Anda di halaman 1dari 3

Refleksi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa saya ucapkan.


Segala puji dan puja hanya kepada Allah S.W.T yang telah memberikan rezeki
kepada kita untuk terus hidup dalam keimanan. Selawat dan salam ke atas junjungan
Nabi Muhammad S.A.W yang telah menunjukkan cara terbaik kepada umatnya
dalam usaha mencari keredhaan Allah S.W.T. Alhamdulillah, dengan limpah
kurnianya saya dapat menyiapkan refleksi ini walaupun dibatasi masa yang terhad
dengan tugasan dan peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pada semester kali ini, kami PISMP Semester 4 Ambilan Jun 2014
dikehendaki untuk mengendalikan majlis perhimpunan peringkat IPG Kampus Dato
Razali Ismail di bawah program Bina Insan Guru Fasa

(BIG). Unit Pendidikan

Jasmani (PJ) telah mengendalikan perhimpunan rasmi bulanan pada 21


Febuari 2016 bersamaan dengan Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2016/2017. Selain itu, kami juga telah
mengendalikan suatu program ceramah pada 6 April 2016 pukul 2.30 petang
hingga 5.30 petang di Dewan Ungku Omar, IPG Kampus Dato Razali Ismail
bagi memenuhi silibus BIG kali ini. Setiap program yang dijalankan pasti ada
objektifnya yang hendak dicapai. Lantas, Program Bina Insan Guru ini adalah
bertujuan membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,
mempunyai ketahanan mental dan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara selaras dengan nilai nilai keguruan. Selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Untuk program Bina Insan Guru Fasa 4 (BIG) ini, saya telah dilantik sebagai
AJK Siaraya. Tugas yang perlu dibuat adalah menyediakan slaid persembahan
perhimpunan, menjaga slaid semasa perhimpunan berlangsung dan memastikan
tiada masalah sistem bunyi berlaku pada majlis sebenar. Banyak perubahan yang
telah berlaku dalam perhimpunan tahun ini di bawah pimpinan JPP sesi 2016/2017
antaranya ialah memasang Asma Al-Husna sebelum perhimpunan bermula,
menyanyikan lagu negeri Terengganu Selamat Sultan, program WALI ucapan

intelektual oleh pensyarah dan ucapan kaunseling oleh Yang Mulia Engku Adli bin
Engku (perhimpunan pelajar sahaja).
Kekuatan yang saya dapat lihat untuk program BIG kali ini ialah saya
menambah ilmu pengetahuan tentang pengurusan majlis rasmi. Walaupun saya
sebagai AJK Siaraya, namun banyak perkara saya pelajari dengan rakan yang lebih
berpengalaman dalam menguruskan majlis seperti ini. Saya dapat mempelajari
bagaimana susunan protokol, susun atur majlis, kedudukan kerusi untuk VIP dan
tetamu (pensyarah dan pelajar), bagaimana menghasilkan slaid persembahan
perhimpunan yang betul. Bagi program ceramah pula, saya ditugaskan untuk
menyediakan slaid dan menjaga sistem bunyi bersama Andrian Anyan anak Ampi
(PJ), Abdul Fattah Al Barri Bin Ilyah (PSV) dan Aziyad Bin Ahmad @ Abdullah (PSV).
Melalui pembahagian tugas ini, saya dapat berkolaborasi dengan rakan dari unit
yang lain serta dapat bertukar-tukar buah fikiran tentang penghasilan slaid yang
terbaik untuk dipersembahkan pada program ceramah berkenaan. Yang paling
penting kami dapat menjalinkan ukhuwah yang lebih erat walaupun dari unit yang
berbeza. Mungkin sebelum ini kami hanya bertegur sapa sahaja tetapi semasa
program BIG ini, kami dapat mengetahui sikapnya yang sebenar. Melalui segala
pengalaman dan ilmu ilmu baru yang telah saya perolehi, saya akan
mempraktikkannya dengan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat
pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada saya,
para pelajar dan masyarakat. Saya juga dapat membentuk diri saya untuk bergaul
dengan komuniti yang lebih besar kerana kita perlu bersifat bantu membantu supaya
kita disenangi oleh orang sekeliling kita. Kita juga mudah untuk meminta bantuan
sekiranya kita pula berada dalam masalah.
Kelemahannya pula ialah majlis bermula tidak seperti yang dijadualkan dalam
buku program. Masa amat berharga sekali walaupun sesaat kerana kita mampu
menyelamatkan nyawa seseorang sekalipun. Disebabkan itu, banyak

perkara

menjadi lewat akibat kelewatan bermulanya majlis. Kebanyakan guru pelatih telah
dimaklumkan bahawa perhimpunan bermula sebelum pukul 7.45 pagi, jadi mereka
harus keluar dari bilik asrama sebelum pukul 7.45 pagi. Sikap melengahkan masa ini
harus dibuang kerana khuatir akan menganggu prestasi kerja kita di masa akan
datang. Manakala pada program ceramah pula, kelemahan dapat dilihat ialah masih
ada peserta ceramah yang sampai lewat pada hari berkenaan sedangkan
penceramah jemputan pada program hari tersebut tiba 30 minit lebih awal dari
mereka. Nasib baik penceramah tersebut dari kalangan pensyarah sekiranya

jemputan dari pihak luar amatkah tidak elok sikap yang ditunjukkan oleh segelintir
guru pelatih.
Peluang yang saya dapat pada BIG kali ini ialah ingin mendapat tugas
tugas yang lain selain AJK Siaraya. Dari situ saya dapat belajar sesuatu yang baru
tentang pengurusan bagi sesuatu tugas lain. Saya juga dapat menyiapkan diri
supaya menjadi lebih mahir sebelum saya menghabiskan pengajian di IPG. Ini akan
memberikan kelebihan kepada saya sekiranya kemahiran dan pengetahuan saya ini
diperlukan di sekolah nanti. Kami juga berpeluang menyanyikan koir bagi mengiringi
nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Terengganu Selamat Sultan dan lagu IPG.
Kami dapat menunjukkan kepada unit yang lain bahawa kami sebagai pelajar PJ
dapat menggalas sebarang tugas yang diberikan. Ramai dalam kalangan kami yang
berbakat dalam bidang nyanyian sekaligus dapat menarik perhatian pensyarah muzik
supaya memilih wakil dari unit PJ mewakili nyanyian. Selain itu, pada program
ceramah pula saya mendapati pelbagai input yang menarik berkenaan dengan etiket
protokol majlis rasmi yang disampaikan oleh Yang Mulia Tengku Faizul bin Tengku
Embong dan Tuan Haji Safri bin Aziz. Sebagai bakal guru, salah satu tugas yang
bakal dilaksanakan di sekolah nanti adalah menguruskan majlis-majlis rasmi. Jadi
pengetahuan tentang pengurusan ini penting bagaimana hendak menyusun tentatif
program, kedudukan kerusi di dalam majlis dan lain-lain lagi.
Di samping itu, ancaman yang saya dapat lihat ialah kemungkinan
perancangan tidak berjaya. Hal ini kerana pada malam sebelum bermulanya majlis
sebenar kami telah mengadakan raptai dengan JPP sesi 2016/2017. Namun kami
menghadapi sedikit masalah apabila mikrofon dan sistem bunyi tidak dapat
digunakan kerana terdapat kesilapan maklumat disampaikan kepada juruteknik IPG
pada ketika itu. Alhamdulillah pada hari kejadian sebenar majlis berlangsung tanpa
sebarang masalah. Semasa program ceramah, ancamannya ialah kemungkinan
peserta balik awal kerana program dijalankan pada petang Khamis khuatir pelajar
akan balik ke kampung halaman masing-masing. Kebiasaannya guru pelatih yang
tinggal berdekatan akan balik.
Akhir katanya, saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya
mengikuti program BIG tanpa ada sebarang masalah.Saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
sepanjang program ini berlangsung.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai