (langkah-langkah
tertentu) atau menggunakan rumus

Hubungkaitkan

Membuat sesuatu pertalian berdasarkan


beberapa ciri / faktor

Interpretasikan

Memberi maklumat atau makna lain bagi

sesuatu komunikasi
Rumuskan

Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan


data / maklumat / petikan

Sarankan

Memberi pandangan / idea yang boleh


diaplikasikan dalam sesuatu situasi

Sediakan

Mengadakan / mewujudkan /
menyiapkan / melengkapkan / menyusun
sesuatu mengikut format dan prinsip yang
tertentu

Syorkan

Memberi pandangan / idea / pendapat


yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu
situasi dengan mempertimbangkan
perkara positif atau negatif

Ubahsuai

Membuat sesuatu perubahan dengan

Unjur

Membina garisan mengikut unjuran sudut


yang ditetapkan

Bangunkan

Menghasilkan satu aturcara / program


yang menggunakan perisian / kaedah yang
sesuai mengikut langkah-langkah tertentu

Ciptakan

Menghasilkan / mewujudkan /
menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran
atau imaginasi atau kreativiti

Deduksikan

Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu

Nilaikan

Membuat pertimbangan terhadap sesuatu


perkara

Pamerkan

Menunjukkan persembahan terhadap


penguasaan dalam sesuatu perkara

Rekabentukkan

Membuat garis kasar / lakaran / plan


tindakan / prototaip / model

Terbitkan

Membina sesuatu dengan menunjukkan

Penilaian

cara
Wajarkah

Membuat pertimbangan terhadap sesuatu


perkara dengan mengambil kira pelbagai
aspek sama ada kebaikan, keburukan,
kelebihan atau kekurangan

BAGAIMANA MENGAJAR PELAJAR SUPAYA RAJIN BERFIKIR?


1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi
Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa
memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas
tahap pemikiran seseorang pelajar itu.
Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan
KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa,
Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan',
'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas yang memerlukan pelajar menguasai
KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang sebegitu.
2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah
memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam
situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa,
mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh
digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi


membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan
mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan
kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor serta kesan
akibatnya.
Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan
menyedari apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan
penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih
pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang

pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru
dan pelajar secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajar dan dan pelajar
dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan penggunaan teknik ini
dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan
menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan
sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina iklim komunikasi yang
positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama.

Tujuan Teknik Penyoalan


- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna


pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis
dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.
Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu
guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks


Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama
mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan
semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi
pembelajaran tertentu.
Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk
pelajar yang mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT
adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek,
project-based learning (PBL).
Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti
dalam jangka panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama,
misalnya menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan
penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan
laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir


dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam
proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek.
Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran
berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan
minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas,
jelas dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.
Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan
ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think

- 6 Thinking Hat
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta
cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol
untuk menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga
hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk
menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.
Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk
garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang.
Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan
mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan
terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka
kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai
sudut pandangan.

Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan


mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada
perkongsian yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah
bagi digunakan oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!

Penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau juga dikenali
sebagai HOTS melihatkan pembinaan soalan dan item-item yang bercirikan KBAT.
Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kita tengok dulu apa ciri-ciri yang perlu ada
dalam soalan berbentuk KBAT.

CIRI-CIRI SOALAN KBAT


01. Skop Yang Luas
Item-item KBAT adalah menggunakan skop yang jauh lebih luas daripada
pemahaman daripada buku teks. Pengetahuan asas adalah sebagai satu keperluan
bagi membolehkan KBAT dipraktikkan dalam cara pembelajaran.
02. Fakta
Fakta kini tidak lagi bersifat spesifik sahaja, malah perlu merentasi masa
03. Bermakna
Soalan KBAT adalah bersifat boleh ditaksir dan juga mempunyai tahap penyoalan
yang mencabar pemikiran pelajar
04. Stimulus

Stimulus yang diberikan pada setiap soalan merupakan stimulus pada situasi yang
baharu. Dan ini juga bermakna ianya adalah situasi yang bukan lazim bagi murid.
05. Respon Murid
Respon murid (jawapan) dapat memperlihatkan kepelbagaian dan tidak terhad
dengan hanya satu jawapan tertentu. Maka jawapan pelajar adalah mungkin boleh
lebih daripada satu jawapan.

ARAS DALAM SOALAN


Aras Kesukaran

Konstruk / Kemahiran

Rendah /
Achievements

Pengetahuan

Sederhana / Credit

Aplikasi

Kefahaman

Analisis

Tinggi / Excellent

Sintesis
Penilaian

Kata Tugas

Apakah
Berapah
Siapakah
Bilakah
Labelkan
Senaraikan
Namakan
Definisikan

Lakarkan
Jelaskan
Huraikan
Bincangkan
Wajarkah
Ramalkan
Perihalkan
Menyelesaikan

Rumuskan
Sarankan/ syorkan
Ulaskan
Nilaikan
Iktibar
Mengarang

Anda mungkin juga menyukai